Soalan 2 p.pen

download Soalan 2 p.pen

of 3

description

SAN

Transcript of Soalan 2 p.pen

Soalan 2Takrifan kebudayaan pula yang berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu buddhayah yang berasal daripada bentuk jamak dari buddhi membawa maksud budi atau akal. Pengertian ini boleh diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia. Dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut culture yang berasal daripada perkataan Latin colere, iaitu bermaksud mengolah atau mengerjakan. Pengertian ini bertolak daripada tradisi pekerjaan utama manusia yang berbentuk mengolah tanah atau bertani (kerja-kerja pertanian).Namun, pengertian kebudayaan yang bersabit dengan tradisi akal dan budi manusia ini lebih menjurus kepada cara hidup sesuatu bangsa atau umatnya. Untuk kita memahami gaya hidup berbagai jenis manusia termasuklah diri kita sendiri, sosiologi seringkali menggunakan konsep budaya, yang merujuk kepada perkongsian bersama barangan, ilmu dan kepercayaan sebuah kumpulan manusia atau masyarakat. Konsep ini juga berkait rapat dengan bidang seni, sastera, dan muzik klasik serta merangkumi aspek-aspek kehidupan lain dalam masyarakat kita.Kepelbagaian kebudayaan ini lebih merujuk kepada kepelbagaian adat dan budaya sesebuah masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik dan kaum. Stavenhagen (1986) berpendapat kepelbagaian budaya merupakan rangkuman dari pelbagai aspek yang meliputi budaya, etnik, agama, amalan tradisi yang mengarah kepada kecenderungan dan memberi kefahaman di antara sesama kaum. Kepelbagaian Budaya menurut Kymlicka (1999) pula adalah merujuk kepada kepelbagaian yang wujud dalam sesebuah masyarakat yang memberi tumpuan kepada memahami fenomena perubahan setiap masyarakat secara universal (perspektif universal), mengkaji permasalahan dan konflik setiap etnik (perspektif etnik) dan mengkaji cara bagaimana setiap etnik mengekspresikan budaya mereka (perspektif budaya).Jadi, setiap kaum mempunyai budaya yang tersendiri. Setiap budaya pula mempunyai keunikannya. kebudayaan adalah benda-benda yang diciptakan oleh manusia sebagai makhluk yang berbudaya, mempunyai perilaku dan benda-benda yang bersifat nyata, misalnya pola-pola perilaku, bahasa, peralatan hidup, organisasi sosial, religi, seni, dan lain-lain, yang kesemuanya ditujukan untuk membantu manusia dalam melangsungkan kehidupan bermasyarakat.Dalam aspek struktur masyarakat sosio budaya memperjelaskan mengenai kumpulan masyarakat yang terdiri daripada manusia yang hidup bersama dan berorganisasi atas dasar saling hubungan daripada pelbagai aspek hidup. Tiga konsep penting dalam kehidupan bermasyarakat dititikbertkan iaitu masyarakat, budaya dan pn juga eprpaduan dalam masyarakat. Konsep masyarakat diperhatikan menerusi konsep etnik dan kaum. Hal ini dapat diperjelaskan daripada segi adat resam, pakaian, bahasa dan juga kegiatan ekonomi. Walaupun setiap kaum mempunyai perbezaan tersendiri,namun masyarakat di Malaysia adalah sebuah komuniti yang saliang bergantung antara golongan yang wujud bersama. Hal ini dibuktikan malalui kegiatan ekonomi di negara kita dimana setiap kaum memberi sumbangan besar dalam sektor pertanian, perindustrian dan sumber tenaga manusia. Struktur masyarakat berperanan penting dalam mewujudkan perpaduan serta memupuk nilai-nilai positif seperti persahabatan, kerjasama, saling menghormati, tolong menolong kea rah kehidupan yang kondusif dan harmoni. Aspek agama dan kepercayaab juga antara isu isu yang berkaitan dengan sensitivity antara kaum. Oleh hal yang demikian, semua pihak perlu memahami dan menghormati kepercayaan dan amalan kepercayaan kaum lain agar tidak menyebabkan ketidakfahaman yang boleh merosakkan hubungan baik antara masyarakat di Malaysia. Di Malaysia agama Islam merupakan agama rasmi. Walaubagaimanapun, agama agama lain juga masih bebas menjalankan kepercayaan masing masing selagi tidak mengganggu ketenteraman awam dan tidak mengundang apa jua permasalahan berhubung dengan perpaduan masyarakat.Malaysia mempunyai pelbagai etnik yang memerlukan kesedaran masyarakat dalam menguruskan kepelabagaian sosio - budaya. Realitinya, setiap masyarakat perlu berhadapan dengan masyarakat yang datang daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya yang berbeza. Dengan adanya kesedaran tentang adam resam, pantang larang setiap masyarakat akan lebih bertanggungjawab untuk menjadi guru yang berhemah dan fleksibel seterusnya dapat melahirkan generasi masyarakat yang celik budaya kaum-kaum lain.

Rujukan Buku Stavenhagen, R.(1986).Problems and Prospects of Multiethnic States. Tokyo: United Nations University Press.Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Azman, Zuraidah A. Majid. 2011. Budaya dan Pembelajaran : Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Laman Webhttps://www.academia.edu/6653909/Implikasi_kepelbagaian_sosiobudayadilayari pada 25 Ogos 2015