Soalan 3

4
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa ( 30 markah ) Jawab semua soalan (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan nama khas. (i) kaum – kerabat (ii) kenduri – kendara (iii) kuih –muih (iv) lauk – pauk (v) selok – belok (vi) semak – samun (b) Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya. (i) Gunung Kinabalu akan kami daki pada cuti sekolah akan datang. (ii) Kertas kerja projek pembinaan jambatan itu mesti kita siapkan sebelum mesyuarat diadakan. (iii) Pokok rambutan di halaman rumah nenek telah dipanjat oleh Izwan. (c) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Kempin “Utamakan Keluarga : Semakin hari Semakin Sayang “ bertujuan mengwujudkan masyarakat yang penyayang.

description

pt3

Transcript of Soalan 3

Page 1: Soalan  3

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa( 30 markah )

Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) kaum – kerabat (ii) kenduri – kendara (iii) kuih –muih (iv) lauk – pauk (v) selok – belok (vi) semak – samun

(b) Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Gunung Kinabalu akan kami daki pada cuti sekolah akan datang.

(ii) Kertas kerja projek pembinaan jambatan itu mesti kita siapkan sebelum mesyuarat diadakan.

(iii) Pokok rambutan di halaman rumah nenek telah dipanjat oleh Izwan.

(c) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Kempin “Utamakan Keluarga : Semakin hari Semakin Sayang “ bertujuan mengwujudkan masyarakat yang penyayang.

(ii) Kegiatan ko-kurikulum membantu pelajar cergas dan aktif seterusnya melahirkan pemikir yang bernas.

(iii) Skim Pinjaman Buku Tek akan diberi kepada semua anak guru tanpa mengira pendapat mereka.

Page 2: Soalan  3

(d) Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah atau kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Sudah berjam lamanya adik masuk ke tandas tetapi masih belum balik lagi.

(ii) Langkah akan memperindahkan bilik kaunseling itu ialah insentif semua ahli kelas kaunseling.

(iii) Warna jambu merah merupakan warna yang menjadi terma majlis makan malam kelab kami.

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut.

(i) “Saya tidak akan melupakan budi baik ibu awak kepada saya yang telah membiayai persekolahan saya.” kata Shahida kepada Zulaikha.

(ii) “Kita hendaklah menurut adat dan peraturan di tempat yang kita diami.” kata Puan Devi kepada anak perempuannya.

(iii) “Kita hendaklah melakukan sesuatu mengikut kemampuan diri sendiri. Jangan sampai kamu mendapat malu nanti.” nasihat Razif kepada Ali.

Skema jawapan (a) i. Ramai kaum-kerabat Firdaur datang ke rumahnya kerana kenduri kahwin abangnya.

ii. Setiap kali diadakan kenduri-kendara di kampong, masyarakat kampong akan bergotong-royong.

iii. Pertandingan membuat kuih-muih tradisional telah berlangsung di Hotel Kendana

Page 3: Soalan  3

(b)

i. Kami akan mendaki Gunung Kinabalu pada cuti sekolah akan datang. ii. Kita mesti menyiapkan kertas kerja projek pembinaan jambatan itu sebelum mesyuarat diadakan. iii. Izwan memanjat pokok rambutan di halaman rumah nenek.

(c)

i. kempen, mewujudkan ii. kokurikulum, pemikiran iii. Teks, pendapatan

(d)

i. berjam-jam, keluarii. memperindah, inisiatif iii. merah jambu, tema

(e)

i. hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga ii. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjungiii. ukur baju di badan sendiri