SOALAN LAZIM DALAM ADUAN DAN PROSIDING TATATERTIB … · telefon kepada sekretariat majlis peguam...

2
SOALAN LAZIM DALAM ADUAN DAN PROSIDING TATATERTIB TERHADAP PEGUAM BELA DAN PEGUAM CARA 1. Berdasarkan apakah sesuatu kelakuan itu boleh diadukan? Suatu aduan boleh dibuat berdasarkan salah laku profesional atau kelakuan profesional yang dak memuaskan seseorang peguam cara. 2. Apakah yang dimaksudkan dengan salah laku profesional? Salah laku profesional mempunyai makna yang luas yang berkaitan dengan suatu kelakuan dan keadaan. Dengan senarainya boleh terus bertambah tetapi sebagai contoh ia termasuk perkara-perkara yang berikut:- (a) Curang/frod; (b) Melanggar Akta Profesion Undang-Undang 1976 (“APU”) dan mana-mana kaedah atau perintah yang terdapat di dalamnya; (c) Didapa bersalah atau dituduh dengan satu kesalahan yang serius; (d) Kegagalan mematuhi eka/kewajipan profesional; (e) Penyalahgunaan dana klien/kecurangan dalam hal kewangan; (f) Mengenakan fee yang ternyata melampau; (g) Melanggar tanggungjawab sebagai pemegang amanah; (h) Kelewatan yang melampau; (i) Kelakuan yang dak wajar; dan (j) Pengabaian kepenngan klien yang melampau 3. Apakah kelakuan profesional yang dak memuaskan ? Pada umumnya ia melibatkan satu kegagalan yang nyata oleh seorang peguam bela dan peguam cara untuk mencapai atau mengekalkan suatu tahap kecekapan dan ketekunan yang munasabah dalam amalannya. 4. Di mana dan bagaimanakah untuk mengemukakan suatu aduan ? (a) Suatu aduan boleh dikemukakan kepada Lembaga Tataterb Peguam Bela dan Peguam Cara (“LTPP”). Garis panduan berkaitan boleh diperolehi daripada LTPP, Ting. 8 & 9 Wisma Maran, 28 Medan Pasar 50050 Kuala Lumpur atau boleh dimuat turun daripada laman sesawang hp://www. asdb.org.my. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi LTPP melalui telefon di talian 03-2034 1911 atau e-mel kepada [email protected]; (b) Semua aduan meslah bertulis dan termasuk:- (i) Semua dokumen sokongan untuk mengesahkan tuduhan; (ii) Bayaran pentadbiran sebanyak RM100 (dak akan dikembalikan) Sumber: Akta Profesion Undang-Undang (Prosiding Tataterb) (Tribunal Penyiasatan dan Jawatankuasa Tataterb) Kaedah 1994). Dokumen sokongan termasuklah:- Buk pelankan peguam seper waran untuk berndak; Perjanjian tentang fee, buk pembayaran dan perbelanjaan (seper resit); Semua dokumen/surat-menyurat yang berkaitan tentang perkara utama yang diadukan; dan Penjelasan secara kronologi tentang semua rekod mesyuarat, panggilan telefon, rekod dokumen dan/surat-menyurat kepada dan/ atau daripada saksi pihak kega, senarai saksi yang berpotensi dan lain-lain (mana-mana yang sesuai). 5. Apakah LTPP? LTPP ialah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan bawah Seksyen 99(3) APU. Ia sebuah badan yang dipertanggungjawabkan dengan kuasa-kuasa untuk menjalankan prosiding tataterb peguam bela dan peguam cara, dan melaksanakan hukuman yang sesuai. 6. Adakah LTPP bawah Majlis Peguam ? (a) LTPP dan Majlis Peguam merupakan dua en yang berbeza dan berasingan yang ditubuhkan selaras dengan Seksyen 47 dan Seksyen 93 APU 1976; dan (b) LTPP dan MP merupakan badan yang dak berkaitan antara satu sama lain. LTPP yang bebas ini bagi memaskan ketelusan dan kebertanggungjawaban supaya ada pilih kasih dalam sebarang ndakan dan keputusannya. MP dak terlibat atau mengawal proses penyiasatan. 7. Apakah kuasa yang ada pada MP ? Kuasa-kuasa yang diberikan kepada MP seper yang termaktub dalam APU termasuk perkara-perkara yang berikut:- (a) Penggantungan sementara keahlian seorang ahli sehingga mendapat arahan Mahkamah Tinggi bawah Seksyen 88A APU 1976, iaitu sementara menunggu penyiasatan penuh oleh Jawatankuasa Tataterb; (b) Memulakan prosiding intervensi terhadap sebuah firma apabila terdapat sebab munasabah untuk mempercayai bahawa peguam bela dan peguam cara curang dalam amalannya; (c) Memulakan prosiding injunksi terhadap peguam yang gagal memperbaharui Sijil Annual/Sijil Amalan mereka untuk tahun semasa; dan (d) Menggantung peguam bela dan peguam cara yang muflis sementara menunggu kebenaran Majlis Peguam untuk mengembalikan semula keahliannya. 8. Apakah komposisi LTPP? LTPP terdiri daripada ahli-ahli yang berikut:- (a) Seorang pengerusi; (b) Yang Dipertua MP atau silihgannya; (c) 15 orang pengamal undang-undang yang sudah beramal dak kurang daripada 15 tahun. Sumber: Seksyen 93(3) APU 1976 9. Bagaimanakah LTPP menangani suatu aduan ? (a) LTPP akan mempermbangkan suatu aduan dengan menentukan sama ada terdapat merit terhadap isu sebagaimana yang didakwa. (b) Sekiranya terdapat merit tentang aduan itu, LTPP boleh memulakan perkara-perkara yang berikut:- (i) mengarahkan Jawatankuasa Tataterb (JT) untuk menjalankan satu penyiasatan rasmi; atau (ii) Mengeluarkan nos kepada peguam cara untuk hadir dan memberikan satu penjelasan di hadapan LTPP; dan (c) Sekiranya ada merit dalam aduan itu, LTPP akan menolak aduan tanpa satu pendengaran rasmi. 10. Apakah komposisi Jawatankuasa Tataterb (JT)? Tiga orang ahli; dua orang daripadanya meslah pengamal undang-undang dan seorang orang awam. Sumber: Seksyen 103A(2) APU 1976 11. Apakah peranan JT? (a) Menjalankan satu penyiasatan penuh dengan meneli buk bertulis yang berkaitan, dengan kehadiran pengadu, peguam bela dan peguam cara berkenaan serta saksi yang diarahkan untuk hadir (jika ada); (b) Bagi mencapai dapatan yang sesuai tentang liabili (bersalah) dan/atau hukuman untuk suatu kes itu dan memberikan dapatan/syor kepada LTPP. Sumber: Seksyen 103C APU 1976 12. Adakah LTPP terikat untuk menerima dapatan/syor JT? Tidak. Ia mungkin menerima, menambah atau membatalkannya atau yang mana yang difikirkan sesuai. Sumber: Seksyen 103D APU 1976 13. Adakah terdapat keperluan perwakilan peguam semasa pendengaran tataterb? Tidak, tetapi pengadu yang dak mahir dalam undang-undang dan prosedur-prosedur berkaitan dinasihatkan untuk melank seorang peguam cara pilihan mereka untuk memaskan bahawa hak-hak dan kepenngan mereka dilindungi sepanjang masa. Sumber: Kaedah 28 Profesion Undang-Undang (Prosiding Tataterb) (Tribunal Penyiasatan dan Jawatankuasa Tataterb) Kaedah 1994 14. Apakah kuasa menghukum yang ada pada LTPP? (a) Pembatalan nama peguam bela dan peguam cara daripada Daſtar Peguam Bela dan Peguam Cara (Daſtarai); (b) Penggantungan (untuk satu tempoh dak melebihi 5 tahun); (c) Mengenakan denda/penal; (d) Pencelaan/Amaran; dan (e) Pemulangan wang (kesesuaian situasi sesuatu kes). Sumber: Seksyen 100(8) APU 1976

Transcript of SOALAN LAZIM DALAM ADUAN DAN PROSIDING TATATERTIB … · telefon kepada sekretariat majlis peguam...

SOALAN LAZIM DALAM ADUAN DAN PROSIDING TATATERTIB TERHADAP PEGUAM BELA DAN PEGUAM CARA

1. Berdasarkan apakah sesuatu kelakuan itu boleh diadukan? Suatu aduan boleh dibuat berdasarkan salah laku profesional atau kelakuan profesional yang tidak memuaskan seseorang peguam cara.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan salah laku profesional?Salah laku profesional mempunyai makna yang luas yang berkaitan dengan suatu kelakuan dan keadaan. Dengan senarainya boleh terus bertambah tetapi sebagai contoh ia termasuk perkara-perkara yang berikut:-

(a) Curang/frod; (b) Melanggar Akta Profesion Undang-Undang 1976 (“APU”) dan

mana-mana kaedah atau perintah yang terdapat di dalamnya;(c) Didapati bersalah atau dituduh dengan satu kesalahan yang

serius; (d) Kegagalan mematuhi etika/kewajipan profesional;(e) Penyalahgunaan dana klien/kecurangan dalam hal kewangan;(f) Mengenakan fee yang ternyata melampau;(g) Melanggar tanggungjawab sebagai pemegang amanah;(h) Kelewatan yang melampau;(i) Kelakuan yang tidak wajar; dan(j) Pengabaian kepentingan klien yang melampau

3. Apakahkelakuanprofesionalyangtidakmemuaskan?Pada umumnya ia melibatkan satu kegagalan yang nyata oleh seorang peguam bela dan peguam cara untuk mencapai atau mengekalkan suatu tahap kecekapan dan ketekunan yang munasabah dalam amalannya.

4. Di mana dan bagaimanakah untuk mengemukakan suatu aduan ?(a) Suatu aduan boleh dikemukakan kepada Lembaga Tatatertib

Peguam Bela dan Peguam Cara (“LTPP”). Garis panduan berkaitan boleh diperolehi daripada LTPP, Ting. 8 & 9 Wisma Maran, 28 Medan Pasar 50050 Kuala Lumpur atau boleh dimuat turun daripada laman sesawang http://www.asdb.org.my. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi LTPP melalui telefon di talian 03-2034 1911 atau e-mel kepada [email protected];

(b) Semua aduan mestilah bertulis dan termasuk:-(i) Semua dokumen sokongan untuk mengesahkan

tuduhan;(ii) Bayaran pentadbiran sebanyak RM100 (tidak akan

dikembalikan)

Sumber: Akta Profesion Undang-Undang (Prosiding Tatatertib) (Tribunal Penyiasatan dan Jawatankuasa Tatatertib) Kaedah 1994).

Dokumen sokongan termasuklah:- • Bukti pelantikan peguam seperti waran untuk bertindak;• Perjanjian tentang fee, bukti pembayaran dan perbelanjaan (seperti

resit);• Semua dokumen/surat-menyurat yang berkaitan tentang perkara

utama yang diadukan; dan

• Penjelasan secara kronologi tentang semua rekod mesyuarat, panggilan telefon, rekod dokumen dan/surat-menyurat kepada dan/atau daripada saksi pihak ketiga, senarai saksi yang berpotensi dan lain-lain (mana-mana yang sesuai).

5. Apakah LTPP? LTPP ialah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan bawah Seksyen 99(3) APU. Ia sebuah badan yang dipertanggungjawabkan dengan kuasa-kuasa untuk menjalankan prosiding tatatertib peguam bela dan peguam cara, dan melaksanakan hukuman yang sesuai.

6. Adakah LTPP bawah Majlis Peguam ?(a) LTPP dan Majlis Peguam merupakan dua entiti yang berbeza

dan berasingan yang ditubuhkan selaras dengan Seksyen 47 dan Seksyen 93 APU 1976; dan

(b) LTPP dan MP merupakan badan yang tidak berkaitan antara satu sama lain. LTPP yang bebas ini bagi memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban supaya tiada pilih kasih dalam sebarang tindakan dan keputusannya. MP tidak terlibat atau mengawal proses penyiasatan.

7. Apakah kuasa yang ada pada MP ?Kuasa-kuasa yang diberikan kepada MP seperti yang termaktub dalam APU termasuk perkara-perkara yang berikut:-

(a) Penggantungan sementara keahlian seorang ahli sehingga mendapat arahan Mahkamah Tinggi bawah Seksyen 88A APU 1976, iaitu sementara menunggu penyiasatan penuh oleh Jawatankuasa Tatatertib;

(b) Memulakan prosiding intervensi terhadap sebuah firma apabila terdapat sebab munasabah untuk mempercayai bahawa peguam bela dan peguam cara curang dalam amalannya;

(c) Memulakan prosiding injunksi terhadap peguam yang gagal memperbaharui Sijil Annual/Sijil Amalan mereka untuk tahun semasa; dan

(d) Menggantung peguam bela dan peguam cara yang muflis sementara menunggu kebenaran Majlis Peguam untuk mengembalikan semula keahliannya.

8. Apakah komposisi LTPP?LTPP terdiri daripada ahli-ahli yang berikut:-

(a) Seorang pengerusi;(b) Yang Dipertua MP atau silihgantinya;(c) 15 orang pengamal undang-undang yang sudah beramal

tidak kurang daripada 15 tahun.

Sumber: Seksyen 93(3) APU 1976

9. Bagaimanakah LTPP menangani suatu aduan ? (a) LTPP akan mempertimbangkan suatu aduan dengan

menentukan sama ada terdapat merit terhadap isu sebagaimana yang didakwa.

(b) Sekiranya terdapat merit tentang aduan itu, LTPP boleh memulakan perkara-perkara yang berikut:- (i) mengarahkan Jawatankuasa Tatatertib (JT) untuk

menjalankan satu penyiasatan rasmi; atau (ii) Mengeluarkan notis kepada peguam cara untuk hadir

dan memberikan satu penjelasan di hadapan LTPP; dan

(c) Sekiranya tiada merit dalam aduan itu, LTPP akan menolak aduan tanpa satu pendengaran rasmi.

10. ApakahkomposisiJawatankuasaTatatertib(JT)?Tiga orang ahli; dua orang daripadanya mestilah pengamal undang-undang dan seorang orang awam.

Sumber: Seksyen 103A(2) APU 1976

11. Apakah peranan JT? (a) Menjalankan satu penyiasatan penuh dengan meneliti bukti

bertulis yang berkaitan, dengan kehadiran pengadu, peguam bela dan peguam cara berkenaan serta saksi yang diarahkan untuk hadir (jika ada);

(b) Bagi mencapai dapatan yang sesuai tentang liabiliti (bersalah) dan/atau hukuman untuk suatu kes itu dan memberikan dapatan/syor kepada LTPP.

Sumber: Seksyen 103C APU 1976

12. Adakah LTPP terikat untuk menerima dapatan/syor JT? Tidak. Ia mungkin menerima, menambah atau membatalkannya atau yang mana yang difikirkan sesuai.

Sumber: Seksyen 103D APU 1976

13. Adakah terdapat keperluan perwakilan peguam semasa pendengarantatatertib?

Tidak, tetapi pengadu yang tidak mahir dalam undang-undang dan prosedur-prosedur berkaitan dinasihatkan untuk melantik seorang peguam cara pilihan mereka untuk memastikan bahawa hak-hak dan kepentingan mereka dilindungi sepanjang masa.

Sumber: Kaedah 28 Profesion Undang-Undang (Prosiding Tatatertib) (Tribunal Penyiasatan dan Jawatankuasa Tatatertib) Kaedah 1994

14. Apakah kuasa menghukum yang ada pada LTPP? (a) Pembatalan nama peguam bela dan peguam cara daripada

Daftar Peguam Bela dan Peguam Cara (Daftarai); (b) Penggantungan (untuk satu tempoh tidak melebihi 5 tahun);(c) Mengenakan denda/penalti;(d) Pencelaan/Amaran; dan(e) Pemulangan wang (kesesuaian situasi sesuatu kes).

Sumber: Seksyen 100(8) APU 1976

15. ApakahperintahuntukpembatalandaripadaDaftarai?Ia merupaka satu perintah untuk membatalkan nama peguam daripada Daftarai peguam bela dan peguam cara. Perintah ini juga menghalang peguam daripada meneruskan amalan sebagai peguam bela dan peguam cara untuk satu tempoh yang tertakluk kepada perintah mahkamah untuk didaftarkan semula ke dalam Daftarai.

16. Apakah perintah peggantungan ? Ia merupakan satu perintah untuk menggantungan amalan seseorang peguam bela dan peguam cara untuk satu tempoh masa tertentu (tidak melebihi 5 tahun seperti yang tertakhluk di bawah APU 1976). Tempoh masa untuk penggantungan bergantung kepada keseriusan salah laku yang didakwa.

17. ApakahituarahanDenda/Penalti?Ia merupakan satu perintah mengenakan denda yang perlu dibayar kepada Tabung Tatatertib oleh peguam bela dan peguam cara berkenaan. Jumlah yang perlu dibayar bergantung kepada keseriusan salah laku yang didakwa.

18. Bolehkah arahan pengenaan denda dikuatkuasakan oleh LTPP?Ya. Denda yang perlu dibayar berdasarkan perintah LTPP boleh dianggap sebagai hutang yang tertunggak kepada LTPP dan boleh dituntut melalui tuntutan sivil.

Sumber: Seksyen 103(2) APU 1976

19. Apakah perintah celaan/amaran? Ia merupakan satu perintah yang mengenakan satu amaran untuk menghalang kemungkinan sebarang pengulangan salah laku seperti yang didakwa pada masa akan datang. Ini merupakan perintah yang paling ringan. Perintah ini pada asasnya direkodkan apabila LTPP secara munasabah berpuas hati dengan penjelasan atau langkah-langkah pemulihan yang diambil oleh peguam bela dan peguam cara yang berkenaan. Arahan ini biasanya dikenakan untuk salah laku yang kurang serius.

20. Apakah perintah untuk Pengembalian semula? Ia merupakan suatu perintah yang memerlukan peguam bela dan peguam cara membayar balik wang yang diperintahkan untuk dipulangkan kepada pengadu dalam tempoh masa tertentu.

Jika peguam bela dan peguam cara gagal untuk mematuhi perintah berkenaan, Pengadu boleh meneruskan tindakan untuk mendapatkan balik jumlah wang yang tertunggak dan yang dihutangi dalam mahkamah sebagai tuntutan sivil.

Sumber: Seksyen 100(10) APU 1976

21. Adakah terdapat ruang untuk merayu bagi menentang keputusan LTPP?

Pihak yang terkilan (sama ada pengadu atau peguam bela dan peguam cara) boleh mengemukakan satu rayuan kepada Mahkamah Tinggi menentang

keputusan LTPP dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pemberitahuan perintah berkenaan.

Sumber: Seksyen 103E(1) APU 1976)

22. Adakah terdapat cara untuk merayu?Rayuan boleh dibuat dengan mengemukakan usul pemula yang disertakan alasan rayuan serta disokong oleh satu afidavit.

Cara dan prosedur berkenaan dinyatakan dalam (Akta Profesion Undang-Undang (Prosiding Tatatertib) (Rayuan) Kaedah 1994).

23. Adakah LTPP atau MP menawarkan bantuan untuk melantikseorang peguam dan/atau menawarkan penasihat undang-undang?

LTPP atau MP tidak akan melantik seorang peguam cara dan/atau menawarkan nasihat undang-undang.

24. Adakah Pusat Bantuan Guaman MP menawarkan bantuan? Majlis Peguam tidak menawarkan bantuan dalam hal yang berkaitan dengan prosiding tatatertib.

25. Adakah LTPP mempunyai kuasa untuk menyiasat aduan terhadap seorangpeguamyangtelahdibatalkandaripadaDaftarai?

Sebaik sahaja seorang peguam dibatalkan daripada Daftarai, LTPP tidak lagi akan menyiasat sebarang aduan terhadapnya. Walau bagaimanapun, LTPP akan terus menerima aduan sedemikian tetapi aduan tersebut akan disimpan sahaja dan akan menyiasat aduan jika peguam bela dan peguam cara yang berkenaan didaftarkan semula dalam Daftarai.

26. Apakah kesan jika pengadu menarik balik aduan? LTPP akan mengemukakan aduan kepada MP untuk mempertimbangankan sama ada akan mencelah di dalam aduan itu. Contohnya, untuk menentukan sama ada terdapat merit dan meneruskan aduan itu.

Sumber: Kaedah 8 (Akta Profesion Undang-Undang (Prosiding Tatatertib) (Tribunal Penyiasatan dan Jawatankausa Tatatertib) (Rayuan) Kaedah 1994

27. Bagaimanakah untuk mengesahkan sama ada seorang peguam ialahseorangpengamalberdaftar?(a) Peguam bela dan peguam cara yang berhasrat untuk

menjalankan amalan undang-undang di Semenanjung Malaysia mesti berdaftar dengan Majlis Peguam dan wajib pada setiap masa memiliki Sijil Annual/Sijil Amalan semasa yang sah; dan

(b) Orang awam boleh mengesahkan sama ada seseorang itu seorang peguam bela dan peguam cara dengan melayari laman sesawang Majlis Peguam Malaysia di www.malaysianbar.org.my dan klik pada “Directories” atau membuat panggilan telefon kepada Sekretariat Majlis Peguam di talian 03–2050 2050.

COVERMAJLIS PEGUAM BAR COUN

CIL

MALAYSIA

MAJLIS PEGUAM MALAYSIABAR COUNCIL MALAYSIA

SOALAN LAZIM DALAM ADUAN DAN

PROSIDING TATATERTIB TERHADAPPEGUAM BELA DAN PEGUAM CARA

SOALAN LAZIM DALAM ADUAN DAN

PROSIDING TATATERTIB TERHADAPPEGUAM BELA DAN PEGUAM CARA