Soalan

2
3. David Ausubel (1963) telah membentuk satu kaedah yang dikenali sebagai penyusun awal (Avanced Organizer). Penyusun awal merujuk kepada maklumat yang dipersembah sebelum pembelajaran yang bertujuan membantu murid menyusun dan menginterpretasi maklumat baharu. a. Mengikut Ausubel, terdapat 2 jenis penyusun awal. Jelaskan fungsi 2 jenis penyusun awal. -Terdapat 2 jenis penyusun awal iaitu Penyusun Awal Perbandingan dan Penyusun Awal Ekspositori. -AO Perbandingan adalah perkaitan maklumat baru dengan maklumat sedia ada ataupun skema. -AO Ekspositori adalah maklumat umum yang diberi sebelum pembelajaran maklumat khusus agar maklumat baru dapat diserap dengan mudah. (rujuk teks 71 & 72) b. Pengajaran Ekspositori adalah kaedah pengajaran yang dikemukakan oleh Ausubel. Cadangkan 5 cara agar pengajaran ekspositori dapat dijalankan dengan berkesan untuk pengajaran murid tahap 2 sekolah rendah. (i) Guru memberikan pembacaan awal kepada murid-murid tentang topik-topik yang akan diajar. Sebagai contoh, jika murid tiada maklumat tentang topik aloi, guru menyediakan edaran tentang logam untuk dibaca satu atau dua hari terdahulu. (ii) Guru gunakan ABM yang konkrit dan sesuai dengan tahap pemikiran pelajar untuk membantu pemahaman pelajar serta penyampaian guru. Sebagai contoh, guru menggunakan ABM yang

description

EDU

Transcript of Soalan

3. David Ausubel (1963) telah membentuk satu kaedah yang dikenali sebagai penyusun awal (Avanced Organizer). Penyusun awal merujuk kepada maklumat yang dipersembah sebelum pembelajaran yang bertujuan membantu murid menyusun dan menginterpretasi maklumat baharu.a. Mengikut Ausubel, terdapat 2 jenis penyusun awal. Jelaskan fungsi 2 jenis penyusun awal.-Terdapat 2 jenis penyusun awal iaitu Penyusun Awal Perbandingan dan Penyusun Awal Ekspositori.-AO Perbandingan adalah perkaitan maklumat baru dengan maklumat sedia ada ataupun skema.-AO Ekspositori adalah maklumat umum yang diberi sebelum pembelajaran maklumat khusus agar maklumat baru dapat diserap dengan mudah.(rujuk teks 71 & 72)b. Pengajaran Ekspositori adalah kaedah pengajaran yang dikemukakan oleh Ausubel. Cadangkan 5 cara agar pengajaran ekspositori dapat dijalankan dengan berkesan untuk pengajaran murid tahap 2 sekolah rendah.(i) Guru memberikan pembacaan awal kepada murid-murid tentang topik-topik yang akan diajar. Sebagai contoh, jika murid tiada maklumat tentang topik aloi, guru menyediakan edaran tentang logam untuk dibaca satu atau dua hari terdahulu.(ii) Guru gunakan ABM yang konkrit dan sesuai dengan tahap pemikiran pelajar untuk membantu pemahaman pelajar serta penyampaian guru. Sebagai contoh, guru menggunakan ABM yang konkrit seperti bahan-bahan logam dan magnet untuk menerangkan konsep sains bahawa bahan logam sahaja yang boleh ditarik oleh magnet.(iii) Guru memberikan maklumat dalam bentuk yang sesuai dengan keupayaan murid untuk membolehkan murid memahami pembelajaran baharu sekiranya murid tidak ada pengetahuan terdahulu yang berkaitan dengan pembelajaran baharu. Hal ini supaya murid-murid dapat memperolehi makumat dan gambaran yang berperanan sebagai jambatan kepada maklumat baharu yang bakal dipelajari.(iv) Guru membantu murid membuat perbandingan maklumat baharu dengan maklumat sedia ada. Supaya dapat mewujudkan pembelajaran yang berkesan.(v) Guru menyusun atur penyampaian P&P secara teratur, langkah demi langkah serta menggunakan bahan serta laras bahasa yang sesuai dengan peringkat umur murid tahap 2. (rujukan teks 72 & 74)