SOALAN AMALI PDK.doc

5
SULIT PISMP - PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENGLIHATAN / PENDENGARAN / PEMBELAJARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2010 NAMA KURSUS : PEMULIHAN DALAM KOMUNITI KOD KURSUS : PKU 3112 SOALAN UJIAN AMALI ARAHAN KEPADA CALON: 1. Pentaksiran amali ini dijalankan berdasarkan perancangan yang telah anda sediakan. 2. Anda perlu menyelesaikan tugasan yang diberikan di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. 3. Pelaksanaan projek hendaklah menunjukkan pengetahuan mengenai prinsip dan konsep serta peranan Pemulihan Dalam Komuniti. 4. Projek yang dianjurkan hendaklah menekankan penglibatan ahli masyarakat dalam mendidik individu berkeperluan khas di peringkat komuniti setempat. ____________________________________________________________ ____

Transcript of SOALAN AMALI PDK.doc

Kanak-kanak berkeperluan khas telah diberi intervensi awal apabila dikenal pasti menghadapi masalah semasa lahir

SULIT

PISMP - PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENGLIHATAN / PENDENGARAN / PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER 6AMBILAN JANUARI 2010NAMA KURSUS : PEMULIHAN DALAM KOMUNITIKOD KURSUS : PKU 3112SOALAN UJIAN AMALI

ARAHAN KEPADA CALON:

1. Pentaksiran amali ini dijalankan berdasarkan perancangan yang telah anda sediakan.

2. Anda perlu menyelesaikan tugasan yang diberikan di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.3. Pelaksanaan projek hendaklah menunjukkan pengetahuan mengenai prinsip dan konsep serta peranan Pemulihan Dalam Komuniti. 4. Projek yang dianjurkan hendaklah menekankan penglibatan ahli masyarakat dalam mendidik individu berkeperluan khas di peringkat komuniti setempat. ________________________________________________________________

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) diwujudkan sebagai program alternatif berkonsepkan pemulihan di institusi kepada orang kelainan upaya (OKU). Pendekatan ini dijalankan berasaskan rasional bahawa sebahagian besar daripada OKU tidak memerlukan rawatan pemulihan sepenuh masa di institusi. Program ini memerlukan penglibatan aktif ibu bapa / penjaga , ahli keluarga golongan kurang upaya dan komuniti setempat untuk membantu OKU hidup berdikari dan diintegrasikan dalam masyarakat. Program pencegahan, pembangunan dan pemulihan secara bersepadu daripada pelbagai sektor perlu dijelmakan melalui kerjasama yang erat antara pihak OKU sendiri, keluarga, komuniti, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO ) dan agensi kerajaan yang berkaitan.

SOALAN TUGASAN

Secara berkumpulan (sebelas dua belas orang), anda dikehendaki menyediakan aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti yang terletak di bawah tanggungjawab Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM). Kumpulan anda perlu merancang dan melaksanakan program tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.

PERINCIAN TUGASAN

(a) Tugasan Kumpulan (60%)Perkara-perkara yang perlu dilakukan dalam kumpulan:1. Memilih sebuah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).2. Melantik ahli jawatankuasa bagi setiap aktiviti yang dirancang. Setiap peserta mesti mengetuai mana-mana jawatankuasa yang diwujudkan.3. Menghasilkan sebuah kertas kerja projek yang mengandungi maklumat-maklumat berikut:

i. Aktiviti keceriaan persekitaran PDK

ii. Aktiviti home-based / lawatan ke rumah iii. Aktiviti berbentuk akademik (spt. forum, seminar, ceramah dsb.)Nota : Rujuk Lampiran 1 untuk format kertas kerja.5. Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang menurut jadual yang ditetapkan. 7. Menyediakan satu laporan projek yang lengkap secara bertulis.Nota : Rujuk Lampiran 2 untuk format laporan projek.

8. Bahan-bahan sokongan seperti gambar, surat menyurat, resit dan lain-lain perlu dilampir bersama-sama laporan bertulis.

(b) Tugasan Individu (40%)1. Menyediakan laporan sebuah PDK berdekatan tempat anda bertugas.

2. Membuat refleksi tentang projek secara keseluruhan dan tanggungjawab yang dipegang.

3. Kuiz.ARAHAN PENTADBIRAN

1. Tugasan ini hendaklah ditaip di kertas saiz A4 dengan menggunakan font jenis Arial, saiz 12 dan langkau 1.5 baris .

2. Sumber / bahan rujukan / maklumat perlu dinyatakan mengikut format yang ditentukan (Contoh : APA).

3. Bahagian kulit luar laporan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:

3.1. Nama Institusi

3.2. Nama Program

3.3. Nama PDK3.4. Nama Ahli dan No.Kad Pengenalan

3.5. Angka Giliran

3.6. Nama Penilai

3.7. Tarikh Penyerahan5. Menyerahkan laporan lengkap projek PDK dua minggu selepas projek dilaksanakan.@ Hak Cipta Kerajaan Malaysia

PAGE 2