SOALAN 2

6
SOALAN 2 Pelan lantai dalam sesebuah bilik darjah sangat penting kerana pelan inilah yang akan menunjukkan adakah sesebuah kelas itu kondusif atau tidak. Persekitaran bilik darjah penting kerana persekitaran yang kondusif boleh menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Menurut Michael Marland (1975) suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh kepada pembelajaran. Dalam memastikan bilik darjah yang kondusif, terdapat beberapa ciri pengurusan bilik darjah abad ke-21 yang boleh dilaksanakan dalam bilik darjah antaranya pedagogi guru, sokongan ibu bapa, penglibatan murid, sumber media, kreativiti, kolaborasi, komunikasi dan pemikiran kritikal. Prasekolah D Mag telah menepati ciri-ciri pengurusan bilik darjah abad ke-21. Pertama ialah pedagogi guru. Dalam kelas Prasekolah D Mag, guru akan selalu menggunakan pendekatan TMK dalam pedagoginya. Hal ini kerana terdapat pemancar LCD yang sedia terpasang di dalam kelas serta komputer riba yang disediakan kepada guru. Guru juga diberikan latihan dan kursus berkenaan penggunaan teknologi dalam pengajaran bagi membantu dan memudahkan guru untuk mengimplimentasikan TMK dalam pengajaran terhadap kanak-kanak. Penglibatan murid juga penting dalam setiap aktiviti yang dikelolakan oleh guru. Penglibatan murid yang aktif dapat membantu dalam perkembangan diri mereka. Kanak-kanak yang terlibat aktif juga dapat meneroka pelbagai aktiviti yang disediakan khas untuk mereka. Dari segi susunan fizikal bilik darjah, meja dan kerusi murid-murid disusun dengan kemas dan rapi mengikut kumpulan. Meja dan kerusi dalam bilik darjah prasekolah ini disusun mengikut kumpulan. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam pengurusan bilik darjah. Ada guru yang membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan mengikut tahap kebolehan dan kefahaman murid-murid seperti kumpulan yang mempunyai tahap kebolehan yang tinggi, sederhana dan lemah. Ada guru juga membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada murid-murid yang tahap kebolehan yang lemah, sederhana dan tinggi dalam satu kumpulan. Pembahagian murid-murid kepada beberapa kumpulan dilakukan kerana kebolehan murid-murid adalah berbeza antara satu sama lain. Dengan susunan fizikal bilik darjah seperti ini memudahkan interaksi antara murid dengan murid dan guru dengan murid.Susun atur jenis kumpulan ini lebih mudah untuk menggalakkan kerjasama dan tolong-menolong dalam diri kanak- kanak selain daripada mudah menjalankan aktiviti. Dari segi saiz bilik darjah, ruang bilik darjah yang mencukupi diperlukan bagi sesebuah bilik darjah bagi memudahkan pergerakan murid dan guru. Guru boleh berdiri di tengah kelas serta dapat memberi perhatian kepada semua murid dalam kumpulan atau berpasangan. Dengan ini, kanak-kanak dapat

description

huraian pelan lantai

Transcript of SOALAN 2

SOALAN 2Pelan lantai dalam sesebuah bilik darjah sangat penting kerana pelan inilah yang akan menunjukkan adakah sesebuah kelas itu kondusif atau tidak. Persekitaran bilik darjah penting kerana persekitaran yang kondusif boleh menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Menurut Michael Marland (1975) suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh kepada pembelajaran. Dalam memastikan bilik darjah yang kondusif, terdapat beberapa ciri pengurusan bilik darjah abad ke-21 yang boleh dilaksanakan dalam bilik darjah antaranya pedagogi guru, sokongan ibu bapa, penglibatan murid, sumber media, kreativiti, kolaborasi, komunikasi dan pemikiran kritikal. Prasekolah DMag telah menepati ciri-ciri pengurusan bilik darjah abad ke-21. Pertama ialah pedagogi guru. Dalam kelas Prasekolah DMag, guru akan selalu menggunakan pendekatan TMK dalam pedagoginya. Hal ini kerana terdapat pemancar LCD yang sedia terpasang di dalam kelas serta komputer riba yang disediakan kepada guru. Guru juga diberikan latihan dan kursus berkenaan penggunaan teknologi dalam pengajaran bagi membantu dan memudahkan guru untuk mengimplimentasikan TMK dalam pengajaran terhadap kanak-kanak. Penglibatan murid juga penting dalam setiap aktiviti yang dikelolakan oleh guru. Penglibatan murid yang aktif dapat membantu dalam perkembangan diri mereka. Kanak-kanak yang terlibat aktif juga dapat meneroka pelbagai aktiviti yang disediakan khas untuk mereka.Dari segi susunan fizikal bilik darjah, meja dan kerusi murid-murid disusun dengan kemas dan rapi mengikut kumpulan. Meja dan kerusi dalam bilik darjah prasekolah ini disusun mengikut kumpulan. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam pengurusan bilik darjah. Ada guru yang membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan mengikut tahap kebolehan dan kefahaman murid-murid seperti kumpulan yang mempunyai tahap kebolehan yang tinggi, sederhana dan lemah. Ada guru juga membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada murid-murid yang tahap kebolehan yang lemah, sederhana dan tinggi dalam satu kumpulan. Pembahagian murid-murid kepada beberapa kumpulan dilakukan kerana kebolehan murid-murid adalah berbeza antara satu sama lain. Dengan susunan fizikal bilik darjah seperti ini memudahkan interaksi antara murid dengan murid dan guru dengan murid.Susun atur jenis kumpulan ini lebih mudah untuk menggalakkan kerjasama dan tolong-menolong dalam diri kanak-kanak selain daripada mudah menjalankan aktiviti.Dari segi saiz bilik darjah, ruang bilik darjah yang mencukupi diperlukan bagi sesebuah bilik darjah bagi memudahkan pergerakan murid dan guru. Guru boleh berdiri di tengah kelas serta dapat memberi perhatian kepada semua murid dalam kumpulan atau berpasangan. Dengan ini, kanak-kanak dapat memberi sepenuh perhatian kepada guru yang mengajar di hadapan kelas. Guru juga dapat mengubah ,mengajar dan menunjuk ajar kepada murid-murid secara berkesan jika mereka melakukan apa jua kesalahan, sama ada kesalahan ejaan, kiraan atau perbuatan yang tidak menyeronokkan. Saiz bilik darjah Prasekolah DMag adalah berukuran 90 meter persegi yang boleh memuatkan seramai 25 orang kanak-kanak. Daripada aspek kemudahan infrastruktur, bilik darjah di Prasekolah DMag dilengkapi dengan kerusi, meja, papan hitam, kipas, tingkap, pintu, papan pameran, rak-rak, komputer dan peralatan tersebut berada dalam keadaan sempurna. Bagi memastikan bilik darjah berada dalam keadaan yang kondusif, pemeriksaan terhadap peralatan akan dilakukan setiap sebulan sekali. Selain itu, hasil-hasil kerja kanak-kanak juga digantung dan dilekatkan di ruangan khas hasil karya untuk menunjukkan rasa penghargaan kepada karya kanak-kanak selain menyemai sikap bangga dengan hasil karya sendiri dan rakan-rakan. Prasekolah ini juga mempunyai beberapa bahagian ruang yang dibahagikan mengikut fungsinya. Ruang yang paling hadapan berdekatan pintu masuk ialah ruang untuk tetamu atau ibu bapa. Ruang ini diletakkan di bahagian hadapan sekali kerana untuk memastikan kanak-kanak tidak terganggu dalam sesi pembelajaran mereka jika ada tetamu yang hadir. Selain itu, ruang ini juga digunakan oleh kanak-kanak untuk menunggu ibu bapa mereka datang untuk mengambil mereka pulang. Ruang ini juga merupakan ruang untuk ibu bapa berinteraksi dengan guru untuk menanyakan soalan mengenai perkembangan anak mereka. Ruang ini juga dapat menerapkan budaya membaca kerana satu rak buku telah diletakkan bersebelahan sofa dan majalah diletakkan di atas meja. Jadi apabila kanak-kanak sedang menunggu kedatangan ibu bapa mereka, kanak-kanak boleh membaca bahan yang disediakan guru tersebut.Ruang seterusnya ialah ruang parking lot yang terletak di antara ruang makan dan tandas serta berdekatan tangga. Ruang ini merupakan satu ruang di mana terletaknya satu papan putih dan beberapa batang pen marker dan nota kecil untuk dilekatkan di papan putih. Ruang ini diwujudkan dengan inisiatif agar kanak-kanak dapat meluahkan perasaan mereka tanpa pengetahuan guru dan rakan yang lain. Perkara ini menggalakkan penglibatan kanak-kanak yang mempunyai perasaan malu atau takut dalam meluahkan apa yang terbuku di hati mereka. Selain itu, dengan wujudnya ruangan ini, guru boleh mengenalpasti masalah kanak-kanak dengan mudah dan jika masalah tersebut merupakan satu perkara yang serius seperti buli dan dera, guru boleh mengenalpasti kanak-kanak yang terlibat dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran kawasan terbabit dan seterusnya membantu mereka dalam menyelesaikan masalah terbabit. Ruang makan adalah ruang di mana kanak-kanak berkumpul untuk mengambil makanan dan menjamah makanan terbabit. Ruang makan ini terdiri daripada kawasan dapur dan kawasan makan. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan dalam kawasan makan ini seperti aktiviti memasak dan eksperimen. Aktiviti memasak ini dijalankan sekali sebulan kerana kami ingin memupuk sifat kerajinan dalam melakukan kerja dan bekerjasama dalam kumpulan. Selain itu, aktiviti memasak ini juga dapat menerapkan nilai tolong-menolong terutama sekali menolong ibu ketika berada di rumah. Aktiviti eksperimen kerap kali diadakan kerana aktiviti seperti ini dapat membantu kanak-kanak dalam memperkembangkan sifat ingin tahu dan meneroka mereka. Secara keseluruhannya, aktiviti yang dijalankan dalam kawasan ini melibatkan penglibatan kanak-kanak secara 100% kerana kanak-kanak sangat menyukai aktiviti yang berasaskan hands on dan minds on. Selain daripada aktiviti yang dijalankan oleh kanak-kanak, mereka juga belajar mengenai pengurusan sebelum, semasa dan selepas makan di sini. Pada permulaan sesi persekolahan, guru dan pembantu murid akan membahagikan tugas kanak-kanak mengikut kumpulan iaitu tugas mengatur alas meja, mengatur sudu kepada rakan-rakan dan mengambil buah. Makanan pula diambil secara individu yang diletakkan di atas kaunter. Hal ini dapat menerapkan sifat tanggungjawab dalam tugas yang diberikan dan berdikari dalam mengambil makanan sendiri.Ruang bersebelahan ruang makan iaitu ruang permaidani biru adalah ruang bagi kesihatan, perbincangan dan kerohanian. Ruang ini dirangkumkan melalui pelbagai tunjang kerana ruang ini merupakan ruang paling besar yang berada di tingkat bawah prasekolah. Selain itu, kemudahan sumber air yang dekat juga dapat membantu guru dalam mengajar cara-cara berwuduk, mencuci kotoran, menjaga kesihatan dan melakukan aktiviti eksperimen dan penerokaan. Melalui kemudahan pemancar LCD dan smart board yang ada, guru boleh menggunakan pendekatan TMK dalam pengajarannya. Guru boleh menunjukkan tayangan video sebagai bahan bantu mengajar kepada kanak-kanak selain dapat melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti pembelajaran apabila menggunakan smart booard. Smart board berfungsi sebagai satu papan interaktif yang boleh diguna dengan menulis atau melukis apa sahaja di papan putih seterusnya akan dipindahkan ke dalam komputer riba. Ruang ini juga mempunyai sudut informasi yang menempatkan dua buah komputer untuk diakses oleh kanak-kanak dalam mencari maklumat. Prasekolah ini juga mempunyai satu ruang pejabat yang menepatkan bilik sakit dan tandas guru. Bilik sakit digunakan sebagai bilik rehat kanak-kanak yang sakit sebelum menunggu kedatangan ibu bapa. Terdapat beberapa jenis ubat yang disediakan di dalam peti pertolongan cemas yang wajib ada di dalam sesebuah premis. Tingkat bawah prasekolah ini juga menempatkan dua buah kelas prasekolah yang dapat menampung kapasiti kanak-kanak seramai 25 orang. Setiap kelas dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang lengkap dan tersusun serta kondusif. Selain meja dan kerusi yang sesuai dengan keselesaan kanak-kanak, terdapat aplikasi TMK yang dapat digunakan oleh kanak-kanak iaitu penggunaan komputer. Penggunaan komputer digunakan untuk carian maklumat di internet atau menonton video-video pendidikan.Meja guru diletakkan di belakang kelas dan berada di tengah. Kedudukan seperti ini adalah amat sesuai sekali diaplikasikan terutama pada murid Tahun Satu. meja guru juga hendaklah menghadap meja murid bagi membantu berlakunya kontek visual antara murid dan guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan meja guru di belakang ini juga tidak menghalang penglihatan murid pada papan putih semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan ini juga dapat memaksimumkan pemantauan guru terhadap setiap murid dari setiap sudut. Apabila murid mengetahui setiap gerak gerinya diperhatikan, mereka akan dapat membuat kerja berkumpulan atau individu dengan sebaiknya. Dengan itu, kedudukan ini dapat mencapai keselesaan guru dan dapat merangsang semangat untuk guru mengajar dalam emosi yang positif. Tingkat kedua pula menempatkan bilik ekspresi seni, ekspresi muzik, bilik drama dan perpustakaan mini. Dalam bilik ekspresi seni, kanak-kanak akan melakukan pelbagai aktiviti seni yang mereka sukai.Pelan lantai luar pula terbahagi kepada beberapa bahagian di sekelilingnya. Ruang pertama yang dititikberatkan ialah tapak permainan. Aktiviti luar seperti permainan luar akan diadakan di sini. Kanak-kanak dibenarkan bermain mengikut mainan kegemaran mereka. Sementara itu, guru juga telah menetapkan beberapa peraturan bagi menjaga tingkah laku kanak-kanak serta menekankan beberapa aspek keselamatan ketika berada di kawasan tapak permainan.Kawasan kebun juga dibina di sebelah kanan bangunan. Kebun ini dibina untuk melatih kanak-kanak melakukan aktiviti bercucuk tanam selain memperkembangkan motor halus mereka dengan cara menanam pokok. Selain itu, kebun sayur ini juga dapat membantu dalam pembelajaran mengenai kesyukuran kepada alam sekitar dan kekuasaan tuhan dalam mencipta tumbuh-tumbuhan. Kebun sayur ini akan ditanam sendiri oleh kanak-kanak.Gazebo yang diletakkan di pertengahan antara kebun dan tapak permainan pula merupakan kawasan rehat atau tempat ibu bapa menunggu anak mereka ketika selesai sesi persekolahan. Di sebelah gazebo terbabit terdapat kolam ikan yang membantu dalam menambahkan kecantikan halaman prasekolah. Kolam ikan tersebut juga berperanan dalam sesi pembelajaran apabila guru memberitahu jenis ikan dan kepentingan air yang ada dalam kolam terbabit.Kotak berwarna-warni yang berada di sebelah kiri bangunan ialah kotak yang boleh mengeluarkan bunyi dan akan berubah warna jika dipijak. Kotak-kotak tersebut merupakan satu inovasi permainan yang boleh dimainkan oleh kanak-kanak. Selain itu, guru juga boleh mengajar topik muzik dan warna pada ruangan ini.Di sekeliling lingkaran air pancut yang terdapat di sebelah kiri bangunan yang berada berdekatan pagar, terdapat kawasan lingkaran batu refleksologi yang boleh dipijak oleh kanak-kanak. Kawasan refleksologi ini dapat membantu dalam peredaran darah semasa memijak kawasan terbabit. Guru boleh mengajar mengenai deria sentuhan yang dialami kanak-kanak seperti rasa sakit dan geli. Bunga-bunga yang ada di sekeliling air pancut juga dapat menjadi bahan bantu mengajar kanak-kanak selain merupakan satu elemen dalam menambahkan lagi keceriaan pemandangan halaman prasekolah.Kawasan kolam renang dan kawasan berpasir pula adalah suatu prasarana yang perlu ada di luar kelas prasekolah. Kawasan ini digunakan oleeh kanak-kanak untuk melakukan aktiviti berasaskan air dan pasir.Kesimpulannya, pengurusan sebuah bilik darjah yang baik dan kondusif merupakan salah satu faktor meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid di sekolah akan menikmati dan menggunakan kemudahan yang amat lengkap dan memungkinkan melahirkan anak-anak murid yang cemerlang.