Soalan Hbef1503 Masyarakat Dan Tamadun
-
Upload
melissa-duncan -
Category
Documents
-
view
370 -
download
13
Transcript of Soalan Hbef1503 Masyarakat Dan Tamadun
-
8/12/2019 Soalan Hbef1503 Masyarakat Dan Tamadun
1/13
LATIHAN HBEF1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN.
TOPIK 1 : BUDAYA DAN MASYARAKAT
1. Jelaskan konsep berikut :
(a) Budaya.
Budaya itu suatu cara hidup yg dikongsi bersama yg merangkumi nilai2, kepercayaan danpantang larang yg diperturunkan dalam sesebuah masyarakat drpd satu generasi ke
generasi melalui proses pembudayaan.
(b) Tamadun
sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan
seperti sains dan teknologi, kesenian, kesusasteraan dan lain-lain yang tinggi, baik, halus
dan sopan ke arah pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti,
tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara
bangsa.
(c ) Kepelbagaian budaya
Kepelbagaian budaya ialah keadaan yang majmuk di mana semua rakyat hidup dalam
keadaan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, kebudayaan, kepercayaan,
agama dan sebagainya.
(d) Kejutan budaya.
Ketidakpastian dan kekaburan yg dialami seseorang apabila dia cuba bertindak dlm suatubudaya yg asing.
2. Jelaskan 4 ciri budaya dengan member contoh yg sesuai.
a) Budaya dikongsi
Budaya adalah sesuatu fenomena sosial yg dikongsi oleh sekumpulan ahli masyarakat. Ahli2
masyarakt yg berkongsi sesuatu budaya masing2 maklum ttg maksud sesuatu objek, idea atau
kelakuan dlm konteks budaya tersebut.
b) Budaya dipelajari
BUdaya tidak diwarisi secara genetik. Budaya dipelejari melaui interaksi sosial antara ahli2
masyarakat.
c) Budaya tidak kelihatan
-
8/12/2019 Soalan Hbef1503 Masyarakat Dan Tamadun
2/13
Budaya sebenarnya sudah sebati dgn jiwa kita sbg insane sosial. Kita tidk menyedari bhw
budaya sentiasa mempengaruhi tindak tanduk dn pemikiran kita krn ia telah menjadi tabiat yg
dilakukan secara automatik.
d) Budaya mempengaruhi proses2 biologi.
Sebagai insan biologi, kita semua mempunyai kehendak2 biologi yg sama.
Walaubagaimanapun, cara kita memenuhi kehendak2 tersebut bergantung kpd adat resambudaya kita sendiri.
3. Terangkan perbezaan budaya adaptif dan maladaptive.
Adaptif - budaya yg menyunbang kpdKelangsungan hidup manusia. Manusia mengawal dn menggunakan alam sekitar
utk memastikan manusia terus kekal hidup.
Maladaptifbudaya yg tdk menyumbang kpdKelangsungan hidup manusia.Budaya ini boleh membawa kpd kemusnahan dn
kehancuran sesuatu masyarakat.
4. Ada pendapat mengatakan budaya itu integrative. Jelaskan dgn mmberi contoh yg releven.
Budaya merangkumi pelbagai aspek yg saling berkait rapat antara satu sama lain sptekonomi, pendidikan, keluarga, agama, kerajaan,kepimpinan, teknologi, dn sebagainya.
Aspek2 ini saling mempengaruhi antara satu sma lain. Sekiranya terdapat perubahanmana2 aspek budaya, akan mencetuskan perubahan pada aspek2 yg lain.
Contoh : kemelesetan ekonomi akan menjejaskan budaya2 yg lain spt keluarga,pendidikan dn teknologi.
5. Pendapat ahli social antropologi mengatakan manusia adalah insane social. Huraikan
penyataan tersebut.
Manusia sbg insan social tidak mampu hidup bersendirian dn perlu bekerjasama dgnmanusia2 lain utk mncapai matlamatnya.
Topik 2 : PERKAHWINAN DAN KEKERABATAN
1.Terangkan maksud :
(a) Perkahwinan
Perkahwinan boleh ditakrifkan sebagai rentetan upacara adat yang memberikan
pengiktirafan rasmi kepada hubungan antara lelaki dan perempuan dewasa dalam sesebuah
keluarga.
-
8/12/2019 Soalan Hbef1503 Masyarakat Dan Tamadun
3/13
(b) Kekerabatan
Kekerabatan merujuk kepada hubungan-hubungan dalam masyarakat yang berdasarkan
pertalian darah atau perkahwinan
(c ) Sistem patrilineal
Dalam sistem ini, seseorang individu itu mempunyai susur galur kekerabatan melalui
bapanya, datuk sebelah bapa, dan seterusnya melalui lelaki sahaja.
(d) Sistem matrilineal
Dalam sistem keturunan matrilineal, seseorang itu tergolong di dalam kerabat ibunya.
Sistem ini terdiri daripada :
(a) Seorang wanita
(b) Adik-beradiknya
(c) Anak-anaknya
(d) Anak-anak saudara perempuannya
(e) Anak-anak kepada anak-anak perempuannya
2. Berikan 3 fungsi perkahwinan dlm system sesebuah masyarakat.
(a) Mengatur hubungan seksual di antara suami dan isteri.
(b) Membahagikan tugas di antara suami dan isteri (division of labour).
(c) Memastikan terbelanya kebajikan anak-anak.
3. Huraikan 3 pertimbangan ekonomi dlm perkahwinan.
(a ) Mas kahwin
Mas kahwin ialah bayaran yang diberikan oleh keluarga suami kepada keluarga isteri.
Lazimnya, mas kahwin dibayar dalam bentuk wang tetapi budaya-budaya lain turut
membayar mas kahwin dengan memberikan binatang peliharaan (biri-biri, kuda, lembu)
dan barangan (tikar, selimut, lembing dan barangan berharga dan berstatus).
.
(b) Bride service
masyarakat berskala kecil yang tidak mengumpul wang dan barangan, bride service
diamalkan di mana pihak lelaki menawarkan perkhidmatannya kepada keluarga
perempuan.Bride service biasanya diamalkan oleh masyarakat nomad yang mencari makanan dengan
berburu.
(c ) Dowry
dowry merupakan perpindahan barangan atau duit daripada keluarga isteri kepada pihak
keluarga suami. Dowry sentiasa dibekalkan oleh pihak isteri, tetapi penerima dowry
berbeza daripada budaya ke budaya. Dowry sering dikaitkan dengan masyarakat India
pada persepsi umum
-
8/12/2019 Soalan Hbef1503 Masyarakat Dan Tamadun
4/13
4. Bincangkan 3 kepentingan system kekerabatan dlm membantu manusia menyesuaikan diri
terhadap persekitaran sosialnya.
(a) Ia membataskan aktiviti seksual dan menentukan siapa boleh mengahwini siapa,
mengikut prinsip sumbang mahram atau incest taboo.SEMA
K(b) Ia menentukan bagaimana lelaki dan wanita seharusnya bekerjasama dan
membahagikan tugas.
(c) Ia menyediakan landasan untuk membesarkan anak-anak dengan baik.
(d) Ia menyediakan mekanisme untuk berkongsi harta benda dan barangbarang.
(e) Ia meluaskan rangkaian sosial seseorang dan ini membolehkannya meminta bantuan
dalam kesusahan.
TOPOK 3 : SISTEM PENGELUARAN
1.Jelaskan maksud berikut :
(a ) Ekologi
Ekologi merujuk kepada keseluruhan hubungan di antara sesuatu organisme dan
persekitarannya. Dalam konteks antropologi, organisme tersebut ialah manusia yang
berinteraksi dengan masyarakat (persekitaran sosialnya)untuk mendapatkan makanan dan
keperluan-keperluannya yang lain.
(b) Teknologi
Teknologi merujuk kepada sesuatu cara melaksanakan tugas menggunakan proses-prosesteknikal, ilmu pengetahuan dan peralatan.
(c ) Hortikultur
Hortikultur merupakan kegiatan menanam tumbuhan menggunakan peralatan mudah
(seperti cangkul) dan kawasan tanah yang kecil. Hanya tenaga manusia digunakan dalam
hortikultur; binatang, jentera, dan sistem pengairan tidak diperlukan.Teknik yang selalu
digunakan dalam hortikultur ialah pertanian pindah randah di mana hutan dibersihkan dan
dibakar
(d) Pastoralisme
Penternakan haiwan sbg sumber makanan. Berpindah randah utk mencari kwsan ragut (posture) Tidak bergantung sepenuhnya kpd ternakan, juga menjalankan bercucuk tanam dn
berdagang dgn kmpl lain.
Lembu mempunyai kepentingan dn makna social. Bkn shj sumber makanan, tetapi jgsbg mas kahwin, haiwan tebusan dn korban.
-
8/12/2019 Soalan Hbef1503 Masyarakat Dan Tamadun
5/13
2. Pembahagian tugas dalm masyarakat dpt memberi pengkhususan dn membantu dlm
meningkatkan ekonomi. Jelaskan 3 tahap pembahagian tugas.
a)Pengkhususan Jantina
Dalam antropologi, terdapat perbezaan yang nyata di antara tugas-tugas yang dilakukan oleh
lelaki dan wanita. Lazimnya, lelaki membuat kerja-kerja di luar rumah manakala wanita
membuat kerja-kerja di dalam rumah
b)Pengkhususan Umur
Pembahagian tugas juga dikhususkan mengikut kategori umur. Kanak-kanak biasanya
dikecualikan daripada tugas-tugas orang dewasa kerana mereka kurang kekuatan fizikal dan
ilmu pengetahuan.
c) Pengkhususan Peranan
Kemajuan teknologi membolehkan ramai orang memainkan peranan yang lebih khusus dalam
.masyarakat. masyarakat primitif mengamalkan kesepaduan mekanikal di mana ahli-ahlimasyarakat memainkan peranan yang sama, merasakan diri mereka setara dari segi sosial, dan
mengamalkan nilai-nilai tradisi dan kekeluargaan. Kemunculan masyarakat moden menyaksikan
perubahan daripada kesepaduan mekanikal kepada kesepaduan organik yang lebih berasaskan
pengkhususan peranan dan saling kebergantungan
3. Jelaskan perbezaan antara hortikulter dgn agrikultur.
Agrikultur berbeza dengan hortikultur kerana ia amat bergantung kepada tenaga haiwan dan
teknologi. Tidak seperti hortikultur, agrikultur banyak menggunakan teknologi seperti bajak
yang ditarik oleh haiwan, baja,sistem pengairan dan jentera moden. Teknologi canggih di sinimemastikan
bahawa pengusaha agrikultur mendapat hasil yang berlipat kali ganda berbanding dengan
petani yang terlibat dengan hortikultur.
TOPIK 4 : SISTEM KEPRCAYAAN DAN AGAMA
1 . Apakah yg anda faham ttg konsep agama.
Agama melibatkan kepercayaan kepada makhluk ghaib (tuhan, roh, semangat, dewa, jin,
makhluk halus). Semua ini tergabung di bawah konsep kuasa supernatural, yang boleh
menimbulkan perasaan-perasaan seperti misteri, gerun, takut dan hormat, serta dipercayai
boleh membantu manusia dalam kesusahan dan dalam keadaan yang tidak menentu.
2. Jelaskan perbezaan elemen2 yg terdapat dlm struktur agama berikut :
(a ) Kudus dn duniawi
Kudusmenggambarkan sesuatu yang luar biasa dan mempunyai kuasa supernatural yang
boleh menimbulkan rasa takut dan gerun. Duniawi mewakili perkara-perkara yang biasa
-
8/12/2019 Soalan Hbef1503 Masyarakat Dan Tamadun
6/13
dan sekular. Pembezaan di antara yang kudus dan yang duniawi berlaku secara simbolik. Ini
adalah kerana perlakuan agama banyak bergantung kepada perlambangan atau
simbolisme untuk mewakili suatu kewujudan yang ghaib dan mistik.
(b) Ritus dn doktrin
Doktrin merujuk kepada ajaran, falsafah dan ideologi sesuatu agama. Doktrin banyak
bersumberkan kitab-kitab suci seperti al-Quran, kitab Injil, kitab Taurat, Bhagavad Gita dan
sebagainya.
Rituspula menggariskan tatacara bagaimana agama itu diberikan wadahnya dalam bentuk
yang telah ditentukan. Ritus merupakan ekspresi luaran yang menzahirkan ajaran agama
melalui perbuatan yang simbolik.
Jika doktrin adalah sesuatu yang kita tidak nampak, tetapi ritus dapat disaksikan dengan mata
kasar.
(c ) Pengantara dn pengikut
Perantara merupakan golongan agamawan yang menduduki hirarki yang tinggi dan
istimewa dalam upacara keagamaan. Mereka ini merupakan p pakar ritus yang sentiasadirujuk oleh para pengikut kerana mereka dianggap mempunyai ilmu agama dan
seterusnya layak mengetuai upacara keagamaan.
Pengikut pula merupakan orang kebanyakan yang menurut ajaran atau doktrin yang
dibawa oleh seseorang perantara.
(d) Magis dn ajaran sesat
Magis boleh didefinisikan sebagai usaha yang dilakukan bagi menggunakan kuasa
supernatural atau semangat untuk mencapai sesuatu matlamat melalui perlakuan yangtelah ditetapkan. Magis memerlukan campurtangan bantuan luar untuk mencapai hasrat
yang diminta. Ini akan mengurangkan rasa gelisah dan rasa tidak yakin sewaktu melakukan
sesuatu tindakan.
Ajaran sesat merujuk kepada mana-mana kumpulan agama yang tidak diiktiraf oleh
masyarakat. Ini kerana kumpulan-kumpulan ini dianggap membawa ajaran yang telah
terpesong daripada akidah arus perdana. Biasanya kumpulan-kumpulan ini akan
mempermudahkan atau menolak terus amalanamalan agama arus perdana.
3. Jelaskan 4 fungsi agama dlm sesebuah masyarakat.
(a) Mengeratkan kesepaduan sosial dalam masyarakat
Agama membangkitkan semangat komuniti dalam diri sebagai ummah kepada satu
kumpulan sosial yang mempunyai kepentingan bersama. Dalam ertikata lain, agama
berperanan mengeratkan kesepaduan sosial di antara ahli-ahli masyarakat.
(b) Menjadi alat kawalan sosial
-
8/12/2019 Soalan Hbef1503 Masyarakat Dan Tamadun
7/13
Agama sering menekankan peraturan moral yang mengawal tingkah laku manusia. Peraturan
moral ini berasaskan pertentangan di antara unsur-unsur baik dan jahat.
(c) Menjadi alat untuk pendidikan
Agama juga memainkan peranan sebagai alat untuk pendidikan. Agama menyediakan
individu untuk melalui perubahan-perubahan dalam kehidupannya melalui ritus peralihan.
Ritus peralihan dilakukan untuk memberikan pengiktirafan kepada tahap peralihan dalam
hidup manusia. Pada masa yang sama, ritus ini turut menurunkan ilmu yang diperlukan
untuk memastikan kelangsungan sesuatu kumpulan.
(d) Menjadi sumber kosmologi sesuatu masyarakat
Kosmologi ialah model semesta yang menjelaskan kejadian manusia dan alam. Kosmologi
menjelaskan siapakah penghuni alamini dan menghuraikan bagaimana alam ini dicipta dan
diatur.
(e) Menghuraikan ketidakpastian
Alam ini penuh dengan perkara-perkara yang tidak pasti dan di luar kawalan kita. Keadaan
yang tak diduga menimbulkan masalah pemikiran dan mengganggu ketenteraman jiwa
kita. Agama menyediakan jawapan kepada permasalahan kehidupan kita melalui ajaran-
ajarannya yang terkandung dalam kitab-kitab suci.
TOPIK 5 : POLITIK DAN KAWALAN SOSIAL
1 . Jelaskan jenis2 organisasi politik berikut :
( a ) Masyarakat band (kumpulan)
Masyarakat kumpulan (band) terdiri daripada pengumpul makanan yang berpindah-
randah. Saiz mana-mana kumpulan bergantung kepada kaedahnya mengumpul makanan.
Lebih banyak makanan yang boleh dikumpul, lebih ramai ahli kumpulan boleh ditampung
pada sesuatu masa.
(b) Masyarakat suku (tribe)
Masyarakat suku (tribe) terdiri daripada pengeluar makanan (secara hortikultur atau
pastoral). Masyarakat suku agak sama dengan masyarakat kumpulan dalam pelbagaiaspek. Keduaduanya bersifat sama rata, dan mempunyai ketua tempatan tanpa
kepimpinan berpusat.
(c) Kerajaan ( chiefdom )
Kerajaaan (chiefdom) dikepalai oleh seorang ketua atau chief yang kadangkala dibantu
oleh badan penasihat. Apabila masyarakat kian berkembang, terdapat keperluan untuk
struktur politik yang lebih formal dan berkekalan. Tidak seperti masyarakat suku dan
-
8/12/2019 Soalan Hbef1503 Masyarakat Dan Tamadun
8/13
masyarakat kumpulan, ketidaksamaan sosial wujud di dalam kerajaan dari segi pangkat
dan status.
(d) Sistem Negara
Sistem negara adalah yang paling formal dan kompleks. Tidak seperti masyarakat
kumpulan dan masyarakat suku yang berteraskan hubungan persaudaraan, negara lebih
bersifat impersonal. Negara menawarkan perkhidmatannya kepada warga-warganya yang
menetap di bawah lingkungan
geografinya. Di antara fungsi-fungsi negara termasuklah mengumpul cukai, merekrut
askar untuk bala tentera, mentadbir organisasi-organisasi birokrasi, menggunakan
kekerasan untuk meleraikan konflik, dan sebagainya.
2. Autoriti sesebuah Negara bergantung kepada 2 asas. Jelaskan asas2 tersebut.
(a) Hak eksklusif untuk menggunakan kekerasan
Hanya negara sahaja yang memegang hak untuk menggunakan keganasan. Sesiapa sahaja
yang bersalah menggunakan keganasan secara haram akan dihukum oleh negara.Mekanisme seperti anggota polis dan angkatan tentera disediakan untuk memastikan
keselamatan negara daripada ancaman luaran atau dalaman.
(b) Ideologi
Kuasa tidak mencukupi untuk mengekalkan autoriti negara. Ideologi juga diperlukan untuk
meyakini rakyat bahawa pihak berkuasa berhak untuk mentadbir. Ini selalunya dicapai
melalui institusi-institusi seperti agama dan media massa.
3. Jelaskan 4 cara2 kawalan social formal dlm sesebuah kerajaan.
a ) Mut (Moot)
Mut (moot) merupakan cara meleraikan konflik dalam kebanyakan masyarakat di Afrika.
Mut merupakan pengemukaan kes secara tidak formal yang melibatkan litigan serta rakan-
rakannya atau saudara maranya. Secara amnya, mut cuba menyelesaikan permasalahan
domestik seperti penderaan isteri, salah faham akibat pembahagian harta pusaka, ataupun
hutang yang tidak dibayar. Mut sebenarnya bertujuan untuk mengintegrasikan pihak yang
bersalah kembali ke dalam komuniti dan memperbaiki hubungan di antara pihak-pihak yang
bertelagah. Hukuman biasanya tidaklah serius dan tidaklah begitu berat sehingga
memalukan pihak yang kalah.
b) Angkat Sumpah dan Ujian
Angkat sumpah merupakan pengisytiharan formal kepada kuasa ghaib yang segala yang
diucapkan ialah benar atau pihak yang mengangkat sumpah tidak bersalah. Angkat sumpah
biasanya diiringi dengan ritus seperti menghisap paip
perdamaian), bersumpah di atas kitab suci, dan sebagainya .
-
8/12/2019 Soalan Hbef1503 Masyarakat Dan Tamadun
9/13
-
8/12/2019 Soalan Hbef1503 Masyarakat Dan Tamadun
10/13
pusat, di mana mereka bertolak ansur antara satu dengan lain. Hubungan ini biasanya
terdapat dalam masyarakat majmuk.
(e) Amalgamasi
Hubungan ras dan etnik yang dicirikan dengan perkahwinan campur rentas sempadan ras
dan. Akibatnya terbentuk ras yang baru.
2. Bincangkan bagaimana hubungan etnik dpt membantu menjalinkan interaksi social manusia
dlm masyarakat majmuk.
3. Terdapat satu kelompok manusia yg mempunyai ciri2 warisan biologi dn fizikal yg berbeza
dgn kelompok lain. Bincangkan kategori manusia berikut :
(a) Kaukosoid (Caucasian)
Mereka yang berkulit putih, berambut perang, berbadan tinggi. Kumpulan ini ramai terdapat
di negara-negara Eropah dan Amerika dan dikatakn berasal dari kawasan Caucasus di timur
Eropah(b) Negroid (Negroid)
Mereka terdiri daripada kebanyakan penduduk benua Afrika yang berambut ikal, berkulit
hitam dan berhidung kemek .Istilah asal daripada perkataan Negro.
(c) Mongoloid (Mongoloid)
Mereka kebanyakannya menduduki kawasan Asia Timur dan dikatakan berasal dari benua
Asia tengah. Istilah ini adalah sempena dengan nama Mongolia, salah satu negara di Asia
tengah.
4. Jelaskan perbezaan berikut :
( a ) Ras dan etnik
ras merujuk kepada ciri-ciri fizikal dan biologi yang dimilikioleh sesuatu kumpulan manusia,
sementara etnik merujuk kepada ciri-ciri budaya yang dimiliki oleh sesuatu kumpulanatau
masyarakat. Ras adalah sesuatu yang telah ditentukan oleh faktor keturunan dan biologi,
sementara etnik adalah satu bentuk persepsi, sama ada oleh diri sendiri atau oleh orang lain
terhadap kita.
(b) Strata atas dan strata bawah
Strata atas
Biasanya dikategorikan sebagai kelompok dominan, superordinat, superior atau majoriti.
Strata bawah
Dikategorikan sebagai kelompok subordinat, inferior atau minoriti. Biasanya kelompok ras
dan etnik di strata bawah ini ditindas, dinafikan beberapa hak asasi serta didiskriminasikan
oleh kelompok yang menduduki strata atas.
-
8/12/2019 Soalan Hbef1503 Masyarakat Dan Tamadun
11/13
(c) Rasisme dan etnosentrisme
Rasismemerujuk kepada anggapan sesorang bahawa ras sendiri adalah lebih baik, iaitu lebih
superior, daripada ras orang lain.
Sementara etnosentrismepula merupakan kepercayaan bahawa unsur-unsur yang terdapat
pada budaya sendiri seperti agama, nilai, sikap dan amalan
budaya adalah lebih baik daripada yang dimiliki oleh kelompok-kelompok etnik lain.
5. Bincangkan 4 pola yg wujud dlm masyarakat berlainan ras dn etnik.
(a) Asimilasi
Dalam kebanyakan kes, kelompok etnik atau ras yang minoriti diasimilasikan ke dalam
kelompok etnik atau ras yang lebih besar. Asimilasi biasanya melibatkan asimilasi budaya di
mana kelompok minoriti menerima sebahagian besar daripada budaya kelompok majoriti.
(b) Pluralisme
Sesetengah golongan minoriti enggan menghilangkan identiti etnik atau rasnya kerana merekamempunyai kesedaran yang tinggi dan berbangga dengan warisan budaya ibunda mereka. Di
samping itu juga, kelompok dominan sanggup membenarkan malahan menggalakkan
kewujudan pelbagai budaya dalam masyarakat.
(c) Perlindungan undang-undang terhadap minoriti
Di dalam sesetengah negara, kumpulan minoriti dilindungi oleh undangundang
(d) Pemindahan penduduk
Dalam situasi di mana terjadinya konflik yang begitu hebat antara kelompok-kelompok ras dan
etnik, cara penyelesaiannya ialah dengan memindahkan kelompok ras dan etnik tertentu kekawasan lain.
6. Bincangkan 3 keadaan yg perlu utk menggunakan teori konflik dlm menganalisis sebab2
terjadi rasisme dn etnosentrisme.
(a) Mestilah terdapat dua atau lebih kelompok sosial yang dapat dikenal pasti melalui
perbezaan ciri-ciri fizikal dan budaya.
(b) Mestilah terdapat persaingan di antara kelompok-kelompok ke atas sumber-sumber yang
bernilai seperti kuasa, tanah atau pekerjaan.
(c) Mestilah wujud kuasa yang tidak seimbang di antara kelompok-kelompok, dalam erti kata
terdapat satu kelompok yang dominan yang mempunyai kuasa yang lebih kuat untuk
menafikan kelompok-kelompok lain hak ke atas sumber-sumber yang bernilai itu.
-
8/12/2019 Soalan Hbef1503 Masyarakat Dan Tamadun
12/13
TOPIK 7 : TAMADUN PURBA
1 . Jelaskan maksud :
( a ) Zaman prasejarah (prehistoric period)
Zaman prasejarah adalah satu zaman silam manusia sebelum wujudnya bukti-bukti
bertulis.
(b) Zaman neolitik
Zaman prasejarah akhir dikenali sebagai Zaman Batu Baru atau Zaman Neolitik. Bermula
sekitar tahun 7000 SM. Pada zaman inilah manusia mula menjalankan kegiatan pertanian
sebagai sumber utama makanan mereka selain daripada menternak haiwan. Bermulanya
kegiatan bercucuk tanam diiringi dengan pembinaan tempat tinggal yang lebih kekal dalam
bentuk perkampungan yang dibina berdekatan dengan punca air. Zaman ini dikenali
sebagai Zaman Evolusi Pertanian kerana bertukarnya corak hidup mereka daripada
memburu dan berpindah-randah kepada pertanian dan penempatan tetap.
2. Bincangkan 4 perbezaan antara manusia zaman prasejarah awal dgn zaman prasejarah akhir.
Ciri-ciri Prasejarah awl Prasejarah akhir
Tempat
tinggal
Tiada tempat yang tetap, hidup
secara nomad
Penempatan teratur, membina
bangunan
Pakaian Berasaskan kulit haiwan Berasaskan tekstil
Sumber bahan
mentah
Hasil buruan dan hutan Hasil tanaman, ternakan dan
perdaganganSumber
makanan
Buruan, tangkapan ikan dan
hasil
hutan; dimakan mentah
Pertanian dan penternakan;
makanan dimasak
Peralatan Rekaan kasar berasaskan batu;
satu alat pelbagai guna
Rekaan berasaskan batu yang
lebih halus; tercipta alat untuk
kegunaan khusus
Pemerintahan Tiada sistem pemerintahan
yang
jelas
Corak pemerintahan yang teratur
TOPIK 8 : TAMADUN BARAT
1 . Apakah yg anda faham ttg zaman Kebangkitan (Renaissance) dan bagaimana zaman ini
membawa pembangunan pesat diseluruh Eropah ?
Zaman renaissance merupakan satu sempadan antara zaman kegelapan dn pencerahandi Eropah.
-
8/12/2019 Soalan Hbef1503 Masyarakat Dan Tamadun
13/13
Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad dr pertengahan abad ke 14 shggaprtnghan abad ke 16.
Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak ke seluruh Eropah melaluiperkembangan intelektual dn pemikiran manusia.
Zaman kebangkitan ini membawa pembangunan yg cepat dn pesat. Timbul tema2 distinctive dlm politik, pendidikan,
kesusasteraan,pembinaan,kesenian,keagamaan, kehidupan social, muzik dn gaya hidup
Eropah.
Hasil drpd Renaissance telah membuka jalan kpd pelbagai aliran baru Eropah hinggaabad ke 18 spt Humanisme, rasionalisme, nasionalisme dn absolutism.
Renaissance telah membentuk masyarakat perdagangan yg berdaya maju.2. Bincangkan 4 nilai asas Tamadun barat.
Nilai-nilai asas tamadun barat adalah individualism, kegembiraan, hak (terutamanya hakasasi ), kapitalisme, sains dan teknologi.