Soalan 5

3
ana SOALAN 5 Kesultanan Melayu Melaka adalah kerajaan yang telah melahirkan beberapa orang tokoh terbilang dan penting dalam membina keagungan Kesultanan Melayu Melaka. Jelaskan rasional murid mengetahui dan memahami tokoh-tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka. Jawapan : Kesultanan Melayu Melaka adalah kerajaan yang telah melahirkan beberapa orang tokoh terbilang. Tokoh-tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka merupakan tokoh yang mempunyai keistimewaan dan memberikan sumbangan kepada kegemilangan sesebuah bangsa dan negara. Sumbangannya dikenang sepanjang zaman. Di antara tokoh-tokoh ini terdiri daripada Parameswara, Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah yang telah memainkan peranan penting dalam membina keagungan Kesultanan Melayu Melaka. Peranan mereka yang boleh dirujuk dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Dengan mengetahui dan memahami tokoh-tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka, ia boleh menjadi iktibar dan contoh kepada murid-murid dalam membina sahsiah, jati diri dan kepimpinan mereka pada masa depan. Selain itu, nilai-nilai murni masyarakat masa lalu dapat juga dijadikan panduan oleh murid-murid untuk melahirkan sebuah masyarakat yang beretika mulia. Contohnya, Parameswara yang merupakan pengasas Kesultanan Melayu Melaka. Baginda merupakan seorang yang sangat bertanggungjawab. Baginda bertanggungjawab memajukan Melaka daripada sebuah kawasan perkampungan nelayan sehingga menjadi pusat perdagangan. Di samping itu, baginda juga turut menjalinkan hubungan diplomatik dengan Negara China. Oleh itu, murid-murid akan dapat mencontohi sikap bertanggungjawab Parameswara

description

N KJNKJNKJ,M

Transcript of Soalan 5

anaSOALAN 5Kesultanan Melayu Melaka adalah kerajaan yang telah melahirkan beberapa orang tokoh terbilang dan penting dalam membina keagungan Kesultanan Melayu Melaka. Jelaskan rasional murid mengetahui dan memahami tokoh-tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka. Jawapan : Kesultanan Melayu Melaka adalah kerajaan yang telah melahirkan beberapa orang tokoh terbilang. Tokoh-tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka merupakan tokoh yang mempunyai keistimewaan dan memberikan sumbangan kepada kegemilangan sesebuah bangsa dan negara. Sumbangannya dikenang sepanjang zaman. Di antara tokoh-tokoh ini terdiri daripada Parameswara, Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah yang telah memainkan peranan penting dalam membina keagungan Kesultanan Melayu Melaka. Peranan mereka yang boleh dirujuk dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Dengan mengetahui dan memahami tokoh-tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka, ia boleh menjadi iktibar dan contoh kepada murid-murid dalam membina sahsiah, jati diri dan kepimpinan mereka pada masa depan. Selain itu, nilai-nilai murni masyarakat masa lalu dapat juga dijadikan panduan oleh murid-murid untuk melahirkan sebuah masyarakat yang beretika mulia. Contohnya, Parameswara yang merupakan pengasas Kesultanan Melayu Melaka. Baginda merupakan seorang yang sangat bertanggungjawab. Baginda bertanggungjawab memajukan Melaka daripada sebuah kawasan perkampungan nelayan sehingga menjadi pusat perdagangan. Di samping itu, baginda juga turut menjalinkan hubungan diplomatik dengan Negara China. Oleh itu, murid-murid akan dapat mencontohi sikap bertanggungjawab Parameswara dan seterusnya berupaya melahirkan sebuah masyarakat yang beretika mulia. Murid-murid juga akan dapat mengetahui ciri-ciri tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka yang sangat berpengaruh, dihormati, disegani, amanah , berwibawa dan sebagainya. Melalui pendedahan ciri-ciri ini, murid akan dapat mencontohi ciri-ciri tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka. Contohnya, Laksamana Hang Tuah yang kedudukannya hamba dalam lapisan masyarakat berubah selepas dianugerahkan jawatan Laksamana Melaka. Baginda bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan perairan Kesultanan Melayu Melaka. Baginda menjadi utusan atau diplomat, serta menjadi pegawai peribadi Sultan. Seterusnya, baginda sangat berwibawa dalam menjaga keselamatan pedagang yang berdagang di Melaka. Baginda amanah dalam melaksanakan perintah Sultan pada bila-bila masa . Oleh itu, murid-murid akan dapat mencontohi ciri-ciri tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka. Selain itu, murid akan dapat menghargai peranan tokoh-tokong terbilang Kesultanan Melayu Melaka seperti Parameswara, Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah. Contohnya, Bendahara Tun Perak yang sanggup mempertahankan Kesultanan Melayu Melaka daripada serangan Siam sebanyak dua kali. Beliau juga memastikan dasar perluasan kuasa Melaka mencapai kejayaan. Di samping itu, beliau dapat menguruskan pentadbiran negara dengan baik. Sifat Tun Perak yang cintakan negara ini patut dicontohi oleh murid-murid dan juga guru. Secara tidak langsung, sifat patriotik iaitu semangat cinta akan negara akan dapat disemai dalam diri murid-murid melalui penghayatan mereka mengenai tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka. Kesimpulannya, adalah penting bagi murid-murid untuk mengetahui serta memahami tokoh-tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka dan gurulah yang berperanan dalam menerapkannya.