Soalan Band 1-6 Kraf

9
Nama : .................................... .......... Tingkata n : .................... ..... Tarik h : ............... B1D1 Kraf B1D1E7 & E6 Kraf (Tembikar dan anyaman) 1) Nyatakan definisi tembikar dalam pendidikan seni visual? Tembikar adalah salah satu daripada hasil kraf tangan yang menggunakan bahan tara tanah liat yang dibakar dan digilap. 2) Apakah yang dimaksudkan dengan anyaman? Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. 3) Apakah yang dimaksudkan dengan kelarai? Kelarai ialah corak atau motif pada anyaman. 4) Apakah kegunaan tembikar pada zaman dahulu? Pada zaman dahulu tembikar digunakan untuk kegunaan harian seperti tempat menyimpan air, pinggan, belanga dan sebagainya. 5) Apakah yang dimaksudkan dengan corak dalam anyaman? Corak ialah susunan warna pada sesuatu anyaman.

description

PBS seni f1

Transcript of Soalan Band 1-6 Kraf

Page 1: Soalan Band 1-6 Kraf

Nama : .............................................. Tingkatan : ......................... Tarikh : ...............B1D1 Kraf

B1D1E7 & E6 Kraf (Tembikar dan anyaman)

1) Nyatakan definisi tembikar dalam pendidikan seni visual?

Tembikar adalah salah satu daripada hasil kraf tangan yang menggunakan bahan tara tanah liat yang dibakar dan digilap.

2) Apakah yang dimaksudkan dengan anyaman?

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan.

3) Apakah yang dimaksudkan dengan kelarai?

Kelarai ialah corak atau motif pada anyaman.

4) Apakah kegunaan tembikar pada zaman dahulu?

Pada zaman dahulu tembikar digunakan untuk kegunaan harian seperti tempat menyimpan air, pinggan, belanga dan sebagainya.

5) Apakah yang dimaksudkan dengan corak dalam anyaman?

Corak ialah susunan warna pada sesuatu anyaman.

Page 2: Soalan Band 1-6 Kraf

Nama : .............................................. Tingkatan : ......................... Tarikh : ...............B2D1 Kraf

B2D1E7 & E6 Kraf (Tembikar dan anyaman)

1) Apakah jenis-jenis anyaman yang wujud di Malaysia?

Jenis-jenis anyaman yang wujud di Malaysia ialah, anyaman mengkuang, anyaman pandan, anyaman buluh, anyaman rotan, anyaman lidi dan anyaman ribu-ribu.

2) Berapakah jenis kelarai yang wujud dalam anyaman dan nyatakan 5 jenis kelarai?

Terdapat 50 jenis kelarai yang diketahui, antara kelarai-kelarai itu ialah, mata bilis, beras patah, siku keluang, pucuk mata berkait, dan buntut siput.

3) Berapakah jenis tembikar yang wujud dan nyatakan jenis-jenisnya?

Terdapat 8 jenis tembikar, antaranya ialah geluk, buyung, bekas bara, terenang, jambangan, labu, mamboing dan tembikar Sarawak

4) Nyatakan ciri-ciri labu sayong?

Berbentuk buah labu/kundur, bahagian penutup seperti kubah masjid, terdapat ragam hias pada badan, motif daripada alam, berawan hitam dan kebiasaannya labu ini dibuat oleh wanita.

5) Nyatakan alatan yang perlu digunakan dalam proses membuat tembikar?

Pengayak, baldi, besen, papan lapis bulat, roda pembentuk tembikar, pelarik tapak tembikar, dawai tajam, rib, span berkatu, dawai pemotong, angkup, penggelek dan penyembur gerlis.

Page 3: Soalan Band 1-6 Kraf

Nama : .............................................. Tingkatan : ......................... Tarikh : ...............B3D1 Kraf

B3D1 E6, & E7 Anyaman dan tembikar

Sila tandakan (/) bagi jawapan yang betul dan tandakan (x) bagi jawapan yang salah.

1)Terdapat empat teknik untuk membina tembikar. ( x )

2)Teknik picit merupakan teknik yang paling mudah dalam proses penghasilan tembikar. ( /)

3) Anyaman rotan merupakan satu jenis anyaman yang dihasilkan daripada rotan yang telah diproses. ( / )

4) Anyaman yang dihasilkan untuk kegunaan tikar sembahyang dan hiasan dinding dihasilkan daripada buluh yang telah diraut. ( x )

5) Pembakaran tembikar dilakukan agar tembikar menjadi keras, pejal dan tidak telap air. ( /)

Page 4: Soalan Band 1-6 Kraf

Nama : .............................................. Tingkatan : ......................... Tarikh : ...............B4D1 Kraf

B4D1 E6, & E7 Anyaman dan tembikar

Sila isikan tempat kosong berikut.

Page 5: Soalan Band 1-6 Kraf

Sila namakan peralatan untuk membuat tembikar di bawah.

Jawapan:1. Pengayak 2. Baldi 3. Besen 4. Papan lapis bulat 5. Roda pembentuk tembikar 6. Pelarik tapak tembikar 7. Dawai tajam 8. Rip 9. Span berkatu 10. Span 11. Dawai pemotong

Page 6: Soalan Band 1-6 Kraf

12. Angkup 13. Penggelek 14. Kayu (6mm) 15. Penyembur gerlis 16. Pengukir besi 17. Penepik kayu berukir 18. Pengukir dawai

Page 7: Soalan Band 1-6 Kraf

Nama : .............................................. Tingkatan : ......................... Tarikh : ...............B5D1 Kraf

B5D1 E6, & E7 Anyaman dan tembikar

1) Sila hasilkan sebuah tembikar menggunakan teknik picit?Pelajar menghasilkan sebuah tembikar menggunakan teknik picit.

Contoh: 2) Sila hasilkan sebuah tembikar dengan teknik lingkaran?Pelajar menghasilkan sebuah tembikar menggunakan teknik lingkaran.

Contoh:

3) Sila hasilkan sebuah tembikar dengan teknik kepingan?Pelajar menghasilkan sebuah tembikar dengan teknik kepingan.

Contoh:

4) Sila hasilkan sebuah tembikar dengan teknik acuan?Pelajar menghasilkan sebuah tembikar dengan teknik acuan.

Page 8: Soalan Band 1-6 Kraf

Contoh: 5) Sila hasilkan sebuah anyaman mudah menggunakan kertas?Pelajar menghasilkan sebuah anyaman mudah menggunakan kertas.Contoh proses menghasilkan anyaman: