Soalan Kuiz Modul 1

4
KOLEJ VOKASIONAL KUALA KLAWANG MODUL 1 (Penyiasatan Saintifik) KUIZ 1 NAMA:……………………………………………….……………………... KELAS:…………

description

Penyiasatan Saintifik

Transcript of Soalan Kuiz Modul 1

KOLEJ VOKASIONAL KUALA KLAWANG

KOLEJ VOKASIONAL KUALA KLAWANGMODUL 1 (Penyiasatan Saintifik)

KUIZ 1

NAMA:.... KELAS:

1 Dalam proses sains, bagaimanakah hipotesis yang dibentuk dapat diuji?

A Melakukan eksperimen

B Mengenal pasti masalah

C Membuat inferens

D Membuat kesimpulan

2 Antara berikut, yang manakah menerangkan maksud hipotesis dengan paling tepat?

A Hipotesis ialah suatu pernyataan tentang

hubungan antara pemboleh ubah

dimanipulasikan dan pemboleh ubah bergerak

balas

B Hipotesis ialah suatu pernyataan mengenai

penyiasatan yang kebenarannya telah dibuktikan

C Hipotesis ialah keputusan suatu penyiasatan

D Hipotesis ialah suatu tafsiran data yang

dikumpulkan semasa penyiasatan

3 Mengapakah penggunaan kaedah dan teknik harus dirancang sebelum memulakan suatu

penyiasatan saintifik?

A Untuk memastikan data yang dikumpulkan

adalah lebih tepat

B Untuk memudahkan pengumpulan data

C Untuk mengumpulkan data dengan lebih cepat

D Untuk menjalankan penyiasatan dengan mudah

4 Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang pemboleh ubah?

A Pemboleh ubah yang dimanipulasikan

merupakan pemboleh ubah tak bersandar

B Perubahan pemboleh ubah yang bergerak

balas ditentukan oleh pemboleh ubah yang

dimalarkan

C Pemboleh ubah yang bergerak balas

merupakan data yang dikumpulkan hasil

daripada aktiviti penyiasatan

D Pemboleh ubah yang dimalarkan ialah pemboleh

ubah yang ditetapkan semasa menjalankan

eksperimen5 Semasa merancang untuk suatu penyiasatan saintifik, perkara berikut dilakukan kecuali

A menyenaraikan semua bahan dan radas yang

sesuai digunakan

B menentukan cara mengawal pemboleh ubah

yang dimalarkan

C memilih seberapa yang banyak pemboleh ubah

yang dimanipulasikan

D menentukan cara untuk mengumpulkan data

6 Dalam suatu eksperimen yang mengkaji perhubungan antara ayunan ladung dan panjang benang, yang manakah dipadankan dengan betul?

benang

ladung

Pemboleh ubah yang

Pemboleh ubah yang dimalarkan dimanipulasikan

A Panjang tali ladungMasa

ayunan ladung

B Jisim ladung

Panjang

tali ladung

C Masa ayunan ladungBentuk ayunan

D Bentuk ladung

Masa1. Dalam penyiasatan saintifik terdapat beberapa kaedah yang perlu dilaksanakan. Sila lengkapkan kaedah tersebut mengikut urutan.

i) Kaedah 1: ..ii) Kaedah 2: ..iii) Kaedah 3: ..iv) Kaedah 4: ..v) Kaedah 5: ..vi) Kaedah 6: ..vii) Kaedah 7: ..viii) Kaedah 8:.2. Tandakan / jika pernyataan di bawah betul dan x jika pernaytaan di bawah salah.

3. Berikan 3 sikap&nilai murni yang perlu ada dalam menjalankan kajian santifik.i) ..

ii) ..

iii) ..

Mengenalpasti masalah

Membuat kesimpulan

Mengumpul & mentafsir data

Menjalankan penyiasatan

Merancang penyiasatan

Pembentukan hipotesis

Mengenalpasti pembolehubah

Menulis laporan

Semakin besar saiz balang gas, semakin lama lilin menyala dalam balang gas itu, adalah merupakan suatu contoh hipotesis

Mengumpulkan data, mencipta alat yang diperlukan, dan membuat inferens adalah langkah yang terlibat dalam kaedah saintifik

Semasa mengkaji kadar keterlarutan gula berlainan saiz dalam air, suhu dan isipadu air adalah pemboleh ubah yang harus dimalarkan

Meramal, memerhati, dan mensyukuri adalah kaedah saintifik yang dilakukan oleh saintis.

Y

X