Soalan-10

8
Soalan 10 Fokus soalan: Cabaran kemelesetan ekonomi + langkah mengatasinya Kombinasi isi: 3 + 2 - Cabaran kemelesetan ekonomi Dunia kini dilanda kemelesetan ekonomi yang paling buruk dalam sejarah, namun bukan ia satu penghalang untuk terus membangun. kebanyakan negara terus berusaha untuk keluar daripada kemelesetan ekonomi yang melanda seluruh negara. Selain itu, kebanyakan negara bimbang masalah ini akan berterusan sekiranya tiada perubahan yang dibuat oleh pemegang terbesar ekonomi dunia iaitu negara Amerika Syarikat. Negara Malaysia juga dilanda masalah yang sama, pada tahun 1997 dan 1998 negara Malaysia dilanda masalah ekonomi, tetapi masalah ini hanya melanda negara-negara asia sahaja, walaubagaimanapun, dengan kepimpinan Perdana Menteri yang ke-4, negara Malaysia sudah menjauhi kemelesetan ini. Hari ini sejarah kemelesetan ekonomi dunia kembali dan mengambil masa yang lama untuk dipulihkan, tetapi diingatkan kepada masyarakat khususnya masyarakat Malaysia, seharusnya kita perlu berjimat cermat dalam keadaan sekarang yang amat membimbangkan. Punca kemelesetan ekonomi dunia disebabkan oleh ekonomi yang tidak menentu di negara Amerika Syarikat dan sehingga kini ia masih belum pulih walaupun pertukaran Presiden negara Amerika Syarikat telah di buat. Bukan sahaja negara benua Amerika sahaja malah masalah ini terus merebak ke benua Eropah dan nagara Asia tidak terlepas daripada masalah ini. selain itu, peperangan yang wujud di negara-negara seperti Afghanistan, Iraq, Palestin dan juga negara-negara yang lain dan ada kaitan dengan Amerika Syarikat ialah salah satu punca terjadinya masalah ini. Namun negara pemegang ekonomi dunia ini masih belum sedar bahawa ianya berpunca dari negara itu dan masih menyalahkan negara-negara lain. Hasrat untuk membaiki masalah ini akan berterusan sekiranya tiada perubahan. Di atas adalah kisah benar yang terjadi di Amerika yang akan mencorakkan ekonomi dunia. kesannya masih dirasai oleh negara-negara di seluruh dunia, malah masalah ini semakin lama semakin membimbangkan. Hasrat untuk melihat perubahan kemelesetan ekonomi masih belum boleh diteruskan sekiranya pemegang-pemegang ekonomi dunia masih menunding jari sesama sendiri, seharusya berbincang bagaimana cara untuk keluar daripada masalah ini. dengan wujudnya masalah ekonomi dunia ini, banayk masalah akan berlaku contohnya, masalah penganguran akan berlaku, kebanyakan kilang-kilang akan ditutup, perniagaan akan terganggu malah harga barang

description

pa esei

Transcript of Soalan-10

Soalan 10Fokus soalan: Cabaran kemelesetan ekonomi + langkah mengatasinyaKombinasi isi: 3 + 2 Cabaran kemelesetan ekonomiDunia kini dilanda kemelesetan ekonomi yang paling buruk dalam sejarah, namun bukan ia satu penghalang untuk terus membangun. kebanyakan negara terus berusaha untuk keluar daripada kemelesetan ekonomi yang melanda seluruh negara. Selain itu, kebanyakan negara bimbang masalah ini akan berterusan sekiranya tiada perubahan yang dibuat oleh pemegang terbesar ekonomi dunia iaitu negara Amerika Syarikat. Negara Malaysia juga dilanda masalah yang sama, pada tahun 1997 dan 1998 negara Malaysia dilanda masalah ekonomi, tetapi masalah ini hanya melanda negara-negara asia sahaja, walaubagaimanapun, dengan kepimpinan Perdana Menteri yang ke-4, negara Malaysia sudah menjauhi kemelesetan ini. Hari ini sejarah kemelesetan ekonomi dunia kembali dan mengambil masa yang lama untuk dipulihkan, tetapi diingatkan kepada masyarakat khususnya masyarakat Malaysia, seharusnya kita perlu berjimat cermat dalam keadaan sekarang yang amat membimbangkan. Punca kemelesetan ekonomi dunia disebabkan oleh ekonomi yang tidak menentu di negara Amerika Syarikat dan sehingga kini ia masih belum pulih walaupun pertukaran Presiden negara Amerika Syarikat telah di buat. Bukan sahaja negara benua Amerika sahaja malah masalah ini terus merebak ke benua Eropah dan nagara Asia tidak terlepas daripada masalah ini. selain itu, peperangan yang wujud di negara-negara seperti Afghanistan, Iraq, Palestin dan juga negara-negara yang lain dan ada kaitan dengan Amerika Syarikat ialah salah satu punca terjadinya masalah ini. Namun negara pemegang ekonomi dunia ini masih belum sedar bahawa ianya berpunca dari negara itu dan masih menyalahkan negara-negara lain. Hasrat untuk membaiki masalah ini akan berterusan sekiranya tiada perubahan.Di atas adalah kisah benar yang terjadi di Amerika yang akan mencorakkan ekonomi dunia. kesannya masih dirasai oleh negara-negara di seluruh dunia, malah masalah ini semakin lama semakin membimbangkan. Hasrat untuk melihat perubahan kemelesetan ekonomi masih belum boleh diteruskan sekiranya pemegang-pemegang ekonomi dunia masih menunding jari sesama sendiri, seharusya berbincang bagaimana cara untuk keluar daripada masalah ini. dengan wujudnya masalah ekonomi dunia ini, banayk masalah akan berlaku contohnya, masalah penganguran akan berlaku, kebanyakan kilang-kilang akan ditutup, perniagaan akan terganggu malah harga barang akan menjadi meningkat. Jangkaan sektor yang akan merasai bahang kegawatan ekonomi adalah sektor elektronik diikuti oleh sektor pembuatan seperti perabut dan automotif. Sektor perlancongan juga pasti tidak akan ketinggalan. Kurangnya pelancong asing dari Amerika, Eropah dan Asia bererti akan malaplah industri perlancongan Malaysia. Sudah pasti yang akan merasa kesan utama adalah hotel-hotel terkemuka di Malaysia dan sektor-sektor yang berkait rapat dengannya seperti khidmat limosin, pemandu pelancong dan sebagainya.

-- Langkah mengatasi kemelestan ekonomi1) Meningkatkan pengeluaran produk komoditi dan eksport menggunakan teknologi moden menghasilkan dan meningkatkan pengeluaran mempelbagaikan sumber ekonomi dan tidak tertumpu kepada satu jenis komoditi mencari pasaran eksport di negara serantau dan dunia insentif pelaburan kepada pemodal asing peranan (syarikat berkaitan kerajaan) GLC dengan mengadakan kerjasama strategic dengan syarikat swasta tempatan dan multinasional

2) Mengawal mata wang dan aliran pertukaran wang mengurangkan pengambilan buruh asing menghalang rakyat menyimpan wang di luar negara melalui akta dan dasar perundangan mengelak perdagangan mata wang dalam pasaran terbuka tidak bersandarkan kepada mata wang Amerika Syarikat dan menggantikan dengan mata wang dinar

3) Merangka pelan jangka pendek dan panjang pelan induk dasar perbelanjaan kerajaan yang kompetitif dapat meningkatkan pengaliran wang dalam negara menggalakkan rakyat berbelanja dan membeli barangan tempatan, kerajaan mengawal harga barangan dan meningkatkan pengeluaran barangan pengguna memberi insentif kepada rakyat dan mengurangkan kadar faedah pinjaman4) Mengurangkan import barangan makanan dan barangan keperluan mengimport barangan luar akan meningkatkan perbelanjaan kerajaan dan berlaku defisit kempen menggalakkan rakyat membeli barangan tempatan Menaikkan cukai barangan yang diimport dan harga akan menjadi mahal maka rakyat kurang membeli barangan import

Soalan 18Fokus soalan: Kepentingan pelaburan asing + Langkah untuk menarik minat pelabur asingKombinasi isi: 3 + 2-- Kepentingan pelaburan asingKepentingan Perdana pelabur asing membuat pelaburan di Malaysia ialahmeningkatkan ekonomi melalui pelaburan. Kerajaan Malaysia dapat menambahkanpendapatan negara melalui kutipan cukai tidak langsung daripada para pelabur dariseantero dunia. Misalnya duti import, duti eksport, duti eksais, cukai jualan dansebagainya . Malah kerajaan persekutuan juga dapat memperoleh sumber pendapatandaripada pendapatan pelaburan iaitu hasil jualan saham kerajaan dalam syarikat berkaitandengan kerajaan (GLC). Selain itu, dengan Kemasukan pelabur asing membuat pelaburandi ibu pertiwi kita, kita dapat mengurangkan pengaliran wang ke luar negara. Hal inidemikian kerana para pelabur akan membina kilang- kilang atau syarikat-syarikat merekadi negara kita. Pelabur asing akan menyalurkan modal yang banyak dan kepakaran kekilang- kilang tersebut. Dengan cara ini, penggunaan bahan mentah tempatan dapatdijamin, harga komoditi lebih berdaya saing jika dieksport. Oleh sebab sebelum ini,kebanyakan bahan mentah dieksport ke negara-negara maju dengan harga yang rendah,kemudiannya bahan mentah ini diproses menjadi barangan siap atau barangan separuhsiap dan dijual semula ke Malaysia dengan harga yang tinggi. Jadi, dengan strategi menarik para pelabur membina kilang di negara kita, kita dapat menangani masalah yangdihadapi sebelum ini. Dasar ekonomi terbuka yang diamalkan oleh Malaysia dalam perdagangan antarabangsa telah mengalakkan Kemasukan pelaburan langsung asing danperkongsian pintar dan ini telah membantu mempercepatkan pertubuhan ekonomiMalaysia. Hal ini demikian kerana ini dapat mewujudkan persaingan yang baik antarapelabur asing dengan perniaga tempatan dan seterusnya menggalakkan perkembangan industri kecil. Pihak pengeluar akan mengeluar barang yang lebih bermutu dengankaedah yang paling cekap serta menghalang wujudnya firma monopoli di pasaran.Peniaga- peniaga tempatan juga akan menumpu perhatian mereka dalam usaha penyelidikan dan pembangunan dan penggunaan teknologi yang terkini untukmenghasilkan barang mereka. Era ini, Perdana Menteri Malaysia Dato Sri mihd NajibTun Abdul Razak telah bertemu dengan Perdana Menteri China, Wen Jiabao untukmeningkatkan pelaburan dan hubungan perdagangan antara dua negara Menerusipenyertaan syarikat milik kerajaan China dalam pelbagai bidang ekonomi. Hasil rundingan tersebut China juga bersetuju meningkatkan perdagangan dan pelaburan duahala dalam bidang kelapa sawit dan kayu- kayuan. Sambil menyelam minum air. Malaysia dapat meningkatkan ekonomi kita dan menjalin hubungan diplomatik denganChina. Peningkatan pendapatan negara akan mendorong peningkatan pendapatan dankuasa beli masyarakat yang akan membeli barang buatan tempatan atau perkhidmatanyang dapt meningkatkan negara kita sendiri.-- Langkah menarik minat pelabur asing Menambahbaik dasar-dasar semasa termasuk meliberalisasikan dasar-dasar berkaitan pelaburan bagi menggalakkan pelaburan di seluruh negara. Sebagai contoh, meluluskan lesen pengilang secara automatik kecuali bagi aktiviti-aktiviti sensitif mulai Disember 2008 dan pada April 2009, meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan bagi menggalakkan pertumbuhan dan pelaburan di dalam sektor perkhidmatan; Memperkenalkan program bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara termasuk Program Transformasi Kerajaan (GTP), Rancangan Malaysia ke-10 (RMKe-10) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mengandungi sistem pemantauan pertumbuhan ekonomi yang kukuh; Memperkenalkan 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) yang dijangka menarik pelaburan yang tinggi ke Malaysia; Menubuhkan Jawatankuasa Pelaburan yang dipengerusikan bersama oleh Menteri MITI dan Ketua Pegawai Eksekutif PEMAMDU bagi memastikan koordinasi yang lebih baik di antara semua agensi Kerajaan dan swasta berkaitan bidang pelaburan bagi mencapai sasaran yang ditetapkan di bawah ETP; Menjadikan MIDA sebagai agensi penggalakan pelaburan utama bagi sektor perkilangan dan perkhidmatan. MIDA juga akan dikorporatkan dan diberi kuasa untuk membuat keputusan secara real time ketika berunding dengan para pelabur yang berpotensi; Penambahbaikan sistem penyampaian Kerajaan oleh Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan atau (PEMUDAH); Memperkenalkan pakej-pakej insentif tambahan untuk pengecualian cukai korporat kepada industri yang strategik dan bidang-bidang baru dan berteknologi tinggi seperti sektor sumber tenaga alternatif, advanced electronics, bioteknologi. photonik, peralatan perubatan, ICT, aeroangkasa dan petrokimia; Menawarkan galakan insentif tambahan seperti insentif kali kedua kepada syarikat-syarikat yang sedia ada bagi menggalakan projek pembesaran dan diversifikasi di Malaysia; dan menjalankan aktiviti promosi penggalakkan pelaburan dan perdagangan yang lebih agresif bagi menarik lebih banyak pelaburan tempatan dan asing.

Soalan 28Fokus soalan: Cabaran mencapai pendidikan bertaraf dunia + Pendekatan untuk mencapainyaKombinasi isi: 3 + 2 Cabaran mencapai pendidikan bertaraf dunia

~ Penghijrahan pensyarah

Penghijrahan pensyarah institusi pengajian tinggi awam bukanlah satu fenomena yang baru dan sering berlaku dalam mana-mana sektor disebabkan oleh keperluan tenaga pengajar yang bertambah dalam sektor pendidikan swasta sejajar dengan perkembangan pendidikan negara ini dimana sektor swasta menawarkan skim gaji dan beberapa kemudahan yang menarik berbanding dengan apa yang disediakan oleh institusi pengajian tinggi awam. ~ Dominasi Jantina Dalam Profesyen PerguruanKeunggulan idealisme perguruan di negara ini menjadi semakin malap apabila profesyen perguruan ini dimonopoli oleh kaum wanita. Salah satu implikasi negatif pendominasian gender, khususnya kaum wanita dalam profesyen ini ialah meluasnya pelbagai perkembangan yang tidak sihat seperti kenakalan remaja, keruntuhan moral, masalah disiplin, jenayah berat yang semakin meluas berlaku disebabkan komitmen yang rendah dan ketidakmampuan guru wanita menangani masalah sosial yang semakin mencabar. Kekurangan peranan bapa di sekolah serta corak sosialisasi yang lemah sekaligus menunjukkan profesyen perguruan tidak berkemampuan dalam menangani masalah asas pendidikan yang dihadapi oleh masyarakat pada masa ini dan menjelang abad ke-21.Perasaan ketidakpuasan hati di kalangan guru dalam profesyen perguruan kebelakangan ini telah meningkat dengan begitu tinggi disebabkan meningkatnya beban kerja dan jangkaan yang pelbagai yang dilakukan oleh guru yang mendorong ramai bilangan guru ingin berhenti dan memohon untuk pilihan bersara daripada profesyen ini.

~ Peperiksaan Mengikut Keupayaan

Konsep baru peperiksaan yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan, dikira akan memberi kesan yang luas kepada sistem penilaian dan sistem pelajaran di sekolah.Murid-murid sememangnya berbeza dari segi kebolehan dan kecerdasan mereka. Ini menyebabkan sebilangan murid didapati lebih mudah dan cepat menguasai sesuatu pelajaran dan kemahiran berbanding dengan segolongan lagi murid yang lemah dan lembab.Dari kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan faktor sosioekonomi khususnya latar belakang keluarga seperti pekerjaan, pendapatan dan pendidikan ibu-bapa mempunyai kesan yang amat besar kepada pencapaian murid-murid.Salah satu amalan negatif peperiksaan mengikut keupayaan ialah menkelaskan pelajar mengikut kelas dan kriteria baik, sederhana baik, lemah dan sebagainya. Konsep peperiksaan seperti ini mengalakkan lebih banyak pertumbuhan pusat-pusat tuisyen .Selain itu peperiksaan akan mempengaruhi ibu bapa sehingga boleh memberi tekanan mental dan psikologi kepada anak-anak mereka semata-mata didorong oleh desakan untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

~ Pembangunan tenaga manusia~ Kepesatan pertumbuhan ekonomi~ Pembaikan taraf dan kualiti sosial~ Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat~ Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual~ Penggunaan sains dan teknologi dalam sistem pendidikan

Pendekatan untuk mencapai pendidikan bertaraf dunia

Kerajaan akan mengkaji dan memperbaiki kurikulum sekolah rendah dan menengah untuk melahirkan pelajar dengan kemahiran berfikiran yang lebih baik. Timbul kebimbangan terhadap kemerosotan pretasi di kalangan pelajar dalam ujian luar walaupun terdapat pelajar cemerlang dan memenangi anugerah antarabangsa termasuk 66 Sekolah Berpertasi Tinggi. Untuk mencapai pendidikan cemerlang, profesion perguruan akan menjadi lebih menarik untuk memikat ramai graduan berkaliber tinggi dengan lebih banyak saluran untuk promosi dan pertumbuhan karier. Ini adalah antara beberapa pendekatan yang akan dikongsi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan pelan tindakan itu. Pengumuman akan disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM, TV3 dan Astro pada pukul 10 pagi. Pelan itu dijangka mengambil kira kejayaan dan kelemahan sistem pendidikan dan dari situ, tindakan akan dirangka untuk mencapai pendidikan bertaraf dunia. Kementerian itu dijangka menilai perkara tersebut di bawah pelan tindakan dan mencari beberapa langkah lebih efektif untuk mendapat manfaat bagi wang yang dibelanjakan dari segi pencapaian pelajar. Berbeza dengan penambahbaikan sistem pendidikan sebelum ini yang lebih menekankan aspek infrastruktur sistem dan fizikal, pelan tindakan untuk 2013-2025 menjadikan para guru sebagai tulang belakang untuk menghasilkan sistem pendidikan terulung. Oleh itu, latihan untuk para guru dan 'meningkat kemahiran' akan menjadi keutamaan. Sebagai contoh, 70,000 guru bahasa Inggeris akan menduduki Ujian Penempatan Cambridge dan mereka yang mendapat markah terendah akan diberi kursus intensif. Langkah seumpama itu sudah dilakukan walaupun sebelum pelaksanaan rasmi pelan tindakan di bawah bidang kuasa Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin. Selepas dokumen itu diumumkan, Kementerian Pelajaran akan terus mendapatkan maklum balas daripada pihak berkepentingan. Maklumat itu akan diperhalusi dan disusun dalam pelan tindakan akhir yang akan dihantar ke Kabinet pada Disember. Ia adalah pencapaian memberangsangkan bagi kementerian itu untuk meletakkan bersama-sama pelan tindakan awal selepas mendapat pandangan badan-badan antarabangsa seperti Bank Dunia dan Unesco, universiti tempatan dan beberapa pertubuhan. Apa yang lebih penting adalah berinteraksi dengan rakyat menerusi rundingan meja bulat sejak beberapa tahun lalu. Secara amnya, pihak berkepentingan iaitu ibu bapa dan komuniti dalam sektor swasta serta Jabatan Pelajaran Negeri harus menyuarakan pendapat dan memainkan peranan penting dalam meningkatkan sistem pendidikan di negara ini.