SOALAN 22-25 PEM.doc

9
Nama : ................................................................. .............. Tahun 5 ........................... BAHAGIAN B [30 markah] Soalan 21 Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi. akan untuk kepada dengan pada dalam tentang semenjak Media massa harus memainkan peranan yang penting dalam usaha mewujudkan masyarakat berilmu pengetahuan. Setiap hari pelbagai maklumat penting disebarkan _______________ media massa _______________ rakyat. Secara tidak langsung, sebilangan besar rakyat negara ini didedahkan _______________ maklumat-maklumat terkini. Hal ini sangat penting dalam usaha kerajaan ingin mewujudkan masyarakat berpengetahuan _________________ mencapai Wawasan 2020. [ 4 markah ] Soalan 22 a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi. Ayat tanya: ____________________________________________________- ______________________________________ _______________________________________________________- ___________________________________ Jawapan: Ya, saya telah terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ). [ 2 markah ] b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah. Tahniah Alif Imran, atas kejayaan kamu sebagai murid cemerlang UPSR.

Transcript of SOALAN 22-25 PEM.doc

Page 1: SOALAN 22-25 PEM.doc

Nama : ............................................................................... Tahun 5 ...........................

BAHAGIAN B[30 markah]

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

akan untuk kepada denganpada dalam tentang semenjak

Media massa harus memainkan peranan yang penting dalam usaha mewujudkan masyarakat berilmu pengetahuan. Setiap hari pelbagai maklumat penting disebarkan _______________ media massa _______________ rakyat. Secara tidak langsung, sebilangan besar rakyat negara ini didedahkan _______________ maklumat-maklumat terkini. Hal ini sangat penting dalam usaha kerajaan ingin mewujudkan masyarakat berpengetahuan _________________ mencapai Wawasan 2020.

[4 markah]

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya:__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

Jawapan: Ya, saya telah terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

[2 markah]

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

[2 markah]

Tahniah Alif Imran, atas kejayaan kamu sebagai murid cemerlang UPSR.

Page 2: SOALAN 22-25 PEM.doc

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

[2 markah]

Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Menara Condong asalnya tidaklah condong sebagaimana sekarang. Menara ini asalnya dikenali sebagai Jam Tinggi kerana di bahagian atasnya terdapat sebuah jam. Orang yang bertanggang jawab membuat Menara Jam Tinggi ini ialah Leong Choon Cheong atau Ah Cheong. Sebagai arkitek, beliau telah mendapat ilham membina reka bentuk Jam Tinggi sedemikian berdasarkan bangunan pagoda di Negara China.

Tujuan asal pembinaan menara Jam Tinggi pada tahun 1885 adalah untuk menempatkan sebuah tangki air. Air daripada tangki ini sebagai kegunaan penduduk setempat apabila musim kemarau atau sebagai keperluan memadamkan kebakaran. Hal ini kerana pada waktu itu tidak ada perkhidmatan bomba. Pada tahun 1895 berlaku banjir besar di Teluk Intan menyebabkan tapak dan tingkat bawah menara ini tenggelam. Banjir yang berlaku serta bebanan air yang berat dipercayai punca menara ini mula condong ke arah barat.

Pada zaman pemerintahan Jepun (1942 - 1945), bangunan Menara Condong ini dijadikan pusat kawalan untuk meninjau kedatangan musuh. Bangunan kayu ini yang digunakan sebagai bangunan ketenteraan oleh pihak Jepun telah menyebabkan kerosakan terutama pada bahagian atas. Menara Condong mempunyai ketinggian 85 kaki dari aras bumi. Secara umum, bangunan ini mempunyai tiga tingkat, setiap aras mempunyai ketinggian 15.5 kaki. Menara Condong juga mempunyai 110 anak tangga yang diperbuat daripada kayu. Namun begitu, pandangan dari luar, bangunan ini seolah-olah mempunyai tujuh tingkat.

a. Nama lain bagi bangunan Jam Tinggi ialah ______________________________________________.

[1 markah]

b. Apakah punca bangunan Jam Tinggi ini condong ke arah barat?

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

Page 3: SOALAN 22-25 PEM.doc

__________________________________________________________________________________________

[2 markah]

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.

Menara Condong mempunyai 110 anak tangga yang diperbuat daripada kayu.

Sepuluh tahun selepas Jam Tinggi siap dibina, banjir besar telah melanda pekan Teluk Intan.

Orang yang bertanggang jawab membuat Menara Jam Tinggi ini ialah Leong Cheong Choon.

Hampir lapan tahun Jam Tinggi digunakan oleh askar Jepun sebagai pusat kawalan ketenteraan.

[2 markah]

Soalan 24

Page 4: SOALAN 22-25 PEM.doc

Baca berita di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah memaklumkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) dari stesen KL Sentral ke Padang Besar, Perlis dan Ipoh, Perak ke Padang Besar telah bermula hari ini. KTMB dalam kenyataannya memberitahu, kedua-dua perkhidmatan tren tersebut dikendalikan oleh KTM Intercity.

Buat permulaan KTMB hanya menyediakan satu perkhidmatan tren untuk setiap arah bagi dua unit ETS. Kekerapan tren akan ditambah dari semasa ke semasa apabila ETS baharu mula beroperasi. Perkhidmatan ETS Ekspres ke Padang Besar hanya akan berhenti di 15 buah stesen atau hentian bermula dari KL Sentral.

“Laluan tren dari KL Sentral ke Padang Besar berlepas pada pukul 9:30 pagi dan dijangka tiba pada pukul 3:00 petang manakala, perjalanan dari Padang Besar ke KL Sentral pula bertolak pada pukul 4:00 petang dan sampai 9:15 malam. Harga tiket untuk perjalanan sehala adalah RM80.00,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak KTMB hari ini.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu lagi, perkhidmatan tren ETS Transit Ipoh ke Butterworth ke Padang Besar dan sebaliknya telah bermula semalam. Perkhidmatan transit ini akan berhenti di kesemua 24 stesen dari Ipoh ke Padang Besar.

Tambah kenyataan itu, sebanyak sepuluh stesen atau hentian baharu turut diperkenalkan iaitu Anak Bukit, Bukit Ketri, Bukit Tengah, Kamunting, Kobah, Kodiang, Padang Rengas, Simpang Ampat, Tasek dan Tasek Gelugor.

“Penumpang boleh membuat pembelian dan tempahan tiket bermula hari ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang KTMB di www.ktmb.com.my atau menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 1-300-88-5862,” kata kenyataan tersebut.

(Dipetik daripada Utusan Online)

a. Perkataan tren dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan ____________________.

[1 markah]

b. Nyatakan laluan yang diperkenalkan oleh KTMB melalui perkhidmatan tren elektrik (ETS) yang bermula pada 11 Julai.

Page 5: SOALAN 22-25 PEM.doc

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

[2 markah]

c. Apakah nama sepuluh stesen atau hentian baharu yang diperkenalkan oleh KTMB melalui perjalanan ETS dari Ipoh ke Padang Besar?

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

[2 markah]

d. Berapakah harga tiket yang dikenakan bagi perjalanan sehala menggunakan perkhidmatan ETS dari KL Sentral ke Padang Besar? Nyatakan dua cara untuk membeli dan menempah tiket ETS tersebut?

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

[3 markah]

Soalan 25

Baca berita di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kelip-kelip disangka api,

Page 6: SOALAN 22-25 PEM.doc

Kalau api mana puntungnya;Hilang ghaib disangka mati,

Kalau mati mana kuburnya?

Orang Rengat menanam betik,Betik disiram air berlinang;

Hilang semangat penghulu itik,Melihat ayam lumba berenang.

Air melurut ke tepian mandi,Kembang berseri bunga senduduk;

Elok diturut resminya padi,Semakin berisi semakin tunduk.

Tingkap papan kayu bersegi,Sampan sakat di Pulau Angsa;

Indah tampan kerana budi,Tinggi darjat kerana bahasa.

Letak bunga di dalam loyang,Hiasan rumah seindah rasa;

Banyak berdoa selepas sembahyang,Mohon diampuni segala dosa.

a. Apakah jawapan bagi rangkap pertama pantun di atas dan apakah jenis pantun tersebut?

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

[2 markah]

b. Apakah yang harus kita lakukan selepas menunaikan sembahyang?

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

[1 markah]

c. Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah berdasarkan pantun tersebut.

Semakin tinggi ilmunya semakin mantap akhlaknya.

Darjat yang tinggi dapat menghapuskan segala dosa.

Page 7: SOALAN 22-25 PEM.doc

[1 markah]

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di bawah ini.

Elok diturut resminya padi,Semakin berisi semakin tunduk.

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

[3 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT