SOALAN 8 (Kumpulan) Myanmar

download SOALAN 8 (Kumpulan) Myanmar

of 13

Transcript of SOALAN 8 (Kumpulan) Myanmar

  • 7/27/2019 SOALAN 8 (Kumpulan) Myanmar

    1/13

    8.Bincangkan kebangkitan beberapa buah kerajaan di Myanmar yang terdiri daripada kerajaan

    orang Myanmar, kerajaan orang Mon, kerajaan orang Pyu dan kerajaan orang Shan.

    1.0PENGENALANBurma merupakan sebuah negeri yang bersempadanan dengan negeri Thai, China, dan

    Bangladesh dan menjadi tanah jajahan Inggeris pada tahun 1886. Ibu negara Burma dikenali

    sebagai Yangoon dan terkenal sebagai negera pengeluar beras utama di Asia Tenggara. Dari segi

    fizikal, Burma merupakan sebuah negera yang menarik kerana mempunyai ciri-ciri seperti

    banjaran gunung serta sistem sungai yang membujur dari utara ke selatan, kawasan tanah pamah

    yang luas, kolam air panas, gunung berapi, batu-batan, taburan pulau yang indah seperti

    kepulauan Mergui dan sebagainya.

    Terdapat tiga empayar utama di Burma pada abad ke 9 hingga 18 iaitu dimulai oleh

    empayar Pagan pada tahun (849-1287) dan Anawrahta adalah raja yang telah membangunkan

    Pagan dan memerintah selama hampir 35 tahun(1044-1077). Empayar yang seterusnya tubuh

    selepas keruntuhan empayar pagan ialah Taungoo bermula dari tahun 1531 hingga 1752 dan raja

    Tabishwehti adalah raja yang telah mengasaskan empayar ini dan memerintah dari tahun 1531

    sehingga 1551.1

    Seterusnya ialah empayar terahir dalam era kerajaan awal Burma sehingga abad

    ke 18 ialah empayar Konbaung yang muncul di sebuah perkampungan kecil dan di asaskan oleh

    dua bersaudara.

    Sejarah tentang kebangkitan dan kemerosotan empayar di Burma amat rumit dan banyak

    peristiwa pergolakan etnik bermula dari kerajaan awal sehinggalah ke zaman moden hari ini.

    Proses kebangkitan empayar-empayar ini kebanyakkan adalah di sebabkan oleh faktor dari

    pemerintah yang memerintah atau di gelar sebagai raja. Pada zaman kebangkitan empayar di

    negara ini, pengaruh agama iaitu agama Hindu Buddha amat mendominasi sistem pemerintahan

    dan cara hidup masyarakat di dalam setiap empayar yang wujud. Namun demikian, pada era

    empayar Taungoo dan Konbaung, sistem politik, ekonomi dan sosial tidak hanya dipengaruhi

    oleh agama semata-mata tetapi juga pengaruh-pengaruh dari luar sebagai contohnya dari agama

    islam dan kemasukan budaya dari negara lain.

    Walaubagaimanapun, proses kejatuhan empayar di Burma ini tidak hanya disebabkan

    oleh satu faktor sahaja tetapi melibatkan beberapa faktor lain sama ada disebabkan oleh raja

    1 Robert H. Taylor. 1987. The State in Burma. United Kingdom. C. Hurst & Co. hlm 13

  • 7/27/2019 SOALAN 8 (Kumpulan) Myanmar

    2/13

    yang memerintah, perebutan takhta, pemberontakan dalaman serta masalah politik yang berlaku

    dalam pentadbiran. Rentetan daripada masalah-masalah yang telah berlaku di setiap empayar ini

    menyebabkan empayar ini mengalami kemerosotan dan seterusnya mulai jatuh yang kemudian

    digantikan oleh empayar yang seterusnya kecuali empayar Konbaung telah di takluki oleh British

    dan juga mengalami peperangan dalam tempoh yang lama. Seterusnya pada abad ke-19, Burma

    atau Myanmar telah dijajah dan diperintah oleh British dan akhirnya mencapai kemerdekaan

    pada akhir abad ke-19.

  • 7/27/2019 SOALAN 8 (Kumpulan) Myanmar

    3/13

    1.0ISI KANDUNGAN1.1KEBANGKITAN PERTAMA (EMPAYAR PAGAN)Zaman ini merupakan zaman yang akan membawa kepada rentetan sejarah perkembangan dan

    kemerosotan kerajaan Pagan di bawah pimpinan beberapa orang pemerintah. Terdapat pendapat

    yang mengatakan bahawa kewujudan zaman pra-Pagan ini adalah bermula daripada era Pyu pada

    tahun 638 SM.

    2.1.1 MASYARAKAT PYU

    Orang-orang Pyu ini telah tiba di Burma pada abad pertama SM atau lebih awal dan

    menubuhkan kerajaan-kerajaan di bandar Binnaka, Mongamo, Sri Ksetra, Peikthanomyo,

    Kutkhaing di utara, Halin Gyi Thanlwin garis pantai di sebelah timur.2

    Semasa zaman ini,

    Burma menjadi jalan laluan bagi pedagang-pedagang yang berdagang daripada China ke India.

    Selain itu, menurut D. G. E. Hall di dalam bukunya yang bertajuk Sejarah Asia

    Tenggara, beliau ada menulis bahawa orang-orang Pyu mendakwa mereka telah menguasai 18

    daerah Burma yang kebanyakannya berada di kawasan Burma Hilir.3

    Salah satu daripadanya

    adalah Mi-cen dimana rajanya telah mendapat pengiktirafan daripada China pada tahun 805

    tetapi telah dibinasakan pada tahun 835 SM oleh Nancao.

    Tambahan pula, orang Pyu juga menggambarkan mereka sebagai orang-orang yang

    berperikemanusiaan dan mementingkan kedamaian. Sebagai contoh, negeri tersebut termasuklah

    negeri-negeri Kun-Lun yang letaknya berhampiran sebuah pelabuhan yang bernama Mo-ti-po

    dimana pelabuhan ini dapat menghubungkan mereka dengan Palembang dan Jawa. Negeri ini

    sebenarnya adalah negeri Mon. Di Negara-negara Bandar, Pyu pernah bergabung menjadi

    sebuah kerajaan Pyu, tetapi telah menjadi kebiasaan dimana kerajaan yang lebih berkuasa akan

    mendominasi kerajaan-kerajaan yang lebih kecil.

    2 Maung Htin Aung. 1967. A History of Burma.New York and London. Columbia University Press. hlm 83 D. G. E Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 177

  • 7/27/2019 SOALAN 8 (Kumpulan) Myanmar

    4/13

    Kerajaan yang paling kuat pada masa ini adalah kerajaan Sri Ksetra yang dijumpai

    melalui kajian arkeologi yang dilakukan dan menunjukkan bukti bahawa ianya merupakan

    sebuah kerajaan yang terbesar di Burma pada ketika itu.4

    Terdapat sejarawan menyatakan

    bahawa itu adalah merupakan Halingyi yang mungkin berkaitan dengan Bandar purba Tagaung.

    Akhirnya pada pertengahan abad ke-9, kegemilangan zaman Pyu telah ditamatkan oleh kerajaan

    Nanzhao.

    2.1.2 MASYARAKAT MON

    Kerajaan Mon telah ditubuhkan pada abad ke-6 . Orang Mon di Burma kebanyakannya didapati

    di kawasan sebelah timur Sungai Irrawadi sehingga ke Tavoy di sebelah selatan. Manakala pusat

    politik dan kebudayaan mereka terletak di lembah Sungai Menam Chao Pya. Orang-orang Mon

    telah mengamalkan ajaran Budha Therravada dimana ianya telah berkembang seiring dengan

    pusat politik dan kebudayaan mereka itu.

    Selain itu, orang Mon telah menjadi perintis kepada aktiviti penanaman padi dan kacang

    di Burma. Orang Mon ini juga telah berjaya mencapai satu kejayaan yang boleh dibanggakan

    berbanding masyarakat lain apabila mereka telah berjaya membina sistem pengairan di Kyaukse

    yang merupakan satu kawasan yang kering di bahagian tengah Burma.5

    Kesan daripada

    pembinaan terusan ini, kawasan tersebut telah menjadi satu kawasan yang sangat penting dalam

    sejarah Burma.

    Disamping itu selepas berlakunya keruntuhan ibu kota Pyu, orang-orang Mon terpaksa

    menghadapi serangan daripada puak-puak Nancao. Selain itu juga, mereka terpaksa

    mempertahankan kawasan Kyaukse daripada serangan yang dilakukan oleh orang Burma pada

    abad yang ke-9.6

    Kesan daripada peristiwa serangan ini, kerajaan Mon telah berjaya dilemahkan

    oleh orang-orang Burma dan seterusnya, telah bermulalah perkembangan wangsa Pagan yangbermula pada sekitar tahun 1044 M.

    4 Maung Htin Aung. 1967. A History of Burma.New York and London. Columbia University Press. hlm 155 D. G. E Hall, 1987, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 1786Ibid

  • 7/27/2019 SOALAN 8 (Kumpulan) Myanmar

    5/13

    1.2KERAJAAN KECIL YANG WUJUD SELEPAS KEMEROSOTAN EMPAYAR PAGAN

    1.2.1 HANTHAWADDY PEGU [1287-1539]Kerajaan Hanthawaddy adalah antara kerajaan terawal yang wujud selepas kejatuhan

    empayar pagan yang juga merupakan kerajaan yang di asaskan oleh orang mon dan ibu kota bagi

    pentadbiran ini terletak di pegu pada tahun 1369 yang mana sebelum ini terletak di Martaban

    semasa di bawah pemerintahan Wareru pada akhir abad ke 13. Hikayat Slapat Rajawan ada

    menyebut tentang tiga orang raja yang berjaya memerintah kerajaan ini sama ada dari segi politik

    mahupun agama, antaranya ialah Binya Barow, Shin Saw Bu dan Dhammazedi.7

    Pada sekitar

    tahun 1453 hingga 1472, kerajaan ini diperintah oleh oleh seorang ratu atau maharani iaitu

    maharani Shin Saw Bu dan beliau berjaya memerintah dan melaksanakantanggungjawab

    terhadap pentadbiran dan agam dengan baik yang pada masa itu di bantu oleh seorang penasihat

    dari golongan rahib bernama Dhammazedi. Dhammazedi yang dilantik menjadi raja selama 20

    tahun bermula pada tahun 1472 dan beliau adalah seorang raja yang terkenal dalam sumbangan

    dalam mengukuhkan agama dan pentadbiran kerajaannya. Walaubagaimanapun terdapat seorang

    lagi raja yang berjaya memerintah kerajaan ini dengan baik, iaitu raja Razadirat yang mana

    beliau telah meningkatkan martabat bangsa melalui penyatuan kuasa mon di Hanthawaddy,

    membangunkan Hlaing sebagai sebuah Bandar pertahanan serta membina biara Denek. Kejayaan

    yang dicapai dalam pemerintahan kerajaan ini oleh raja Hanthawaddy dapat dinyatakan sebagai

    era kebangkitan kerajaan ini dan bertahan sehinggalah di takluki oleh British pada abad ke 19.8

    1.2.2 SHAN [1287-1557]

    Selepas kejatuhan empayar pagan, telah muncul sebuah kerajan yang di asaskan oleh orang shanyang bermula di bahagian selatan Myanmar yang digelar sebagai kerajaan shan. Pada tahun

    1388, pusat pentadbiran telah dipindahkan dari pinya ke ava dan apad amasa yang sama negeri-

    negeri shan seperti Hsenwi, Hsipaw, Momeik dan Mohnyin mula menonjol dari segi politik

    7 Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 408ibid

  • 7/27/2019 SOALAN 8 (Kumpulan) Myanmar

    6/13

    setelah para pembesarnya mendapat pengiktirafan dari China. pemerintah shan tetap

    menggunakan dan mengamalkan beberapa warisan daripada kerajaan pagan antaranya ialah

    masih mengekalkan sistem perajaan pagan, perkahwinan para pembesar dan kerabat diraja

    dengan puteri-puteri pagan, pengekalan dari segi gelaran raja dan pembesar dan yang paling

    utama ialah mengekalkan pagan sebagai pusat ilmu dan agar sehingga abad ke 15.9

    Hal ini

    menunjukkan bahawa kerajaan ini meneruskan pentadbiran berlandaskan atau berpandukan

    kegemilangan empayar yang terdahulu dan ini membuktikan bahawa pagan telah mencapai taraf

    sebagai sebuah empayar yang berjaya.

    1.2.3 ARAKAN [1287-1784]Serangan kerajaan ava terhadap Arakan pada tahun 1404 telah menyebkan raja arakan pada

    waktu itu bernama Narameikhla telah melarika diri ke benggala, namun pada tahun 1430 beliau

    berjaya menguasai kembali arakan dan kemudiannya menubuhkan sebuah kerajaan di Mrauk-U

    (Mrohaung) terletak di antara sungai Lemro dan Sungai Kaladan dan ia mencapai kegemilangan

    antara abad ke 15 sehingga abad ke 17.10

    Pada awal abad ke 15, Narameikhla telah mendapatkan

    bantuan-bantuan daripada pahlawan-pahlawan islam dan peristiwa ini telah menjadi tanda

    permulaan pengaruh islam ke dalam politik Burma dan seterusnya membawa kepada pengaruh

    yang lebih besar dalam pentadbiran kerajaan arakan. Arakan adalah salah satu kerajaan warisan

    pagan yang tidak di takluki oleh empayar Toungoo. Sepertimana kerajaan-kerajaan yang lain,

    arakan juga mengalami kebangkitan bergantung kepada kerajaan dan pemerintah yang

    memerintah.

    Zaman kemerosotan yang di alami oleh empayar pagan ini tidak hanya dipengaruhi oleh

    satu faktor sahaja tetapi sebenarnya melibatkan beberapa faktor antaranya ialah sikap raja yang

    memerintah, serangan dari pihak monggol serta penguasaan dari golongan pembesar dan sangha

    yang melampui kuasa raja yang memerintah pada era ini. Ekoran daripada peristiwa kemerosotan

    ini, telah menyebabkan perpecahan semula kerajaan kecil di bawah taklukan pagan dan

    9Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

    hlm 4210

    Ibid. hlm 42

  • 7/27/2019 SOALAN 8 (Kumpulan) Myanmar

    7/13

    membentuk kerajaan sendiri yang beradapatasikan warisan pemerintahan Pagan dan ada juga

    kerajaan yang sebaliknya cuba melakukan perubahan yang tersendiri.

    2.3 EMPAYAR TOUNGOO

    Selepas kejatuhan kerajaan Pagan. Kerajaan Toungoo telah muncul pada tahun 128011

    yang

    berpaksi kepada bangsa Burma. Kerajaan ini muncul di sebuah perkampungan yang kecil dan

    telah diasaskan dua pemimpin yang bersaudara. Manakala semasa pemerintahan Thinkaba

    (1347-1348)12

    , gajah putih telah dijadikan lambang dalam sistem perajaan dan menjadi simbol

    dalam sistem pemerintahan. Tonguoo telah berkembang selepas pemerintah raja Tonguoo iaitu

    Myinkino (1486-1531) yang telah berjaya mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Ava yang

    sebelum ini menakluk Tonguoo. Selain itu, Tonguoo juga telah menjadi tumpuan pelarian-

    pelarian dari kalangan bangsa Burma yang melarikan diri daripada ditindas oleh bangsa Shan di

    Ava juga telah berkembang pesat selepas mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Ava.

    Tonguoo telah berkembang dengan pesat setelah kerajaan Ava jatuh pada abad ke-16 dan telah

    berjaya meluaskan pengaruh ke Kyaukshe13

    .

    Di Kyaukshe, Tonguoo telah memperolehi pelbagai penambahan sumber tanah, hasil

    pertanian, pemburuan dan sebagainya. Dengan menggunakan sumber tanah dan buruh yang

    banyak, dua orang pemimpin Tonguoo telah muncul dan mengasaskan wangsa Tonguoo iaitu

    Tabinshweti dan Bayinnaung. Semasa pemerintahan Tabinsweti (1531-1550), beliau telah

    memulakan penaklukan secara besar-besaran antara tahun 1534-1542. Tonguoo menggunakan

    tentera Mon, San, Burma serta tentera upahan Portugis untuk menakluk beberapa negeri utama

    seperti Pegu, Myaungmya, Martaban, dan Prome lalu dijadikan sebagai jajahan takluk. Setelah

    berjaya menakluk beberapa negeri, Tabinshweti telah berjaya ditabal sebagai raja di Myanmar

    dihilir yang pertama pada tahun 1542 dan tiga tahun kemudian menjadi raja di hulu dan secara

    tidak langsung telah melayakkan baginda menjadi raja di seluruh Myanmar kecuali Arakan.

    11Abu Taib Ahmad, 2000, Sejarah Myammar,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 45.

    12 Ibid hlm 45.13 Ibid hlm 45.

  • 7/27/2019 SOALAN 8 (Kumpulan) Myanmar

    8/13

    Pelbagai perkembangan telah dilakukan oleh baginda seperti berjaya menyatukan seluruh

    Lembah Irrawaddy yang menjadi teras Empayar Tonguoo.

    Selain itu, kerajaan Tabinsweti juga berusaha menggabungkan unsur-unsur Mon dan

    Burma dalam pentadbiran negara kerana berkait rapat dengan kepentingan politik bangsa Burma

    serta dengan bangsa Mon.14

    Hal ini kerana menurut hikayat Hmannan Yazawin Dawgyi, raja

    berbangga dengan keturunannya iaitu Burma, namun adat-adat istana terus diamalkan daripada

    bangsa Mon. Tabinsweti juga telah mengambil langkah mengekalkan bangunan lama Mon

    seperti istana raja-raja Mon manakala puteri-puteri Mon dibenarkan berpakaian tradisonal ketika

    berada di istana. Pengaruh bangsa Mon berkesan sementara sahaja kerana beribu-ribu pemuda

    Mon telah dikerah memasuki tentera untuk memerangi Ayutthaya namun dasar kerahan tersebut

    telah membawa kesan buruk terutamanya dalam bidang pertanian yang menjadi teras kestabilan

    masyarakat desa di lembah Irrawaddy. Ekoran daripada kekurangan buruh kerana buruh telah

    dikerah menjadi tentera, kawasan pertanian telah terbiar serta menyebabkan kebuluran berlaku

    ekoran daripada permintaan telah melebihi pengeluaran. Sebagai akibatnya, para pembesar Mon

    telah membuat pakatan untuk menjatuhkan Tabinsweti dengan membunuh beliau pada 155015

    .

    Pada tahun (1551-1581)16

    , Bayinnaung telah menggantikan Tabinsweti dan beliau

    merupakan panglima kanan Tabinsweti. Bagi mengukuhkan kedudukan, beliau telah

    memusnahkan kubu-kubu Mon di Pegudan Thayetmyo serta waris-waris Wareru di Martaban.

    Manakala sekitar tahun 1555-1559, beliau telah memberi tumpuan kepada usaha menguasai Ava,

    Shwebo, negeri-negeri Shan, seperti Lawksak, Yanghwe, Hsipaw, Bhamo, Linzi, Chiang Mai,

    Momeik, Mongpai, Kengtung, Hsenwi dan Manipur dan Malipur yang terletak disebelah barat

    Pagan (Myanmar)17

    . Hasil daripada penaklukan tersebut, beliau memperolehi pelbagai hasil

    seperti zamrud, gajah putih, puteri-puteri Shan yang dijadikan gundik atau isteri, dan putera-

    putera Shan yang dijadikan sebagai tebusan di Tonguoo. Walaupun Bayinnaung berkuasa namun

    terdapat pemberontakan yang dilakukan oleh orang negeri taklukan seperti yang berlaku pada

    tahun 1562, 1571 dan 1574-1569.

    14 Robert H. Taylor. 1987. The State in Burma. United Kingdom. C. Hurst & Co. hlm 1615 Ibid. hlm 4716Ibid. hlm 4717 Ibid . hlM 47

  • 7/27/2019 SOALAN 8 (Kumpulan) Myanmar

    9/13

    2.4 EMPAYAR KOUNBOUNG (1752-1885).

    Wangsa Konbaung ialah wangsa tempatan yang terakhir sebelum Burma dikuasai sepenuhnya

    oleh Inggeris pada tahun 188618

    .Wangsa Konbaung telah diasaskan oleh Alaunghpaya19

    pada

    1753. Alaunghpaya merupakan keturunan pembesar daerah di Moksobo (pada tahun 1837

    daerah ini dinamai Shweibo) dengan memegang jawatan kyei-gaung20

    . Jawatan ini bertugas

    sebagai mengurus, merakam dan mengutip komisen jual beli tanah serta sebagai ketua kampung.

    Selepas Alaunghpaya, raja-raja yang menaiki takhta terdiri daripada anak-anak dan waris

    terdekat seperti Naungdawgyi (1760-63), Hsinbyushin (1763-75), Singu-min (1775-81),

    Bodawhpaya (1781-1819), Bagyidaw (1819-37), Tharawaddy (1837-46), Pagan-min (1846-53),

    Mindon-min (1853-73) dan Thibaw (1873-1885). Seorang lagi Maung Maung(anak kepada

    Singu dan cucu Alaunghpaya) hanya menjadi raja selama seminggu pada tahun 1781 kerana

    digulingkan oleh bapa saudaranya iaitu Bodawhpaya21

    .

    Perkembangan Wangsa Konbaung mencakupi tiga aspek iaitu politik, ekonomi dan

    sosial. Dalam aspek politik telah berkembang melalui beberapa pembaharuan dalam bidang

    pentadbiran. Sistem pentadbiran yang telah dijalankan dalam negara tersebut mengikut

    pemerintah-pemerintah dalam wangsa tersebut. Sebagai contoh, Bodawhpaya(1782-1819) pada

    tahun 1784 dan 1803 (Htin Aung, 1967)22

    telah menjalankan kajian untuk menentukan potensi

    negara dari segi keluasan tanah yang boleh dikerjakan, hasil tanah, cukai serta perkhidmatan

    kerah dalam kalangan 2 juta orang penduduk. Hal ini kerana perkembangan dalam negara

    tersebut berdasarkan keluasan tanah yang dimiliki. Semakin banyak tanah jajahan yang ditakluki

    dan dimiliki akan menyebabkan kekuasaan terhadap kerajaan tersebut amat digeruni oleh

    kerajaan lain. Di samping itu, beliau telah membina biara Myingun, banci penduduk, mengawal

    agama dan institusi sangha dan telah menakluk Arakan (1784)23

    . Melalui penaklukan ini telah

    menguntungkan Wangsa Konbaung kerana telah mendapat tenaga manusia seramai 20 000 orang

    18 Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara,Terengganu:Percetakan Yayasan Islam Terengganu

    Sdn.Bhd, 1991, hlm 34.19 Abu Talib Ahmad, Sejarah Myanmar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm 108.20Ibid, hlm 108.21Ibid, hlm 110.22 Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara,Terengganu:Percetakan Yayasan Islam Terengganu

    Sdn.Bhd, 1991, hlm 34.23 Abu Talib Ahmad, Sejarah Myanmar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm 111.

  • 7/27/2019 SOALAN 8 (Kumpulan) Myanmar

    10/13

    Siam. Beliau juga telah merampas harta benda dari tanah takluknya. Sebagai contoh, patung

    Mahamuni yang menjadi kebanggaan penduduk tempatan.

    Semasa pemerintahan Mindon (1852-1878) telah berlaku beberapa perubahan iaitu

    penghapusan sistem myosa yang diganti dengan sistem bayar gaji, sistem nazir bagi pentadbiran

    daerah, cukai baru yang berdasarkan kepada keadaan kewangan keluarga dan penghapusan kelas

    ahmudan24

    . Mindon juga telah menggunakan langkah-langkah permodenan yang dijalankan

    seperti memperkenalkan kapal wap untuk pengangkutan sungai, penggunaan telegraf, membina

    kilang-kilang untuk memproses hasil pertanian dan menggunakan penasihat-penasihat pakar dari

    Eropah. Ekoran daripada memperkenalkan kapal wap ini sebagai pengangkutan di Sungai

    Irrawaddy. Perubahan pentadbiran melalui sistem pembayaran gaji kepada semua kakitangan

    kerajaan. Selain itu, Mindon juga telah berusaha mendapatkan pengiktirafan antarabangsa ke atas

    wilayah Burma Hulu secara diplomasi. Sebagai contoh, Mindon mendapat pengiktirafan negara-

    negara Eropah dengan menghantar beberapa rombongan ke luar negara seperti India, Itali,

    Perancis dan British25

    .

    Selain itu, sistem pentadbiran dimantapkan lagi melalui peranan dan tugasnya kepada

    kakitangan dalam Wangsa Konbaung. Pentadbiran negara telah diagihkan kepada pegawai-

    pegawai mengikut fungsi masing-masing seperti Raja Muda, wungyi (menteri), wundauk

    (menteri muda), setiausaha-setiausaha dan atwinwun (pegawai istana)26

    . Wungyi dan Wungdauk

    menjadi anggota Majlis Negara (Hluttaw) yang berfungsi sebagai mahkamah agung. Hluttaw

    berkuasa penuh ke atas beberapa jabatan kerajaan seperti perbendaharaan, menyimpan

    kelengkapan tentera dan keputusan yang disampaikan oleh raja walaupun keputusan tersebut

    tidak semestinya dilaksanakan dalam kerajaan. Atwinwun pula mempunyai darjat yang lebih

    rendah daripada wundauk tetapi atwinwun lebih berkuasa dalam istana kerana mereka

    mempunyai hubungan yang rapat dengan raja dan sentiasa berada di sisi raja dan kerabatnya.

    Perubahan dalam sistem penjawatan dan kenaikan pangkat dalam Wangsa Konbaungtelah diteruskan. Kenaikan pangkat dalam pentadbiran Burma Klasik dibuat dengan berbagai-

    24 Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara,Terengganu:Percetakan Yayasan Islam Terengganu

    Sdn.Bhd, 1991, hlm 34.25 Abu Talib Ahmad, Sejarah Myanmar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm 114.26 Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara,Terengganu:Percetakan Yayasan Islam Terengganu

    Sdn.Bhd, 1991,hlm 25.

  • 7/27/2019 SOALAN 8 (Kumpulan) Myanmar

    11/13

    bagai-bagai cara seperti melalui pendidikan, perkhidmatan tentera dan sebagainya27

    . Sebagai

    contoh, kenaikan pangkat melalui perkhidmatan yang disumbangkan oleh pegawai di dalam

    bidang pentadbiran seperti Kinwun Mingyi seorang menteri (1870-an) menampakkan pentingnya

    hubunganpatron-klien seperti di antara guru murid (hsayatabyet) bagi mencapai taraf yang lebih

    tinggi dalam pentadbiran tempatan. Kinwun Mingyi merupakan seorang menteri kanan(1870-an)

    dan mementingkan hubungan patron-klien bagi mencapai taraf yang lebih tinggi dalam

    pentadbiran tempatan.

    Perkembangan politik dalam Wangsa Konbaung juga berlaku pada pemerintahan

    Hsinbyushin (1766) iaitu beliau telah memperkenalkan kempen ketenteraan28

    . Kempen ini

    dijalankan untuk meluaskan sempadan negara di sebelah timur dan memusnahkan Ayutthaya.

    Melalui peristiwa ini telah memberi kesan yang mendalam kepada Siam dan telah membawa

    kepada kemunculan satu wangsa baru di Siam yang berpusat di Bangkok (Wangsa Chakri).

    Ekoran daripada kempen tersebut telah membawa imej yang baru dalam Wangsa Konbaung

    kerana dapat menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang menjadi takluknya.

    Perkembangan dalam aspek ekonomi telah berkembang dengan sederhana pesatnya. Hal

    ini telah dibuktikan melalui munculnya profesion baru dan rakyat telah mula berhijrah dari desa

    ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan yang baik29

    . Keadaan begini adalah jauh berbeza

    dengan suasana huru-hara dan penderitaan yang telah dialami oleh Burma Hilir. Surat-surat

    papan yang mendapatkan gaji yang lumayan. Dengan ini, penduduk berhijrah untuk

    mendapatkan gaji yang lumayan dan ingin mengubah taraf hidup mereka. Kemakmuran ini

    adalah hadir daripada bertambahnya permintaan kayu jati Burma oleh industri perkapalan di

    India dan Eropah.

    Selain itu, rakyat biasa tinggal di desa yang menjadi teras pentadbiran daerah dan mereka

    menanam padi sawah. Perhubungan rakyat dengan dunia luar adalah terhad kerana Burma

    sentiasa dapat memenuhi segala keperluan ekonominya seperti perkembangan ekonomi seni danbiara. Hasil-hasil keluaran dalam negeri merangkumi jenis-jenis logam, buah-buahan, sayur-

    27Ibid,hlm 24.28 Abu Talib Ahmad. 2000.Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 111.29 Abu Talib Ahmad. 1991.Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara.Terengganu. Percetakan Yayasan Islam Terengganu

    Sdn.Bhd.hlm 34.

  • 7/27/2019 SOALAN 8 (Kumpulan) Myanmar

    12/13

    sayuran, ikan dan beras30

    . Keperluan makanan ini yang mencukupi tidak menjadi masalah

    kepada rakyat dalam menyara hidup dengan aman. Perniagaan dalam negeri juga dikawal oleh

    pemerintah. Bahan-bahan makanan seperti beras, sekoi, minyak sayur, ikan, garam, buah-

    buahan, buluh dan kayu untuk pembinaan masih dikeluarkan dengan banyaknya bagi keperluan

    rakyat.

    Rakyat yang berada di pinggir utara Burma telah menggunakan 3 cara pertanian iaitu

    taungya monsun, taungya padang, dan lenggek31

    . Taungya monsun merupakan sistem ladang

    yang diamalkan oleh orang asli. Sistem pertanian yang diperkenalkan dengan menggunakan

    cara-cara tertentu untuk mengurangkan kesan buruk kepada alam sekitar seperti hakisan dan

    kepupusan hutan. Pertanian jenis taungya padang dan perkembangan penduduk yang pesat telah

    memberi kesan buruk kepada alam sekitar. Di samping itu, pertanian lenggek disifatkan sebagai

    mengagumkan bagi satu kelompok masyarakat pinggir yang dianggap primitif.

    Perkembangan dalam aspek sosial pula, bidang kesusasteraan lebih berkisar mengenai

    siri penulis dan tidak lagi kepada istana dan masyarakat atasan. Hal ini kerana pendidikan hanya

    mendapat sambutan oleh golongan ulama yang menulis puisi, cerita dan sebagainya khususnya

    dalam bidang kesusteraan. Penulis dari mereka telah memberi kefahaman kepada rakyat jelata

    mengenai perkara yang ingin disampaikan. Kepercayaan agama Buddha Theravada diamalkan

    dalam kalangan rakyat Burma. Keasyikan raja-raja Theravada untuk mengumpul gajah putih

    banyak diceritakan dalam hikayat-hikayat Burma seperti Hmannan Yazawin. Dengan memiliki

    gajah putih raja tersebut dianggap lebih gagah dan negara semakin makmur tanpa sebarang

    kebimbangan tentang perubahan yang berlaku. Kepercayaan ini juga berkait rapat dengan mitos

    tempatan dan Buddhisme yang menyifatkan gajah putih sebagai simbol kedaulatan sejagat serta

    pengiktirafan kuasa raja oleh kuasa-kuasa ghaib.

    30 Abu Talib Ahmad. 1991.Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara.Terengganu. Percetakan Yayasan Islam

    Terengganu Sdn.Bhd. hlm 30.31Ibid. hlm 32.

  • 7/27/2019 SOALAN 8 (Kumpulan) Myanmar

    13/13

    2.0PENUTUP