Soalan Esei

download Soalan Esei

of 62

description

Soalan KISSM-Esei

Transcript of Soalan Esei

CONTOH SOALAN ESEI

----------------------------

1

SISTEM PENTADBIRAN NEGARA1. Kerajaan Tempatan diwujudkan bagi memberi peluang kepada penduduk-penduduk tempatan mengambil bahagian di dalam pengurusan kawasan mereka. Nyatakan secara ringkas a) b) kuasa-kuasa yang diberikan pada Kerajaan Tempatan apakah kuasa-kuasa kerajaan negeri ke atas kerajaan tempatan.

Jawapan: a) i. ii. iii. iv. b) i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. Kuasa-kuasa kerajaan Tempatan mengadakan undang-undang kecil by-laws mengutip cukai,kadar sewa dan lain-lain berautonomi kewangan melantik kakitangannya sendiri Kuasa-kuasa Kerajaan Negeri ke atas Kerajaan Tempatan menerima atau tidak segala akta tentang kerajaan tempatan yang digubal oleh Parlimen,sama ada secara penuh atau sebahagian sahaja mengawal perubahan sempadan,kemasukan kawasan baru dan pengiktirafan status perbandaran melantik ahli majlis,datuk Bandar atau yang di-pertua penguasa tempatan meluluskan belanjawan penguasa tempatan meluluskan pinjaman untuk melaksanakan projek spt penurapan jalan,pembinaan gerai dan lain-lain meluluskan perjawatan penguasa tempatan mempunyai budi bicara untuk memecat Ketua Jabatan sebuah penguasa tempatan atau timbalannya mengesahkan undang-undang kecil spt cukai pintu dsb. Boleh melambatkan kelulusan untuk membuat penilaian semula perkadaran bagi penguasa tempatan spt. Cukai pintu Memberi arahan jenis am mengenai dasar-dasar kepada pihak berkuasa tempatan Kerajaan negeri menampung jumlah perbelanjaan yang tidak mencukupi oleh penguasa tempatan Kerajaan negeri akan mengadakan pemantauan segala kegiatan pihak kerajaan tempatan Mempunyai kuasa untuk memindahkan semua atau sebahagian daripada fungsi penguasa tempatan kepada Menteri Besar Meluluskan segala jenis perkhidmatan untuk kebajikan masyarakat seperti urusan pungutan sampah dan lain-lain.

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

---------------------------2.(a) Huraikan tiga (3) tanggungjawab/fungsi utama agensi-agensi pusat (b) Bincangkan tiga(3) cara bagaimana penyelarasan dan kawalan ke atas agensi-agensi mengurus dijalankan oleh agensi-agensi pusat. Jawapan: a) Tanggungjawab /fungsi sgensi pusat i. ii. iii. iv.

2

menggubal dasar dan perancangan ekonomi Negara membekalkan keperluan sumber manusai,peruntukan kewangan kepada agensi kerajaan memberi perkhidmatan tertentu yang diperlukan oleh agensiagensi mengurus membentuk dasar dan perancangan mengenai keperluan asas dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang diberikan oleh agensi-agensi mengurus.

b)Penyelarasan dan kawalan agensi pusat ke atas agensi mengurus i. ii. iii. iv. v. \ 3. Agensi-agensi kerajaan boleh dibahagikan kepada tiga komponen penting iaitu Kementerian,jabatan dan perbadanan awam. Huraikan secara ringkas sifat serta fungsi mana-mana dua (2) komponen agensi tersebut. Jawapan: Kementerian Sifat : Merupakan agensi tertinggi kerajaan Tanggugjawab seseorang menteri dilaksanakan oleh badan yang dipanggil Kementerian Ia merupakan agensi tertinggi di dalam jentera pentadbiran pusat atau persekutuan Menteri-menteri yang memegang Kementerian yang penting dan mempunyai anggungjawab yang berat akan dibantu oleh timbalan-timbalan menteri pemeriksaan anggaran belanjawan tahunan pemeriksaan permintaan mengadakan skim perkhidmatan dan menambah atau menggred jawatan pemeriksaan perancangan pembangunan ekonomi tahunan dan lima tahun menguatkuasakan peraturan-peraturan kewangan dan perkhidmatan penyelarasan pembentukan dasar program dan projek kerajaan bagi mengesan masalah dan menyelasikannya.

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

--------------------------- Ketua setiausaha merupakan pegawai pentadbir. Beliau adalah penasihat perdana menteri.terutama dalam pembentukan dasar-dasar dan tanggungjawab Semua Kementerian beribupejabat di KL

3

Fungsi: Membentuk dasar-dasar,merancang,mengawal dan menyelaras pelaksanaan tugas-tugas yang diletakkan di bawah portfolionya Tugas-tugas dan tanggungjawab Kementerian disalurkan ke beberapa buah jabatan dan perbadanan awam yang ditubuhkan dalam Kementerian tersebut Terdapat Kementerian yang tidak mempunyai jabatan seperti Kementerian luar negeri. Jabatan Sifat: Agensi kerajaan yang diwujudkan di dalam sesebuah Kementerian Semua jabatan mempunyai cawangan-cawangan di peringkat negeri dan daerah Kebanyakan jabatan diketuai oleh ketua pengarah Jabatan-jabatan peringkat negeri/daerah diketuai oelh pengarah

Fungsi: Melaksanakan sebahagian daripada perkara dan dasar-dasar yang terletak di bawah Kementerian itu. Bertanggungjawab mengawas dan menyelaras perjalanan cawangan-cawangan di peringkat negeri dan daerah Bertanggungjawab bagi perkara-perkara ikhtisas dan teknikal Kebanyaakan jabatan diketuai oleh pegawai-pegawai dari berbagai perkhidmatan ikhtisas Perbadanan Awam Sifat: Agensi yang baru ditubuhkan di Negara ini Mengambilalih beberapa peranan yang dilaksanakan oleh jabatan-jabatan kerajaan Terdapat beberapa perbadanan awam yang baru ditubuhkan untuk melaksanakan beberapa tugas baru seperti KESEDAR,PETRONAS,UDA dan lain-lain Prestasi perbadanan awam cukup cemerlang selepas pelaksanaan DEB di mana telah menjayakan pencapaian objektif dasar tersebut Agensi yang telah dibentuk ini meliputi bidang-bidang seperti latihan,Pendidikan,perdagangan,perindustrian,kewangan,pem bangunan wilayah dan lain-lain.

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

---------------------------Fungsi: Membolehkan kerajaan melibatkan diri secara langsung dalam pembangunan sosio ekonomi Menceburkan diri dalam agensi yang tidak diminati oleh sector swasta kerana kurang untung dan memerlukan modal yang besar Dapat memastikan pembangunan berjalan dengan lebih cepat,pesat,teratur,adil dan efisien Agensi ini lebih bebas dan authoritative-bertanggungjawab

4

ARAHAN PRKHIDMATAN DAN KESELAMATAN

1.

Cik Fiza seorang Penolong Pengarah Tadbir, telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus system fail di jabatannya. Ketua Jabatannya telah mengarahkan beliau supaya mengkaji system fail sedia ada bagi mengatasi permasalahan-permasalahan berikut: a) fail-fail yang berpindah tangan dari seorang pegawai kepada seorang pegawai lain tanpa melalui Bahagian Pendaftaran Fail. b) Fail-fail yang tersimpan terlalu lama di tangan seseorang pegawai c) Fail-fail yang terlalu tebal dan telah melebihi had kandungannya. Nyatakan tindakan-tindakan yang perlu dilakukan oleh Cik Fiza dalam mengatasi permasalahan di atas. Jawapan: a) Cik Fiza hendaklah menyediakan boring-borang perjalanan fail yang mempunyai butir-butir berikut: i. ii. iii. iv. v. no. fail nama fail pegawai yang mengedarkan fail pegawai yang menerima fail tarikh dan tandatangan dari pegawai-pegawai yang mengedarkan fail.

b) Sebagai seorang Penolong Pegawai Tadbir, Cik Fiza boleh mengeluarkan surat edaran dalaman kepada pegawai-pegawai agar menghantar balik fail ke Bahagian Pendaftaran Fail sekiranya sesuatu fail itu telah selesai diambil tindakan atau tidak dapat diteruskan kerana menunggu butir-butir lanjut atau sebab-sebab lain. Jika perlu fail berkenaan boleh disimpan dalam perhatian. c) Cik Fiza hendaklah mengambil tindakan membuka satu kulit fail baru yang mempunyai tajuk dan nombor yang sama dan ditanda sebagai Jilid II dengan terang. Fail asal hendaklah ditanda Jilid I. Fail baru ini

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

----------------------------

5

hendaklah juga direkodkan dalam doket sebagai satu fail berasingan dan dimasukkan selepas rekod fail Jilid I. Tindakan yang sama juga bolehlah diambil bila membuka fail Jilid III dan selanjutnya. 2. Sesebuah agensi kerajaan bercadang untuk mengadakan satu persidangan yang akan membincangkan ancaman pengganas dan keselamatan Negara. Persidangan ini akan diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan akan dihadiri oleh semua pihak yang terlibat dengan urusan keselamatan Negara. Berdasarkan kepada agenda yang ditetapkan, persidangan ini dijangka meliputi perbincangan serta tayangan filem yang mengandungi maklumat terperingkat Sulit, Rahsia dan Rahsia Besar. a) Nyatakan langkah-langkah keselamatan berkesan yang perlu diambil oleh penganjur semasa mengadakan persidangan tersebut. b) Nyatakan asas-asas yang diambilkira bagi memastikan tahap keselamatan dokumen yang dibincangkan dan ditayangkan akan terkawal. Jawapan: a) Langkah-langkah keselamatan berkesan ialah; i. ii. iii. iv. tiada sesiapa yang tidak dibenarkan dapat masuk ke kawasan atau tempat di mana ianya diadakan tiada sesiapa yang tidak dibenar ekses kepada perkara terperingkat mendapatnya tiada sesuatu perkara terperingkat dibawa keluar dari tempat atau kawasannya dengan cara-cara yang tidak dibenarkan tapisan keselamatan dan pemeriksaan fizikal hendaklah dikenakan ke atas semua orang yang menghadirinya termasuk kakitangan teknik,pencuci dan penyelenggara yang mungkin dapat masuk ke kawasan keselamatan tersebut seorang pegawai penyelaras dilantik bagi mengendalikan peraturan-peraturan keselamatan.

v.

b) Asas-asas tahap keselamatan dokumen ialah: i. ii. iii. iv. peringkat keselamatan maklumat yang terlibat taraf kewarganegaraan orang yang menghadirinya tempat ianya di adakan.

3. a) Sekiranya suatu dokumen terperingkat didapati hilang di sesebuah jabatan, apakah peraturan-peraturan yang perlu diambil oleh pihak yang berkenaan mengenai perkara tersebut. c) Nyatakan bagaimana cara-cara dokumen terperingkat patut dimansuhkan

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

---------------------------Jawapan: a) peraturan yang perlu diambil i. ii.

6

iii.

hendaklah mencarinya dengan segera Laporan juga hendaklah dibuat kepada Pegawai Keselamatan Jabatan dan Ketua Jabatan mereka seterusnya akan menyiasat dan mengemukakan laporan yang mengandungi pandangan dan taksiran bahaya terhadap keselamatan kepada Pegawai Keselamatan Kerajaan dalam tempoh 24 jam. Sekiranya kehilangan disahkan, pemula dokumen tersebut hedaklah dimaklumkan agar taksiran risiko terhadap keselamatan dapat dibuat dan tindakan menyelamat serta pembetulan keadaan dapat diambil.

b)

cara memusnahkan dokumen terperingkat: i. ii. dokumen terperingkat termasuk buangan terperingkat yang hendak dimusnahkan hendaklah terlebih dahulu dikoyak kecilkecil atau diricih dengan menggunakan mesin pericih. Dokumen yang diricih dibakar,peraturan-peraturan yang selamat di bawah penyeliaan penjawat awam yang dibenar mengendalikan dokumen itu. Abunya hendaklah dihancurkan sehingga tidak dikenali lagi. Buangan terperingkat hendaklah diberi perlindungan keselamaatan yang sepatutnya sehingga ianya dimusnahkan.

iii.

3.

Antara langkah yang boleh diambil oleh jabatan dalam usaha memelihara rekod-rekod kerajaan semasa dalam jagaan mereka dari sebarang kerosakan ialah dengan mendapatkan nasihat tentang pemeliharaan rekod dari Jabatan Arkib Negara. a) nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan rekod kerajaan b) selain daripada mendapatkan nasihat jabatan arkib Negara, nyatakan lima usaha lain yang boleh dilakukan oleh jabatan untuk memelihara rekod di dalam jagaan mereka. Jawapan: a) Nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan rekod kerajaan Rekod kerajaan ialah segala jenis, dokumen,rekod,daftar,bahan bercetak,buku,peta,pelan,lukisan,gambar,mikrofilem,filem,filem wayang gambar dan rakaman suara,yang diterima atau yang dikeluarkan oleh mana-mana Jabatan kerajaan dalam apa-apa bentuk untuk tujuan menjalankan dan menunaikan urusan rasmi mereka. b) Memelihara rekod jabatan i. rekod mesti dipelihara dengan baik

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

---------------------------tiap-tiap jabatan hendaklah mengambil tindakan yang sesuai untuk memelihara rekod-rekod kerajaan dari sebarang kerosakan dan kemusnahan semasa dalam jagaan mereka. Nasihat-nasihat pakar yang percuma tentang pemeliharaan rekod-rekod boleh didapati dengan menghubungi Ketua Pengarah Arkib Negara ii) bilik simpanan mesti sesuai

7

jabatan hendaklah menentukan bahawa rekod-rekod disimpan dalam bilik-bilik sesuai yang tidak lembab,bocor atapnay atau berlubanglubang dindingnya.Bilik simpanan rekod ini mestilah terhindar dari bahaya banjir atau bahang matahari dan juga selamat dari tikus dan serangga termasuk anai-anai.untuk menjaga dari kelembapan, bilikbilik simpanan memerlukan pusingan udara seperti pesangan kipas angina atau di hawadinginka n. iii) rekod patut disimpan di atas rak-rak

rekod-rekod hendaklah jangan diletakkan di atas lantai. Sebaikbaiknya digunakan rak-rak besi yang memberi ruang sebanyak enam inci di antara lantai dan rak pertama supaya memudahkan pusingan udara dan pembersihan. Sekiranya rak-rak kayu digunakan maka ini hendaklah diawasi daripada anai-anai atau bubuk-bubuk dengan menyemburkan dieldrin terlebih dahulu kepada rak kayu. iv) mongering rekod dan lain-lain tindakan

rekod-rekod yang basah hendaklah dianginkan supaya kering dan jangan sekali-kali dijemur atau disalai. Rekod-rekdo yang berlapuk hendaklah dibersihkan dari lapuknya, dan yang beranai-anai atau dimasuki oleh semut atau lain-lain serangga hendaklah dikeluarkan dan dibinasakan serangga-serangga itu. Arkib Negara akan sedia membantu Jabatan-jabatan dalam hal ini. v) rekod koyak perlu dibaiki

rekod-rekod yang koyak hendaklah ditampal dengan kertas lain dengan menggunakan pelekat yang boleh dibuat daripada tepung ubi kayu ataupun yang ada dijual di kedai-kedai dalam bentuk yang serupa. Gam cair atau tape cellulose tidaklah elok digunakan kerana ini boleh merosakkan dan mencacatkan kertas-kertas. Mana-mana kertas atau lampiran yang tertanggal daripada fail-fail hendaklah disematkan semula dengan segera. vi) bilik rekod hendaklah dijaga dan dibersihkan

bilik-bilik rekod hendaklah jangan digunakan sebagai tempat makan minum dan merokok atau bagi menyimpan bahan-bahan pejabat yang lain terutama bahan-bahan berair seperti asid,cat,dakwat,minyak spirit dan sebagainya. Bilik-bilik ini hendaklah dibersihkan selalu dan pencuci hampagas hendaklah digunakan supaya habuk-habuk tidak berkumpul. PERKHIDMATAN KEMAJUAN PERKHIDMATAN AWAM (PKPA)KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

----------------------------

8

1.

Proses kerja . yang terdapat didalam manual prosuder kerja dan fail meja ialah rangkaian tindakan yang perlu diambil secara berturutan mengikut peraturan yang ditetapkan bagi melaksanakan sesuatu aktiviti. Jelaskan kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi daripadanya. Jawapan: Kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi daripada proses kerja yang terdapat didalam MPK dan FM ialah; a. mengelakkan kesilapan operasi dan perundangan ketika menjalankan tugas b. memperlihatkan tindakan-tindakan lengkap yang perlu diambil semasa menjalanakan tugas c. membantu kerja penyeliaan d. memudahkan semakan dan pindaan ke atas proses kerja apabila mengemaskinikan diperlukan e. mengurangkan arahan biasa yang berulang-ulang f. memendekkan masa latihan kepada pekerja-pekerja baru g. mengekalkan tahap kecekapan dan keberkesanan kerja seseorang pegawai h. memudah dan melicinkan urusan harian pejabat i. menjamin pencapaian kualiti kerja melalui standard kerja yang telah ditetapkan

2.

Kumpulan meningkat mutu kerja (KMK) merupakaan mekanisme bagi membolehkan mekanisme bagi membolehkan pekerja secara berkumpulan menyertai proses penyelesaian masalah bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti jabatan. Jelaskan factor yang menyokong kejayaan pelaksanaannya. Jawapan: a. sikap yang positif , kesungguhan dan komitmen dari pihak pengurusan atasan. Antaranya kesediaan pihak pengurusan untuk meluangkan masa dan tenaga dalam melaksanakan program. b. System latihan yang berkesan c. Sokongan dari semua peringkat d. Perwujudan sistrem pengiktirafan kepada ahli e. Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan seperti alattulis, LCD,bilik perbincanagan dll f. Dimulakan dengan kerja secara kecil-kecilan dan dikekalkan secara berterusan g. Perkembangan perlu diketahui oleh semua pihak h. Kebolehan jawatankuasa pemandu bagi merancang,melaksana,menyelaras dan mengambil tindakan terhadap perakuan-perakuan i. Melaksanakan aktiviti-aktiviti promosi menerusi poster,slogan dan risalah

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

----------------------------

9

3.

Jelaskan prosedur yang perlu diikuti oleh agensi kerajaan dalam mengendalikan aduan-aduan daripada orang ramai mengenai ketidakpuasan hati mereka terhadap perkhidmatan atau sebarang tindakan oleh agensi kerajaan. Jawapan: setiap Kementerian/jabatan/badan berkanun persekutuan /piahk berkuasa tempatan/agensi hendaklah memberi perhatian sewajarnya kepada semua pengaduan awam dan mengendalikannya secara berikut: j. k. l. mengeluarkan surat akuan terima dalam tempoh dua minggu setelah menerima surat aduan daripada orang awam ataupun yang dirujuk oleh biro pengaduan awam; memberi jawapan dalam masa yang ditetapkan atau kepada pengadu berkenaan pengaduan yang diterimanya secara langsung ataupun daripada biro pengaduan awam; menghantar surat jawapan sementara yang mengandungi penjelasan mengenai sebab-sebab jawapan /ulasan tidak dapat diberi dalam jangkamasa yang ditetapkan dan memaklumkan juga jangkamasa jawapan ulasan akan diberikan; memberi kerjasama penuh kepada biro pengaduan awam, apabila siasatan terhadap aduan/kes dijalankan; mengambil tindakan-tindakan pembetulan untuk menyelesaikan aduan sepeti yang diputuskan oleh jawatankuasa tetap pengaduan awam; menemukakan laporan kemajuan mengenai tindakan-tindakan pembetulan yang diambil dari semasa ke semasa kepada biro pengaduan awam; menyimpan rekod mengenai semua aduan yang dirujuk oleh biro pengaduan awam dan aduan yang diterimanya secara langsung dengan mengandungi maklumat asas seperti tarikh aduan diterima,tarikh surat akuan dikeluarkan,kedudukan terkini sesuatu aduan,keputusan jawatankuasa dan tindakan pembetulan yang telah/sedang diambil.

m. n. o. p.

SEJARAH MALAYSIA 1. Campurtangan penjajah British dalam pentadbiran di negerinegeri Melayu Bersekutu pada akhir abad ke-19 telah membawa

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

---------------------------perubahan dalam system politik dan ekonomi. Huraikan perubahanperubahan tersebut. Jawapan: POLITIK i.

10

Wujudnya system residen Sistem ini bermula apabila ditandatangani Perjanjian Pangkor 1874 oleh Sir Andrew Clarke, Gabenor Inggeris bagi Negerinegeri Selat denganRaja Abdullah, bakal Sultan Perak. Campurtangan Inggeris Campurtangan yang lebih aktif dalam menentukan dasardasar yang berkaitan dengan pengutipan hasil, undangundang tanah dan guna tenaga. Penentangan orang Melayu Kehilangan kuasa ,hak pungutan cukai,pelanggaran adat resam Melayu oleh Inggeris. Perubahan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Semenjak tahun 1896 pihak Inggeris telah berusaha untuk menyekutukan negeri-negri Selangor,Pahang, Perak dan Negeri Sembilan. Pelaksanaan dasar ini mengambil masa 10 tahun untuk dijayakan. Tujuan penyekutuan ini ialah untuk menyelesaikan masalah-masalah asas seperti penyelarasan dasar dan system untuk pengambilan buruh imigran,memperimbangkan kemajuan perhubungan infrastruktur dan pelaksanaan satu dasar dan system tanah yang seragam di negeri-negeri tersebut. Hasil dari persekutuan ini ialah: Kemajuan system jalanraya dan keretapi di pantai barat Semenanjung Pembangunan lading-ladang pertanian secara besarbesaran oleh sector swasta Mengukuhkan lagi dasar pecah dan perintah Inggeris.

ii.

III.

iii.

EKONOMI i. Ekonomi penjajah yang bercorak selektif Iaitu hanya memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan yang memberi hasil sahaja Wujud konsep Old Malaya dan New Malaya Old Malaya dimana kegiatan ekonominya tertumpu pada pertanian secara kecil-kecilan dan penangkapan ikan. New Malaya-kegiatan ekonomi tertumpu kepada kegiatan perlombongan,pertanian lading,perkilangan serta perdagangan. Aktiviti ekonomi bersifat export oriented di negeri-negeri pantai barat

ii.

iii.

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

---------------------------iv. v.

11

Aktiviti sara diri dan ekonomi dualisme- di negeri-negeri pantai timur. Perkembangan perusahaan bijih timah Semakain berkembang pesat semasa pemerintahan Inggeris di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Ini disebabkan permintaan yang besar ke atas bahan tersebut khususnya daripada Great Britain sendiri.

vi.

Kegiatan pertanian komersial Sumber pendapatan tambahan. Gambir dan lada hitam diusahakan oleh orang Cina di Johor, ubi kayu di Negeri Sembilan, tebu di Perak dan kopi di Perak dan Selangor. Perhubungan / infrastruktur Petempatan semula (Bandar baru,kampong dan estet) Kemasukan imigran/ masyarakat majmuk.

vii. viii. ix.

2. Penjajahan British di Tanah Melayu telah mengakibatkan masalah perpaduan di antara kaum di Tanah Melayu. Jelaskan factor-faktor yang telah menyumbangkan kepada masalah perpaduan tersebut. Jawapan: i. Pemisahan tempat tinggal atau petempatan British mengamalkan dasar pecah dan perintah; jarak social serta segregasi antara kumpulan-kumpulan etnik sengaja diwujudkan dan dikekalkan. Menetapkan status dan peranan yang berlaianan bagi kaum Melayu,Cina dan India. ii. Perbezaan tumpuan sector ekonomi Orang-orang Melayu,Cina ,India menjalankan aktiviti ekonomi yang berlainan.Wujudnya jurang pendapatan yang tidak seimbang antara kaum. Ini menimbulkan persaingan ekonomi dan ketidakpuasan di kalangan kaum tertentu. iii. Pengasingan system Pendidikan Tiada terdapat satu system Pendidikan nasional di Tanah Melayu. Wujud empat aliran system Pendidikan yang berlaianan. Murid-murid tidak berpeluang bercampur gaul dengan murid dari kumpulan etnik lain. iv. Fahaman dan pengaruh politik Wujudnya berbagai-bagai persatuan politik,social dan ekonomi yang berasaskan kumpulan etnik telah juga memperkuatkan lagi identity etnik dan syak wasangka

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

---------------------------v. Masalah ekonomi Orang-orang Melayu menguasai bidang yang mundur dan sector primer, orang Cina menguasai sector yang lebih maju. Ketidakseimbangan pendapatan menyebabkan setiap kaum saling mencemburui. vi. Penggunaan akhbar yang berbeza-beza Akhbar berperanan penting dalam menyemarakkan semangat perkauman di kalangan masyarakat berbilang kaum. Setiap akhbar mengikut bahasa masing-masing memberikan perhatian secara menyeluruh kepada golongan tertentu sahaja. Fenomena ini memperkuatkan semangat kecintaan pada tanah air dan kaum masing-masing sahaja dan menyulitkan mereka untuk memahami bahasa, budaya dan sensitivity kaum-kaum lain.

12

3.

Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan

Persekutuan Tanah Melayu untuk menghapuskan pemberontakan bersenjata komunis di antara tahun-tahun 1948-1960. A. 1. PENGENALAN Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada tahun 1930. Pada

tahun 1948, ia memulakan pemberontakan secara terbuka dengan tujuan menubuhkan sebuah Republik Komunis Malaya. 2. Mulai tahun 1948, Parti Komunis Malaya melancarkan serangan-serangan ke atas ladang-ladang getah dan lombong-lombong bijih timah. Serangan-serangan ini bertujuan melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu serta menghilangkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan. 3. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berjaya menghapuskan pemberontakan bersenjata Komunis melalui beberapa langkah yang diambil antara tahun-tahun 1948-1960. B. LANGKAH-LANGKAH KERAJAAN UNTUK

MENGHAPUSKAN PEMBERONTAKAN KOMUNIS 1. Pengisytiharan darurat a) Sir Edward Gent (Pesuruhjaya Tinggi) mengisytiharkan Darurat pada 16 Jun 1948 di kawasan-kawasan Perak dan Johor. Pada 17 Jun 1948,

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

---------------------------Darurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu. Parti Komunis Malaya diharamkan. b) Di bawah peraturan-peraturan Darurat 1949, Kerajaan mempunyai kuasa menahan orang-orang yang disyaki terlibat dengan kegiatan komunis tanpa bicara. Langkah sedemikian walaupun berkesan pada

13

takat tertentu telah mengasingkan penduduk daripada kerajaan kerana ia kadangkala menindas orang yang tidak bersalah. c) Kerajaan juga memperkenalkan sistem pendaftaran kebangsaan. Penduduk Tanah Melayu yang berumur 12 tahun ke atas mesti mendaftarkan diri dan membawa bersama kad pengenalan. Langkah ini memudahkan pengesanan anasir-anasir komunis. 2. Rancangan Briggs Pengarah Gerakan. Langkah terpenting dalam Rancangan Briggs ialah penempatan semula setinggan-setinggan dari kawasan terpencil yang bertaburan ke kampung-kampung baru. Langkah ini bertujuan memberi perlindungan kepada mereka yang dipaksa membantu pihak komunis dan lebih penting lagi menghapuskan sistem bekalan komunis yang digelar Min Yuen. b) Seramai kira-kira 500 000 orang setinggan telah ditempatkan semula di lebih kurang 500 buah kampung baru. Kampung-kampung baru ini dipagarkan dan dilindungi oleh polis dan tentera. Kawalan yang ketat dikenakan ke atas pembelian, penjualan, penyimpanan dan pengangkutan makanan bagi memastikan ia tidak jatuh ke tangan komunis. c) Rancangan Briggs ini merupakan faktor penting bagi kegagalan pemberontakan komunis. Ia bukan sahaja melemahkan Min Yuen tetapi memaksa komunis-komunis keluar dari hutan dan bertempur dengan tentera Kerajaan. Ini memudahkan usaha-usaha kerajaan untuk menghapuskan pemberontakan komunis. 3. Penubuhan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja Perang Majlis Perang Persekutuan dan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja Perang di peringkat negeri dan daerah. Jawatankuasa-jawatankuasa tersebut terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir, tentera dan polis.

a) Pada 21hb Mac 1950, Leftenan Jeneral Harold Briggs dilantik sebagai

a) Leftenan Jeneral Briggs sebagai Pengarah Gerakan telah menubuhkan

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

---------------------------b) Penubuhan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja Perang telah memperbaiki koordinasi antara semua pihak yang terlibat dalam perancangan gerakan menentang komunis. 4. Langkah-langkah ketenteraan

14

a) Pada tahap awal kerajaan menggunakan 13 batalion askar British dan Melayu untuk menyerang gerila-gerila komunis. Sebuah pasukan Matamata Khas Melayu yang terdiri daripada 24 000 orang telah dilatih dengan segera untuk mengawal ladang, lombong dan kawasan terpencil. b) Kekuatan tentera kerajaan telah bertambah dengan perlantikan Jeneral Sir Templer sebagai Pesuruhjaya Tinggi dalam tahun 1952. Pasukan Polis Persekutuan telah diperbesarkan. Bilangan Mata-mata Khas dan pengawal-pengawal kampung telah ditambah. Lebih ramai anggota tentera dihantar dari Britain dan negara-negara Komanwel yang lain seperti Australia dan New Zealand. c) Tambahan dalam kekuatan tentera membolehkan kerajaan melancarkan serangan-serangan yang labih agresif terhadap komunis-komunis di hutan serta menguatkuasakan peraturan-peraturan makanan dengan lebih tegas. Ini dapat memastikan bahawa tiada makanan diseludup bagi kegunaan gerila-gerila komunis. 5. Perang psikologi dan fikiran rakyat. Dalam tahun 1952, beliau meminda peraturanperaturan kewaranegaraan yang membolehkan lebih ramai lagi orang bukan Melayu terutamanya orang Cina menjadi warganegara Tanah Melayu. Plihanraya bagi Majlis-majlis Tempatan diadakan bagi mewujudkan perasaan tanggungjawab di kalangan rakyat. Langkah ini membolehkan kerajaan mendapat sokongan kaum Cina. Ini adalah penting kerana kebanyakan gerila komunis terdiri daripada orang Cina. b) Satu lagi aspek perang psikologi ialah menggalakkan rakyat memberi maklumat yang dapat membolehkan penangkapan komunis-komunis. Hadiah wang tunai ditawarkan. c) Gerila-gerila komunis digesa menyerah diri melalui risalah-risalah yang digugurkan dari udara ke dalam hutan.Kerelaan kerajaan untuk

a) Jeneral Templer menggunakan perang psikologi untuk menawan hati

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

----------------------------

15

mengampunkan dan membantu mereka memulakan penghidupan baru telah mempengaruhi ramai komunis untuk menyerah diri. d) Jeneral Templer juga mengamalkan polisi mewujudkan kawasankawasan putih yang merupakan kawasan yang bebas dari kegiatan komunis.Dalam kawasan-kawasan sedemikian peraturan-peraturan darurat dilonggarkan.Polisi tersebut telah memberi galakan kepada orang ramai untuk bekerjasama dengan kerajaan. e) Perang psikologi ini merupakan faktor penting bagi kejayaan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menghapuskan pemberontakan komunis.Ia menggalakkan penduduk Tanah Melayu bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha menghapuskan komunis-komunis.

6.

Rundingan Baling rundingan dengan pemimpin-pemimpin Parti komunis Malaya di Baling untuk menamatkan Darurat.

a) Pada bulan Disember 1955, Kerajaan Tanah Melayu telah mengadakan

b) Perundingan tersebut gagal kerana Kerajaan Tanah Melayu enggan mengiktiraf Parti Komunis Malaya sebagai sebuah parti yang sah. C. KESIMPULAN 1. Rancangan Briggs dan perang psikologi oleh Jeneral Templer

merupakan faktor-faktor terpenting bagi kejayaan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menghapuskan pemberontakan komunis. 2. Pada 31 Julai 1960, kerajaan telah mengisytiharkan tamatnya darurat. Parti Komunis Malaya telah gagal dalam perjuangannya untuk menubuhkan sebuah Republik Komunis.

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

----------------------------

16

DASAR-DASAR KERAJAAN1. Bagi mencapai matlamat wawasan 2020, terdapat sembilan cabaran yang harus diatasi. Huraikan cabaran tersebut. Jawapan: Sembilan cabaran yang telah dikenalpasti ialah i. mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman,berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum,hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya,secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. mewujudkan masyarakat yang berjiwa beas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri,bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya,tidak mengalah kepada sesiapa, dan dan dihormati oleh rakyat negara lain. mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegara kukuh dalam nilai agama,dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang tinggi Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adapt,kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga meyumbang kepada tamaddun saintifik dan teknologi masa depan Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi iaitu system social yang mana kepentingan masyarakat lebih

ii.

iii.

iv. v.

vi.

vii.

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

----------------------------

17

viii.

ix.

utama daripada diri sendiri dan kebajikan insane tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling system kekeluargaan yang kukuh. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi berdasarkan kaum; dan Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik,giat dan kental.

2. Dasar penswastaan telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada bulan Maac 1983 dengan tujuan-tujuan tertentu. Huraikan dengan ringkas tujuan-tujuan Dasar Penswastaan tersebut. Jawapan: Tujuan pelaksanaannya: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. mengurangkan beban kewangan kerajaan meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja menggalakkan pertumbuhan ekonomi pengagihan sumber secara cekap mempercepatkan pencapaian DEB/DPN mengurangkan kerugian berterusan meningkatkan pendapatan negara melalui cukai.

3. Terangkan matlamat dasar ekonomi baru dan strategi pelaksanaan yang telah dirangka bagi mencapai kadar pertumbuhan ekonomi negara. Jawapan: i. ii. dilancarkan oleh kerajaan pada 1970 melalui Rancangan Malaysia kedua (1971-1975) merupakan rancangan ekonomi jangka panjang iaitu sehingga tahun 1990. Matlamat utamanya ialah mewujudkan perpaduan antara kaum dengan mengurangkan jurang perbezaan ekonomi,social,kebudayaan dan penempatan.Matlamat ini cuba dicapai melalui strategi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat dengan menghapuskan pengenalan kaum melalui kegiatan ekonomi. Antara langkah membasmi kemiskinan ialah Mewujudkan peluang pekerjaan Menggalakkan mobility pekerjaan Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum,kawasan dan wilayah Memodenkan kehidupan desa Mewujudkan usahawan bumiputera

iii.

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

--------------------------- iv. Memperbaiki taraf hidup rakyat melalui peluang Pendidikan dan penyediaan prasarana

18

langkah meyusun semula masyarakat ialah: meningkatkan daya pengeluaran mengurangkan ketidakseimbangan struktur guna tenaga antara kaum menambah ekuiti saham bumiputera mengurangkan kadar pemilikan saham asing memajukan negeri-negeri yang mundur

v.

matlamat akhir DEB ialah memberi peluang penglibatan bumiputera sebanyak 30% dalam kegiatan ekonomi negara menjelang akhir tahun 1990.

4. Terangkan factor-faktor yang diambil kira dalam penentuan Dasar Luar Malaysia

Jawapan: Kepentingan nasional Dari aspek keselamatan, Malaysia ingin mengelakkan sebarang ancaman atau serangan dari negara-negara luar. Dari aspek ekonomi, Malaysia bergantung kepada perdagangan antarabangsa oleh kerana ekonomi Malaysia adalah berorientasikan eksport Jestru itu, Malaysia mengadakan hubungan baik dengan semua negara serta memperjuangkan prinsip perdagangan bebas dan pasaran terbuka.

Piagam pertubuhan bangsa-bangsa bersatu Malaysia merupakan penyokong kuat PBB yang dianggap sebagai pelindung negara-negara kecil serta penggalak keamanan dan kemakmuran dunia Malaysia berpegang teguh kepada prinsip-prinsip piagam PBB seperti memelihara keamanan dunia,melindungi hak asasi manusia,menegakkan keadilan dan kewibawaan undag-undang dan menggalakkan perkembangan ekonomi dan social Persekitaran Geostrategik Malaysia terletak di rantau Asia Tenggara yang telah mengalami masalah ketidakstabilan politik sejak Perang Dunai Kedua Kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat bergantung kepada kejadian-kejadian yang berlaku di Asia Tenggara

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

----------------------------

19

Malaysia juga terletak di persimpangan dua jalan laut yang penting iaitu Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.ini menarik minat kuasa-kuasa luar untuk menegakkan pengaruh masing-masing di rantau Asia Tenggara. Jestru itu Malaysia mengutamakan hubungan yang baik dengan negara-negara Asia Tenggara . Malaysia juga ingin menjadikan Asia Tenggara satu kawasan yang aman bebas dan berkecuali Islam Memandangkan Islam merupakan agama persekutuan Malaysia menitikberatkan hubungan baik dengan negara-negara Islam Malaysia menyertai Pertubuhan Persidangan Islam serta menyokong projek-projek tertentu seperti Bank Pembangunan Islam Bekas jajahan British Malaysia sebagai bekas jajahan British menganggap dirinya sebagai anggota Komanwel British Malaysia meneruskan hubungan dengan Britain dan kerajaankerajaan Komanwel yang lain seperti Australia dan New Zealand Dasar Berkecuali Sejak tahun 1970 malaysia mengamalkan dasar berkecuali, iaitu ia ingin mengadakan hubungan yang baik dengan semua negara yang mengamalkan dasar aman dan persahabatan tanpa mengira ideology mereka Dasar berkecuali ini bertujuan mengelakkan penglibatan Malaysia dalam pertikaian antara kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Russia. Prinsip hidup bersama Malaysia berpegang teguh kepada prinsip hidup bersama secara aman dan damai. Malaysia berpendapat bahawa rakyat sesebuah negara hendaklah menentukan nasib mereka sendiri Malaysia juga berpendapat bahawa negara-negara luar tidak boleh campur tangan dalam hal ehwal sesebuah negara Jestru itu Malaysia telah menyokong perjuangan Pertubuhan Pembebasan Pelastin,Kerajaan Demokratik Kemboja dan pejuanpejuang Mujahidin Afghanistan.

PENGURUSAN KEWANGAN

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

---------------------------1.Huraikan maksud Pembelian Runcit dan nyatakan apakah keslahan yang sering dilakukan oleh jabatan-jabatan yang membuat pembelian secara ini. Jawapan: a)

20

b)

Pembelian runcit ialah pembelian barang-barang di luar kontrak pusat yang melibatkan perbelanjaan tahunan tidak lebih daripada RM50,000.00 bagi mana-mana satu jenis benda atau satu kelas benda yang berkaitan boleh dibuat oleh Ketua Jabatan dengan membuat pesanan terus kepada pembekal pilihan. Kesalahan yang sering dilakukan dalam amalan perolehan di jabatan-jabatan kerajaan yang dapat dikesan ialah memecah kecilkan jumlah pembelian dalam setahun atau menyalah tafsirkan kelas jenis benda dan membeli secara berasingan.

2.

Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Pegawai Pengawal apabila didapati kehilangan wang atau barang-barang awam di sesebuah jabatan dari peringkat awal hingga laporan dibuat. Jawapan: i. ii. iii. melaporkan kehilangan tersebut kepada pihak polis tidak lewat dari dua hari dari tarikh kehilangan itu. Mendapatkan laporan penyiasatan polis Mengemukakan satu salinan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaaan atau pihak berkuasa kewangan negeri atau kedua-duanya mengikut mana yang berkenaan sesudah sahaja penyiasatan itu selesai atau 4 bulan dari tarikh kehilangan sekiranya penyiasatan belum selesai. Kenyataan dari pegawai yang terlibat hendaklah dilampirkan bersama tetapi tidak boleh dianggap sebagai pengganti laporan atau pandangan Pegawai Pengawal Laporan akhir hendaklah dihantar oleh Pegawai Pengawal kepada akauntan negara, juruaudit negara dan wakil tempatan juruaudit negara dalam negeri itu.

iv.

v.

3.

Encik Alwi dan Encik Arif ialah dua orang pegawai kanan kerajaan yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemeriksa berhubung dengan pelupusan barang-barang di jabatannya.

a)

Nyatakan cara-cara pelupusan terhadap barang-barang yang boleh disyorkan oleh Encik Alwi dan Encik Arif selaku Ahli Lembaga Pemeriksa b) Nyatakan barang-barang yang boleh dilupuskan oleh sesebuah jabatan tanpa melalui Lembaga Pemeriksa.

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

---------------------------Jawapan: a)

21

Barang-barang yang tidak boleh digunakan dan tidak ekonomik boleh disyorkan untuk dilupuskan oleh lembaga pemeriksa secara berikut: Jualan lelong Jualan melalui tender Secara tukar beli Pindah/hadiah(mengikut budi bicara pegawai pengawal) kepada mana-mana jabatan ,institusi atau pertubuhan di bawah kawalan atau anjuran kerajaan.(Pindahan yang disyorkan itu mestilah dirujukkan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri untuk keputusan dan arahan sama ada penyelarasan mesti dibuat) Ditanam Kitar semula Dibakar di dalam tempat khas Lain-lain pelupusan yang sesuai bagi sesuatu barang yang berkenaan. Barang-barang yang boleh dilupuskan oleh sesebuah jabatan tanpa melalui Lembaga Pemeriksa ialah: Nilai perolehan asal barang tersebut tidak melebihi RM 10,000.00 tiap-tiap satu atau RM100,000.00 jumlah kesemuannya dan tidak boleh digunakan atau tidak ekonomik serta hanya boleh mendapatkan hasil jualan sisa sahaja. Barangan tersebut tidak bernilai untuk dijual, misalnya pinggan mangkuk pecah dan sebagainya. Barangan tersebut tidak boleh dijual disebabkan oleh dasar kerajaan atau keselamatan awam.

b)

4.

Nyatakan dua (2) prinsip asas yang akan digunakan dalam Belanjawan Negara dan apakah matlamat yang hendak dicapai dengan terlaksananya system yang digunapakai ini. Jawapan: a) b) Dua prinsip yang digunakan dalam Belanjawan Negara ialah Kuasa membuat keputusan diberikan seberapa praktikal yang boleh kepada beberapa peringkat bawahan Kuasa yang diberi mesti bersesuaian dengan prinsip akauntabiliti Dengan terlaksananya system ini adalah diharapkan bahawa beberapa matlamat dapat dicapai iaitu

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

---------------------------

22

Agensi pusat tidak perlu lagi mengawas secara terperinci perbelanjaan agensi pelaksana dengan ketat. Sebaliknya mereka boleh memberi tumpuan kepada perancangan dan pengukuran prestasi agensi pelaksana. Agensi pelaksana diberi kuasa yang lebih luas untuk mengurus program dan aktiviti mereka. Agensi pelaksanalah yang mengenalpasti lebih awal masalah-masalah pelaksanaan yang mungkin akan timbul dan tindakan yang sewajarnya untuk diambil. Oleh itu kelewatan melaksanakan sesuatu program/aktiviti dapat dielakkan. Agensi pelaksana mempunyai kebebasan untuk mengambil tindakan sesuai dan segera bagi melaksanakan program/aktiviti mereka. Ini adalah berasaskan kepada konsep let manager manage yang diberi kuasa yang lebih luas kepada pengurusan peringkat bawahan yang melaksanakan program/aktiviti/projek untuk membuat keputusan berkaitan dengan program. Kelonggaran kawalan terperinci ke atas perbelanjaan yang diberikan oleh agensi pusat kepada agensi pelaksana diturunkan sejauhmana yang boleh kepada pengurusan peringkat bawahan mempunyai lebih fleksibiliti untuk melaksanakan tugas mereka.

PENGURUSAN AM1.Seseorang pemimpin sama ada di peringkat jabatan atau mana-mana organisasi perlu memiliki sifat-sifat murni kepimpinan. Jelaskan sifat-sifat murni kepimpinan yang seharusnya dipunyai oleh seseorang pemimpin supaya dianggap pemimpin yang berwibawa. Jawapan: pandai menggunakan kuasa tanpa menimbulkan syak wasangka di kalangan pekerja atau tidak gila kuasa. bersih,cekap dan amanah. Kerelaan untuk menghadapi risiko dan mencuba yang baru untuk kebaikan organisasi. Sikap hormat menghormati sambil mengambil berat dan bertanggungjawab. Sentiasa bertimbang rasa dan mengambil pendekatan penyertaan dalam pengurusan. Kerelaan berkongsi kuasa dengan pekerja-pekerja. Menyedari kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Menyedari mengenai kemajuan diri sendiri dan kemajuan pekerjapekerja bawahan. Sentiasa berfikiran terbuka dan mengalu-alukan nilai-nilai positif di kalangan pekerja-pekerjanya. Mempunyai emosi seimbang dan pandai berjenaka. Sentiasa memberi teladan yang baik kepada pekerja-pekerja.

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

---------------------------

23

Sentiasa bertenaga dan menggalakkan serta memberi dorongan kepada pekerja-pekerja. Sentiasa mengiktiraf dan menghargai setiap sumbangan pekerja. Sentiasa mewujudkan mutu kehidupan bekerja yang baik dan selesa. Tidak cuba sentiasa mengawal pekerja sehingga menimbulkan ketegangan. Sentiasa terbuka kepada kritikan yang membina Bertindak dengan tegas, sabar dan adil iaitu tidak pilih kasih.

2.

Huraikan pendekatan-pendekatan berikut yang dapat meningkatkan keberkesanan kepimpinan dalam sesebuah organisasi.

Jawapan: Meningkatkan keberkesanan kepimpinan ialah a. Latihan kepimpinan Setiap individu yang baru menganggotai sesebuah jabatan perlu diberi kursus orientasi supaya mereka memahami akan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Latihan kerohanian perlu diberi penekanan dan diadakan dari masa ke semasa. b. Penerapan nilai-nilai murni kepimpinan Ini boleh dilaksanakan dengan menerapkan nilai-nilai Islam di dalam pentadbiran. Memberi kesedaran kepada individu tentang pandangan Islam terhadap kepimpinan akan memberi kesan kepada diri individu itu sendiri. c. Perubahan sikap dan nilai Ini boleh dilakukan melalui latihan kederiaan di mana seseorang itu diberi peluang untuk mengenal diri sendiri dan memberi peluang kepada orang lain untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dirinya sebagai pemimpin. d. Maklumbalas dari pekerja-pekerja bawahan Untuk menilai sama ada kepimpinan pegawai atasan itu berkesan atau disenangi, satu system maklumbalas perlu diadakan di mana pekerja-pekerja bawahan diberi peluang untuk menilai prestasi pegawai atasan tanpa ada rasa dendam di kalangan yang dinilai. e. Pengalaman dan pusingan kerja. Tiap-tiap individu dalam jabatan hendaklah diberi peluang yang meluas untuk menjawat jawatan yang tanggungjawabnya mencabar.

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

---------------------------Ini boleh dilakukan dengan system pusingan kerja dan penglibatan mereka dalam Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK). f. Kemajuan kerjaya dan kemajuan individu. Individu perlu dipermajukan dengan memberi peluang untuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran atau menyediakan anugerah cemerlang,Hari Q sebagai menghargai sumbanagan mereka.

24

3.

Salah satu aspek dalam kemahiran berkomunikasi ialah kemahiran mendengar. Mengikut Thomas Gordon(1970) ,pendengaran yang aktif merupakan kemahiran berkomunikasi yang boleh menolong orang lain meyelesaikan masalahnya. Jelaskan tanda-tanda pendengar yang kurang baik. Jawapan: Tanda tanda kebiasaan pendengar yang kurang baik Beranggapan bahawa perkara yang diperbincangkan tidak menarik. Angapan daripada pendengar mengatakan bahawa perkara yang sedang dibincangkan itu tidak menarik adalah merupakan penghalang yang besar kepada pendengar yang berkesan. Mengkritik penyampaian penceramah Satu lagi kebiasaan seseorang yang tidak berminat ialah dengan cara mengkritik penyampaian penceramah. Kritikan adakalanya juga menyentuh kualiti bantuan alat pandang dengar. Mendengar secara memilih Mendengar secara memilih sesuatu topic atau tajuk perbincangan yang diminta sahaja. Pendengar menapis maklumat-maklumat. Mencelah Pendengar yang kerap mencelah menunjukkan bahawa ia adalah seoraang pendengar yang kurang baik. Keadaan ini berlaku kerana pada hakikatnya kita boleh berfikir lebih pantas dari bercakap. Jadi pendengar cuba membuat andaian. Mimpi di siang hari Mimipi di siang hari menunjukkan bahawa seseorang itu adalah seorang pendengar yang kurang baik. Pada hakikatnya memang sukar untuk memikirkan dua perkara dalam satu masa yang sama. Oleh itu pendengar yang sedang bermimpi di siang hari akan menumpukan pemikirannya kepada perkara-perkara yang sedang difikirkannya, sedang dibuai mimpi, dan tidak kepada perkara yang didengar.

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

--------------------------- Gangguan luar.

25

Gangguan ini boleh berupa kerusi yang tidak selesa, kebisingan, panas atau sejuk yang keterlaluan. Pendengar yang baik akan dapat mengatasi gangguan ini, sebaliknya seseorang pendengar yang kurang baik akan membiarkan gangguan-gangguan itu menguasainya dan tidak memusatkan pendengarannya kepada perbincangan. Mengelakkan perkara yang susah dan teknikal. Apabila seseorang itu cuba mengelak untuk memahami perkaraperkara yang susah dan teknikal, ini menunjukkan bahawa ia seorang pendengar yang kurang baik. Tertidur Pendengar yang tertidur menunjukkan bahawa ia tidak berupaya mendengar dengan baik. Pendengar yang aktif memerlukan tidur yang cukup sebelumnya. Inilah suatu kenyataan yang sering dikebelakangkan oleh pendengar yang kurang baik. Keletihan juga akan mengakibatkan kurang tumpuan.

PERINTAH-PERINTAH AM

Perintah Am Bab A 1. Seseorang pegawai yang baru dilantik ke dalam perkhidmatan awam akan dikenakan tempoh percubaan sebelum disahkan dalam perkhidmatannya. A) B)

berapa lamakah tempoh percubaan yang dikenakan? tempoh percubaan seseorang pegawai boleh dilanjutkan dengan denda atau dengan tiada berdenda.jelaskan maksud keduanya Ketua jabatan perlu memperakukan tempoh perlanjutan 3 bulan sebelum tamat tempoh. Sila nyatakan perkara-perkara yang perlu terkandung dalam perakuan itu.

JAWAPAN:

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

---------------------------A) B) 3 tahun dengan denda Penangguhan pergerakan gajinya Hilang kekananannya

26

Dengan tiada berdenda Pegawai itu dibenarkan menerima pergerakan gajinya semasa dalam tempoh percubaan lanjutannya itu Tidak hilang kekanannya C) perakuan itu mengandungi Sebab-sebab pegawai itu tidak dapat disahkan Sokongan ketua jabatan mengapa perlanjutan perlu diberi Kenyataan perkhidmatan yang lengkap Senarai peperiksaan yang pegawai telah lulus atau tidak beserta tarikh-tarikhnya sekali.

Perintah Am Bab C 1. En Nizam seorang pegawai kerajaan berkelayakan mendapat cuti rehat sebanyak 30 hari setahun. Atas kepentingan perkhidmatan dia tidak dapat menghabiskan cuti rehatnya itu bagi tahun 1994 sebanyak 20 hari. Baki cuti tersebut dibawa ke tahun 1995 menjadikan jumlah cuti rehatnya bagi tahun tersebut sebanyak 50 hari. Bagaimanapun pada tahun 1995 beliau telah mengambil cuti rehat selama 15 hari. Pada tahun 1996 beliau langsung tidak mengambil sebarang cuti rehat. A) B) berapakah jumlah cuti rehat en. Nizam yang boleh dibenarkan untuk dibawa ke tahun 1997? Berikan alasan sekiranya pada tahun 1996 genap 10 tahun en. NIzam dalam perkhidmatan kerajaan berapakah jumlah cuti rehat beliau yang boleh dibawa ke tahun 1997.

Jawapan: A) 60 hari Alasan- menurut perintah am bab c,ii, seorang pegawai yang tidak dapat mengambil cuti kerana kepentingan perkhidmatan boleh dibenarkanKISSM

CONTOH SOALAN ESEI

----------------------------

27

mengumpul baki cuti rehatnya dalam tempoh dua tahun perkhidmatan ke tahun ke tiga. Oleh kerana en. Nizam hanya mengambil cuti sebanyak 15 hari tahun 1995 bermakna baki cutinya yang dibawa dari tahun 1994 sebnayak 5 hari lagi terlupus di akhir 1996. Cuti rehat en.NNizam bagi tahun 1997 hanyalah cuti rehat yang tidak diambil pada tahun 1995 sebanyak 30 hari dan cuti rehat tahun 1996 sebanyak 30 hari.

B) 65 hari. Apabila en. Nizam genap 10 tahun berkhidmat pada tahun 1996kelayakan cuti rehatnya berjumlah 35 hari seperti di dalam perintah am bab c, 8(a)

Perintah Am Bab D1. CIK MARIA SEORANG PEGAWAI PERUBATAN BERCADANG BERGIAT AKTIF DI DALAM POLITIK

NYATAKAN SAMADA BOLEH ATAU TIDAK BELIAU MENGAMBIL BAHAGIAN AKTIF DALAM AKTIVITI POLITIK DENGAN ALASANNYA SEKALI. TERANGKAN LIMA PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH CIK MARIA DAN PEGAWAI LAIN DALAM KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

Jawapan : B) C) Tidak boleh kerana cik maria seorang pegawai dalam kumpulan p&p. Kum. P&p dilarang mengambil bahagian aktif dalam politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti. Aktiviti-aktiviti politik yang dimaksudkan ialah: Membuat apa-apa pernyataan awam secara lisan atau bertulis yang memberikan suatu pandangan yang berat sebelah atas isu parti-parti politik Menerbit atau mengedarkan buku,makalah atu risalah yang mengemukakan pandanganya tentang perkara kepartian Terlibat dalam merayu undi bagi menyokong mana-mana calon pada suatu pilihanraya umum Bertindak sebagai seorang agen pilihanraya atau agen tempat mengundi Masuk bertanding apa-apa jawatan dalam mana-mana parti Memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

----------------------------

28

Perintah Am Bab Da) Nyatakan tanggungjawab Ketua Jabatan apabila seseorang dituduh melakukan kesalahan jenayah di mahkamah anggota

b ) Nyatakan bentuk tindakan yang boleh diambil oleh Lembaga Tatatertib terhadap anggota telah ditangkap dan selepas mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap anggota berkenaan.

Jawapan : a) Tanggungjawab Ketua Jabatan (peraturan 28(3) Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan laporan daripada mahkamah seksyen yang mengandungi maklumatmaklumat berikut: i. ii. iii. iv. pertuduhan atau pertuduhan-pertuduhan terhadap pegawa jika ditangkaap,tarikh dan waktu pegawai ditangkap sama ada pegawai itu dijamin; dan apa-apa maklumat lain yang relevan

Ketua Jabatan hendaklah melaporkan kepada Lembaga tatatertib untuk tindakan selanjutnya. Mengesyorkan kepada Lembaga TT jenis tindakan tt yang boleh diambil. b) Tindakan selepas beliau ditangkap i. ii. beliau boleh dikenakan sama ada perintah tahan kerja atau tidak dibayar emolument antara 50% hingga 100 % Tindakan selepas dijatuhkan hukuman

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

---------------------------Pegawai hendaklah digantung kerja dan dalam tempoh itu pegawai tidak berhak menerima emolument.

29

Perintah Am Bab E 1. Sebagai pegawai perkhidmatan awam anda layak menduduki rumah kerajaan yang disediakan demi kepentingan tugas. A) nyatakan larangan-larangan yang perlu dipatuhi semasa mendiami rumah kerajaan B)huraikan tanggungjawab anda sebagai penghuni rumah berkenaan

Jawapan : A) larangan-larangan yang perlu dipatuhi Menjadikannya permis perniagaan Meminda rumah tanpa kebenaran pengarah jkr negeri Meyewa mana-mana bahagian rumah Memelihara binatang-binatang ternakan b) tanggungjawab sebagai penghuni rumah Laporkan kerosakan Laporkan bila memasuki rumah Menjelaskan semua bil air dan elektrik Laporkan ketika rumah dikosongkan Membersih kawasan,potong rumput dan sebagainya Menyerahkan kunci rumah bila keluar rumah serta sijil keluar Membayar atas kerosakan yang disengajakan

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

----------------------------

30

Perintah Am Bab F1. Puan Yasmin ialah seorang pegawai kerajaan. Selaku seorang pegawai awam, beliau serta ahli keluarga layak menerima rawatan dan ubat-ubatan secara percuma daripada hospital atau klinik kerajaan. Walau bagaimanapun, jika mereka dimasukkan ke wad kerana menerima rawatan, mereka akan dikehendaki membayar bayaran wad kecuali dalam kes-kes tertentu.

Jawapan: a) Kes-kes di mana seseorang Pegawai Awam akan dikecualikan daripada membayar wad : i. ii. iii. iv. penyakit tibi,kusta dan barah adalah percuma mengidap penyakit merebak seseorang pegawai yang jatuh sakit semasa menjalankan tugas rasminya di luar ibu pejabatnya apabila ia terpaksa dimasukkan ke dalam hospital di luar ibu pejabat. Seseorang pegawai menerima kecederaan semasa menjalankan tugas rasminya di luar ibu pejabatnya apabila ia terpaksa dimasukkan ke dalam hospital di luar ibu pejabat.

b) Mereka yang tergolong di dalam definisi Keluarga seorang Pegawai Awam seperti dalam Perintah Am Bab F i. ii. iii. iv. v. vi. vii. bagi pegawai lelaki isteri dan anak-anaknya atau bagi pegawai perempuan suami dan anak-anaknya anak-anak yang berkelayakkan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang berumur di bawah 18 tahun atau sekiranya masih bersekolah di bawah umur 21 tahun anak-anak daif(kelemahan otak atau jasmani) tidak ada had umur anak tiri dan anak angkat yang diambil mengikut undang-undang balu seorang pegawai selagi ia tidak berkahwin semula ibu bapa kandung / mengikut undang-undang pegawai berkenaan.

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

----------------------------

31

NILAI MURNI DAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM 1. Akauntabiliti merupakan salah satu nilai yang penting dalam perkhidmatan awam terutamanya dalam menguruskan kewangan di sector awam. Kekurangan tahap akuntabiliti boleh menyebabkan berlakunya penyelewengan dan penyelahgunaan kuasa. Jelaskan lima tindakan yang perlu dijalankan bagi meningkatkan akuntabiliti Jawapan: Tindakan-tindakan bagi meningkat akuantabiliti: i.pihak pengurusan perlu menyatakan dengan jelas akauntabiliti bagi setiap tugas dan tanggungjawab ii.sistem akauntabiliti perlu diwujudkan di semua agensi kerajaan yang menetapkan tugas dan tanggungjawab setiap pekerja yang terlibat dalam melaksanakan satu tugas. Sistem ini perlu mengandungi penentuan tanggungjawab bagi setiap pekerja dan jenis tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya iii. akauntabiliti hendaklah dinyatakan secara bertulis dan di dokumenkan melalui undang-undang, prosuder,peraturan dan arahan-arahan yang spesifik; iv. system kawalan kewangan perlu megambil perhatian ke atas tiga aspek yang penting, iaiitu: system belanjawan yang berkesan bagi pengagihan dan pembahagian peruntukan kewangan mengawas dan mengawal penggunaan tenaga manusia,asset dan perkhidmatan mewujudkan system perakaunan yang cekap dan kemaskini

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

---------------------------v. vi. vii.

32

system pengawalan dan pengawasan seperti audit dalaman hendaklah dipertingkatkan keupayaannya penguatkuasaan hendklah diambil perhatian agar arahan-arahan dan peraturan jabatan dilaksanakan dengan tegas dan berkesan; dan akauntabiliti di peringkat individu di tingkatkan melalui perubahanperubahan diri seseorang individu itu dengan penerapan nilai-nilai murni dan positif seperti bersih,cekap dan amanah dan sebagainya. 2. Tonggak 12 telah diperkenalkan bertujuan untuk menerapkan nilai, norma dan etika perkhidmatan di kalangan penjawat awam. Ketekunan membawa kejayaan merupakan salah satu daripada tonggak tersebut. Huraikan pengertian serta nyatakan sepuluh amalan positif yang memperlihatkan nilai berkenaan. Jawapan: Pengertian; Ketekunan bererti memberi tumpuan kepada sesuatu kerja hingga selesai dengan sempurnanya dan membawa kejayaan serta kecemerlangan kepada agensi dan individu. Amalan positif: i. gigih dalam melaksanakan tugas yang mencagar ii. rajin dan sintiasa berusaha iii. tekun dalam menjalankan tugas iv. sabar dalam menghadapi cabaran pekerjaan v. berpandangan jauh vi. bersemangat dalam melaksanakan tugas yang diarah vii. dedikasi dalam mencapai matlamat organisasi viii. sanggup berkorban ix. cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas x. tidak patah semangat xi. bercita-cita tinggi

3.

Etika perkhidmatan awam adalah berteraskan kepada 7 Teras perkhidmatan. Huraikan lima daripada tujuh teras perkhidmatan tersebut. Jawapan: i. berazam meninggikan mutu perkhidmatan seseorang pekerja bertanggungjawab itu membaiki mutu perkhidmatannya dengan meningkatkan kemahirannya menerusi latiah-latiahn tertentu, pembacaan,perbincangan dan lain-lain lagi.Kesediaan seseorang pekerja untuk mengatasi kelemahan-kelemahan dirinya tanpa diperingatkan oleh ketuanya adalah satu sikap yang terpuji

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

---------------------------ii. bekerja dengan penuh bertanggungjawab setiap pekerja dikehendaki bertabnggungjawab bererti melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin seperti mana yang diharapkan oleh organisasi

33

iii.

berusaha mengikis sikap mementingkan diri kakitangan kerajaan perlu menyifatkan dirinya sebagai penggerak masyarakat tanpa mempergunakan kedudukannya bagi mencari keuntungan diri sendiri. Sifat sombong dan bongkak perlu dihapuskan dan digantikan dengan perasaan insaf dan sopan.

iv.

berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan negara mempunyai rakyat yang berbilang bangsa dan keturunan serta mengamalkan pelnbagai kepercayaan dan budaya. Keadaan ini memerlukan semua kakitangan kerajaan bekerja dengan muhibbah dan kemesraan

v.

bekerja kea rah memajukan pemikiran rakyat adalah menjadi kewajipan bagi setiap kakitangan kerajaan membantu memberi kefahaman kepada masyarakat awam tentang dasar, program serta hasrat kerajaan agar pembangunan dan perubahan yang dibawa oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan lancer dan jayanya.

vi.

bekerjasama dalam membenteras keselamatan dan musuhmusuh negara semua pihak adalah terlibat dalam uasaha membenteras kelemahan negara seperti kemiskinan , kejahilan dan rasuah. Kerjasama antara semua pihak awam perlu swasta serta golongan-golongan tertentu adalah penting bagi memastikan keamanan serta menggerakkan negara kea rah pembangunan yang menyeluruh

vii.

berpegang teguh kepada ajaran agama berpegang teguh kepada ajaran agama merupakan satu aspek yang sangat penting dalam menjalankan tugas. Ini adalah kerana agama itu sendiri membawa nilai-nilai yang baik dalam membentuk pekerja yang jujur, cekap dan berkesan.

4. Seseorang pegawai awam sewajarnya memahami dan mengamalkan nilai-niali murni dan etika kerja dalam pengurusan seharian. Huraikan pengertian nilai dan etika kerja berikut dalam konteks pengurusan sebuah organisasi.

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

---------------------------a. b. c. Jawapan: a. Akauntabiliti akauntabiliti integriti profesionalisme

34

Bermakna tanggungjawab seorang terhadap tugas-tugas yang perlu dilaksanakan dari konteks pengurusan organisasi dalam perkhidmatan awam, akauntabiliti bermaksud tanggungjawab pegawai-pegawai dan kakitangan awam dalam melaksanakan tugas-tugas yang diserahkan bagi memastikan pencapaian matlamat serta ibjektif tugas-tugas tersebut. Pelaksanaan tugas-tugas tersebut hendaklah mengikut peraturan yang telah ditetapkan.Undang-undang yang berkuatkuasa, prosuder dan arahan, sikap cermat dan cekap perlu diutamakan.

b.

Integriti Sering dihubungkaitkan dengan nilai-nilai amanah, jujur,kebolehpervayaan dan sentiasa memelihara kepentingan awam tanpa mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri,.Dalam kontek pengurusan organisasi, sebarang kerja yang dilakukan hendaklah dengan penuh ketulusan hati dan tahu menggunakan kuasa dengan adil dan saksama profesionalisme bermakna setiap anggota organisasi harus mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan kemahiran yang mencukupi bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan akan dapat dihasilkan jika masalah yang dibangkitkan dapat diselesaikan secara professional. Oleh itu, setiap anggota organisasi hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan kebolehan dan kemahiran yang sedia ada.

c.

PENGURUSAN INTEGRITI Anggota Perkhidmatan Awam hendaklah menghindarkan diri daripada memberi atau menerima suapan. Nyatakan takrifan suapan.

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

---------------------------Jawapan : Takrifan suapan bermaksud a. b. c. d. e. f.

35

wang,derma,alang,pinjaman,fee,hadiah,cagaran berharga harta atau kepentingan mengenai harta,iaitu apa-apa jenis harta sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain. Apa-apa jawatan ,kebesaran,pekerjaan,kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat Apa-apa bayaran,pelepasan,penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman,obligasi atau liability lain,sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya Apa-apa jenis balasan berharga,apa-apa diskaun,komisen,rebat,bonus,potongan atau peratusan. Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada

SEJARAH MALASIA

1. Huraikan sebab-sebab dan cara penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union A. 1. PENGENALAN Rancangan Malayan union diumumkan dalam Parlimen British

pada 10 Oktober 1945. Ia bertujuan melicinkan dan menyeragamkan pentadbiran serta menyediakan penduduk Tanah Melayu ke arah pemerintahan sendiri. 1. Malayan Union menghadapi tentangan hebat dan teratur daripada orang Melayu. B. SEBAB-SEBAB PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP

MALAYAN UNION 2. Pemberian hak kerakyatan yang sama India) melalui prinsip jus soli merupakan perkara utama yang ditentang oleh orang Melayu. Hak-hak ini termasuk kemasukan ke dalam perkhidmatan awam dan satu undi dalam pilihanraya umum.KISSM

b) Pemberian hak kerakyatan yang sama kepada orang asing (Cina dan

CONTOH SOALAN ESEI

---------------------------c) Melalui prinsip tersebut, kewarganegaraan diberikan kepada semua orang asing yang dilahirkan di Tanah Melayu atau Singapura.

36

d) Orang Melayu bimbang bahawa pemberian hak kerakyatan yang sama akan menjejaskan lagi kedudukan ekonomi dan politik mereka. e) Orang Melayu tidak rela hilang hak-hak istimewa mereka sebagai kaum bumiputera kepada orang asing yang dianggap sebagai kaum pendatang yang menumpang di Tanah Melayu. 2. Kemerosotan kedaulatan dan kuasa-kuasa sultan a) Orang Melayu menentang Malayan Union kerana perlaksanaannya akan menghapuskan kedaulatan dan kuasa sultan-sultan. b) Malayan union akan diperintah oleh seorang Gabenor British dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan. Sultan-sultan hanya menjadi raja kehormat sahaja. Sultan hanya berkuasa dalam soal agama Islam. c) Sultan-sultan diangap sebagai pembela kaum Melayu. Kemerosotan kuasa mereka bererti kehilangan kuasa kaum Melayu. 3. Cara-cara MacMichael memperolehi tandatangan persetujuan sultan-sultan a) Orang melayu juga membantah cara-cara Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan persetujuan daripada sultansultan bagi perlaksanaan Malayan Union. b) Union. c) Contoh yang baik ialah Peristiwa Kedah. Sultan Kedah telah diberi kata dua bahawa baginda akan kehilangan takhtanya sekiranya baginda enggan menurunkan tandatangan dalam tempoh masa tertentu. d) Malahan, MacMichael tidak memberi sultan-sultan masa yang cukup untuk membincangkan rancangan Malayan Union dengan pembesar-pembesar Melayu dan rakyat jelata. C. CARA PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN Beliau dituduh memaksa dan mengugut sultan-sultan menandatangani perjanjian-perjanjian mengenai perlaksanaan Malayan

UNION

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

---------------------------3. Akhbar-akhbar Melayu Union, disarankan oleh individu-individu dalam akhbar-akhbar Melayu seperti Majlis dan Utusan Melayu 4. Demonstrasi-demonstrasi

37

a) Di peringkat pertama, penentangan orang Melayu terhadap Malayan

a) Di peringkat kedua, penentangan orang Melayu adalah lebih teratur dan bersifat kolektif. Persatuan-persatuan Melayu yang baru telah ditubuhkan dan yang lama dihidupkan kembali bagi memelihara kepentingan-kepentingan orang Melayu. b) Persatuan-persatuan Melayu seperti Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan dan Perarakan Melayu Semenanjung Johor mengadakan demonstrasi-demonstrasi bantahan. 5. Pemulauan istiadat perlantikan Gabenor Malayan Union dan a) Kerajaan British mewujudkan Malayan Union secara rasmi pada 1 April 1946. b) Orang Melayu dan sultan-sultan tidak menghadiri upacara perlantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union. c) Ahli-ahli Melayu yang duduk dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis-majlis Mesyuarat Negeri telah memulaukan majlis-majlis tersebut. 6. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) a) Orang Melayu menubuhkan UMNO secara rasmi pada 11 Mei 1946 bagi menentang Malayan Union dan memelihara kepentingan mereka. b) UMNO telah mengadakan rapat-rapat umum bagi membantah perlaksanaan Malayan Union. 5. Berkabung a) Orang Melayu juga berkabung selama tujuh hari (mulai 1 April 1946) dengan melilitkan kain putih pada songkok. D. KESIMPULAN

Majlis-majlis Mesyuarat

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

---------------------------1. 2. Tentangan hebat daripada orang Melayu telah memaksa Kerajaan Pada 1 Februari 1948, Malayan Union digantikan dengan

38

British memansuhkan Malayan Union. Persekutuan Tanah Melayu. Ia telah mengembalikan kuasa sultan-sultan, memperketatkan syarat-syarat kewarganegaraan serta menjamin hak-hak istimewa orang Melayu.

2.

Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan

Persekutuan Tanah Melayu untuk menghapuskan pemberontakan bersenjata komunis di antara tahun-tahun 1948-1960. D. 4. PENGENALAN Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada tahun 1930. Pada

tahun 1948, ia memulakan pemberontakan secara terbuka dengan tujuan menubuhkan sebuah Republik Komunis Malaya. 5. Mulai tahun 1948, Parti Komunis Malaya melancarkan serangan-serangan ke atas ladang-ladang getah dan lombong-lombong bijih timah. Serangan-serangan ini bertujuan melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu serta menghilangkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan. 6. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berjaya menghapuskan pemberontakan bersenjata Komunis melalui beberapa langkah yang diambil antara tahun-tahun 1948-1960. E. LANGKAH-LANGKAH KERAJAAN UNTUK

MENGHAPUSKAN PEMBERONTAKAN KOMUNIS 7. Pengisytiharan darurat a) Sir Edward Gent (Pesuruhjaya Tinggi) mengisytiharkan Darurat pada 16 Jun 1948 di kawasan-kawasan Perak dan Johor. Pada 17 Jun 1948, Darurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu. Parti Komunis Malaya diharamkan. b) Di bawah peraturan-peraturan Darurat 1949, Kerajaan mempunyai kuasa menahan orang-orang yang disyaki terlibat dengan kegiatan komunis tanpa bicara. Langkah sedemikian walaupun berkesan pada

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

----------------------------

39

takat tertentu telah mengasingkan penduduk daripada kerajaan kerana ia kadangkala menindas orang yang tidak bersalah. c) Kerajaan juga memperkenalkan sistem pendaftaran kebangsaan. Penduduk Tanah Melayu yang berumur 12 tahun ke atas mesti mendaftarkan diri dan membawa bersama kad pengenalan. Langkah ini memudahkan pengesanan anasir-anasir komunis. 8. Rancangan Briggs Pengarah Gerakan. Langkah terpenting dalam Rancangan Briggs ialah penempatan semula setinggan-setinggan dari kawasan terpencil yang bertaburan ke kampung-kampung baru. Langkah ini bertujuan memberi perlindungan kepada mereka yang dipaksa membantu pihak komunis dan lebih penting lagi menghapuskan sistem bekalan komunis yang digelar Min Yuen. e) Seramai kira-kira 500 000 orang setinggan telah ditempatkan semula di lebih kurang 500 buah kampung baru. Kampung-kampung baru ini dipagarkan dan dilindungi oleh polis dan tentera. Kawalan yang ketat dikenakan ke atas pembelian, penjualan, penyimpanan dan pengangkutan makanan bagi memastikan ia tidak jatuh ke tangan komunis. f) Rancangan Briggs ini merupakan faktor penting bagi kegagalan pemberontakan komunis. Ia bukan sahaja melemahkan Min Yuen tetapi memaksa komunis-komunis keluar dari hutan dan bertempur dengan tentera Kerajaan. Ini memudahkan usaha-usaha kerajaan untuk menghapuskan pemberontakan komunis. 9. Penubuhan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja Perang Majlis Perang Persekutuan dan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja Perang di peringkat negeri dan daerah. Jawatankuasa-jawatankuasa tersebut terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir, tentera dan polis. d) Penubuhan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja Perang telah memperbaiki koordinasi antara semua pihak yang terlibat dalam perancangan gerakan menentang komunis. 10. Langkah-langkah ketenteraan

d) Pada 21hb Mac 1950, Leftenan Jeneral Harold Briggs dilantik sebagai

c) Leftenan Jeneral Briggs sebagai Pengarah Gerakan telah menubuhkan

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

---------------------------d) Pada tahap awal kerajaan menggunakan 13 batalion askar British dan

40

Melayu untuk menyerang gerila-gerila komunis. Sebuah pasukan Matamata Khas Melayu yang terdiri daripada 24 000 orang telah dilatih dengan segera untuk mengawal ladang, lombong dan kawasan terpencil. e) Kekuatan tentera kerajaan telah bertambah dengan perlantikan Jeneral Sir Templer sebagai Pesuruhjaya Tinggi dalam tahun 1952. Pasukan Polis Persekutuan telah diperbesarkan. Bilangan Mata-mata Khas dan pengawal-pengawal kampung telah ditambah. Lebih ramai anggota tentera dihantar dari Britain dan negara-negara Komanwel yang lain seperti Australia dan New Zealand. f) Tambahan dalam kekuatan tentera membolehkan kerajaan melancarkan serangan-serangan yang labih agresif terhadap komunis-komunis di hutan serta menguatkuasakan peraturan-peraturan makanan dengan lebih tegas. Ini dapat memastikan bahawa tiada makanan diseludup bagi kegunaan gerila-gerila komunis. 11. f) Perang psikologi Jeneral Templer menggunakan perang psikologi untuk menawan hati dan fikiran rakyat. Dalam tahun 1952, beliau meminda peraturanperaturan kewaranegaraan yang membolehkan lebih ramai lagi orang bukan Melayu terutamanya orang Cina menjadi warganegara Tanah Melayu. Plihanraya bagi Majlis-majlis Tempatan diadakan bagi mewujudkan perasaan tanggungjawab di kalangan rakyat. Langkah ini membolehkan kerajaan mendapat sokongan kaum Cina. Ini adalah penting kerana kebanyakan gerila komunis terdiri daripada orang Cina. g) Satu lagi aspek perang psikologi ialah menggalakkan rakyat memberi maklumat yang dapat membolehkan penangkapan komunis-komunis. Hadiah wang tunai ditawarkan. h) Gerila-gerila komunis digesa menyerah diri melalui risalah-risalah yang digugurkan dari udara ke dalam hutan.Kerelaan kerajaan untuk mengampunkan dan membantu mereka memulakan penghidupan baru telah mempengaruhi ramai komunis untuk menyerah diri. i) Jeneral Templer juga mengamalkan polisi mewujudkan kawasankawasan putih yang merupakan kawasan yang bebas dari kegiatan komunis.Dalam kawasan-kawasan sedemikian peraturan-peraturan

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

---------------------------darurat dilonggarkan.Polisi tersebut telah memberi galakan kepada orang ramai untuk bekerjasama dengan kerajaan. j) Perang psikologi ini merupakan faktor penting bagi kejayaan Kerajaan

41

Persekutuan Tanah Melayu menghapuskan pemberontakan komunis.Ia menggalakkan penduduk Tanah Melayu bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha menghapuskan komunis-komunis. 12. Rundingan Baling rundingan dengan pemimpin-pemimpin Parti komunis Malaya di Baling untuk menamatkan Darurat. d) Perundingan tersebut gagal kerana Kerajaan Tanah Melayu enggan mengiktiraf Parti Komunis Malaya sebagai sebuah parti yang sah. F. KESIMPULAN 1. Rancangan Briggs dan perang psikologi oleh Jeneral Templer

c) Pada bulan Disember 1955, Kerajaan Tanah Melayu telah mengadakan

merupakan faktor-faktor terpenting bagi kejayaan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menghapuskan pemberontakan komunis. 2. Pada 31 Julai 1960, kerajaan telah mengisytiharkan tamatnya darurat. Parti Komunis Malaya telah gagal dalam perjuangannya untuk menubuhkan sebuah Republik Komunis.

3.

Huraikan peristiwa-peristiwa penting selepas tahun 1948

yang membawa kepada kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. A. 1. PENGENALAN Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) di bawah

pimpinan Tunku Abdul Rahman telah memainkan peranan utama dalam proses pencapaian kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. 2. British. B. PERISTIWA-PERISTIWA PENTING Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 melalui cara rundingan dengan Kerajaan

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

----------------------------

42

1.

Darurat 1948 a) Proses pencapaian kemerdekaan Tanah Melayu telah dipercepatkan pada tahun 1948. b) Kerajaan British sedar bahawa kemajuan perlembagaan dan politik adalah perlu untuk menghapuskan pemberontakan komunis. c) Kemajuan perlembagaan dan politik akan mengukuhkan keazaman rakyat untuk menentang komunis dan mensia-siakan perjuangan Parti Komunis Malaya untuk menghalau British.

2.

Sistem Ahli 1951 memperkenalkan Sistem Ahli dalam Majlis Perundangan Persekutuan pada bulan April 1951.

a) Sebagai satu langkah ke arah berkerajaan sendiri. British

b) Seramai sembilan orang ahli yang dilantik dalam Majlis Perundangan Persekutuan diberi tanggungjawab menjalankan tugas-tugas di beberapa jabatan kerajaan seolah-olah mereka adalah menteri. 3. Pilihanraya Majlis-majlis tempatan 1951-1952 sebagai latihan bagi demokrasi berparlimen. b) Plihanraya tempatan yang pertama ialah bagi 9 buah kerusi dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang telah diadakan pada 1 Disember 1951. Parti Radikal memenangi 6 daripada 9 buah kerusi yang dipertandingkan. c) Pilihanraya Majlis-Majlis Tempatan diperluaskan ke negeri-negeri lain. Pilihanraya bagi 12 kerusi dalam Majlis Perbandaran Kuala Lumpur diadakan pada 16 Februari1952. d) Perikatan UMNO-MCA memenangi 9 daripada 12 buah kerusi yang dipertandingkan.Independence of Malaya Party (IMP) memenangi dua buah kerusi lagi dan satu lagi oleh calon bebas. 4. Pilihanraya Persekutuan 1955

a) Pada tahun 1951, pilihanraya di peringkat tempatan telah diperkenalkan

a) Pilihanraya Persekutuan yang pertama diadakan pada 27 Julai 1955. b) Dalam pilihanraya tersebut, Perikatan UMNO-MCA-MIC berjaya memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Baki sebuah kerusi di kawasan Kerian (Perak) dimenangi oleh PAS.

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

----------------------------

43

5.

Rundingan kemerdekaan memberikannya mandat untuk memulakan rundingan dengan pihak British mengenai kemerdekaan Tanah Melayu.

a) Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya 1955 telah

b) Pada bulan Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai satu rombongan ke London untuk merundingkan perkara kemerdekaan Tanah Melayu. c) Kerajaan British bersetuju mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. 6. Suruhanjaya Perlembagaan (Suruhanjaya Reid) Suruhanjaya Reid bagi menggubal perlembagaan baru bagi Tanah Melayu yang berdaulat dan merdeka. b) Suruhanjaya Reid bersidang sebanyak 118 kali dari lewat bulan Jun hingga bulan Oktober 1956. c) Suruhanjaya Reid mengemukakan satu rang Perlembagaan pada bulan Februari 1957. Ia dikaji semula oleh sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada 4 wakil raja-raja, 4 wakil Kerajaan Persekutuan, Pesuruhjaya Tinggi, Ketua Setiausaha dan Peguam Negara. d) Rang Perlembagaan yang dipinda telah diluluskan oleh Majlis Perundangan pada 15 Ogos 1957 dan berkuatkuasa pada 27 Ogos 1957. e) Perlembagaan tersebut merupakan hasil tolak ansur antara kaum-kaum Melayu dan bukan Melayu atas beberapa perkara seperti kerakyatan dan kedudukan istimewa orang Melayu. C. KESIMPULAN 1. 2. Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan di meja Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Perdana Menteri

a) Persidangan di London mempersetujui tentang pembentukan

rundingan tanpa pertumpahan darah. Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

---------------------------4. berikut: a) b) c) a) Suruhanjaya Reid 1. Pada bulan Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai satu rombongan ke London untuk merundingkan perkara kemerdekaan Tanah Melayu. Kerajaan British bersetuju untuk memberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. 2. Persidangan di London juga mempersetujui tentang keanggotaan Suruhanjaya Reid Rundingan Baling Rancangan Briggs Tuliskan catatan ringkas mengenai dua daripada yang

44

dan syarat-syarat tugas Suruhanjaya Perlembagaan yang akan menggubal satu perlembagaan baru bagi Tanah Melayu yang berdaulat dan merdeka. 3. Ahli-ahli Suruhanjaya Perlembagaan yang dikenali sebagai Suruhanjaya Reid terdiri daripada Lord Reid (Britain-pengerusi), Sir Ivory Jennings (Britain), Sir William McKell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan). 4. 5. Suruhanjaya Reid bersidang sebanyak 118 kali dari lewat bulan Jun Suruhanjaya tersebut menerima 131 memorandum bertulis daripada hingga bulan Oktober 1956. pertubuhan-pertubuhan dan orang perseorangan. Dua memorandum yang penting ialah dari raja-raja Melayu dan Parti Perikatan. 6. Suruhanjaya Reid mengumumkan Rang Perlembagaannya pada bulan Februari 1957. Pada umumnya, ia berasaskan memorandum yang dikemukakan oleh Parti Perikatan. 7. Rang Perlembagaan tersebut dikaji semula oleh sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada 11 orang iaitu 4 wakil raja-raja, 4 wakil Kerajaan Perikatan, Pesuruhjaya Tinggi, Ketua Setiausaha dan Peguam Negara. 8. Jawatankuasa Kerja ini telah menolak beberapa perakuan Suruhanjaya Reid seperti pemberian dwi-kerakyatan (iaitu seseorang boleh menjadi rakyat Komanwel British dan Tanah Melayu pada masa yang sama), penggunaan bahasa Tamil dan Mandarin dalam Majlis Perundangan selama 10 tahun selepas merdeka dan ketiadaan peruntukan bagi hak-hak istimewa orang Melayu.

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

---------------------------9. Rang Perlembagaan yang dipinda diluluskan oleh Majlis

45

Perundangan pada 15 Ogos 1957 dan berkuatkuasa pada 27 Ogos 1957. b) Rundingan Baling 1. 2. Menjelang tahun 1955, Parti Komunis Malaya menjadi lemah dan Malahan, pencapaian pemerintahan sendiri oleh Persekutuan kehilangan semangat dalam perjuangannya untuk menggulingkan British. Tanah Melayu telah mensia-siakan perjuangan Parti Komunis Malaya. Pemimpin-pemimpinnya sedar bahawa satu penyelesaian politik harus dicapai dengan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. 3. Melalui sepucuk surat bertarikh 24 September 1955,Chin Peng (Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya) membuat tawaran untuk berunding dengan kerajaan bagi menamatkan Darurat. 4. 5. Kerajaan Persekutuan Tanah Malayu telah bersetuju dan satu Pihak Kerajaan diwakili oleh Tunku Abdul Rahman (Ketua rundingan telah diadakan di Baling pada 28-29 Disember 1955. Menteri Tanah Melayu), David Marshall (Ketua Menteri Singapura) dan Tan Cheng Lock (Yang Dipertua Persatuan Cina Malaya). 6. 7. Parti Komunis Malaya diwakili oleh Chin Peng, Chin Tien dan Rundingan Baling gagal kerana Chin Peng enggan Rashid Maidin. membubarkan Parti Komunis Malaya. Tunku Abdul Rahman tidak rela mengiktiraf Parti Komunis Malaya sebagai sebuah parti politik yang sah. c) Rancangan Briggs 1. Rancangan Briggs diperkenalkan oleh Leftenan Jeneral Harold Briggs yang dilantik sebagai Pengarah Gerakan pada 21 Mac 1950 untuk menghapuskan ancaman komunis di Tanah Melayu. 2. Briggs tiba di Kuala Lumpur pada 3 April 1950. Langkah terpenting dalam Rancangan Briggs ialah penempatan semula setinggan-setinggan dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan ke kampung-kampung baru. 3. Langkah ini bertujuan memberi perlindungan kepada mereka yang dipaksa membantu pihak komunis dan lebih penting lagi, bagi menghapuskan sistem bekalan komunis yang digelar Min Yuen. 4. Rancangan Briggs ini mula-mula dilaksanakan di negeri Johor pada 1 Jun 1950. Menjelang bulan Februari 1952, lebih dari 400 000 orang

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

---------------------------setinggan Cina ditempatkan semula di lebih kurang 400 buah kampung baru. 5.

46

Kampung-kampung baru ini dipagarkan dan dilindungi oleh polis dan

tentera. Kawalan yang ketat dikenakan ke atas pembelian, penjualan, penyimpanan dan pengangkutan makanan bagi memastikan ia tidak jatuh ke tangan komunis. 6. Setinggan-setinggan Cina dalam kampung-kampung baru ini di beri kemudahan-kemudahan persekolahan dan kesihatan untuk mendapat sokongan mereka dalam perjuangan menentang komunis. 7. Rancangan Briggs merupakan faktor penting bagi kegagalan pemberontakan komunis. Komunis-komunis mula menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan makanan, ubat dan maklumat dari setinggan. 8. Rancangan Briggs bukan sahaja melemahkan Min Yuen tetapi memaksa komunis-komunis keluar dari hutan dan bertempur dengan tentera kerajaan. Ini telah memudahkan usaha-usaha kerajaan untuk menghapuskan pemberontakan komunis.

5.berikut: a) b) c)

Tuliskan catatan ringkas tentang dua daripada yang Manifesto Perikatan 1955 Laporan Suruhanjaya Cobbold Suruhanjaya Pilihanraya

a) Manifesto Perikatan 1. Pilihanraya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu diadakan pada 27 Julai 1955. Bagi memenangi pilihanraya tersebut, Perikatan OMNO-MCA-MIC telah mengeluarkan satu manifesto kepada orang ramai. 2. 3. 4. Perikatan berjanji untuk mencapai kemerdekaan dalam tempoh Perikatan akan merancang untuk mewujudkan satu jenis sekolah Perikatan berjanji untuk menjadikan Bahasa Malaysia sebagai empat tahun selepas pilihanraya umum 1955. kebangsaan yang dapat diterima oleh penduduk Tanah Melayu. bahasa kebangsaan dalam masa sepuluh tahun.

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

---------------------------5.

47

Perikatan juga berjanji untuk menjadikan sebahagian besar daripada

perkhidmatan awam bercorak tempatan dalam tempoh penggal pertama pemerintahannya. 6. 7. 8. 9. Perikatan akan menegak dan melindungi kedudukan raja-raja Melayu Perikatan berjanji untuk mengkaji semula soal imigresen bagi Perikatan berazam untuk menamatkan darurat secepat mungkin Perikatan juga berjanji untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya sebagai raja berperlembagaan. melindungi kedudukan orang Melayu dan rakyat Tanah Melayu. dengan menawarkan pengampunan umum. bebas yang khas untuk memperbaiki perlembagaan dengan tidak mengabaikan kedudukan istimewa orang Melayu. 10. Perikatan berjaya memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihanraya Persekutuan 1955. b) Laporan Suruhanjaya Cobbold 1. Malaysia. 2. Pengerusi Suruhanjaya ini (5 orang ahli) ialah Lord Cobbold. Dua orang pegawai Tanah Melayu yang menyertainya ialah Datuk Wong Pow Nee dan Muhammad Ghazali Shafie. 3. 4. 5. 6. Suruhanjaya Cobbold menjalankan tugasnya di Sabah dan Laporan Suruhanjaya Cobbold diterbitkan dalam bulan Jun 1962. Mengikut laporan ini, lebih kurang 80% penduduk Sabah dan Suruhanjaya Cobbold telah membuat beberapa syor. Sarawak dari bulan Februari hingga bulan April 1962. Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada bulan Januari 1962 bagi mengkaji pendapat penduduk Sabah dan Sarawak tentang penubuhan

Sarawak menyokong penubuhan Malaysia. Perlembagaan Tanah Melayu yang wujud pada masa itu harus dijadikan sebagai asas untuk perlembagaan Persekutuan Malaysia yang baru. 7. 8. 9. Kerajaan-kerajaan Sabah dan Sarawak harus diberi kuasa Pengerusi dan ahli-ahli Tanah Melayu telah mencadangkan Ahli-ahli Tanah Melayu juga mencadangkan supaya bahasa menentukan hal kemasukan orang luar ke negeri-negeri tersebut. supaya bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Melayu dan bahasa Inggeris serta bahasa-bahasa kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak (dalam hal-hal tertentu) dijadikan bahasa rasmi.

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

---------------------------10. 11. Kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi hendaklah Suruhanjaya Cobbold juga mengesyorkan supaya perwakilan

48

dihadkan penggunannya kepada beberapa tahun yang tertentu. Sabah dan Sarawak dalam Parlimen Malaysia seharusnya mengambil kira bukan hanya bilangan penduduk negeri-negeri berkenaan tetapi juga keluasan dan potensinya. 12. Hampir kesemua perakuan Suruhanjaya Cobbold telah diterima oleh Britain dan Kerajaan Tanah Melayu. c) Suruhanjaya Pilihanraya 1. Bagi memastikan pilihanraya dijalankan dengan adil, Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan penubuhan Suruhanjaya Pilihanraya. 2. raja. 3. i) Negeri; ii) Menyiapkan dan menyemak daftar pengundi bagi semua kawasan pilihanraya; dan iii) Menyemak dan mengubah kawasan-kawasan pilihanraya. 4. 5. 6. Suruhanjaya Pilihanraya diberi kuasa untuk melantik kakitangan Suruhanjaya Pilihanraya boleh membuat kaedah-kaedah setakat Di atas permintaan Suruhanjaya Pilihanraya, semua pihak bagi menjalankan tugas-tugasnya. mana yang perlu bagi maksud menjalankan tugas-tugasnya. berkuasa awam hendaklah memberi apa-apa bantuan yang boleh bagi menjalankan tugas-tugasnya. Di antara tugas-tugas utama Suruhanjaya Pilihanraya ialah: Menjalankan pilihanraya bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan tiga orang ahlinya yang lain dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-

6.

Huraikan tolak ansur antara kaum yang telah

memudahkan dan mempercepatkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. A. PENGENALAN

KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

---------------------------1. Cina dan India. 2.

49Pada hakikatnya kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

pada tahun 1957 dipercepatkan oleh tolak ansur antara kaum-kaum Melayu, Kerajaan British telah mensyaratkan bahawa kemerdekaan

akan hanya diberi apabila ketiga-tiga kaum tersebut dapat bekerjasama dalam bidang politik dan hidup secara damai. 3. Kaum melayu diwakili oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) manakala kaum Cina oleh Persatuan Cina Bersatu (MCA) dan India oleh Kongres India Malaya (MIC). B. KAUM 1. Kedudukan istimewa orang Melayu a) Orang bukan Melayu mengakui kedudukan istimewa orang Melayu yang ketinggalan dalam bidang-bidang ekonomi dan pendidikan. b) Orang Melayu diberi hak-hak istimewa dalam beberapa lapangan seperti pemegengan jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa-biasiswa dan pengeluaran permit serta lesen. c) Hak-hak istimewa orang Melayu diperuntukkan dalam Perkara 153, Perlembagaan Malaysia. 2. Kerakyatan a) Bagi membalas penerimaan kedudukan istimewa orang Melayu oleh MCA dan MIC, pemimpin-pemimpin UMNO telah mempersetujui syaratsyarat yang longgar bagi kerakyatan. PERKARA-PERKARA YANG MENJADI TOLAK ANSUR ANTARA

b) UMNO menerima prinsip jus soli yang memberi kerakyatan secaraautomatik kepada semua orang yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu pada atau selepas Hari Merdeka. c) Semua orang bukan Melayu yang telah memenuhi kelayakan-kelayakan bermastautin sebelum Hari Merdeka akan diberi kerakyatan tanpa sebarang syarat sekiranya mereka membuat permohonan sebelum 31 Ogos 1958. 3. Bahasa Melayu a) Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Pembelajaran dan penggunaan bahasa lain secara umum tidak dilarang.KISSM

CONTOH SOALAN ESEI

---------------------------b) Bahasa Melayu akan dijadikan bahasa rasmi yang tunggal pada tahun 1967. 4. Agama Islam a) Agama Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu. b) Namun demikian, kebebasan beragama dijamin. 5. Kedaulatan Raja-raja Melayu a) Kedaulatan raja-raja Melayu diterima oleh orang bukan Melayu. Kedudukan raja-raja Melayu adalah terjamin. b) Sebarang undang-undang yang berkaitan denan keistimewaankeistimewaan dan kedudukan raja-raja Melayu tidak boleh diluluskan oleh Perlimen tanpa mendapat persetujuan Majlis Raja-raja.

50

C. 1.

KESIMPULAN Kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan merupakan perkara-perkara terpenting yang menjadi tolak ansur antara kaum di Persekutuan Tanah Melayu. 2. Tolak ansur antara kaum telah memudahkan dan mempercepatkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

7.

Huraikan faktor-faktor yang telah menyulitkan proses

pencapaian perpaduan di Tanah Melayu sebelum tahun 1957. A. PENGENALAN 1. Ma