Soalan KKP

download Soalan KKP

of 3

description

soalan KKP

Transcript of Soalan KKP

  • (OLL & dijanakan oleh komputer, tanda tangan tidak diperlukan )

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

    PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU (PPG)

    ( TUGASAN PROJEK)

    Program: PPG

    Nama Guru Pelatih :

    Tajuk Kursus : Guru dan Cabaran Semasa Kod Kursus : EDU3093

    Semester : 8

    Tarikh Mula : 08 FEBRUARI 2015

    Tarikh Hantar : 07 MAC 2015

    I. Hasil Pembelajaran Kursus :

    1. Mengenal pasti isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh guru.

    2. Membuat refleksi tentang cara-cara menangani isu dan cabaran semasa.

    3. Mengenal pasti tanda-tanda awal gangguan emosi murid serta langkah menanganinya.

    4. Mengenal pasti tekanan emosi guru serta langkah menanganinya.

    5. Menyesuai dan menyediakan diri dengan perubahan dalam bidang pendidikan.

    6. Menyediakan pelan tindakan untuk mengurus perubahan.

    Kerja kursus ini bertujuan menilai hasil pembelajaran 2, 3, 4, dan 5

    II. Objektif Projek:

    1. Menyediakan satu laporan lengkap berdasarkan hasil temubual dan pemerhatian

    terhadap satu isu dalam pendidikan.

    2. Menganalisis dan menilai punca-punca, tahap keseriusan dan kebimbangan sesuatu

    isu berdasarkan data, kajian dan maklumat yang sah

    3. Menghuraikan hujah cadangan dan langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah

    tersebut pada masa hadapan.

    4. Membuat rumusan yang konkrit dan secara ilmiah terhadap proses penambahbaikan

    berterusan dalam perkhidmatan perguruan.

  • III. Tugasan Projek (100%)

    Dunia pendidikan pada hari memegang tanggungjawab yang sangat besar bagi mencapai

    aspirasi negara ini. Namun begitu terlalu banyak cabaran yang perlu ditangani oleh guru.

    Sehubungan dengan itu para guru perlu bersedia dalam menangani cabaran ini. Antara

    cabaran dan isu guru-guru ialah:

    i. Gejala sosial ii. Integrasi nasional iii. Guru dan perundangan iv. Inovasi dalam pendidikan v. Tekanan emosi dalam kalangan guru vi. Tekanan emosi dalam kalangan murid

    A. Pengumpulan Data ( 30 %)

    1. Anda dikehendaki mendapatkan maklumat mengenai salah satu cabaran/isu

    yang dinyatakan di atas.

    2. Anda perlu menjalankan temubual kepada sekumpulan responden untuk melihat :

    i. Punca isu itu wujud

    ii. Tahap keseriusan/kebimbangan isu yang dipilih

    iii. Langkah-langkah yang telah diambil

    (Temubual yang dijalankan hendaklah dirakam dan anda perlu membuat transkripsi. Bahan

    tersebut dihantar bersama penulisan akademik anda)

    3. Selain temubual anda juga di minta mengumpul dan merekod maklumat, agar

    data yang diperolehi mempunyai bukti kukuh dan boleh dihujahkan.

    B. Penulisan Akademik ( 50 %)

    Berdasarkan data yang dikumpul di atas (A), bincangkan perkara-perkara berikut:

    i. Latarbelakang isu, pernyataan masalah, objektif penulisan dan persoalan kajian.

    ii. Penganalisisan dan persembahan data, maklumat dan sumber yang sah

    menggambarkan tahap keseriusan/kebimbangan isu tersebut.

    iii. Menganalisis dan menilai isu yang anda pilih itu terhadap sistem pendidikan hari

    ini.

    iv. Membahaskan hujah anda terhadap langkah-langkah penambahbaikan yang

    boleh dilakukan agar aspirasi pendidikan di Malaysia tercapai.

    C. Rumusan ( 20% )

    Berdasarkan penulisan ilmiah anda semasa melaksanakan tugasan A dan B di atas, anda

    dikehendaki membuat satu rumusan ilmiah yang merangkumi aspek-aspek berikut:

    i. Menganalisas isu, data dan maklumat yang dibahaskan memberi impak kepada

    tahap prefesionalisme keguruan

    ii. Mensintesis dapatan penulisan ini terhadap proses penambahbaikan mutu

    pendidikan negara.

    iii. Menilai tahap dan kualiti guru dalam peranan membangunkan nusa bangsa

    dalam konteks pendidikan di Malaysia

  • D. Panduan Pelaksanaan Projek

    1. Tugasan ini adalah dilaksanakan secara individu

    2. Anda digalakkan bergerak secara kolabotratif untuk mengumpul dan menganalisis data

    dan maklumat

    3. Format penyediaan tugasan adalah seperti berikut :

    i. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 11 Arial dan langkau

    baris 1.5.

    ii. Rujukan mengikut format American Psychological Association (APA)

    iii. Semua lampiran perlu disertakan antaranya: soalan temu bual, borang pemerhatian,

    hasil temubual , dan bahan-bahan lain yang berkaitan dengan tugasan anda.

    4. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

    5. Panjang tugasan keseluruhan lebih kurang 15-20 muka surat ( tidak termasuk lampiran dan rujukan) 6. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 50%.

    E. Tugasan yang baik harus menunjukan kriteria-kriteria berikut:

    1. Penguasaan kandungan/data/maklumat

    2. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi 3. Pemindahan Pembelajaran 4. Pengelolaan 5. Nilai Keguruan

    F. Kriteria Pentaksiran

    Tugasan ini akan disemak berdasarkan rubrik analitik pentaksiran yang disediakan.

    Tugasan disediakan oleh : Disemak oleh: (HAMDAN BIN ZAINAL AFUAD) Penyelaras Kerja Kursus Projek. Pakar Bidang (SME) Jabatan Ilmu Pendidikan Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKTI IPGKTI Disahkan oleh : (SALINA BINTI OMAR) Ketua Jabatan Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKTI.

    (OLL & dijanakan oleh komputer, tanda tangan tidak diperlukan )