SOALAN 4

13
Senarai Ahli Kumpulan: Hayati Binti Mat Daud Salida Binti Hashim Laila Binti Ghazali Norlizati Binti Mansor Noor Maslina Binti Kasim Ummi Siti Zaharah Zubaidah Binti Daud SOALAN 4 Dalam PPPM ada nam as!irasi murid yan" in"in di#a!ai olh n"ara$ Bin#an"%an ti"a as!irasi bri%ut dalam PPPM$ 1) Kemahiran dwibahasa 2) Etika dan Kerohanian 3) Identiti Nasional

description

Solan 4

Transcript of SOALAN 4

SOALAN 4 Dalam PPPM ada enam aspirasi murid yang ingin dicapai oleh negara. Bincangkan tiga aspirasi berikut dalam PPPM.

Senarai Ahli Kumpulan:Hayati Binti Mat DaudSalida Binti HashimLaila Binti GhazaliNorlizati Binti MansorNoor Maslina Binti KasimUmmi Siti Zaharah Zubaidah Binti Daud

SOALAN 4Dalam PPPM ada enam aspirasi murid yang ingin dicapai oleh negara. Bincangkan tiga aspirasi berikut dalam PPPM.Kemahiran dwibahasaEtika dan KerohanianIdentiti Nasional

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan merangkap Timbalan Perdana Menteri pada 6 September lalu adalah persiapan untuk menyediakan generasi penerus dan negara menghadapi cabaran alaf 21.

Antara cabaran alaf 21 ialah perkembangan ilmu dan proses pendidikan yang dinamik. Perkembangan teknologi terutama teknologi maya dan media baru adalah cabaran yang perlu dihadapi dengan perancangan yang rapi dan strategik.

Terdapat enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing di peringkat global. Ciri-ciri itu ialah ilmu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional.

KEMAHIRAN DWIBAHASAPELAN Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) merencanakan supaya kemahiran dwibahasa dijadikan medium pengajaran dan pembelajaran.

Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) adalah antara strategi bijaksana bagaimana bahasa ibunda atau bahasa kebangsaan dimartabatkan dan bahasa Inggeris iaitu bahasa antarabangsa diperkasakan.

Contoh ilmuan yang tersohor kerana menguasai pelbagai jenis bahasa ialah:

Ibnu Sina (falsafah,perubatan)Abu Qasim Az Zahrawi (Perubatan,Farmasi)Al Biruni (Matematik,Astronomi)Ibnu Rusyd (Astronomi,Perubatan,Pemikir Usuluddin,Falsafah Sains,Pemikiran Kritis)

Oleh itu, dalam konteks pendidikan di Malaysia para murid dan pelajar mesti menguasai paling tidak dua bahasa iaitu bahasa ibunda dan bahasa Inggeris.

Bahasa Arab (bahasa Islam dan bahasa tamadun)Bahasa Mandarin (China akan bangkit sebagai kuasa besar)

Lima tahap proses mampu membentuk watak pelajar- tidak saja memiliki asas kerohanian yang tinggi tetapi juga mempunyai asas amal yang baik.

Pertama, tradisi hafazan yang baik. Antara kunci membolehkan fakta dan data diingati ialah menerusi kaedah hafazan. Kedua, keupayaan memahami yang tinggi. Teori pembelajaran menyebut tanpa kefahaman pembelajaran tidak berlaku. Ketiga, kefahaman membawa upaya berfikir. Tanpa pemikiran ilmu dan maklumat tidak berkembang.

ETIKA DAN KEROHANIAN

Keempat ialah proses internalisasi iaitu penyerapan ilmu dan nilai yang mampu membentuk akal-budi insan dengan baik. Ia menjadi asas terbentuknya akhlak yang memberi manfaat kepada diri dan orang lain.

Kelima ialah keupayaan menterjemahkan nilai-nilai baik itu dalam amalan dan perbuatan.

Aspek positif dalam kehidupan sesetengah orang di Barat dan di Jepun ialah memiliki etika contoh yang boleh dijadikan teladan.

Amalan menepati waktu, kegemaran membaca dan berkarya, kesediaan berbeza pandangan dan pendapat, menghormati peraturan dan undang-undang, tekun berusaha rajin bekerja adalah lahir daripada etika mekanistik yang terpupuk sewaktu di sekolah lagi.

IDENTITI NASIONALIdentiti nasional berkait dengan asas kesetiaan atau patriotisme kepada cita-cita bernegara yang luhur.

Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara diperlukan untuk kejayaan dan masa depan Malaysia.

Setiap murid berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama dan status sosioekonomi.

Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara.

Cintakan negara, kesediaan untuk berkorban, asas tolak ansur yang baik, pemahaman terhadap perbezaan dan persamaan adalah antara faktor penting membangun semangat patriotisme ini supaya wujud keinsafan yang mendalam, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

-SEKIAN-