Soalan-5

3
Soalan 5 Huraikan tentang teknik bercerita dan bagaimana teknik ini dilaksanakan dalam pdp. 1.0 Prinsip-prinsip panduan penguasaan kemahiran bercerita Untuk menguasai kemahiran bercerita, guru harus memahami dan mematuhi prinsip-prinsip panduan berikut: a) Guru pilih cerita yang sesuai dengan minat, kebolehan, umur dan pengalaman murid serta objektif pelajarannya. b) Pastikan semua murid sudah sedia sebelum mula bercerita. c) Duduk atau berdiri semasa bercerita, asal murid2 nampak dgn jelas. d) Mulakan cerita dengan suara yang menarik dengan penuh emosi, mcm yg melvin selalu buat....(^_^) e) Pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir. f) Pastikan suara jelas dan lantang. g) Kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid memahami isi cerita dengan lebih jelas. h) Semasa sesi bercerita, guru boleh mengemukakan soalan untuk menggalakkan murid meramal perkembangan cerita selanjutnya. i) Guna ayat yg mudah difahami semasa bercerita…. j) Selepas bercerita, aktiviti susulan harus diadakan, misalnya aktiviti soal jawab tentang tema dan nilai moral yang terkandung dalam cerita tersebut. 2.0 Perancangan dan persediaan

description

free

Transcript of Soalan-5

Page 1: Soalan-5

Soalan 5

Huraikan tentang teknik bercerita dan bagaimana teknik ini dilaksanakan dalam pdp.

1.0 Prinsip-prinsip panduan penguasaan kemahiran bercerita

Untuk menguasai kemahiran bercerita, guru harus memahami dan mematuhi prinsip-prinsip

panduan berikut:

a) Guru pilih cerita yang sesuai dengan minat, kebolehan, umur dan pengalaman murid

serta objektif pelajarannya.

b) Pastikan semua murid sudah sedia sebelum mula bercerita.

c) Duduk atau berdiri semasa bercerita, asal murid2 nampak dgn jelas.

d) Mulakan cerita dengan suara yang menarik dengan penuh emosi, mcm yg melvin

selalu buat....(^_^)

e) Pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir.

f) Pastikan suara jelas dan lantang.

g) Kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid memahami

isi cerita dengan lebih jelas.

h) Semasa sesi bercerita, guru boleh mengemukakan soalan untuk menggalakkan

murid meramal perkembangan cerita selanjutnya.

i) Guna ayat yg mudah difahami semasa bercerita….

j) Selepas bercerita, aktiviti susulan harus diadakan, misalnya aktiviti soal jawab

tentang tema dan nilai moral yang terkandung dalam cerita tersebut.

2.0 Perancangan dan persediaan

a) Pada peringkat ini guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai.

b) Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni.

c) Isi cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai

dengan pengalaman murid.

d) Panjang atau pendek crita hendaklah sepada dengan peruntukan masa.

e) Selepas cerita dipilih, guru hendaklah cuba menghafaz dan bercerita secara sendiri,

sekurang-kurangnya sekali.

Page 2: Soalan-5

f) Kalau boleh, sediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau

topeng-topeng yang perlu digunakan untuk murid-murid berlakon selepas bercerita.

g) Beberapa soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid selepas

bercerita.

h) Sebelum mula bercerita, guru hendaklah menyusun tempat duduk murid supaya

memastikan setiap murid dapat mendengar dan melihat ekspresi guru.

i) Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-gambar

yang sesuai dengan isi cerita supaya membawa murid-murid ke dalam situasi yang

seakan-akan alam cerita itu.

3.0 Sesi bercerita

i. Mulakan cerita dengan set induksi yang menarik. Jgn lari topik masa set induksi…..

ii. Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya semasa guru

bercerita.

iii. Guru juga boleh melibatkan murid dalam sesi bercerita dengan menggunakan

soalan-soalan membimbing nereka mengikut perkembangan cerita dari peringkat

permulaan sehingga peringkat penutup.

4.0 Penutup

a) Menyoal murid-murid tentang isi cerita yang disampaikan.

b) Menyuruh murid-murid mengulang isi cerita dengan mengunakan perkataan sendiri.

c) Berbincang dengan nurid-murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam

isi cerita.

d) Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan.