Soalan 2

4
3.1 Pengenalan Prasekolah (pre-school) merupakan pilihan pendidikan bagi kanak-kanak sebelum memasuki sekolah. Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah. . Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Mereka pasti menginginkan agar anak mereka berjaya dalam pelajaran dan dapat membalas jasa serta meningkatkan taraf hidup apabila mereka tua kelak. Sesuatu organisasi seperti sekolah yang ingin mempunyai kualiti bukan saja diukur kepada kekuatan akademiknya tetapi merangkumi jaringan hubungan yang istimewa dengan ibu bapa. Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia sekolah dan ibu bapa mempunyai peranan yang saling berhubung dalam membentuk generasi Malaysia yang bersatu padu melalui sistem persekolahan yang wujud sekarang. Keadaan ini boleh dicapai sekiranya hubungan guru dan ibu bapa dieratkan agar dapat meningkatkan kemajuan pendidikan, kebajikan pelajar, pembangunan negara dan seterusnya pembinaan modal insan kelas pertama. 3.2 Ciri Kerja Berpasukan Penglibatan ibu bapa merupakan proses dimana ibu bapa dapat berhubung dengan kakitangan sekolah atau pusat prasekolah yang bertanggungjawab memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak untuk memberi pendidikan, melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti yang dibentuk dan bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa memainkan peranan dalam pendidikan anak masing-masing.

description

read it

Transcript of Soalan 2

Page 1: Soalan 2

3.1 Pengenalan

Prasekolah (pre-school) merupakan pilihan pendidikan bagi kanak-kanak sebelum

memasuki sekolah. Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan

Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi

membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan

lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah. .

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Mereka pasti menginginkan agar

anak mereka berjaya dalam pelajaran dan dapat membalas jasa serta meningkatkan taraf

hidup apabila mereka tua kelak. Sesuatu organisasi seperti sekolah yang ingin mempunyai

kualiti bukan saja diukur kepada kekuatan akademiknya tetapi merangkumi jaringan

hubungan yang istimewa dengan ibu bapa.

Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia sekolah dan ibu bapa mempunyai

peranan yang saling berhubung dalam membentuk generasi Malaysia yang bersatu padu

melalui sistem persekolahan yang wujud sekarang. Keadaan ini boleh dicapai sekiranya

hubungan guru dan ibu bapa dieratkan agar dapat meningkatkan kemajuan pendidikan,

kebajikan pelajar, pembangunan negara dan seterusnya pembinaan modal insan kelas

pertama.

3.2 Ciri Kerja Berpasukan

Penglibatan ibu bapa merupakan proses dimana ibu bapa dapat berhubung dengan

kakitangan sekolah atau pusat prasekolah yang bertanggungjawab memberi

perkhidmatan kepada kanak-kanak untuk memberi pendidikan, melibatkan kanak-kanak

dalam aktiviti yang dibentuk dan bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa memainkan

peranan dalam pendidikan anak masing-masing.

Page 2: Soalan 2

3.3 Kelemahan

Namun begitu, penglibatan antara kedua pihak dilihat masih kurang memuaskan.

Terdapat banyak halangan dari pihak ibu bapa untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti di

sekolah. Lazimnya pada masa kini, rata-rata ibu bapa bekerja sepenuh masa dan ini

menyebabkan kekangan masa untuk bersama dengan anak-anak. Kanak-kanak

meluangkan lebih masa di luar berbanding di rumah. Jadual kerja ibu bapa yang tidak anjal

menyebabkan sukar bagi pihak guru untuk membuat perjumpaan bersama. Masalah lain

yang sering didengari ialah masalah komunikasi antara ibu bapa dan guru. Sikap segelintir

ibu bapa yang sukar untuk menghadiri aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah

menyebabkan program ini ibarat bertepuk sebelah tangan sahaja.

Keadaan ini menjadikan jurang antara anak dan ibu bapa terlalu jauh dan

menyebabkan anak tidak rapat dengan orang tuanya sendiri. Situasi ini, jika dibiarkan akan

mempengaruhi perkembangan personaliti diri. Anak-anak akan membesar sebagai seorang

yang lebih sensitif dan beremosi ekoran kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa

mereka sejak kecil lagi. Proses membesarkan anak di zaman moden, bukanlah sesuatu

yang mudah, ditambah pula kesibukan ibu bapa di pejabat.

3.4 Cadangan dan penambahbaikan

Majikan ibu bapa juga dapat membantu untuk menjayakan kerjasama ini. Dengan

menyediakan jadual kerja anjal (waktu rehat tengah hari yang fleksibel) dan juga

membenarkan cuti khas khusus untuk menguruskan persekolahan anak, ibu bapa dapat

meluangkan masa untuk menghadiri aktiviti di sekolah. Guru besar sebagai ketua juga

bertanggungjawab untuk meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan aktiviti di sekolah

dengan mengadakan program program bersama ibu bapa.

Malahan, banyak lagi aktiviti yang dapat dijalankan antara kerjasama ibu bapa, murid

dan guru seperti bengkel penyediaan makanan berkhasiat, lawatan, konvokesyen, kebun

sains, gotong-royong, sambutan Hari Jadi, Mari Membaca dan tautan kasih. Perkara yang

amat penting ingin ditekankan di sini adalah hubungan kanak-kanak, ibu bapa dan guru

sangat penting dalam membina jati diri kanak-kanak itu sendiri. Ketiga-tiga pihak mesti

bekerjasama dalam usaha menjadikan kanak-kanak seimbang dari segi JERIS bagi

membina insan yang syumul kelak.

Page 3: Soalan 2