Soalan Bm Ujian Mac

9
1 BAHAGIAN A 1. Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. I. Beberapa orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah atas kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah mereka di dalam pertandingan reka cipta itu. ____________________________________________________________ _______ II. Pihak pengurusan Sri Malaysia Hotel menawarkan pakej yang menarik kepada para pelanggan sempena cuti sekolah. ____________________________________________________________ ________ III. Pelancong dari negara Jepun itu sangat sukakan buah- buahan tempatan seperti durian

description

ujian

Transcript of Soalan Bm Ujian Mac

BAHAGIAN A

BAHAGIAN A 1. Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda

tidak perlu menyalin ayat itu semula.

I. Beberapa orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah atas kejayaan

mereka mengharumkan nama sekolah mereka di dalam pertandingan reka cipta itu.

___________________________________________________________________

II.Pihak pengurusan Sri Malaysia Hotel menawarkan pakej yang menarik kepada para

pelanggan sempena cuti sekolah.

____________________________________________________________________

III.Pelancong dari negara Jepun itu sangat sukakan buah-buahan tempatan seperti durian

dan manggis.

_____________________________________________________________________

IV."Sudahkah kamu menyiapkan kerja rumah yang aku berikan semalam?" tanya Cikgu

Azizi kepada murid-murid Kelas Tingkatan Tiga Kreatif.

_____________________________________________________________________

(8 markah)

2. Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan

betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

IBandaraya itu seolah-olah hari siang kerana dilimpahi lampu jalan yang

terang-benderang.

_______________________________________________________________________

II.Stem yang bertemakan tahun arnab ini dicetak di atas plastik yang berwarna emas.

________________________________________________________________________

III. Penduduk di kawasan pedalaman itu hanya menggunakan eka-bahasa sahaja iaitu bahasa ibunda mereka.

________________________________________________________________________

(3 markah)

3. Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat majmuk.

I.Kami akan ke negeri Sarawak hujung bulan ini.

Kami akan ke negeri Sarawak awal bulan hadapan.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

II.Pulau peranginan itu cantik.

Pulau peranginan itu tidak dijaga dengan baik.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

III.Murid itu rajin mengulang kaji pelajaran.

Murid itu mencapai kejayaan yang cemerlang.

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

IV.Saya ada masa pada hujung minggu ini.

Saya akan menziarahi rakan saya di hospital.

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

V.Azwana membaca surat.

Afifah membaca surat.

Surat dikirim oleh Bhaga.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

(10 markah)

BAHAGIAN B

4 Baca sajak di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. SAJAK LAUT

Laut ini begitu biru

laut ini begitu luas

laut ini begitu indah.

Betapa bahagianya hati

laut ini membuatku bahagia

laut ini begitu tenang

begitu kaya.

Kulihat pasir putih

kulihat kerang

kurasakan ombak menyapa kaki

dan kurasakan

angin pantai membelai.

Seorang nelayan jauh di sana

berdiri di atas perahu kecil

menebarkan jala

mencari ikan untuk keluarga.

Burung laut menari-nari di sana

mengepak-ngepakkan sayapnya

begitu gembira mereka bernyanyi

bagai berlumba

dengan nyanyian ombak.

Setengah matahari kulihat di seberang

di seberang laut biru ini

bagai malu-malu ia mengintip

namun dengan setia

memberi sinarnya.

Hai, laut biru

hari ini juga aku nyatakan

kau adalah saudaraku!

ISMAIL SHARIF

(Dipetik daripada antologi Gema Sepi Gadis Genius, Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan PustakaI.Bagaimanakah keadaan laut yang digambarkan oleh penyajak?

(3 markah)

________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

II.Nyatakan contoh gaya bahasa simile yang terdapat dalam Sajak Laut.

(2 markah)

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

III.Pada pendapat anda, apakah perbuatan negatif yang telah dilakukan oleh manusia sehingga menjejaskan laut?

(4 markah)

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________ 5 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di

Tingkatan 2.

i) Wira Persona Avatari oleh Ahmad Zaki Abu Bakar

ii) Erti Sebuah Pengorbanan oleh Zaihanim Binti Zinal Abidin

iii)Di sebalik Wajah oleh Abang Saifuddin Abang Bohari

iv)Lestari Bukit Menghijau oleh Syed Mahadzir

Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, huraikan perwatakan watak sampingan yang terdapat dalam novel tersebut.

(10 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT