soalan bm tahun 4 -pertengahan tahun
-
Upload
azman-ismail -
Category
Documents
-
view
82 -
download
7
description
Transcript of soalan bm tahun 4 -pertengahan tahun
Soalan 1 hingga Soalan 22
SULIT 9 011
Soalan 1 - 18Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.1Puan Dayana memotong sayur dengan sebilah ______________ yang tajam.
Apisau
Bkapak
Cparang
Dsabit
2Azman tidak ke sekolah pada hari ini kerana ________ demam panas.
Akami
Bkamu
Canda
Ddia
3 Azral berjaya dengan cemerlang ___________ dia rajin belajar.
Asupaya
Bkerana
Cuntuk
Dsambil
4Masakan itu amat __________kerana dimasak dengan cili yang terlalu banyak.
Apayau
Bpahit
Cpedas
Dkelat
5Perut budak itu ________ kerana sudah beberapa hari dia tidak makan.
Akempis
Bbuncit
Clembik
Dkembong
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.
6Farisa __________ basikal baharu untuk ke kedai .
Amenunggang
Bmemandu
Cmembawa
Dmengheret
7Sofea membeli pensel _________ pemadam untuk menghadapi peperiksaan PKSR 2 pada minggu hadapan.
Akecuali
Btetapi
Clalu
Ddan
8Mereka akan pergi __________ Sarawak pada bulan hadapan.
Ake
Bkepada
Cdari
Ddaripada
9Kami________terbahak-bahak apabila menonton rancangan Maharaja Lawak.
Amenangis
Bmenjerit
Cketawa
Dmelompat
10__________, sakitnya kaki saya ! Lukanya sangat dalam.
AAduhai
BAmboi
CAh
DAduh
11___________ Hamdan tidak datang ke sekolah,semalam ?
ABilakah
BApakah
CDi manakah
DMengapakah
12Dalam pertandingan bola sepak itu, pasukan sekolah Ali ___________ kalah.
Asudah
Btelah
Cmasih
Dbelum
13Pihak polis telah menjumpai dua _________ beg yang mengandungi duit palsu semasa menyerbu rumah pengedar dadah itu.
Akeping
Bbuah
Chelai
Dpotong
14Kita perlulah ____________ kesihatan supaya terhindar daripada penyakit berbahaya.
Adijaga
Bpenjagaan
Cberjaga
Dmenjaga
Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah
15Bantal kekabu itu ____________ oleh ibu di bawah cahaya matahari.
Adisidai
Bdijemur
Cdiangkat
Ddipanaskan
16Adi memeluk pinggang ayahnya __________ ketika membonceng motorsikal ayahnya.
Aerat-erat
Bdekat-dekat
Cbetul-betul
Ddiam-diam
17Haiwan yang ___________ besar di darat ialah gajah.
Abetul
Bbenar
Csekali
Dpaling
18Makanan yang dimasaknya itu _________ untuk pasukan nasyid Taman Bukit Sekilau.
Aadalah
Bialah
Csahaja
Dtidak
19Budak lelaki itugalilubang dengan tangannya.
Perkataan seerti bagi gali ialah
Atanam
Bsumbat
Ckorek
Dtebuk
20Harga baju kurung itu sangatmahal.
Perkataan berlawan bagi mahal ialah
Acantik
Buntung
Csederhana
Dmurah
Soalan 21 - 22
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
21IKita berkhemah di tempat yang rata.
IISemua pelajar mesti rata semasa guru sedang mengajar.
IIIBahagikan wang ini sama rata kepada kawanmu.
IVBas itu menuju ke rata bandar.
AI dan II
BI dan III
CIII dan IV
DII, III dan IV
22IKamil bangun lalu meninggalkan majlis itu.
IISetelah seminggu dirawat barulah dia lalu makan.
IIIMelaka pernah lalu ke tangan Portugis suatu masa dahulu.
IVTidak ramai orang lalu di kawasan itu.
AI, II dan III
BI, II dan IV
CI, III dan IV
DII, III dan IV
Soalan 23
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah
23Apakah yang menyebabkan kamu tersinggung?
AEntah, saya pun kurang pasti.
BYa, saya telah tersinggung semalam.
CDia menuduh saya tanpa usul periksa.
DDia telah menyebabkan saya tersinggung.
Soalan 24
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
24Setiap hari Suhaimi mengutip lima puluh biji telur ayam dari reban datuknya.
ABerapa biji telur ayam yang dikutip oleh Suhaimi setiap hari?
BBagaimana Suhaimi mampu mengutip telur ayam sebanyak itu setiap hari?
CBerapa ekor ayam yang terdapat di dalam reban datuk Suhaimi setiap hari?
DDi mana telur ayam Suhaimi berada setiap hari?
Soalan 25 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
25Mengapakah kamu tidak datang ke rumah saya, Hakim? tanya Haidar.
AHaidar bertanya mengapa Hakim tidak datang ke rumah saya.
BHaidar bertanyakan sebab Hakim tidak datang ke rumahnya.
CHakim bertanyakan sebab Haidar tidak hadir ke rumahnya.
DHakim mengaku tidak datang ke rumah Haidar.
Soalan 26 - 28
Pilih ayat yang betul.
26AKuantan adalah ibu negeri Pahang.
BMencuri ialah salah di sisi agama.
CDerma itu adalah untuk anak-anak yatim.
DHadiah ini ialah untuk ibu saya.
27IPak Abu menebas rumput dengan sabit.
IIAbang menaiki motosikal untuk ke sekolah.
IIIAzmeera tidak hadir ke sekolah akan demam.
IVPelajar itu berasal daripada Bukit Sekilau.
AI dan II
BII dan IV
CI dan IV
DIII dan IV
28IPada minggu lepas saya menonton bola di mini stadium .
IISaya suka minum jus epal apabila ke restoran itu.
IIIIbu membeli sos cili di kedai runcit itu.
IVSofea sukan makan jeruk mempelam.
AI dan II
BII dan IV
CII dan III
DII, III dan IV
Soalan 29 30Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
29Along sudah biasa tidak memakai ________________ ketika berjalan di hutan.
Aada akal
Bada hati
Calas perut
Dalas kaki
30Pasangan pengantin itu sama cantik dan sama padan seperti ___________.
Aaur dengan tebing
Bcincin dengan permata
Ccacing kepanasan
Dbumi dengan langit
Soalan 31 - 35Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.Lemang ialah sejenis makanan tradisional yang disukai oleh masyarakat Melayu. Biasanya lemang disediakan pada Hari Raya Aidilfitri.
Lemang dibuat daripada pulut dan santan. Rasanya seperti ketupat pulut, namun lemang lebih lazat. Lemang lazimnya dimakan dengan rendang daging atau rendang ayam.
Lemang dimasak di dalam buluh. Untuk membuat lemang, buluh akan dipotong mengikut panjang setiap ruas. Daun pisang dimasukkan ke dalam buluh sebagai pengalas di sekeliling permukaannya. Kemudian, beras pulut dan santan dimasukkan ke dalam buluh itu. Buluh ini diletak berdekatan dengan bara api dan dibiarkan hingga masak.
Kini, lemang bukan sahaja disukai oleh masyarakat Melayu malah masyarakat lain di Malaysia.
31Apakah makanan yang sangat disukai oleh masyarakat Melayu?
APulut
BRendang
CLemang
DKetupat
32Bilakah lemang biasanya disediakan?
AHari Raya Aidilfitri
BTahun Baru Cina
CHari Krismas
DHari Guru
33Lemang biasanya dimakan dengan
Adaging goreng.
Bayam bakar.
Ckuah gulai.
Drendang.
34Daun apakah yang dimasukkan ke dalam buluh sebagai pengalas dalam proses membuat lemang?
ADaun getah
BDaun pisang
CDaun kelapa
DDaun pandan
35Apakah bahan yang dimasukkan ke dalam buluh sebelum diletakkan berdekatan bara api?
AGandum
BBeras pulut
CDaging ayam
DBeras pulut dan santan
Soalan 36 - 40Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.
Apabila cuti sekolah, Abu dan ayahnya sering ke sungai untuk memancing. Abu dan ayahnya sama-sama minat memancing. Abu pandai memancing. Dia belajar daripada ayahnya. Cara memasang umpan, membaling pancing dan merasai pancing semuanya dia tahu.
Sambil memancing, Abu dan ayahnya berbual-bual tentang hobi mereka. Asyik berbual-bual, pancing Abu mula ditarik ikan. Batang pancingnya meliut kuat. Abu terus memegang pancingnya dengan kuat. Bapanya segera membantu Abu menarik pancingnya secara perlahan, kalau tidak ikan akan terlepas.
Nasib Abu memang bertuah, dia mendapat seekor ikan lampam yang besar setelah dibantu oleh ayahnya. Dia semakin bersemangat. Dibalingnya sekali lagi pancing ke tengah sungai, tetapi kali ini tali pancingnya tersangkut di dahan pokok. Ayahnya menyuruh Abu menarik perlahan tetapi Abu tidak sabar,disentaknyatali tersebut dan terpelanting balik ke dahinya.
Sifat gopohnya menyebabkan dahi Abu telah bengkak terkena ketulan timah yang tersangkut di hujung pancing. Mulai hari itu, Abu berjanji kepada ayahnya untuk berhati-hati dengan keadaan tersebut.36Apakah hobi Abu?
AMelancong
BBerbasikal
CMemancing
DBerehat
37Daripada siapakah Abu mempelajari selok-belok memancing?
Abapa
Bkawan
Cpengalaman
DBapa saudara
38Apakah ikan yang berjaya diperoleh oleh Abu ?
Apuyu
Bharuan
Clampam
Dkeli
39Mengapakah Abu tidak tergesa-gesa menarik pancingnya apabila dimakan ikan?
ABimbang pancingnya patah
BBimbang ikan akan terlepas
CBimbang mata pancing tercabut
DBimbang umpannya akan habis
40Maksuddisentaknyaialah
Atarik perlahan.
Blepas secara perlahan.
Cditariknya dengan kuat.
Ddirampas dengan cepat.
KERTAS SOALAN TAMAT