soalan 1laporan ikan

35
PENGENALAN Semua pelajar Reka Bentuk dan Teknologi pada semester 5 diwajibkan mengambil kursus RBT 3093 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan dan Ikan Hiasan. Sabjek ini diwajibkan kerana subjek ini dilihat mampu dapat mengingkat potensi pelajar dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk menyediakan diri sebagai seorang guru sekolah rendah. Tambahan pula, subjek ini terkandung dalam sukatan pelajaran sekolah rendah. Kepentingan kursus antaranya adalah pelajar dapat mengenalpasti dan menghuraikan kepentingan memelihara haiwan kesayangan dan ikan hiasan serta potensinya di masa hadapan, di samping itu juga pelajar mampu menganalisis maklumat dari pelbagai sumber mengenai teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan. Selain itu, pelajar dapat didedahkan bagaimana ingin membuat perancangan, dapat mengurus serta melaksanakan projek pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan mengikut perancangan yang telah dibuat. Dalam subjek ini, haiwan kesayangan yang dipilih dan diamanahkan untuk dipelihara adalah hamster. Hal ini kerana hamster adalah dalam kategori haiwan yang jinak dan mudah untuk dipelihara kerana tidak memerlukan kos yang banyak dan ruang yang luas. Tambahan pula, proses menjaga hamster sangat mudah bermula dari kediamannya, iaitu mengemas sangkarnya dan membersihkan najis serta menukar habuk kayu sehinggalah memandikan,mengeringkan dan merapikan hamster tersebut. Manakala bagi ikan hiasan pula, pelajar dikehendaki untuk membela dan menjaga ikan, menghias dan membuat dekorasi di dalam akuarium. Semua aspek ini akan dipelajari oleh pelajar dan mereka akan membuat pendokumentasian terhadap apa yang telah dipelajari tersebut. Kemuncak bagi subjek ini adalah pelajar

description

laporan ikan

Transcript of soalan 1laporan ikan

Page 1: soalan 1laporan ikan

PENGENALAN

Semua pelajar Reka Bentuk dan Teknologi pada semester 5 diwajibkan mengambil

kursus RBT 3093 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan dan Ikan Hiasan. Sabjek ini

diwajibkan kerana subjek ini dilihat mampu dapat mengingkat potensi pelajar dalam semua

aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai

persediaan untuk menyediakan diri sebagai seorang guru sekolah rendah. Tambahan pula,

subjek ini terkandung dalam sukatan pelajaran sekolah rendah. Kepentingan kursus

antaranya adalah pelajar dapat mengenalpasti dan menghuraikan kepentingan memelihara

haiwan kesayangan dan ikan hiasan serta potensinya di masa hadapan, di samping itu juga

pelajar mampu menganalisis maklumat dari pelbagai sumber mengenai teknologi

pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan. Selain itu, pelajar dapat didedahkan

bagaimana ingin membuat perancangan, dapat mengurus serta melaksanakan projek

pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan mengikut perancangan yang telah

dibuat.

Dalam subjek ini, haiwan kesayangan yang dipilih dan diamanahkan untuk

dipelihara adalah hamster. Hal ini kerana hamster adalah dalam kategori haiwan yang jinak

dan mudah untuk dipelihara kerana tidak memerlukan kos yang banyak dan ruang yang

luas. Tambahan pula, proses menjaga hamster sangat mudah bermula dari kediamannya,

iaitu mengemas sangkarnya dan membersihkan najis serta menukar habuk kayu

sehinggalah memandikan,mengeringkan dan merapikan hamster tersebut. Manakala bagi

ikan hiasan pula, pelajar dikehendaki untuk membela dan menjaga ikan, menghias dan

membuat dekorasi di dalam akuarium. Semua aspek ini akan dipelajari oleh pelajar dan

mereka akan membuat pendokumentasian terhadap apa yang telah dipelajari tersebut.

Kemuncak bagi subjek ini adalah pelajar akan menghadapi satu amali yang akan

dilaksanakan setelah semua isi kandungan dalam subjek RBT 3093 ini tamat dipelajari.

Page 2: soalan 1laporan ikan

1.0 PENGENALAN KEPADA IKAN HIASAN

Ikan adalah anggota vertebrata poikilotermik (berdarah sejuk) yang hidup di air dan

bernafas dengan insang. Ikan merupakan kelompok vertebrata yang pelbagai jenis dengan

jumlah spesies lebih dari 27,000 di seluruh dunia. Secara taksonomi, ikan tergolong

kelompok paraphyletic yang hubungan kekerabatannya masih diperdebatkan; biasanya ikan

dibagi menjadi ikan tanpa rahang (kelas Agnatha, 75 spesies termasuk lamprey dan ikan

hag), ikan bertulang rawan (kelas Chondrichthyes, 800 spesies termasuk hiu dan pari), dan

sisanya tergolong ikan bertulang keras (kelas Osteichthyes).

Ikan hiasan dipelihara untuk menceriakan kawasan di sudut rumah, pejabat atau

kelas. Ini juga memberikan ketenangan kepada kita di samping menghayati kehidupan

alam akuatik. Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan menyeronokkan.

Bahkan, boleh dijadikan sumber pendapatan yang lumayan.

Ikan hiasan atau lebih dikenali sebagai ornamental fish diperingkat antarabangsa

merupakan ikan yang mendapat keistimewaan daripada penggemar atau peminat ikan

hiasan diseluruh dunia. Ikan yang mempunyai berbagai-bagai spesis ini mempunyai nilai

pasaran yang agak tinggi bagi sesetengah spesis. Bagi memelihara ornamental fish ini,

anda hendaklah mempunyai serba sedikit ilmu mengenai penjagaannya seperti kualiti air,

cara pemberian makanan, proses pembersihan kolam atau akuarium dan lain-lain lagi

supaya tidak berlaku kematian atau kecederaan pada ikan dalam waktu yang singkat.

Pengetahuan ini dapat mengelak keadaan yang boleh memudaratkan kesihatan ikan hiasan

tersebut dan membantu pemilik daripada mendapat kerugian.

Ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis ikan

liar yang ditangkap dari habitat semula jadi. Ikan yang jinak dan telah sesuai dipelihara di

dalam akuarium boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau dibiakkan sendiri. Ikan yang

ditangkap dari habitat semula jadi adalah sukar dipelihara di dalam akuarium kerana ianya

belum dapat menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan.

Untuk mempunyai akuarium yang cantik pemilihan jenis ikan untuk dipelihara adalah

penting. Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu komuniti akuarium. Ikan

pemangsa mestilah dipelihara di dalam akuarium yang hanya mengandungi jenis ikan itu

Page 3: soalan 1laporan ikan

sahaja kerana ia memakan ikan-ikan kecil lain yang terdapat dalam akuarium. Hanya ikan

yang boleh hidup secara komuniti sahaja boleh dipelihara dalam akuarium mengandungi

pelbagai jenis ikan.

Ikan yang dipelihara di

dalam bekas atau kolam

Ikan sebagai perhiasan

di rumah atau penyeri

rumah

Salah satu daripada

aktiviti mengisi masa

lapang dan

Ianya bagi mencantikkan

kawasan dan menjadi

daya penarik bagi sesuatu

tempat.

PENGENALAN

Page 4: soalan 1laporan ikan

TUJUAN MEMELIHARA IKAN HIASAN

Mengindahkan ruang tempat

kediaman

sebagai hobi pada masa lapang

menambahankan pengetahuan

berkaitan dengan hidupan akuatik

memberi ketenangan

Sebagai sumber pendapatan

Menghayati alam akuatik

Page 5: soalan 1laporan ikan

2.0 MENGENAL PASTI BAHAGIAN LUAR I KAN

Sisik

Badan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari musuh,

kecederaan dan penyakit .

Sirip

Anggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip. Sirip terdiri dari

dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip tidak berpasangan ialah

seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal berfungsi membantu supaya ikan

bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air. Sirip berpasangan ialah

Mata

Penutup insang

Sirip kaudal / ekor

Sirip analSirip pelvikSirip pektoral

Sirip dorsal Garisan lateral

Mulut

Sisik

Page 6: soalan 1laporan ikan

seperti sirip pektoral dan sirip pelvik berfungsi untuk kesetabilan, berundur berpusing dan

mengapung.

Garis lateral

Garis lateral terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup insang

hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air.

Organ deria ini juga berfungsi sebagai telinga.

Insang

Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang. Air disedut melalui mulut nya dan

keluar melalui tutup insang. Semasa air mengandungi oksigen bergerak melalui insang

oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.

Page 7: soalan 1laporan ikan

3.0 LANGKAH AWAL SEBELUM MEMELIHARA IKAN HIASAN

Perkara yang perlu diambilkira sebelum memelihara ikan hiasan ialah mempunyai

ilmu yang mencukupi. Kita perlu mengambil berat mengenai apa yang akan kita lakukan.

Oleh itu, tujuan pemeliharaan ikan hiasan kita boleh memulakan dengan membaca buku

mengenai pemeliharaan ikan ataupun mendapat idea daripada mereka yang telah lama

memelihara ikan perhiasan. Sangat penting untuk mengetahui cara penjagaan ikan hiasan

supaya apa yang dilakukan tidak gagal dan mendatangkan kerugian. Selain itu, ia juga

sebagai penambahan ilmu kepada kita.

Tempat yang sesuai untuk memelihara ikan juga perkara yang perlu diambil kira

sebelum memelihara ikan hiasan. Jika kita menggunakan akuarium kaca, pastinya akuarium

itu sangat berat. Kita perlu menyediakan tempat yang sesuai yang berdekatan dengan

punca air dan punca elektrik. Ini memudahkan kita untuk menukar air dan menghidupkan

lampu dan motor pam penapis air. Malahan ia juga memudahkan kita untuk melakukan

penyelenggaraan mingguan dan mengurangkan kekotoran di rumah kita.

Page 8: soalan 1laporan ikan

4.0 JENIS – JENIS IKAN HIASAN

4. 1 IKAN GUPPY

Ikan Guppy (Poecilia veticulata) boleh didapati di perairan Venezuela, kepulauan

Barbados dan Trinidad, utara Brazil dan Guyana.

Ikan betina mencapai saiz 6.0cm dan ikan jantan 3.0cm.

Ikan jantan mempunyai pelbagai warna dan bentuk serta menjadi bahan pemerhatian

dan kajian genetik.

Ciri-ciri:

a) dapat hidup dalam air kotor.

b) membiak secara beranak.

c) sangat subur, aktif dan dapat berkembang dalam keadaan terkurung.

d) boleh mengambil pelbagai jenis makanan.

e) cepat matang dan kurang penyakit.

f) dapat hidup dalam suhu air 60-1000F.

g) tidak bergaduh dan tidak merasa takut atau malu.

Warna ikan jantan lebih cantik dan menarik. Sirip dorsal dan caudal diubahsuai untuk

mencantikkan lagi.

Induk jantan polygamous iaitu mengawan dengan beberapa ekor induk betina.

Ikan ini mengeluarkan anak yang menetas daripada telur yang disenyawakan dalam

perut induk betina.

Benih lembaga (embryo) berkembang daripada telur yang tersenyawa tanpa

mengambil makanan daripada induk betina.

Induk jantan mempunyai gonopodium iaitu organ intromittant yang diubahsuai jalur

(ray) keempat, kelima dan keenamnya di sirip anal.

Page 9: soalan 1laporan ikan

Sperma mensenyawakan telur di dalam rongga ovari (ovarium cavity), dimana telur

ini akan menetas dan anak-anak ikan akan hidup bergantung kepada yolk-sac

sehingga tiba masa kelahirannya.

Telur-telur mengambil masa 30-40 hari sebelum anak-anak dikeluarkan daripada

perut betina.

Apabila dilahirkan anak-anak ikan sudah boleh berenang bebas dan memakan

bahan-bahan makanan yang terdapat di dalam air.

Kebanyakannya membiak tanpa musim dan anak dihasilkan sepanjang tahun.

Induk betina boleh menyimpan sperma di oviduktus.

Satu pengawanan (mating) dapat menghasilkan 4 atau 5 kumpulan anak. Ikan-ikan

dalam kumpulan ini memerlukan air yang agak masin untuk membiak dengan subur.

Apabila sirip anal ikan jantan mulai tajam, ia diasingkan daripada betina.

Ikan betina yang besar dan sihat dipilih sebagai induk.

Apabila ikan betina ini matang ia dipasangkan dengan bapanya. Anak-anak ikan

yang terhasil daripada pasangan ini diasingkan antara jantan dan betina.

Ikan betina yang dipilih daripada kumpulan ini dipasangkan pula dengan datuknya.

Ini dilakukan seterusnya sehingga strain yang dikehendaki diperolehi.

Setiap kali kumpulan anak dihasilkan pemilihan terhadap strain yang dikehendaki

dijalankan dan strain yang tidak dikehendaki dibuang

Page 10: soalan 1laporan ikan

4.2 IKAN EMAS

Pembiakan ikan Emas dijalankan dengan meluas di Negeri Johor, Perak dan Pulau

Pinang.

Jenis yang terdapat di pasaran termasuklah Oranda, Pearlscale, Comet, Pompom,

Moor, Teleskop, Lionhead dan Ranchu.

Perbezaan antara Ikan Emas Jantan dan Ikan Emas Betina

Ikan jantan lebih kurus (slender) berbanding dengan ikan betina yang gemuk dan

bulat (rounded).

Ikan jantan juga dikenali daripada sirip pektoralnya yang terdapat biji mutiara kecil.

Biji-biji ini jelas kelihatan setelah ikan matang atau pada musim pembiakannya.

Untuk menjaga ikan emas, ikan perlulah ]dipelihara di dalam:

a) kolam tanah berukuran 0.01 - 0.1 hektar, atau

b) tangki simen berukuran 5m x 5m x 0.3m.

Makanan yang diberikan:

a) pellet yang mengandungi 30-35% protein.

b) sisa gandum yang diadun bersama fish meal, diberi 2 kali sehari.

Induk yang diternak di dalam tangki simen biasanya diberi makanan yang tidak

mengotorkan air seperti pellet timbul, Moina sp, cacing tubifex atau cacing darah

(blood worm).

Pembiakan ikan emas

Sebelum pembiakan, induk jantan dan betina diasingkan selama seminggu.

Page 11: soalan 1laporan ikan

Pembiakan biasanya dijalankan pada waktu pagi.

Tangki 2m x 2m dan kedalaman 0.3m diisi air yang telah disimpan selama 3 hari.

Kiambang (Eichornia crassipes) dijadikan media untuk mengumpul telur.

Akar kiambang tersebut dibersih dan direndamkan dalam 20ppm larutan metilene

biru selama 10-15 minit sebelum digunakan.

Di dalam tangki pembiakan, 10 pasangan induk dilepaskan.

Ikan mulai mengawan pada waktu malam atau awal pagi.

Telur yang dihasilkan terlekat pada akar kiambang.

Keesokannya induk-induk dikeluarkan daripada tangki pembiakan.

Telur tersenyawa ditetaskan dengan diberi pengudaraan dan aliran air. Ia menetas

dalam tempoh 30 - 35 jam.

Anak-anak yang baru menetas yang masih diperingkat yolk-sec bergantung pada

akar kiambang sehingga 3 hari dan tidak perlu diberi makan.

4.3 IKAN TIGER BARB

Berasal dari India, Malaysia, sebahagian Negeri China dan Afrika.

Jenis maserba kecuali beberapa spesies seperti Lampan Sungai (Puntius

swanenfeldii) dan Lampan Siam (Puntius altus) ialah jenis maun.

Boleh menyesuaikan diri dalam semua kualiti air.

Ternakan di dalam akuarium (jenis yang kecil) memerlukan sistem penapisan dan

pengudaraan.

Spesies Ikan Barb:

Tiger Barb (Barbus tetrazona)

Tiger barb tempatan (Barbus pentazone)

Golden Barb (Barbus schuberti)

Page 12: soalan 1laporan ikan

Cherry barb (Barbus conchonius)

Black Ruby barb (Barbus nigrofasciatus)

Rosy barb (Barbus conchonius)

Cantik, aktif, mudah dipelihara dan mudah dibiakkan.

Dapat hidup 2-3 tahun (digalakkan dipelihara secara monospesies).

Jenis-jenis baru yang laris di pasaran ialah:

'Green barb' - belang besar berwarna hijau berkilat.

'Albino barb' (spesies 'Tiger barb') - berwarna kemerah-merahan.

'Rosy barb' - mempunyai sirip dorsal, ventral dan ekor panjang ('long-finned Rosy

Barb'

Perbezaan Ikan Tiger Barb jantan dan betina

Ikan Tiger Barb Jantan Ikan Tiger Barb Betina

1) Warna ikan jantan lebih cerah

2) Perut ikan jantan berbentuk langsing

apabila mencapai kematangan.

3) Ikan jantan lebih agresif.

1) Warna ikan betina agak pucat.

2) Setelah mencapai kematangan ikan

betina mempunyai perut yang lebih

buncit

3) Kurang agresif.

Penjagaan Ikan Tiger Barb

Peringkat yolk-sec mengambil masa selama 3 hari.

Pada hari ke-4 anak ikan diberi makanan air hijau (green water) yang mengandungi

hidupan seni zooplankton daripada jenis Rotifer dan Brachionus.

Apabila berumur seminggu, anak ikan diberi makan Moina sp.

Apabila berumur 2 minggu, anak ikan diternak di dalam kolam asuhan dan diberi

makanan tambahan seperti pellet halus. Baja perlu ditambah ke dalam kolam

asuhan.

Page 13: soalan 1laporan ikan

4. 4 IKAN ANGEL

Ikan Angel boleh membesar sehingga 15cm.

Ikan ini disukai kerana tahan lasak.

Makanan utama ialah Blood worm, Daphnia sd, Moina sp, Jejentik dan Pelet.

Ciri-ciri ikan Angel (Pterophyllum sclare):

a) Bahagian atas kepala berwarna coklat kehitaman.

b) Warna bahagian bawah tubuhnya kelabu berkilat.

c) Tubuhnya pipih dan hujung mulutnya tajam.

d) Sirip dorsal dan anal terbuka lebar ke arah ekor.

e) Bahagian dada terdapat sepasang sirip yang terjuntai menjangkau ke ekor

berwarna putih.

Perbezaan ikan angel jantan dan ikan angle betina

Ikan jantan: Ikan betina

1) Badan lebih besar.

2) Pada pandangan atas, perutnya pipih

dan kepala lebih besar.

3) Bahagian atas antara mulut dan sirip

dorsal (dahi) berbentuk cembung.

4) Warna lebih terang.

5) Liang genital kecil panjang.

6) Lebih agresif.

1) Badan lebih kecil.

2) Pada pandangan atas, perutnya

besar dan kepala lebih kecil.

3) Bahagian antara mulut dan sirip

dorsal rata.

4) Warna tidak secerah ikan jantan.

5) Liang genital lebih tebal apabila

matang.

6) Kurang agresif.

Page 14: soalan 1laporan ikan

Cara penjagaan Ikan Angel

Induk ikan diternak di dalam tangki kaca gentian, tangki simen atau akuarium.

pH air antara 6.5 hingga 7.0.

Ikan Angel matang apabila berumur 7 bulan dan berukuran lebih kurang 7.5cm.

Makanan induk antaranya ialah Moina sp, Daphnia sp dan Blood worm yang diberi 2

kali sehari.

Ikan Angel yang dipelihara secara berkumpulan memilih pasangannya sendiri.

Pembiakan Ikan Angel

Induk ikan diternak di dalam tangki kaca gentian, tangki simen atau akuarium.

pH air antara 6.5 hingga 7.0.

Ikan Angel matang apabila berumur 7 bulan dan berukuran lebih kurang 7.5cm.

Makanan induk antaranya ialah Moina sp, Daphnia sp dan Blood worm yang diberi 2

kali sehari.

Ikan Angel yang dipelihara secara berkumpulan memilih pasangannya sendiri.

Induk ikan diternak di dalam tangki kaca gentian, tangki simen atau akuarium.

Page 15: soalan 1laporan ikan

Ikan Pembersih/Ikan Bandaran

Contoh ikan pembersih bersaiz sederhana

Ikan pembersih ini dikenali juga sebagai ’ikan bandaran’ atau ’ikan bandaraya’ kerana

sifatnya yang dapat membersihkan akuarium, terutamanya cermin akuarium. Ikan ini

memakan sisa-sisa makan dan juga bahan kumuh ikan hiasan. Kebiasaannya akuarium

yang mempunyai ikan pembersih ini kelihatan lebih bersih berbanding dengan akuarium ikan

hiasan tanpanya walaupun tidak dibersihkan (cermin) selama beberapa minggu.

Page 16: soalan 1laporan ikan

5.0 MENGENAL DAN MEMILIH JENIS MAKANAN IKAN HIASAN

Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang mempunyai

bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau

Angel. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai

bentuk mulut yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach.

Pemakanan ikan Hiasan

Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis

permakanannya.

Ikan karnivor Ikan yang memakan benda-benda hidup

seperti ikan kecil atau haiwan lain

dikenali sebagai ikan pemangsa atau

karnivor. Biasanya ikan pemangsa

bersaiz besar, mempunyai gigi yang

tajam dan rahang yang kuat. Makanan

ikan karnivor ialah seperti cengkerik,

anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan

karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar dan

ikan Arowana.

Ikan pemakan plankton

(organisma mikro di dalam air)

Ikan yang memakan mikro

organisma di dalam air

dikenali sebagai ikan pemakan

plankton. Contoh ikan ini ialah

seperti ikan Barb, ikan Tetra

dan kebanyakan jenis ikan

semasa peringkat anak.

Ikan herbivor

Sesetengah ikan hiasan

memakan tumbuhan dan

ianya dikenali sebagai

herbivor. Ikan ini tidak sesuai

dipelihara di dalam akuarium

yang ditanam tumbuhan

akuatik. Contoh ikan herbivor

ialah ikan Lampam dan Tiger

Barb.

Ikan omnivor

Ikan omnivor ialah ikan yang

memakan pelbagai jenis

makanan seperti plankton,

tumbuhan reput, daging haiwan

atau pellet. Kebanyakan ikan

hiasan ialah jenis ini kerana

ianya telah menyesuaikan diri

untuk hidup di dalam tangki.

Contoh ikan omnivor ialah ikan

Pelaga, Oscar, dan cichlid.

Page 17: soalan 1laporan ikan

Pemakanan ikan hiasan di dalam akuarium

Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan

kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada

jenis ikan yang dipelihara. Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya,

makanan ikan hiasan juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara.

Kebanyakan ikan yang dipelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di

dalam sekitaran tangki, pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan

hiasan akan memakan apa sahaja makanan yang diberikan kepada terutamanya apabila

ikan telah lapar.

Makanan ikan hiasan boleh dibahagikan

kepada 4 kumpulan

Makanan hidup

Makanan kering

Makanan basah

Makanan rumusan

Page 18: soalan 1laporan ikan

a. Makanan hidup

Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air, cacing,

ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.

Blood worm Ulat roti

Plankton Plankton

b. Makanan kering

Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti.

c. Makanan basah

Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam.

d. Makanan rumusan

Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses oleh

kilang membuat makanan. Iannya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau pembekal

makanan haiwan.

Page 19: soalan 1laporan ikan

Pellet Emping

6.0 MENGENAL PASTI PENYAKIT IKAN HIASAN

Page 20: soalan 1laporan ikan

Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut:

Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk

Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama.

Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.

Antara penyakit penting ikan hiasan ialah:

a. Penyakit rintik putih

Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu

air terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh

dirawat menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke

dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai akuarium.

b. Penyakit kulat

Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal.

Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka.

Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia boleh

dirawat menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau

menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu

diasingkan dari ikan sihat.

Page 21: soalan 1laporan ikan

c. Penyakit bakteria

Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya

mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh menyerang ikan

disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan

mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli

dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.

7.0 CARA MEMBERSIHKAN AKUARIUM DAN AKSESORI

1. Basuh akuarium dan aksesori dengan menggunakan air sabun.

2. Tanggalkan setiap kotoron.

3. Kemudian, cuci akuarium dan aksesori dengan larutan garam.

4. Bilaskan dengan air bersih.

5. Keringkan.

Aksesori Akuariumtunggul kayutong (hiasan)

pagartumbuhan aquatik

Latar belakang akuarium

Page 22: soalan 1laporan ikan

8.0 CARA MEMASUKKAN IKAN KE DALAM AKUARIUM

1. Letakkan beg ikan ke dalam tangki akuarium selama 20 hingga 30 minit.

2. Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik dan air di dalam

akuarium.

3. Buka beg plastik dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya bersama air daripada

beg plastik.

Page 23: soalan 1laporan ikan

9.0 CARA MENJAGA AKUARIUM

Penjagaan harian

Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat

dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit.

Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit

seperti berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing, terdapat kecederaan,

berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan

diberi rawatan.

Ikan yang mati perlu dibuang.

Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik.

Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida menggunakan

alat yang disediakan.

Penjagaan mingguan

Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak ½ atau

⅓ bahagian dari isipadu tangki.

Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi

Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki.

Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara

waktu.

Page 24: soalan 1laporan ikan

Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki.

Cucikan kapas penapis dengan air bersih.

Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal.

Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum bercuti pada

hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan selama beberapa

hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan sekiranya diberi makan dengan

berlebihan.

10.0 MENGENAL PASTI DAN MEMILIH TUMBUHAN AKUATIK UNTUK HIASAN

DALAM AKUARIUM

Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan

mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium.

Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-

bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi makanan yang tidak

habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke

dalam substrat di dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik.

Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosistisis.

Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan.

Tumbuhan akuatik juga berdungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan

yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat.

Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.

Keperluan penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium

a. Karbon dioksida

Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintisis

sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan yang baik

gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbon dioksida

yang khusus dan ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan

Page 25: soalan 1laporan ikan

tumbuhan masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air

melalui pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.

b. Baja

Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran

tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambahkan dari masa ke semasa

menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang dicadangkan.

c. Cahaya

Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti

dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.

Page 26: soalan 1laporan ikan

11.0 MENGENAL PASTI MUTU AIR AKUARIUM

a. pH air

pH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 ialah paling

masam atau asidik dan nilai 14 merupakan keadaan yang paling alkali. pH air akuarium

yang paling sesuai ialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Untuk menentukan nilai pH

boleh menggunakan kertas litmus. Nilai pH air perlu dipastikan dari masa ke semasa

untuk mengelakkan ianya terlalu asidik.

b. Suhu

Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26o hingga 27oC. Suhu yang terlalu

tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu yang sejuk di bawah 26oC

menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan suhu dan iklim di

negara kita tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik adalah

cukup sesuai untuk ikan hidup dengan baik.

c. Bahan beracun

Bahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia dan nitrate. Ianya

terhasil dari proses perkumuhan ikan yang dipelihara iaitu bahan buangan urin dan najis.

Oleh kerana sistem tangki kita adalah sistem yang seimbang, bahan beracun ini tidak

Page 27: soalan 1laporan ikan

akan memberi kesan kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada bahan

makanan dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam akuarium. Proses

penukaran bahan beracun ammonia dan nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan

bakteria di dalam penapis pasir di dasar akuarium.

Page 28: soalan 1laporan ikan

12. LANGKAH PENYEDIAAN AKUARIUM

LANGKAH 6

Mengemas, membersihkan dan mengembalikan alatan yang telah digunakan

LANGKAH 5sukatkan Ph dan suhu air Memberi makanan kepada ikan Masukkan tablet Co2 kedalam

reactorNyalakan lampu dan pasangkan

penutup akuarium

LANGKAH 4Pasangkan dan hidupkan pam angin Sediakan lampu Masukkan ikan hiasan

LANGKAH 3Susunkan aksesori dan batuan mengikut pelan. Masukkan air selebihnya sehingga paras air 2 cm dari bibir akuarium.

LANGKAH 2Masukkan air ke dalam akuarium sehingga 50% penuh. Tanamkan tumbuhan akua yang dikehendaki. pastikan akar

tumbuhan tersebut kena pada baja yang telah diletakkan.

LANGKAH 1Sediakan tapak filter pada

akuarium.Letakkan jaring atau kain

kasa atas tapak filter.Letakkan pasir halus

untuk lapisan pertamaLetakkan baja untuk tumbuhan

akua bagi lapisan kedua.Pada lapisan akhir, letakkan pasir yang hendak digunakan iaitu setebal 1.5 cm

Page 29: soalan 1laporan ikan

12.1 BAHAN PENYEDIAAN AKUARIUM

Bahan penyediaan akuarium

pasirbatu-batuan

tanah baja

Undergravel

tiub udara

moonstones

Page 30: soalan 1laporan ikan

12.2 PERALATAN PENYEDIAAN AKUARIUM IKAN HIASAN

Peralatan penyediaan akuarium

ikan hiasan

akuarium kaca

bersaiz 10 hingga 30 gelen air

penutup akuarium

penyauk ikan

plug elektrik

lampu

tangkipam

udara

kertas litmus

cecair penaik

dan penurun

pH air

anti-klorin

makanan ikan

span, baldi, getah, sifon

Page 31: soalan 1laporan ikan

TEKNOLOGI PEMBIAKAN IKAN HIASAN

Pembiakan ikan hiasan ( jenis beranak)

Ikan membiak melalui proses persenyawaan iaitu induk betina bertelur dan induk

jantan mengeluarkan sperma. Proses persenyawaan ini pula berlaku sama ada di

dalam atau di luar badan induk ikan betina.

Sekiranya proses persenyawaan berlaku di dalam badan induk ikan sperma jantan

dimasukkan ke dalam badan ikan betina melalui urogenital. Telur yang tersenyawa

itu disimpan dan berkembang membentuk anak di dalam badan ikan betina. Anak

yang telah sempurna dan boleh berenang bebas akan dilahirkan. Ikan yang bersifat

seperti ini dikenali sebagai ikan jenis beranak.

Sekiranya anak ikan dikandung mendapat bekalan makanan dan aliran darah

induknya dikenal sebagai viviparous.

Perbezaan jantina

Dalam spesiskan beranak, sirip anak ikan jantan diubahsuai menjadi struktur yang

digunakan untuk kemasukkan sperma ke dalam organ pembiakan ikan betina.

Struktur ini dikenali sebagai gonopodium. Kebiasanya ikan jantan dibezakan dengan

ikan betina dari perbezaan struktur ini.

Biologi pembiakan

Semasa mengawan ikan jantan akan memasukkan sperma ke dalam badan ikan

betina melalui gonopodium.

Ikan betina menyimpan sperma di dalam struktur yang dikenali sebagai oviduct

sehingga beberapa bulan. Sebanyak 4 hingga 5 kali perindukan (brood) boleh

dihasilkan dari satu pengawanan. Sebanyak 20 hingga 200 ekor anak dihasilkan

setiap kali beranak.

Page 32: soalan 1laporan ikan

Penyediaan tempat pembiakan

Untuk mencapai kejayaan pembiakaan beberapa perkara perlu diambil kira iaitu :

Tangki pembiakan

Tangki pembiakan digunakan sebagai tempat mengumpul anak yang

dihasilkan dan tangki pembesaran. Anak ikan dihasilkan akan dipelihara di

dalam tangki yang sama sehingga boleh dipasarkan.

Mutu air dengan kadar pH sekitar

7.5

Air baru dan bersih Menyediakan

sangkar pembiakan

Saiz tangka lebih 30 x30cm dengan isipadu air lebih daripada 20 liter

Induk yang matang dan tidak

berpenyakit

Page 33: soalan 1laporan ikan

Menyediakan sangkar pembiakan

Semua jenis ikan hiasan beranak cenderung untuk memakan anak yang baru

dilahirkan.

Untuk menjaga keselamatan anak-anak ikan yang baru dilahirkan dari menjadi

mangsa kepada induknya sendiri atau ikan lain, sangkar yang diperbuat daripada

jarring netlon atau sebarang kotak plastic yang mempunyai lubang yang

membolehkan anak-anak ikan bebas keluar. Alat ini dikenali sebagai sangkar

pembiakan.

Ukuran sangkar adalah berbeza-beza bergantung kepada kesesuaian tangki p

embiakan yang digunakan.

Penjagaan anak ikan hiasan

Anak ikan yang dihasilkan boleh membesar di dalam tangki yang sama dan

pindahkan induk untuk pembiakan ketangki lain.

Untuk penghasilan secara komersial, anak ikan yang dihasilkan perlu ditangguk dan

dipindahkan ke dalam tangka lain atau kolam tanah. Ia menggalakkan pembesaran

anak ikan diberi makan Moina atau pellet dua kali sehari.

Setelah ikan berumur 3 hingga 4 bulan dan mencapai saiz yang sesuai ikan boleh

dipasarkan.

Page 34: soalan 1laporan ikan

Pemilihan induk

Pengumpulan anak ikan

Untuk penghasilan ikan secara komersial pembiakan dijalankan dalam tangka

isi atau fiberglass yang 10 x 10m.

Ikan yang dihasilkan dikutip dari masa kesemasa untuk mengelakkan

kesesakan dan menggalakkan untuk terus menghasilkan zuriat lain.

Untuk menggelakkan pemangsaan ketas anak ikan yang baru dilahirkan

tangka tersebut perlu dibubuh tumbuh kualiti seperti keladi binting atau

Hydrillasap yang berfungsi sebagai tempat persembunyian.

induk ikan jantan dan betina perlu diasingkan terlebih dahulu seblum anak ikan matang untuk mengelakkan dari pembiakan tidak terkawal

ini bagi memastikan pembesaran yang baik untuk induk dan anak yang dihasilkan.

induk perlu dipilh mengikut sifatsifat tertentu yang dikehendaki

ikan yang cacat dan warna badan yang kurang menarik tidak dijadikan induk.