Soalan peperiksaan ting4 k1

3
1. Senarai berikut menunjukan Zaman Prasejarah - Zaman Paleolitik - Zaman Mesolitik Apakah ciri-ciri masyarakat zaman tersebut? I Memburu binatang II Hidup secara normad III Menternak lembu dan kambing IV Menjalankan aktiviti bercucuk tanam A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 2. Jadual berikut menunjukan penemuan Zaman Prasejarah Artifak Lokasi Belanga Tanah Jenderam Hilir, Selangor Apakah perkara yang boleh dikaitkan dengan penemuan tersebut? A Menghasilkan tembikar B Melahirkan Zaman Logam C Mengamalkan pengkhususan D Memperkenalkan system Barter 3. Istilah “tamadun” berasal daripada perkataan Arab. Apakah yang dimaksudkan dengan madana? A Tinggi budi bahasa dan pembukaan Bandar B Penggubalan undang-undang C Kemajuan lahiriah dan kehormatan D Ketinggian akhlak dan budipekerti

Transcript of Soalan peperiksaan ting4 k1

1. Senarai berikut menunjukan Zaman Prasejarah

- Zaman Paleolitik - Zaman Mesolitik

Apakah ciri-ciri masyarakat zaman tersebut?

I Memburu binatang

II Hidup secara normad

III Menternak lembu dan kambing

IV Menjalankan aktiviti bercucuk tanam

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

2. Jadual berikut menunjukan penemuan Zaman Prasejarah

Artifak Lokasi

Belanga Tanah Jenderam Hilir, Selangor

Apakah perkara yang boleh dikaitkan dengan penemuan tersebut?

A Menghasilkan tembikar

B Melahirkan Zaman Logam

C Mengamalkan pengkhususan

D Memperkenalkan system Barter

3. Istilah “tamadun” berasal daripada perkataan Arab. Apakah yang dimaksudkan dengan

madana?

A Tinggi budi bahasa dan pembukaan Bandar

B Penggubalan undang-undang

C Kemajuan lahiriah dan kehormatan

D Ketinggian akhlak dan budipekerti

4. Jadual berikut menunjukan lokasi tamadun awal dunia.

Tamadun awal Lokasi

Mesopotamia Lembah X

Mesir Purba Lembah sungai Nil

Indus Lembah Sungai Indus

Hwang Ho Lembah Sungai Hwang Ho

Apakah X?

A Sungai Zab

B Sungai Kuning

C Sungai Babylon

D Sungai Euphrates

5. Pernyataan manakah yang menerangkan dengan tepat Kod Undang-Undang

Hammurabi?

A Mengandungi 382 kod undang-undang yang dipahat pada tiang dan tembok

B Mengandungi 182 kod undang-undang yang dipahat pada tiang dan tembok

C Mengandungi 282 kod undang-undang yang dipahat pada tiang dan tembok

D Mengandungi 382 kod undang-undang dan ditulis diatas kulit haiwan

6. Andaikan anda seorang pedagang dalam tamadun Mesir Purba. Apakah barang dari

Mesir Purba yang akan anda eksport ke luar negara?

A Kertas dan tekstil

B Ubat-ubatan dan kayu

C Emas dan batu permata

D Hasil pertanian dan sutera

7. Apakah sumbangan tamadun Mesir Purba kepada ketamadunan manusia?

A Pembentukan empayar

B Pembinaan Bandar terancang

C Pengenalan undang-undang bertulis

D Penciptaan kertas

8. Kajian arkeologi menjumpai banyak tinggalan bandar terancang dalam Tamadun Indus.

Apakah keistimewaan bandar-bandar tersebut?

A Terdapat sistem kumbahan dan jalan raya yang lurus

B Berbentuk segi tiga

C Dikelilingi perkampungan petani

D Terhindar daripada bencana alam

9. Jadual berikut menunjukan era pemerintahan dalam tamadun Hwang-Ho.

Tempoh pemerintahan Dinasti

1766 – 1050 S.M Dinasti Shang

1050 – 256 S.M X

Apakah X

A Dinasti Hsia

B Dinasti Ming

C Dinasti Chou

D Dinasti Ching

10. Salah satu kepercayaan dan agama masyarakat Tamadun Hwang Ho ialah menyembah

Shang-Ti dan Tu. Apakah yang dimaksudkan dengan Shang-Ti?

A Mempercayai bahawa alam semesta ini ada penciptanya

B Dunia ini saling melengkapi antara Yin dan Yang

C Menyembah kepada Tuhan syurga

D Menyembah kepada Tuhan bumi

11. “The Art of War” merupakan karya daripada Sun Tzu. Apakah kepentingan karya

tersebut kepada masyarakat China hari ini?

A Mengatur strategi perniagaan

B Menjalankan peperiksaan awam

C Menerangkan kaedah peperangan

D Menjalan hubungan baik dengan alam