Soalan Peperiksaan Percubaan 22

download Soalan Peperiksaan Percubaan 22

of 15

description

sce 3113

Transcript of Soalan Peperiksaan Percubaan 22

  • BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 15 HALAMAN BERCETAK DAN 1 HELAI KERTAS SARANAN JAWAPAN

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Peperiksaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan

    PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PENDIDIKAN RENDAH) Semester 7

    PENYELIDIKAN TINDAKAN 1- SAINS(KAEDAH)

    NO. KOD : SCE3113 TARIKH:

    ANGKA GILIRAN: MASA : 2 jam 30 minit

    PUSAT :

    ARAHAN KEPADA CALON

    1. Buku soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A : 20 soalan objektif Bahagian B : 4 soalan struktur Bahagian C : 3 soalan esei

    2. Jawab semua soalan Bahagian A dan B dan dua soalan dalam Bahagian C

    3. Jawab soalan: Bahagian A pada kertas saranan jawapan yang disediakan. Bahagian B pada ruang yang disediakan dalam buku soalan. Bahagian C pada kertas jawapan yang disediakan.

    4. Semua kertas jawapan hendaklah diikat bersama-sama buku soalan dan diserahkan pada akhir peperiksaan.

    UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

    BAHAGIAN NO. SOALAN /MARKAH JUMLAH

    A (20 markah)

    1-20

    B (40 markah)

    1a 1b 2a 2b 3a 3b 4a 4b

    C (40 markah)

    1 2 3

    JUMLAH KESELURUHAN

  • NO.KOD : SCE3113

    2 SULIT

    BAHAGIAN A ( 20 markah )

    Jawab semua soalan dalam bahagian ini

    1. Penyelidikan tindakan berbeza dengan penyelidikan jenis lain kerana A data dianalisis untuk menjawab persoalan kajian. B data dikumpul oleh guru menggunakan kaedah sesuai.

    C laporan penyelidikan tindakan dijadikan bahan rujukan untuk guru lain . D penyelidikan dijalankan oleh guru sendiri untuk membaiki amalan

    dalam bilik darjah 2. Reka bentuk penyelidikan sangat bergantung kepada A sampel

    B minat penyelidik

    C objektif penyelidik

    D hipotesis penyelidikan

    3. Hubungan sesuatu fenomena dapat ditentukan dengan cara paling baik

    melalui A kajian korelasi

    B penyelidikan uji kaji

    C penyelidikan deskriptif

    D sebab-akibat perbandingan

  • NO.KOD : SCE3113

    3 SULIT

    4. Semasa menentukan masalah kajian tindakan, antara prinsip yang perlu diikuti ialah

    I masalah dinyatakan dalam bentuk persoalan dan boleh diuji secara empiris.

    II kaedah yang digunakan haruslah menghasilkan maklumat yang sah dan boleh dipercayai.

    III kajian yang dijalankan tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

    IV menumpukan perhubungan sekurang-kurangnya dua keadaan atau pemboleh ubah.

    A I dan II sahaja

    B II dan IV sahaja

    C II, III dan IV sahaja

    D I, III dan IV sahaja

    5. Refleksi pengajaran dan pembelajaran dalam kajian tindakan dilakukan bertujuan untuk

    I memahami kewujudan sesuatu masalah

    II menyelesaikan masalah kajian secara taakulan

    III memperihalkan permasalahan kajian secara lanjut

    IV mengetahui tahap keseriusan masalah yang hendak dikaji

    A I dan II sahaja

    B III dan IV sahaja

    C II, III dan IV sahaja

    D I, II, III dan IV sahaja

  • NO.KOD : SCE3113

    4 SULIT

    Untuk soalan 6- 8 Seorang penyelidik ingin mendapatkan data pelajar-pelajar disebuah sekolah berasaskan tujuh pemboleh ubah berikut

    Bil. Pemboleh ubah Bil. Pemboleh ubah

    I Jantina V Keturunan

    II Umur VI Sangat tidak bersetuju,tidak setuju,tidak pasti,setuju, sangat setuju

    III Lokasi tempat tinggal VII Markah ujian

    IV Pendapatan keluarga

    6. Pemboleh ubah jenis nisbah ialah

    A II dan IV

    B II dan VII

    C II,IV dan VI

    D II,IV dan VII

    7. Pemboleh ubah VI adalah pemboleh ubah jenis

    A ordinal

    B nominal

    C nisbah/ratio

    D interval/sela

    8. Manakah pemboleh ubah yang nilai sifarnya tidak mutlak ?

    A II sahaja

    B IV sahaja

    C VI sahaja

    D VII sahaja

  • NO.KOD : SCE3113

    5 SULIT

    9. Penyelidik yang kritis biasanya prihatin kepada aspek berikut ; A tidak menggunakan statistik

    B apa yang penyelidik ambil peluang

    C bagaimana penyelidikan itu dilaksanakan

    D mengamalkan kaedah penyelidikan yang beretika

    10. Manakah antara soalan kajian berikut mencerminkan penyelidikan berbentuk

    eksperimen? A Apakah ciri-ciri kejayaan kepemimpinan Guru Besar Sekolah Rendah?

    B Adakah ibu bapa memberikan lebih nilai sosial ? C Adakah penggunaan peta konsep dapat meningkatkan pencapaian?

    D Apakah hubungan tahap kolesterol antara orang yang makan sayur- sayuran dan orang yang makan daging ?

    11. Apabila peserta dalam sesuatu populasi mempunyai kebarangkalian yang

    sama untuk dipilih, maka persampelan yang digunakan ialah A persampelan sistematik

    B persampelan rawak biasa

    C persampelan rawak mudah

    D persampelan rawak berlapis

  • NO.KOD : SCE3113

    6 SULIT

    12. Faktor yang paling kritikal antara berikut menjadikan sesuatu hasil penyelidikan itu diragui.

    A Persampelan yang bias

    B Hipotesis yang tidak jelas

    C Penggunaan data nominal

    D Analisis statistik yang tidak jelas

    13. Hasil kajian boleh disebarkan kepada penggunaan umum secara berkesan melalui

    A seminar B hebahan

    C edaran pamplet

    D penerbitan jurnal

    14. Data-data kajian boleh dipungut dengan pelbagai cara, kaedah pungutan data yang paling sesuai bagi kajian kuantitatif ialah

    A temubual B soal selidik

    C temuramah.

    D pemerhatian

  • NO.KOD : SCE3113

    7 SULIT

    15. Kaedah pengumpulan data di bawah adalah sesuai untuk kajian tindakan.

    I Tinjauan

    II Soal selidik

    III Laporan jurnal

    IV Borang catatan temubual

    A I dan II sahaja

    B II dan IV sahaja

    C II, III dan IV sahaja

    D I, II dan III sahaja

    16. Kesahan sesuatu instrumen boleh ditentukan melalui A Kaedah Bahagi Dua B Kaedah Penentuan

    C Kesahan Kandungan

    D Kesahan Uji Semula

    17. Bibliografi berikut ditulis mengikut format American Psychological Association (APA).

    A Handy,C.T. 1989. The Age Of Unreason. London: Arrow Books, Ltd.

    B Handy,C.T. 1989. The Age Of Unreason. Arrow Books, Ltd: London.

    C Handy,C.T. The Age Of Unreason. London: Arrow Books, Ltd. 1989

    D Handy,C.T. The Age Of Unreason-1989. Arrow Books, Ltd: London.

  • NO.KOD : SCE3113

    8 SULIT

    18. Antara berikut yang manakah bukan kriteria dalam menentukan fokus kajian

    A kesahan

    B keserasian

    C kerelevanan D kebolehurusan

    19. Penulisan artikel penyelidikan perlu memenuhi standard untuk layak diterbitkan.

    Kriteria-kriteria yang perlu dipatuhi oleh penulis ialah;

    I Gunakan bahasa yang mudah difahami

    II Elakkan daripada memberi penjelasan yang terperinci.

    III Maklumat yang ditulis hendaklah releven dan bebas daripada ulangan

    IV Mohon semakan rakan sekerja yang profesional dan memberi cadangan untuk penambahbaikan.

    A I dan II sahaja

    B I, II dan III sahaja

    C I, II, III dan IV sahaja

    D I, II dan IV sahaja

  • NO.KOD : SCE3113

    9 SULIT

    20. Seminar adalah salah satu cara untuk menyebar luas data dapatan penyelidikan tindakan kepada warga pendidik.

    Antara berikut yang manakah faedah-faedah yang boleh diperoleh melalui sesi perbentangan penyelidikan ini ?

    I membaiki amalan kerja

    II memberi nilai tambah kepada vitae kurikulum

    III mengembangkan kerja penyelidikan dalam kalangan komuniti penyelidik tertentu.

    IV Sebagai publisiti untuk menyebarkan dapatan penyelidikan kepada golongan profesional

    A I, II dan III sahaja

    B I, II, III dan IV sahaja

    C II, III dan IV sahaja

    D I, III dan IV sahaja

  • NO.KOD : SCE3113

    10 SULIT

    BAHAGIAN B (40 markah)

    Jawab semua soalan di bawah. 1. Terdapat dua jenis pendekatan penyelidikan dalam pendidikan, iaitu

    pendekatan kuatitatif dan pendekatan kualitatif.

    (a) Apakah yang anda faham tentang pendekatan kuantitatif ?

    ________________________________________________________

    ________________________________________________________

    ________________________________________________________

    (2 markah)

    (b) Senaraikan empat perbezaan pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif.

    (8 markah)

  • NO.KOD : SCE3113

    11 SULIT

    2. a) Soal selidik kerap digunakan oleh seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan.

    Nyatakan tiga panduan dalam membina soalan soal selidik

    (i) ___________________________________________________

    ___________________________________________________

    (ii) ___________________________________________________

    ___________________________________________________

    (iii) ___________________________________________________

    ___________________________________________________

    (6 markah)

    b) Pemerhatian merupakan satu kaedah memungut data dalam kajian tindakan.

    Nyata dan jelaskan secara ringkas dua cara pemerhatian boleh dilakukan.

    (i) ___________________________________________________

    ___________________________________________________

    ___________________________________________________

    (ii) ___________________________________________________

    ___________________________________________________

    ___________________________________________________

    (4 markah)

  • NO.KOD : SCE3113

    12 SULIT

    3. Kajian tindakan yang dilaksanakan di sekolah bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

    a) Nyatakan empat model kajian tindakan yang selalu digunakan di

    sekolah. (i) ___________________________________________________ (ii) ___________________________________________________

    ( 4markah )

    b) Berdasarkan salah satu model di atas, jelaskan langkah-langkah berikut;

    (i) Merancang ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________

    (ii) Menilai ___________________________________________________ ___________________________________________________

    ___________________________________________________

    (iii) Mengubah suai pelan ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________

    ( 6markah )

  • NO.KOD : SCE3113

    13 SULIT

    4. (a) Cikgu Mazlan menggunakan pembilang untuk membantu muridnya menguasai kemahiran penambahan. Beliau hendak menjalankan suatu penyelidikan tindakan untuk melihat keberkesanan kaedah

    pengajarannya.

    Cadangkan empat cara yang sesuai untuk dia mengumpul data bagi kajiannya.

    (i) ___________________________________________________

    (ii) _________________________________________________

    (iii) ___________________________________________________

    (iv) ___________________________________________________

    (4 markah)

    (b) Triangulasi adalah satu pendekatan dalam penyelidikan yang menggabungkan lebih daripada satu srategi pengumpulan data.

    Nyata dan huraikan secara ringkas tiga jenis triangulasi.

    (i) ___________________________________________________

    ___________________________________________________

    ___________________________________________________

    (ii) ___________________________________________________

    ___________________________________________________

    ___________________________________________________

    (iii) ___________________________________________________

    ___________________________________________________

    ___________________________________________________

    (6 markah)

  • NO.KOD : SCE3113

    14 SULIT

    BAHAGIAN C (40 markah)

    Jawab mana-mana dua soalan berikut. 1. (a) Sepanjang menjalani praktikum 12 minggu di sekolah, anda

    dikehendaki membuat satu penyelidikan tindakan daripada satu isu atau masalah yang dihadapi.

    Nyatakan dan huraikan tujuan anda menjalankan penyelidikan.

    (12 markah)

    (b) Salah satu daripada ciri-ciri kajian yang baik ialah Menyatakan batasan kajian dengan jelas. Huraikan ciri-ciri batasan kajian dalam penyelidikan.

    (8 markah)

    2. Amalan refleksi daripada satu isu atau masalah yang dihadapi di bilik darjah

    sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Amalan tersebut diterjemahkan dalam bentuk penyelidikan.

    Berdasarkan kepada salah satu masalah pengajaran dan pembelajaran matematik, tulis satu ringkasan proposal kajian tindakan berasaskan kepada

    Pernyataan masalah

    Matlamat dan objektif

    Soalan kajian atau hipotesis

    metodologi

    ( 20markah )

  • NO.KOD : SCE3113

    15 SULIT

    3. Berikut adalah output analisis ujian t berpasangan melalui program SPSS bagi sebuah kajian tindakan yang telah dijalankan.

    Jadual 3(a) : Statistik Asas

    Min N Sisihan Piawai

    Ujian pra 37.17 35 24.781

    Ujian pos 73.03 35 19.979

    Jadual 3(b) : Statistik Korelasi

    N Korelasi Sig.

    Ujian pra & pos 35 .690 .000

    Jadual 3(c) : Statistiik Ujian t

    Perbezaan Pasangan (Paired Differences)

    t

    df

    Sig.(2-tailed) Min Sisihan

    Piawai Min Ralat

    Piawai

    Ujian pra - pos

    35.857 18.77 3.07 -11.670 34 .000

    Berikan interpretasi bagi tiga output hasil kajian di atas.

    (20 markah)

    @ Hak Cipta Kerajaan Malaysia