Soalan Exam Form1

13
BAHAGIAN A A (i) Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tuliskan jawapan yang tepat di tempat yang di sediakan. ( 20markah) 1. Perasaan sedih saya cuba selindungkan dengan tersenyum ketika bersama anak-anak. _________________________________________________________________ __________ _________________________________________________________________ __________ 2. “Akan saya makan bubur kacang kegemaran saya ini sepuas- puasnya,” beritahu Nora kepada rakannya. _________________________________________________________________ __________ _________________________________________________________________ __________ 3. Encik Bakri pergi ke luar Negara bersama keluarganya sejak dari dua minggu yang lalu untuk bercuti. _________________________________________________________________ _______ _________________________________________________________________ _______ 4. Lukisan mural yang cantik itu dilukis oleh pelajar sekolah tersebut dengan bimbingan guru Pendidikan Visual. _________________________________________________________________ _______ _________________________________________________________________ _______ 5. Pelbagai jenis kuih-muih dan barang runcit ada dijual di pasar malam Kampung Muhibah. _________________________________________________________________ _______ 1

description

english PT3 form 1

Transcript of Soalan Exam Form1

BAHAGIAN AA (i)Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tuliskan jawapan yang tepat di tempat yang di sediakan.

( 20markah)

1. Perasaan sedih saya cuba selindungkan dengan tersenyum ketika bersama anak-anak.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

2. Akan saya makan bubur kacang kegemaran saya ini sepuas-puasnya, beritahu Nora kepada rakannya.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

3. Encik Bakri pergi ke luar Negara bersama keluarganya sejak dari dua minggu yang lalu untuk bercuti.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

4. Lukisan mural yang cantik itu dilukis oleh pelajar sekolah tersebut dengan bimbingan guru Pendidikan Visual.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

5. Pelbagai jenis kuih-muih dan barang runcit ada dijual di pasar malam Kampung Muhibah.________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

6. Cikgu Diana menyuruh pelajarnya memasukkan telur putih ke dalam adunan kek sebelum dibakar.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

7. Dalam perjalanan pulang ke kampung, kami membeli goreng pisang di gerai Abang Kassim.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

8. Pokok-pokok kayu di tepi jalan itu telah di tebang oleh pekerja pekerja pihak berkuasa tempatan kerana menghalang pemandangan pengguna jalan raya.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

9. Jabatan Alam Sekitar akan bertindak tegas terhadap mana-mana syarikat yang membuang sisa toksik sesuka hati andainya keadaan terpaksa.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________ 10. Semua peserta-peserta di kehendaki mencari harta karun itu dengan berpandukan pada peta yang diberikan.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

A (ii) Lengkapkan ayat- ayat yang berikut dengan kata adjektif yang sesuai.

[ 5 markah]

1- Uniform sekolah ikhwan kelihatan _________________ dan tidak kemas. (kumal, kusut, kacau).

2- Banyak buah mempelam yang masak telah ___________________ dan berselerak di atas tanah. (kuning,kelat,gugur)

3- Nasi yang tinak oleh kakak berbau ______________________ kerana lama di biarkan di atas dapur. (basi, tengik, hangit)

4- Abang ___________________ ketika menjamu selera dengan majikannya. (geram, kekok, pelik)

5- Pandangan Mak Minah _______________ seiring dengan peningkatan usianya. ( kabur, sempit, kelabu )

A (iii) Garisi kata hubung yang betul digunakan dalam ayat dibawah.

[ 5 markah]

1- (Apabila, Walaupun) Murni hanya berumur sepuluh tahun, dia bercita-cita tinggi.

2-Encik Tamrin dan seorang rakannya bertolak ke Kuala Lumpur dengan tergesa-gesa (kerana, untuk) mereka terpaksa menghadiri mesyuarat.

3- kita haruslah sedar ( yang, bahawa) kejayaan tidak dapat diraih (jikalau, tatkala) tiada usaha yang bersungguh-sungguh.

4- Raihana menjaga adiknya (sewaktu, sementara) ibunya dirawat di Hospital.BAHAGIAN B

Baca petikan dibawah dengan teliti. Isi tempat kosong dengan frasa yang paling sesuai bagi melengkapkan petikan tersebut.( 16 markah )

Pepatah melayu ada menyebut Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Tafsiran pepatah ini merujuk kepada kepentingan hidup sekumpulan manusia bertunjangkan nilai kemuafakatan, kefahaman, dan tolak ansur. Nilai muafakat penting dalam konteks hidup berjiran. Walaupun sempadan rumah dipisahkan dengan pagar besi mahupun konkrit, namun perkongsian nilai hidup harmoni tetap kukuh jika wujud sifat mengambil berat, hormat- menghormati, dan menghargai hak sesame jiran tetangga. Sikap mengambil berat terhadap jiran sebenarnya perlu dipupuk sejak kecil. Pada usia inilah anak mudah menyerap sebarang bentuk pendidikan yang diterima dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Sehubungan dengan itu, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam menerapkan semangat berjiran kepada anak mereka. Ibu bapa seharusnya menggalakkan anak (1)_________________________________________ seperti hormat menghormati, merendah diri, dan tidak sombong terhadap jiran tetangga.

Sikap (2)_________________________________________ patut ditegah. Hal ini demikian kerana, sikap buruk itu akan meleraikan ikatan silaturahim sesame jiran. Anak perlu di ajar agar jangan terlalu mudah mempercayai, malah menyebarkan (3)_________________________________________ demi menjaga maruah dan keaiban mereka. Selain itu, ibu bapa perlu memupuk anak dengan (4)_________________________________________ dan menziarahi jiran tetangga terutamanya mereka yang sakit, ditimpa kesusahan, atau menghidapi musibah. Ibu bapa juga hendaklah mendidik anak agar (5)_________________________________________ dengan membantu jiran yang memerlukan sebarang pertolongan. Anak perlu tahu pertolongan yang diberikan bukan sekadar bersifat material dan fizikal, bahkan sokongan moral turut berupaya membantu jiran mengharungi dugaan dan kesukaran. Ibu bapa haruslah menegah anak daripada (6)_____________________________________. Misalnya, membuat bising yang boleh mengganggu ketenteraman, membuang sampah di halaman rumah atau mengambil sesuatu milik jiran tanpa keizinan.

Selain itu, ibu bapa haruslah (7)_________________________________________ apa-apa sahaja yang termampu kepada jiran tetangga yang memerlukan. Sesungguhnya tangan yang member itu lebih mulia daripada yang menerima. Ibu bapa sendiri perlu (8)_________________________________ _______________ kepada anak dalam kehidupan jiran. Jika ibu bapa sendiri mengadu domba, bermusuhan dan mengasingkan diri daripada bertemu mesra dengan jiran, tidak hairanlah jika anak turut sama berbuat sedemikian. Tegasnya semangat berjiran perlu dipupuk demi melahirkan masyarakat yang bersikap penyayang. Di samping itu, rakyat di negara kita dapat hidup dalam suasana yang sejahtera dan harmoni.BAHAGIAN CBaca petikan tersebut dan jab soalan yang dibahagian C (i) dan C (ii)

Bahagian C (i) (16 markah)

Tuliskan isi-isi penting tentang usaha-usaha untuk memperoleh kecermalangan dalam pelajaran.

BAHAGIAN C (ii)

Jawab soalan berikut berdasarkan petikan.1- Berikan maksud tunjang kerohanian dalam petikan.

[2 markah]

_____________________________________________________________________________________

2- Pada pendapat pengarang, apakah sikap negative ibu bapa yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja?

[4markah]

a)___________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________

b)________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________

3- Seandainya rakan sebaya anda terjebak dengan gejala social, apakah yang akan anda lakukan untuk menangani masalah tersebut?

[4markah]

a)___________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________

b)________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________

BAHAGIAN DLihat gambarajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kriteria remaja yang berakhlak mulia. Panjang karangan anda tidak melebihi 120 patah perkataan. Sila sediakan kertas kajang anda sendiri.

[20 markah]

BAHAGIAN EBerdasarkan cerpen Kasut kelopak Jantung berikan 5 persoalan yang terdapat dalam cerpen tersebut. [10 markah]1-

2-

3-

4-

5-

______________________________SOALAN TAMAT__________________________________________

SKEMA JAWAPAN

Bahgian A(i)

1. Perasaan sedih cuba saya selindungkan dengan tersenyum ketika bersama anak-anak.

2. Akan saya makan bubur kacang kegemaran saya ini sepuas-puasnya, beritahu Nora kepada rakannya.

3. Encik Bakri pergi ke luar Negara bersama keluarganya sejak dua minggu yang lalu untuk bercuti.

4. Lukisan mural yang cantik itu dilukis oleh pelajar sekolah tersebut dengan bimbingan guru Pendidikan Visual.

5. Pelbagai jenis kuih dan barang runcit ada dijual di pasar malam Kampung Muhibah.

6. Cikgu Diana menyuruh pelajarnya memasukkan putih telur ke dalam adunan kek sebelum dibakar.

7. Dalam perjalanan pulang ke kampung, kami membeli pisang goreng di gerai Abang Kassim.

8. Pokok-pokok kayu di tepi jalan itu telah di tebang oleh pekerja pekerja pihak berkuasa tempatan kerana menghalang pandangan pengguna jalan raya.

9. Jabatan Alam Sekitar akan bertindak tegas terhadap mana-mana syarikat yang membuang sisa toksik sesuka hati andainya keadaan memaksa.

10. Semua peserta di kehendaki mencari harta karun itu dengan berpandukan pada peta yang diberikan.

Bahagian A (ii)

1. Kusut2. Gugur3. Hangit4. Kekok5. KaburBahagian A (iii)

1. Walaupun2. Kerana3. Bahawa, jikalau4. Sewaktu

BAHAGIAN B

1. Mengamalkan nilai murni

2. Buruk sangka, menimbulkan fitnah, mengumpat, dan mencerca

3. Berita yang tidak menyenangkan jiran

4. Amalan budaya bertanya khabar

5. Bersikap ringan tulang

6. Mengganggu dan merosakkan hak jiran

7. Menggalakkan anak bersedekah

8. Mununjuk contoh yang baik

Bahagian c

1-membantu remaja agar mengelakkan diri daripada terjebak dengan kegiatan yang negatif

2- Masyarakat harus sedar bahawa masalah social adalah masalah kita bersama dan memerlukan penyelesaian yang bersepadu dan terancang.

3-memerlukan strategi menanganinya melalui pelbagai pendekatan yang proaktif termasuk pendekatan keagaamaan.

4-pegangan agama dan nilai kerohanian dalam kehidupan manusia.

5-ibubapa adalah model awal dan utama dalam pembentukan iman dan akhlak anak.

6-ibubapa menimbulkan persekitaran kekeluargaan dan teknik keibubapaan yang sihat and cemerlang.

7-pendekatan kaunseling dan nasihat.

8-segenap lapisan masyarakat harus bersatu padu dan mengaplikasikan pendekatan

9-perlu peka dan mememainkan peranan memastikan anak-anak tidak terjebak dengan gejala social.

10-remaja sendiri perlu mempunyai jati diri yang kuat untuk menentang sebarang unsure negatif

C (ii)1- rangkai kata membawa maksud factor utama jiwa seseorang

2-sikap negative ibu bapa menyumbang kepada keruntuhan akhlak ialah sesetenga ibu bapa mengabaikan dan tidak peduli pada perilaku dan akhlak remaja, maka dengan sendirinya akan lahirlah remaja bermasalah. Selain itu, mereka hanya suka member wang dengan beranggapan dengan memberi wang sudah cukup untuk anaknya hidup selesa. Akhir sekali, mereka tidak mempedulikan percampuran anak mereka dengan rakan sebaya mereka.

3-mengikut kesesuaian pelajar menjawab

BAHAGIAN D

MARKAH ISI 10 MARKAH SEKURANG-KURANGNYA 3 ISI

MARKAH BAHASA 10 MARKAH

PEMARKAHAN MENGIKUT KESESUAIAN ISI YANG DIBERIKAN PELAJAR

BAHAGIAN E

1- . Cabaran guru yang mengajar di kawasan pedalaman2. Kecekalan dalam menuntut ilmuu meskipun berkeadaan serba kekurangan.3. Kedaifan golongan miskin di luar bandar.4. Kesempitan hidup bukanlah balangan untuk menuntut ilmu5. Ketegasan guru dalam mendidik anak bangsa.6. Ingatan dan penghargaan terhadap jasa guruAmalan budaya bertanya khabar

Menunjukkan contoh yang baik

Mengganggu dan merosakkan hak jiran

Berita yang tidak menyenangkan jiran

Buruk sangka,menimbulkan fitnah,mengumpat dan mencerca

Mengamalkan nilai murni

Bersikap ringan tulang

Menggalakkan anak bersedekah

Melihat kepada scenario pada hari ini, jenayah yang merupakan implikasi daripada keruntuhan jiwa dan akhlak akan menyebabkan terlahirnya masyarakat yang melanggar norma-norma agama, dan masyarakat itu sendiri. Oleh itu, masalah keruntuhan akhlak remaja harus ditangani segera sebelum merebak menjadi masalah social dalam masyarakat. Mereka wajar membantu remaja agar mengelakkan diri daripada terjebak dengan kegiatan yang negatif. Masyarakat harus sedar bahawa masalah social adalah masalah kita bersama dan memerlukan penyelesaian yang bersepadu dan terancang. Untuk mengatasinya memerlukan strategi menanganinya melalui pelbagai pendekatan secara proaktif termasuk pendekatan keaagamaan yang merupakan tunjang kerohanian bagi setiap individu.

Apa yang pasti pentingnya pegangan agama dan nilai kerohanian dalam kehidupan manusia tidak dapat disangkal lagi. Agama memainkan peranan penting untuk memandu ahli masyarakat agar bertingkah laku sesuai dengan nilai, norma, dan pertimbangkan rasional kebanyakkan ahli masyarakat. Menurut Prof. Dr Sidek Baba, pendidikan iman dan akhlak pada prinsipnya berasaskan kepada dua faktor yang saling berhubung, iaitu faktor teladan dan pengaruh persekitaran. Hal ini demikian kerana antara naluri dan kecenderungan utama anak dalam proses pembelajaran ialah keinginan untuk meniru, mencontohi dan meneladani.

Ibu bapa ialah model awal dan utama dalam pembentukan iman dan akhlak anak. Bagi membolehkan ibu bapa mendidik dengan sempurna, mereka perlu berupaya serta menjadi teladan yang terbaik. Selain itu, ibu bapa harus bijak menimbulkan persekitaran kekeluargaan dan teknik keibubapaan yang sihat cemerlang dan mempraktikkan nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan seharian dalam membentuk keluarga harmoni. Kita tidak dapat menafikan sesetengah ibu bapa mengabaikan dan tidak peduli pada perilaku dan akhlak remaja, maka dengan sendirinya akan lahirlah remaja bermasalah. Bagi ibu bapa, dengan member wang sudah cukup untuk membuatkan anaknya hidup selesa. Golongan ini tidak peduli percampuran anak mereka dengan rakan sebaya mereka.

Pada masa yang sama, pendekatan kaunseling dan nasihat perlu juga nasihat bergerak seiring dengan nilai-nilai keagamaan sentiasa subur di sanubari anak-anak remaja. Hakikatnya, segenap lapisan masyarakat harus bersatu padu dan mengaplikasikan pelbagai pendekatan dalam menyelesaikan masalah gejala social ini. Setiap individu termasuk ibu bapa perlu peka dan memainkan peranan khususnya dalam memastikan anak-anak tidak terjebak dengan gejala social yang merosakkan masa depan mereka. Namun, yang lebih utama remaja sendiri perlu mempunyai jati diri yang kuat untuk menentang sebarang unsure negatif.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Menangani Gejala Sosial Generasi Muda,

oleh Hasbullah Mat Daud, Utusan Malaysia, 30 April 2008)

9