soalan kertas 1

18
Arahan Am: Tiap-tiap soalan diikuti pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu pada kertas jawapan. Hitamkan ruangan yang sama dengan jawapan yang kamu pilih. Soalan 1 hingga Soalan 20 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. 1 "Ibu, duit _______ hilang," kata Umair kepada ibunya. A. kita B. kami C. saya D. mereka 2 Haji Shahrul Anuar bukan sahaja pemurah ___________ baik hati. A. dan B. tetapi C. manakala D. walaupun 3. Puan Salina____________ kurma ayam dan rendang daging untuk hidangan makan malam.

description

kertas 1

Transcript of soalan kertas 1

Page 1: soalan kertas 1

Arahan Am:

Tiap-tiap soalan diikuti pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu pada kertas jawapan. Hitamkan ruangan yang sama dengan jawapan yang kamu pilih.

Soalan 1 hingga Soalan 20

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 "Ibu, duit _______ hilang," kata Umair kepada ibunya.

A. kita

B. kami

C. saya

D. mereka

2 Haji Shahrul Anuar bukan sahaja pemurah ___________ baik hati.

A. dan

B. tetapi

C. manakala

D. walaupun

3. Puan Salina____________ kurma ayam dan rendang daging untuk hidangan makan

malam.

A. menggoreng                

B. memasak   

C. menjerang                  

D. memotong

Page 2: soalan kertas 1

4. Lukisan oleh pelukis tersohor itu berkisar ___________ keindahan Pulau Langkawi.

A. demi

B. tentang

C. terhadap

D. dari

5. Kakak menggunakan se __________ kain sebagai pembalut luka pada jarinya.

A. cebis

B. bentuk

C. lembar

D. Cucuk

6. Pihak kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas _______ asing yang

mendirikan petempatan setinggan.

A. didatangkan

B. kedatangan

C. mendatangi

D. pendatang

7. Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah

selesai ditayangkan.

A. riuh-rendah

B. gelap-gelita

C. porak-peranda

D. terang-benderang

Page 3: soalan kertas 1

Soalan 8 berdasarkan gambar dibawah.

8. Pakaian pengemis itu kelihatan _______________  sekali.

A. hodoh                  

B. lusuh                                

C. cantik                               

D. indah

10. Budak-budak itu__________ bertempiaran apabila ternampak lelaki gila itu menuju

ke arah mereka.

A. turun

B. duduk                         

C. tidur

D. lari

11. Kilang yang menghasilkan serunding segera itu menggunakan teknologi moden

untuk ______ daging.

A. diproses

B. terproses

C. pemproses

D. memproses

Page 4: soalan kertas 1

12.  Ada ramai ibu bapa yang datang bertemu dengan saya untuk mengikhtiarkan

masalah anak-anak mereka yang ___________ dan tidak mendengar nasihat

mereka.

A. gembira             

B. degil               

C. peramah                         

D. berahi

13. Kami sekeluarga menginap di _______________ itu semasa bercuti di Melaka.

A. rumah sakit

B. rumah tangga

C. rumah terbuka

D. rumah tumpangan

14. Rahayu petah bercakap dan bijak pula. _______, dia telah terpilih mewakili sekolah

dalam pertandingan syarahan peringkat Daerah Perak Tengah.

A. Oleh sebab itu

B. Padahal

C. Di samping itu

D. Lebih-lebih lagi

15. Tun Perak telah pergi ke Istana untuk____________Sultan.

A. berjumpa

B. menghadap

C. menemui

D. bertemu

Page 5: soalan kertas 1

16. Dua .................. filem digunakan untuk mengambil gambar perkahwinan Haziah.

A. lembar

B. keping

C. buah

D. gulung

17. “ ___________ daftarkan diri di sini dan ___________ beri perhatian semasa sesi

taklimat,” kata pegawai kepada semua peserta kursus itu.

A. Tolong …. Minta

B. Sila …. Tolong

C. Tolong …. Sila

D. Sila …. Minta

18. ________ tidak disangka bahawa Farid pandai memasak makanan tradisional

Melayu.

A. Amat

B. Terlalu

C. Paling

D. Sungguh

19. Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun

majalah kerana dia _______________.

A. buta hati

B. buta huruf

C. buta kayu

D. buta gaji

Page 6: soalan kertas 1

20Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok

seperti __________________________________ .

A. bumi dengan langit

B. aur ditarik songsang

C. pinang dibelah dua

D. ular kena palu

Soalan 21:

Pilih jawapan yang sinonim/sama erti dengan perkataan bergaris

21. Bunga mawar yang ditanam oleh emaknya di taman itu sedang mekar.

A. Layu

B. Hidup

C. Kuncup

D. Kembang

Soalan 23 :

Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat yang bergaris.

23. Misya telah bercadang melanjutkan pelajaran di luar negara pada tahun hadapan.

      A   Mengapakah Misya hendak belajar di laur negara pada tahun hadapan?

      B   Bilakah Misya hendak melanjutkan pelajaran di luar negara?

      C   Apakah cadangan Misya yang berada di luar negara pada tahun hadapan?

      D   Siapakah yang akan melanjutkan pelajaran di luar negara pada tahun hadapan?

Page 7: soalan kertas 1

Soalan 24:

Pilih jawapan yang antonim / berlawanan dengan perkataan bergaris

24. Negara itu mengalami musim tengkujuh pada awal tahun.

A. kemarau

B. banjir

C. dingin

D. luruh

Soalan 25:

Pilih penyataan yang sama maksud dengan ayat bergaris.

25. Pemuda itu dilanggar motosikal semasa dia hendak melintas jalan raya.

A. Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan

yangmembabitkan pejalan kaki dengan motosikal.

B. Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan

yangmembabitkan pejalan kaki dengan motosikal.

C. Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia terlanggar motosikal.

D. Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia dilanggar motosikal.

Page 8: soalan kertas 1

Soalan 26-27

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang bergaris dengan betul.

26.

I. Walaupun usianya agak lanjut dia masih gemar membaca.

II. Orang itu memerlukan keterangan lanjut tentang cara-cara mengisi orang

Amanah Saham Nasional.

III. Dia menyesal kerana lanjut cakap terhadap kedua orang tuanya.

IV. Pelajar itu telah terpilih untuk lanjut pelajarannya ke luar negeri.

A. I dan II

B. I, II dan III

C. II, III dan IV

D. I, II, III dan IV

27.

I. Gerhana matahari berlaku apabila bulan melindungi matahari.

II. Ayah akan mengirimkan perbelanjaan bulan bagi kami sekeluarga melalui pos.

III. Mengapakah Azila sudah beberapa bulan tidak datang ke sekolah?

IV. Setiap akhir bulan ayah menerima gaji daripada majikannya.

A. I dan II

B. II dan III

C. I, III dan IV

D. I, II, III dan IV

Page 9: soalan kertas 1

Soalan 28

Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat yang bergaris.

28 Nama lain untuk buah naga ialah buah pitaya.

A. Apakah nama lain untuk buah naga?

B. Bagaimanakah nama lain untuk buah naga?

C. Berapakah nama lain untuk buah naga?

D. Siapakah nama lain untuk buah naga?

Soalan 29 dan Soalan 30

Pilih ayat-ayat yang betul.

29

I. Pokok misai kucing sejenis herba yang banyak terdapat di Asia Tenggara.

II. Mereka telah membawa pulang herba ini kepada Eropah.

III. Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian sehingga 1.5 meter.

IV. Misai kucing dapat membantu menyingkirkan asid urik atas badan.

A. I dan III sahaja

B. I, II dan III sahaja

C. III dan IV sahaja

D. I, II dan IV sahaja

Page 10: soalan kertas 1

30

I. Itik ini sedia dipasarkan bila mencapai usia antara 11 minggu hingga 13 minggu.

II. Penternakan itik semakin berkembang di Malaysia.

III. Itik ini dibiakkan daripada induk yang diimport dari negara Perancis.

IV. Pengambilan makanan dan minuman pada peringkat ini semakin meningkat

A. I dan II sahaja

B. I dan III sahaja

C. III dan IV sahaja

D. II, III dan IV sahaja

Page 11: soalan kertas 1

Soalan 31 hingga soalan 35

Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Kak Siti pergi ke Perlis       

Membawa hadiahnya untuk rakannya

Bondaku tinggal jangan menangis

Anakanda pergi membawa nasibnya

Ibu kota berbangunan tinggi       

Dipenuhi dengan orang seberang    

Kekanda berangkat ditangisi   

Badan terbuang di rantau orang

Adik dijulang tinggi-tinggi           

Bersedia menyambut dengan tangan

Anakanda pergi bonda tangisi  

Alamat dagang mati beragan

Pisau dibeli sudah hilang

Gagal memotong ikan tenggiri   

Kalau berdagang ke tempat orang

Baik-baik membawa diri

31 Mengapakah anakanda ingin meninggalkan bondanya?

A. Kerana merajuk

B. Kerana dimarahi oleh bondanya

C. Kerana ingin merantau

D. Kerana bondanya tua

Page 12: soalan kertas 1

32 Apakah tujuan utama puisi ini ditulis?

A. Untuk membeli pisau

B. Untuk menyambut adik

C. Untuk menasihati anak yang akan pergi berdagang

D. Untuk mencerita bangunan tinggi

33 Semua pernyataan berikut adalah benar, kecuali

A. Anakanda pergi berdagang membawa nasibnya

B. Ibu negeri berbangunan tinggi       

C. Adik diangkat tinggi-tinggi  

D. Ikan tenggiri tidak berjaya dipotong   

34 Jika kamu sebagai bonda, bilakah waktu yang sesuai untuk memberi nasihat?

A. Semasa sibuk

B. Tengah malam

C. Sebelum berangkat

D. Sedang memasak

35 Apakah jenis puisi di atas?

A. pantun

B. sajak

C. gurindam

D. syair

Page 13: soalan kertas 1

Soalan 36 hingga Soalan 40

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Muadzam Jaya,

26700, Muadzam Shah

Pahang.

________________________________________________________________

Kelab Bahasa Melayu,

Sekolah Kebangsaan Muadzam Jaya,

26700, Muadzam Shah

Pahang. 3 Ogos 2011

Tuan,

Kebenaran Lawatan ke Zoo Negara

Perkara di atas dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami berhasrat mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Zoo Negara.

2. Pihak kami telah merancang mengadakan lawatan tersebut dengan tujuan mempelajari kehidupan haiwan secara langsung. Kami dapat melihat sendiri perlakuan, jenis makanan dan suasana haiwan dalam keluarganya.

3. Kami merancang mengadakan lawatan tersebut seperti maklumat di bawah:

Tarikh : 24 September 2011

Hari :Sabtu

Sasaran peserta : pelajar Tahun 4, 5, dan 6

Bilangan peserta : 35 orang

Bilangan guru : 4 orang

4. Kami berjanji akan menjaga nama baik sekolah dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan pihak Zoo Negara.

5. Kebenaran dan kerjasama Guru Besar sangat kami harapkan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

................................................................................

(MUHAMMAD RAZIN BIN MUHAMMAD HUSAIN)

Setiausaha Kelab Bahasa Melayu.

Page 14: soalan kertas 1

36 Surat di atas dihantar kepada .....................

A. Guru Besar

B. pelajar

C. ibu bapa

D. Zoo Negara

37 Apakah tujuan surat itu diutus?

A. Untuk memberitahu Guru besar tentang lawatan

B. Untuk meminta kebenaran bagi mengadakan lawatan.

C. Untuk menjemput guru menyertai lawatan

D. Untuk meminta sumbangan daripada pihak sekolah.

38 Semua pernyataan berikut adalah benar, kecuali

A. Pelajar tahun 5 layak menyertai lawatan ini.

B. Kelab berjanji akan mematuhi peraturan pihak sekolah sahaja.

C. Pelajar yang akan pergi mesti yang menjadi ahli kelab bahasa Melayu sahaja .

D. Lawatan ini akan diadakan sehari sebelum hari Ahad.

Page 15: soalan kertas 1

39 Siapakah yang layak menyertai lawatan ini?

A. Sudin berumur 9 tahun

B. Suriani, pelajar dalam tahun 6 Amanah

C. Zaitun yang berumur 11 tahun yang menjadi ahli kelab Bahasa Inggeris

D. Abang Muhammad Razin yang 3 tahun lebih tua daripadanya

40 Siapakah penulis surat ini?

A. Guru Besar

B. Setiausaha Kelab

C. Guru penasihat Kelab

D. Pengerusi kelab