SOALAN

10
Arahan Am : Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan iaitu A, B, C, dan D. Antaranya ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah. 1. Pak Cik Kamal sedang _____________ ikan di tepi sungai. A. memukat B. menjala C. menebar D. memancing 2. Selepas hujan, air sungai akan mengalir ____________. A. laju B. cepat C. deras D. pantas Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah. 3. Cengkerang pada badan kura-kura berfungsi ______________ melindungi diri daripada ancaman musuh. A. untuk B. agar C. demi D. Supaya 4. Sarah dan rakan-rakannya berasa _____________ dengan kata- kata pemuda yang

description

BM pemahaman tahun 5

Transcript of SOALAN

Page 1: SOALAN

Arahan Am : Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan iaitu A, B, C, dan D. Antaranya ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1. Pak Cik Kamal sedang _____________ ikan di tepi sungai.A. memukatB. menjalaC. menebarD. memancing

2. Selepas hujan, air sungai akan mengalir ____________.A. lajuB. cepatC. derasD. pantas

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Cengkerang pada badan kura-kura berfungsi ______________ melindungi diri daripada ancaman musuh.

A. untukB. agarC. demiD. Supaya

4. Sarah dan rakan-rakannya berasa _____________ dengan kata- kata pemuda yang tidak dikenali itu.

A. ngeriB. takutC. yakinD. Curiga

Page 2: SOALAN

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. “____________ boleh masuk ke bilik Guru Besar,” kata pembantu pejabat kepada lelaki itu.

A. CikB. PuanC. EncikD. Kamu

6. Ayah memasukkan beberapa ____________ duit syiling ke dalam mesin itu untuk membeli minuman.

A. bijiB. kepingC. helaiD. buah

7. _____________ berbual-bual mesra sambil menikmati hidangan yang disediakan.A. MerekaB. KitaC. DiaD. Saya

8. Mei Ling akan menduduki peperiksaan UPSR, dia belajar __________ larut malam.A. keB. padaC. hinggaD. dari

9. Pak Samad sedang ___________ buah kelapa yang diminta oleh isterinya.A. memotongB. mencantasC. memarutD. menghiris

10. Kita boleh berteduh di bawah pokok yang _________.A. luasB. tebalC. rendahD. rending

Page 3: SOALAN

11. Shanti merupakan anak manja dalam keluarganya. ____________ kemahuannya pasti akan ditunaikan oleh ibu bapanya.

A. SegalaB. SeluruhC. Setengah D. Sebanyak

12. Hari telah larut malam namun Hafiz _________ mengulang kaji pelajaran di biliknya.

A. akanB. pernahC. masihD. Sudah

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13. Pak Husin sedang menoreh getah di kebun getahnya yang terletak di ________ hutan.

A. pinggirB. celahC. antaraD. hadapan

14. Kehadiran Datuk Husni adalah untuk ___________ mesyuarat agung sekolah itu.A. meraikanB. merasmikanC. memeriahkanD. mempengerusikan

15. Keterangan saksi kes rompakan itu ____________ dan mengelirukan hakim.A. bersusun-susunB. berduyun-duyunC. berbelit-belitD. bertolak-tolak

16. Sambutan Hari Kebangsaan dimeriahkan lagi dengan beberapa __________ tembakan meriam.

A. dasB. butirC. larasD. Pucuk

Page 4: SOALAN

17. Pak Cik Ramu ___________ untuk menyara anak-anaknya yang seramai tujuh orang itu.

A. mandi peluhB. mandi kerbauC. titik peluhD. buah tangan

18. Sultan Mahmud sedang bersantap. ________ ditemani oleh permaisurinya.A. BagindaB. PatikC. HambaD. Tuanku

19. Mulut bomoh siam itu ________ membaca jampi serapah.A. haru-biruB. gerak-geriC. herot-berotD. kumat-kamit

20. Dia perlu ___________ supaya tangannya tidak cedera semasa memotong buluh.A. beranganB. berwaspadaC. bersopanD. bersedia

21. Orang Melayu kaya dengan __________ sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

A. timbang rasaB. tunjuk ajarC. susur galurD. pantang larang

22. Syawal bagai _____________ semasa berada di Hotel Hilton untuk menghadiri majlis makan malam anjuran syarikatnya.

A. rusa masuk kampungB. kacang lupakan kulitC. ayam berak kapurD. telur di hujung tanduk

23. Ayah tidak suka ___________ dalam pergaduhan antara saya dengan kakak.A. cepat tanganB. ringan tulangC. bekas tanganD. campur tangan

24. Ibu menangis teresak-esak. __________, tangisannya reda setelah dipujuk kakak.A. Lantaran ituB. Semenjak ituC. Namun begituD. Kemudian

Page 5: SOALAN

Soalan 25 berdasarkan gambar di bawah.

25. “________, harumnya bau bunga mawar ini!” kata kakak semasa sedang menggubah bunga.

A. NahB. CisC. AmboiD. Wah

26. Borhan dan Bukhari berkawan karib sejak kecil lagi. Perkataan seerti bagi karib ialah

A. musuhB. akrabC. lamaD. pena

27. Barang-barang tiruan rendah kualitinya. Perkataan berlawan bagi tiruan ialah

A. benarB. asalC. betulD. asli

28. Lori itu mengalami ___________ kerana telah melanggar pembahagi jalan.A. merosakkanB. kerosakanC. dirosakkanD. terosakkan

29. Fifi dan keluarganya ____________ menetap di luar negara pada tahun 2009.A. pernahB. masihC. mestiD. akan

30. ______________ peniaga diarahkan berpindah ke kawasan baru.A. SetiapB. SegalaC. SemuaD. Setengah

Page 6: SOALAN

Soalan 31-33Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

31 I Kucing yang dipeliharanya jalan dilanggar kereta. II Cikgu sedang menerangkan jalan kejadian kupu-kupu. III Jalan itu berlopak akibat sering dilalui lori yang mengangkut balak. IV Saya membaca novel itu sekali lagi kerana jalan ceritanya menarik.

A. I dan IIB. II dan IIIC. III dan IVD. II, III dan IV

32 I Sikat rambut kamu dengan kemas. II Berapa sikat pisang yang terdapat di dalam bakul itu? III Abang membeli sikat yang murah harganya. IV Petani itu sikat tanah di bendangnya.

A. I dan IIB. II dan IVC. I, II dan IIID. II, III dan IV

33 I Dia naik basikal ke sekolah. II Air sungai itu naik hingga ke tebing sejak hujan semalam. III Ayah naik darah apabila melihat barang-barangnya berselerak. IV Salmi telah naik ke menara gading.

A. I dan IIB. II dan IIIC. I, II dan IIID. II, III dan IV

34. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah. Apakah yang akan berlaku sehari selepas benih itu ditanam?

A. Menjadi pokok dewasa dan hidup subur.B. Mengeluarkan buah yang lebat dan masak ranum.C. Biji benih it uterus menjadi anak pokok yang subur.D. Biji benih itu akan bercambah sehari selepas ditanam.

35. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan di bawah. Kami akan singgah di Taiping.

A. Kenapakah kalian singgah di Taiping?B. Di manakah kalian bercuti selepas ini?C. Siapakah lagi yang akan menyertai kalian ke Taiping?D. Ke manakah destinasi kalian selepas melawat Pulau Pinang?

Page 7: SOALAN

36.

Pilih ayat seru yang sesuai bagi menggambarkan situasi di atas.A. Amboi, kamu yang mengambil kasut aku!B. Cis, berani kamu mengambil kasut aku!C. Wah, pasti kamu yang mengambil kasut aku!D. Oh, pasti kamu yang telah mengambil kasut aku!

37. “ Jangan berbual-bual di perpustakaan,” kata Cikgu Ahmad kepada murid- muridnya.

A. Cikgu Ahmad menyuruh pelajar-pelajarnya supaya tidak membuat bising di perpustakaan.

B. Semasa di perpustakaan, Cikgu Ahmad memarahi pelajar-pelajarnya yang membuat bising.

C. Cikgu Ahmad mengarahkan pelajar-pelajarnya supaya tidak berbual-bual dengannya di perpustakaan.

D. Cikgu Ahmad sentiasa menasihati pelajar-pelajarnya supaya berbuat bising di perpustakaan.

38. Nenek sedang menganyam tikar mengkuang di ruang tamu rumahnya. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat di atas.

A. Tikar mengkuang sedang dianyam oleh nenek di ruang tamu rumahnya.B. Tikar mengkuangnya sedang nenek anyam di ruang tamu rumahnya.C. Tikar mengkuang nenek sedang dianyam olehnya di ruang tamu.D. Tikar mengkuang di ruang tamunya sedang dianyam nenek.

Soalan 39 dan 40 Pilh jawapan yang betul.

39. I Oh, sudah tentu dia orangnya! II Amboi, cantik sungguh rumah agam ini! III Cis, berani kamu menumpahkan nasi aku! IV Aduh, senak perut aku!

A. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan IV

40. I Kassim mengayuh basikal sejauh tiga kilometer untuk ke sekolah. II Masalah disiplin murid perlu ditangani oleh semua pihak. III Janganlah kita cepat menuding jari tanpa usul periksa. IV Cikgu Shanti menyemak buku latihan murid-muridnya dari masa ke semasa.

A. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan IV

Syamimi berasa sangat marah kepada jirannya kerana telah mengambil kasut kesayangannya dengan sengaja.

Page 8: SOALAN