Soalan Kh Pertukangan

download Soalan Kh Pertukangan

of 8

description

best

Transcript of Soalan Kh Pertukangan

Thursday, 24 March 2011Jenis Alatan Tangan Dan Fungsinya

Berikut merupakan pelbagai jenis alatan yang selalu kita dapati di dalam bengkel Kemahiran Hidup :Pembaris KeluliAlat ini digunakan untuk mengukur dan memindahkan ukuran. Selain itu, pembaris keluli juga digunakan untuk membina garisan lurus pada permukaan dan menguji kerataan permukaan.

Sesiku LAlat ini digunakan untuk membuat garisan lurus bersudut tepat, menguji kerataan, ketepatan. dan kepersegian.

Pita PengukurPita pengukur digunakan untuk menyukat dan menanda jarak dengan pisau atau pensel. Selain itu, alat ini berfungsi dalam menguji jarak di antara tanda-tanda dan menyelaraskan jarak tolok.

Apit GApit G digunakan untuk mengapit kayu ketika proses mengglukan dua kepingan kayu dan memegang kayu yang hendak digerudikan, dipahat, atau digergajikan. Alat ini juga digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja kayu untuk melindungi permukaan benda kerja yang diapit.

Ragum Kakak TuaAlat tangan ini digunakan untuk mengeluarkan paku, memotong dawai dan sebagainya. Saiznya adalah antara 125 mm hingga 300 mm.

Gergaji PutingGergaji puting digunakan untuk mengerat secara lurus semasa membuat tanggam seperti membuat puting dan lain-lain.

Gergaji BesiGergaji besi digunakan semasa memotong benda yang keras seperti batang besi.

Gergaji Lengkung HalusAlat ini digunakan untuk membuat lengkung yang sempit pada papan nipis.

Pahat Tepi SerongPahat jenis ini digunakan untuk membuat parit dan lurah tanggam serta meratakan dasarnya.

Kikir ParutKikir parut digunakan untuk mengikir dan membentuk hujung kayu. Saiznya ditentukan oleh panjang kikir dan gred mata pemotongnya.

Tukul Kuku KambingAlat ini digunakan untuk mengetuk paku dan mencabut paku.

Tukul WarringtonTukul jenis ini digunakan untuk mengetuk paku kecil di tempat yang sukar.

Penebuk PusatAlat ini digunakan untuk membuat lubang pandu di atas permukaan logam sebelum kerja menggerudi.

Pembenam Paku

Pembenam paku digunakan untuk membenam kepala paku panel di bawah permukaan kayu.

Gerudi Engkol

Gerudi engkol digunakan untuk kerja membuat lubang pada permukaan kayu dan papan.

Gerudi TanganAlat ini digunakan untuk membuat lubang di atas kepingan logam nipis dan papan yang nipis.

Mata Gerudi PintalMata gerudi pintal digunakan untuk membuat lubang.

Gerimit Gerimit digunakan untuk membuat lubang pandu sebelum memasukkan skru pada kayu (kayu nipis dan lembut).

Tolok SerongAlat ini digunakan untuk mengukur sudut samasa proses membuat tanggam.

Tolok PenandaTolok ini digunakan untuk menandakan garisan yang akan dipotong dengan gergaji atau pahat semasa membuat tanggam.

Pemotong PerspekPemotong perspek digunakan untuk memotong perspek.

Gandin KayuGandin kayu digunakan untuk kerja mengetuk dan membentuk kayu.

Gandin GetahGandin getah digunakan untuk mengetuk dan membentuk keluli.

VIDEO CONTOH-CONTOH ALATAN TANGANMARI KITA TONTON BERSAMA-SAMA!!!