SOALAN LAZIM BERKAITAN PBS SAINS KBSM TINGKATAN 2

3
SOALAN LAZIM BERKAITAN PBS SAINS KBSM TINGKATAN 2 1. Adakah guru boleh menggunakan DSP untuk pengajaran ? Tidak. Guru wajib menggunakan DSK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala DSP untuk pentaksiran. 2. Adakah buku teks dan buku latihan aktiviti boleh membantu dalam pelaksanaan PBS ? Ya, melalui aktiviti P&P dengan menggunakan buku teks dan buku latihan aktiviti. 3. Mengapakah LP tidak menyediakan instrumen penilaian untuk pentaksiran ? Standard Prestasi adalah penilaian berasaskan sekolah. Oleh yang demikian, instrumen penilaian hendaklah disediakan oleh guru yang mengajar murid tersebut bagi menentukan kesesuaian dan kebolehlaksanaannya. 4. Bagaimanakah guru menguruskan evidens dan instrumen selepas menjalankan pentaksiran? Guru perlu menyimpan dan mendokumenkan sebagai bahan bukti pentaksiran telah dilaksanakan pada murid berkenaan mengikut deskripter sehingga data berkenaan dimasukkan ke dalam SPPBS. 5. Adakah evidens terbaik yang disimpan dalam Fail Perkembangan Murid ( FPM ) mengikut pencapaian dalam setiap band atau hanya evidens dalam band tertinggi sahaja yang disimpan? Evidens terbaik daripada deskriptor tertinggi sahaja yang disimpan dalam FPM. Evidens bagi pencapaian band sebelum itu boleh diserahkan pada murid.

description

pbs

Transcript of SOALAN LAZIM BERKAITAN PBS SAINS KBSM TINGKATAN 2

Page 1: SOALAN LAZIM BERKAITAN PBS SAINS KBSM TINGKATAN 2

SOALAN LAZIM BERKAITAN PBS SAINS KBSM TINGKATAN 2

1. Adakah guru boleh menggunakan DSP untuk pengajaran ?

Tidak. Guru wajib menggunakan DSK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala DSP untuk pentaksiran.

2. Adakah buku teks dan buku latihan aktiviti boleh membantu dalam pelaksanaan PBS ?Ya, melalui aktiviti P&P dengan menggunakan buku teks dan buku latihan aktiviti.

3. Mengapakah LP tidak menyediakan instrumen penilaian untuk pentaksiran ?

Standard Prestasi adalah penilaian berasaskan sekolah. Oleh yang demikian, instrumen penilaian hendaklah disediakan oleh guru yang mengajar murid tersebut bagi menentukan kesesuaian dan kebolehlaksanaannya.

4. Bagaimanakah guru menguruskan evidens dan instrumen selepas menjalankan pentaksiran?

Guru perlu menyimpan dan mendokumenkan sebagai bahan bukti pentaksiran telah dilaksanakan pada murid berkenaan mengikut deskripter sehingga data berkenaan dimasukkan ke dalam SPPBS.

5. Adakah evidens terbaik yang disimpan dalam Fail Perkembangan Murid ( FPM ) mengikut pencapaian dalam setiap band atau hanya evidens dalam band tertinggi sahaja yang disimpan?

Evidens terbaik daripada deskriptor tertinggi sahaja yang disimpan dalam FPM. Evidens bagi pencapaian band sebelum itu boleh diserahkan pada murid.

6. Adakah instrumen dalam buku kerja atau buku latihan yang bertepatan dengan evidens dalam DSP boleh digunakan ?Boleh.

Page 2: SOALAN LAZIM BERKAITAN PBS SAINS KBSM TINGKATAN 2

7. Adakah perlu instrumen dalam buku kerja atau buku latihan difotostat dan disimpan dalam FPM ?

Sekiranya sekolah mempunyai kemudahan mesin fotostat, bolehlah evidens tersebut difotostat. Walau bagaimanapun, sekiranya proses ini membebankan kewangan sekolah guru hanya perlu membuat catatan dalam FPM merujuk kepada instumen tersebut . Contoh : “Sila rujuk Buku Latihan 1: muka surat 12 atau bil no. 6”.

8. Bilakah evidens murid boleh dilupuskan ?

Evidens murid bagi pentaksiran sekolah boleh diserahkan kepada murid tersebut setelah pencapaian Standard Prestasinya direkodkan dalam SPPBS.

9. Bagaimanakah hendak membuktikan kepada pihak yang memerlukan evidens berbentuk lisan?

Pihak berkenaan boleh melihat pencapaian murid yang direkodkan dalam SPPBS. Guru juga boleh meminta Ketua Panitia membuat pengesahan jika perlu.

10. Apakah yang perlu ada dalam Fail Showcase ( FS )?

FS adalah untuk menyimpan evidens murid yang terbaik dan terpilih dalam setiap deskriptor.

Catatan : Pihak sekolah dikehendaki menyediakan FPM dan FS pada peringkat sekolah dan kaedah pelaksanaannya tertakluk kepada Jawatankuasa sekolah (PBS) sekolah. ( Rujukan Surat siaran Bil 6, 2011- 15 September 2011- Lembaga Peperiksaan )

11. Bagaimanakah guru dan pihak sekolah mendapatkan maklumat berkenaan PBS ?

Guru dan pihak sekolah boleh mendapatkan maklumat PBS dengan melayari laman Lembaga Peperiksaan iaitu http:/www.moe.gov.my/lp atau http://apps.moe.gov.my/sppbs.

12. Bagaimanakah caranya pihak sekolah mengiktiraf kecemerlangan pencapaian murid melalui PBS bagi tujuan Hari Anugerah Kecemerlangan?

Page 3: SOALAN LAZIM BERKAITAN PBS SAINS KBSM TINGKATAN 2

Pihak sekolah boleh mengiktiraf kecemerlangan melalui pencapaian band tertinggi murid menerusi evidens terbaik dalam FS mengikut keputusan Jawatankuasa PBS.