SOALAN BMM 3113

download SOALAN BMM 3113

of 14

description

Soalan ulang kaji

Transcript of SOALAN BMM 3113

Ulangkaji BMM3113 MEI 2014: FATIMAH IDRIS/JBM

BAHAGIAN A

(20 markah)1. Penyelidikan pendidikan adalah suatu kajian saintifik yang berasaskan bukti atau fakta. Pilih aspek yang bukan merupakan ciri penyelidikan. (A) Objektif(B) Empirikal(C) Subjektif (D) Verifikasi2. Pilih ciri yang tepat yang menunjukkan kriteria penyelidikan kaedah positivist.

(A) Penyelidikan untuk membina teori.

(B) Dapatan kajian boleh dibuat generalisasi.(C) Pemilihan sampel kajian dibuat secara bertujuan.

(D) Analisis data dibuat menggunakan statistik deskriptif.3. Antara kaedah kajian yang disenaraikan, yang manakah yang merupakan kajian

kaedah interpretif? (I) Tinjauan (II) Etnografi (III) Kajian kes

(IV) Kajian Tindakan(V) Kuasi eksperimen

(A) I, II dan III sahaja(B) I, II dan IV sahaja

(C) II, III dan IV sahaja

(D) III, IV dan V sahaja4. Mengikut Lewin (1946) Penyelidikan tindakan melibatkan empat peringkat asas yang berturutan dalam satu kitaran yang berterusan. Pilih susunan yang betul mengikut model beliau.(A) Merancang-Melaksanakan-Memerhatikan-Mereflek(B) Mereflek-Merancang-Melaksanakan-Memerhatikan(C) Mereflek-Merancang-Memerhatikan-Melaksanakan (D) Memerhatikan-Merancang-Melaksanakan-mereflek5. Kaji tajuk-tajuk kajian yang dinyatakan dan tentukan tajuk kajian yang betul untuk reka bentuk penyelidikan tindakan. (A) Faktor-faktor pencapaian murid yang cemerlang dalam bahasa Melayu(B) Penggunaan Multimedia untuk peningkatan kemahiran bacaan dan kefahaman(C) Penilaian program pemantapan tatabahasa Bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun 3. (D) Persepsi pelajar terhadap pelajaran dan hubungannya dengan pencapaian murid dalam akademik

6. Penyelidikan tindakan berbeza daripada kajian konvensional yang lain. Tentukan aspek yang betul untuk menunjukkan perbezaan tersebut.(I) Ujian statistik inferens digunakan untuk menganalisis data. (II) Pelaksanaan penyelidikan untuk membaiki amalan kendiri.

(III) Refleksi merupakan aspek penting dalam proses penyelidikan.(IV) Pelaksanaan kajian melibatkan persampelan yang sistematik.

(V) Penyelidik mengkaji fokus kajian dalam situasi sosial di tempat sendiri.(A) I, II dan III sahaja(B) II, III, dan IV sahaja

(C) II, III dan V sahaja

(D) III, IV dan V sahaja7. Penentuan fokus kajian tindakan berlandaskan beberapa aspek. Tentukan kriteria yang tepat untuk digunakan sebagai asas penentuan tersebut. (I) skop

(II) relevan

(III) kebolehan(IV) kepentingan (V) kebolehurusan(A) I, II dan III sahaja(B) I, II dan V sahaja

(C) II, III dan IV sahaja

(D) III, IV dan V sahaja8. Kertas cadangan penyelidikan tindakan sangat penting dalam pelaksanaan penyelidikan sebenar. Yang manakah merupakan penyataan paling tepat tentang kepentingan kertas cadangan? (A) Penyataan jelas tentang objektif kajian dan metodologi pelaksanaan penyelidikan(B) Perancangan lengkap mengikut model dan langkah-langkah pelaksanaan penyelidikan.

(C) Penjelasan tujuan dan jadual pelaksanaan penyelidikan yang akan

dijalankan.(D) Penerangan penyataan masalah dan langkah-langkah melaksanakan kajian mengikut jadual pelaksanaan

9. Guru A mendapati bahawa 40 peratus murid yang diajarnya mendapat skor yang rendah dalam penulisan karangan. Tindakan pertama yang perlu dilakukan oleh guru tersebut sebelum melaksanakan tindakan bagi menangani isu ini adalah (A) merancang jadual penyelidikan (B) membuat ujian menulis karangan (C) membuat analisis data dokumen (D) menjalankan aktiviti tinjauan awal10. Tentukan Kaedah pengumpulan data yang relevan untuk mengesan pemikiran

dan pandangan murid terhadap teknik pengajaran yang dijalankan oleh guru di bilik darjah.(A) Soal selidik

(B) Temu bual

(C) Pemerhatian

(D) Analisis Dokumen 11. Guru B ingin melaporkan prestasi pencapaian murid secara keseluruhan dengan menggunakan statistik deskriptif. Tentukan jenis data yang perlu

dilaporkan oleh guru tersebut. (I) ujian t (II) korelasi

(III) kekerapan

(iv) peratusan

(v) min keseluruhan

(A) I, II dan III sahaja

(B) I, III dan IV sahaja(C) II, III dan IV sahaja

(D) III, IV dan V sahaja12. Pengumpulan data melalui temu bual berstruktur dan tidak berstruktur berbeza dari satu aspek yang berikut. Pilih aspek yang betul.(A) Cara pelaksanaan soal jawab

(B) Bentuk dan kandungan soalan (C) Struktur soalan dan cara penyoalan(D) Suasana dan cara pelaksanaan soal jawab13. Triangulasi amat penting dijalankan dalam penyelidikan untuk tujuan

kesahan dan kebolehpercayaan dapatan kajian khususnya kajian kualitatif. Rumuskan bagaimana perkara ini dapat dilakukan untuk mencapai tujuan tersebut.(I) Penggunaan pelbagai bentuk soalan penyelidikan (II) Penggunaan pelbagai sumber bagi setiap soalan kajian (III) Penggunaan pelbagai instrumen dalam pengumpulan data.

(IV) Penggunaan pelbagai ujian statistik untuk menganalisis data.

(V) Penggunaan pelbagai bentuk bahan tinjauan literatur sebagai rujukan

(A) I dan II sahaja

(B) II dan III sahaja

(C) II dan IV sahaja

(D) IV dan V sahaja14. Guru M ingin mengesan pencapaian murid dalam kemahiran bacaan dan kefahaman selepas beliau menjalankan satu tindakan penambahbaikan dalam pengajaran beliau.

Tentukan kaedah pengumpulan data yang sesuai digunakan untuk tujuan ini.(A) Soal selidik

(B) Temu bual

(C) Pemerhatian

(D) Ujian sumatif15. Dapatan penyelidikan boleh dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk statistik inferens dan statistik deskriptif. Namun demikian, analisis data kajian tindakan lebih menekankan statistik deskriptif. Tentukan rasional yang paling tepat tentang penyataan ini.(A) Penyelidikan tindakan menggunakan situasi sosial yang terhad.(B) Penyelidikan tindakan untuk membangunkan teori berdasarkan amalan

praktis penyelidik.

(C) Penyelidikan tindakan dibuat untuk mengumpul bukti amalan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

(D) Penyelidikan tindakan dijalankan untuk meneroka, menemukan dan

memahami situasi yang dihadapi secara mendalam oleh penyelidik.16. Tinjauan literatur merupakan satu aktiviti yang penting dibuat secara kritikal dan sistematik sebelum penyelidik menjalankan penyelidikan. Rumuskan kepentingan yang tidak benar tentang tujuan membuat tinjauan literatur dalam penyelidikan.

(A) Menjelaskan asas kajian dan membina kerangka teoritikal kajian. (B) Mengetahui apa yang telah dikaji tentang topik dan kajian susulan yang

boleh dibuat.

(C) Menjelaskan bagaimana kajian dapat memberikan sumbangan kepada

pengetahuan yang sedia ada tentang topik.

(D) Menggunakan seberapa banyak bahan rujukan bagi membuktikan bahawa pengkaji membuat rujukan meluas bagi skop penyelidikan yang dijalankan.17. Pelan tindakan penyelidikan merupakan aspek yang sangat penting disediakan oleh setiap penyelidik.

Nilaikan penyataan yang tepat tentang kepentingan aspek tersebut.(A) Menjadi panduan fokus kajian dan pelaksanaan penyelidikan mengikut tempoh yang ditetapkan.(B) Sebagai senarai rujukan tindakan dan catatan tindakan penyelidik

sepanjang menjalankan penyelidikan

(C) Menjadi panduan aktiviti penyelidikan mengikut masa yang dirancang

sepanjang menjalankan penyelidikan.

(D) Perancangan pelaksanaan aktiviti penyelidikan mengikut jadual

pelaksanaan dan peruntukan kewangan yang disediakan.18. Penulisan rujukan dalam laporan penyelidikan perlu dibuat secara sistematik

dan mengikut format yang ditetapkan. Pilih cara penulisan mengikut sistem

APA yang betul.(A) Nama pengarang.Tahun.Judul buku. Tempat.Penerbit

(B) Nama pengarang.Tahun. Judul Buku. Penerbit.Tempat.

(C) Nama pengarang.(Tahun).Judul buku.Tempat:Penerbit. (D) Nama Pengarang.(Tahun) Judul buku.Penerbit:Tempat.19. Pengelolaan seminar penyelidikan merupakan aktiviti yang popular untuk perkongsian dapatan kajian. Laporan kajian disemak dan diedarkan kepada peserta seminar melalui dokumen bercetak yang rasmi dan dikenali sebagai(A) Prosiding Seminar

(B) Jurnal Penyelidikan (C) Koleksi Kertas Kerja (D) Rumusan Pembentangan20. Penyebaran laporan kajian melalui rangkaian kajian tindakan secara atas talian (online) mempunyai kelebihan. Buat penilaian yang paling tepat tentang keberkesanan penggunaan cara ini.(A) Penyebaran laporan penyelidikan dapat dibuat dengan lebih cepat.

(B) Laporan dapat dirujuki dengan mudah oleh semua penyelidik apabila diperlukan.

(C) Perkongsian laporan kajian dapat dimanfaatkan bersama dengan cara

yang berkesan oleh pelbagai pihak.

(D) Laporan kajian dapat disebarkan dengan lebih berkesan melalui atas talianBAHAGIAN B

(40 markah)

Jawab semua soalan dalam bahagian ini.1. Penyelidikan dalam pendidikan mempunyai kepentingan yang signifikan dalam pembangunan pendidikan.(a) Nyatakan dua tujuan penyelidikan dalam pendidikan.(i) __________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________(ii)__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________(6 markah)(b) Huraikan dua aspek etika yang perlu diamalkan oleh penyelidik apabila menjalankan penyelidikan.(i) _________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________(ii) _________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ (4 markah)

2. Penyelidikan dalam pendidikan perlu mematuhi prosedur penyelidikan yang sistematik apabila menjalankan sesuatu penyelidikan . (a) Jelaskan dua aspek prosedur penyelidikan yang perlu dipatuhi apabila hendak menjalankan penyelidikan.

(i) ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________(ii) ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________(6 markah)(b) Jelaskan proses menentukan isu keprihatinan dan fokus kajian dalam kajian tindakan.

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

(4 markah)3. Kajian Tindakan menekankan aspek untuk membuat kajian berdasarkan refleksi kendiri dalam situasi sosial di tempat pengamal (practioner) itu bertugas.

(a) Jelaskan dua ciri kajian tindakan dalam pendidikan.(i) ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________(ii) ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________(6 markah)

(b) Proses refleksi dikatakan berlaku sepanjang masa dalam penyelidikan

tindakan. Huraikan kepentingan proses ini dalam proses menjalankan kajian tindakan.____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

(4 markah)

4. Analisis dokumen merupakan instrument yang sangat berguna dan mudah diperoleh oleh penyelidik.

(a) Jelaskan dua bentuk dokumen yang boleh memberikan data yang relevan untuk kajian yang hendak mengesan pencapaian murid dalam pembelajaran.

(i) __________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________(ii) __________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________(6 markah)(b) Huraikan dua kepentingan pengumpulan data melalui pemerhatian.(i) ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________(ii) ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ (4 markah)BAHAGIAN C

(40 markah)

Jawab dua soalan sahaja dalam bahagian ini.1. Penyelidikan Tindakan adalah satu proses inkuiri refleksi kendiri yang saintifik dan sistematik. Berdasarkan model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992), jelaskan dengan lengkap dan tersusun prosedur penyelidikan yang boleh dijadikan panduan oleh penyelidik apabila menjalankan sesuatu penyelidikan tindakan di bilik darjah.

( 20 markah )

2. Metodologi kajian adalah aspek yang sangat penting dalam pelaksanaan sesuatu penyelidikan. Aspek reka bentuk kajian dan prosedur menjalankan kajian diterangkan dengan jelas dalam bahagian ini. Satu aspek yang penting diterangkan adalah proses pengumpulan data.(a) Huraikan dua kriteria yang perlu digunakan untuk menentukan

instrumen kajian yang menepati keperluan sesuatu kajian.( 8 markah)

(b) Buat analisis dua kepentingan kaedah pengumpulan data secara temu

bual dalam sesuatu kajian.(12 markah)3. Penulisan laporan kajian perlu dibuat mengikut format yang standard dan cara yang betul seperti yang telah ditetapkan.

(a) Huraikan dengan jelas kandungan abstrak yang tepat dan lengkap. ( 10 markah)(b) Bincangkan dua bentuk penyebaran dapatan kajian tindakan yang berkesan bagi faedah semua pendidik bahasa Melayu di sekolah rendah.(10 markah)9