Soalan perbincangan

6
SOALANA-SOALAN PERBINCANGAN 1- Hang Tuah adalah seorang ahli diplomatik yang berjaya, sepertimana yang digambarkan di dalam Hikayat Hang Tuah. Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai bincangkan pendapat tersebut. 2- Hang Tuah adalah satu watak yang unik, sekap dan bijak. Ini dapat dibuktikan ketika beliau berhadapan dengan musuh-musuhnya. Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai buktikan kenyataan ini. 3- Hang Tuah adalah yang begitu kuat taat setianya dalam menjalankan perintah raja. Bincangkan pendapat ini seperti yang digambarkan di dalam teks Hikayat Hang Tuah. 4- Bendahara Paduka Raja digambarkan sebagai pentadbir yang cekap. Beri pendapat anda dan buktikan kenyataan ini. 5- Di dalam Hikayat Hang Tuah terdapat beberapa jenis senjata yang digunakan oleh masyarakatnya. Di antaranya termasuklah keris. Jelaskan peranannya seperti yang terdapat dalam Hikayat ini.

Transcript of Soalan perbincangan

Page 1: Soalan perbincangan

SOALANA-SOALAN PERBINCANGAN

1- Hang Tuah adalah seorang ahli diplomatik yang berjaya, sepertimana yang

digambarkan di dalam Hikayat Hang Tuah. Berdasarkan contoh-contoh yang

sesuai bincangkan pendapat tersebut.

2- Hang Tuah adalah satu watak yang unik, sekap dan bijak. Ini dapat dibuktikan

ketika beliau berhadapan dengan musuh-musuhnya. Berdasarkan contoh-contoh

yang sesuai buktikan kenyataan ini.

3- Hang Tuah adalah yang begitu kuat taat setianya dalam menjalankan perintah

raja. Bincangkan pendapat ini seperti yang digambarkan di dalam teks Hikayat

Hang Tuah.

4- Bendahara Paduka Raja digambarkan sebagai pentadbir yang cekap. Beri

pendapat anda dan buktikan kenyataan ini.

5- Di dalam Hikayat Hang Tuah terdapat beberapa jenis senjata yang digunakan

oleh masyarakatnya. Di antaranya termasuklah keris. Jelaskan peranannya seperti

yang terdapat dalam Hikayat ini.

6- Hang Tuah dikatakan seorang watak yang lebih mementingkan golongan feudal

daripada rakyat jelata, sedangkan Hang Jebat dianggap sebagai watak revolusioner

dengan memperlihatkan sikap lebih realistik dan optimis. Dengan contoh-contoh

yang sesuai huraikan kenyataan di atas.

7- Watak-watak wanita dalam Hikayat Hang Tuah lazimnya digambarkan sebagai

watak-watak yang lemah, pasif dan kurang berperanan. Namun begitu, gambaran

watak Tun Teja agak berbeza daripada kelaziman itu. Huraikan keistimewaan Tun

Teja kalau dibandingkan dengan watak-watak wanita lain.

Page 2: Soalan perbincangan

8- Huraikan dengan ringkas perhubungan antara Kerajaan Melaka dengan Kerajaan

Majapahit serta nyatakan perbezaan yang ketara di antara perwatakan Patih Gajah

Mada dengan Laksamana Hang Tuah di dalam Hikayat Hang Tuah.

9- Apakah yang awda fahami tentang epik? Bincangkan ciri-ciri epik dan

keberkesanannya dalam Hikayat Hang Tuah.

10- Hikayat Hang Tuah memaparkan beberapa watak bukan manusia. Watak-

watak ini telah mempengaruhi sebahagian besar perjalanan cerita teks tersebut.

Huraikan.

11- Sebagai wira, Hang Tuah di dalam Hikayat Hang Tuah dilebih-lebihkan

sehingga ada waktunya watak-watak lain diketepikan begitu sahaj. Bincangkan

pernyataan di atas.

12- Hikayat Hang Tuah banyak menampilkan unsure-unsur ajaib, fantasi dan luar

biasa. Jelaskan dengan mengemukakan contoh-contohnya sekali.

13- Hang Tuah adalah seorang watak yang diberi gambaran sebagai manusia luar

biasa sedangkan watak Bendahara Paduka Raja aalah watak manusia Melayu yang

bijaksana dan arif. Dengan mengemukakan conroh-contoh yang sesuai, bandingka

kedua-dua watak ini untuk membuktikan kenyataan di atas.

14- Dalam Hikayat Hang Tuah, watak Hang Tuah terlalu dibesar-besarkan

sehingga ada yang mengatakan Hang Tuah sebagai lambang kekuasaan dan

kebesaran Melaka. Bahaskan.

15- Ceritakan asal-usul keluarga Hang Tuah dan peristiwa yang berlaku sehingga

Hang Tuah dilantik menjadi biduanda istana.

Page 3: Soalan perbincangan

16- Hang Tuah memainkan peranan utama sebagai tokoh epik yng memiliki

keberanian luar biasa di dalam Hikayat Hang Tuah. Huraikan.

17.- Dalam Hikayat Hang tuah diceritakan tentang pertarungan antara Hang Tuah

dengan Hang Jebat yang memperlihatkan satu daripada ciri-ciri epik. Huraikan

ciri-ciri epik itu.

18. Berikan pendapat kamu yang boleh membuktikan bahawa Hikayat Hag Tuah

itu sebagai sebuah epik.

19- Sejauh manakah Hikayat Hang Tuah dapat digambarkan kesetiakawanan

masyarakat Melayu pada ketika itu? Jelaskan.

20- Apakah peristiwa yang membawa kepada perpindahan kerajaan Bentan ke

Melaka dan apa yang mula-mula dibuat oleh rajanya ketika sampai di Melaka.

21- Sebagai sebuah hasil sastera lama, Hikayat Hang Tuah tidak terkecuali

daripada pengaruh-pengaruh asing. Buktikan sokongan awda terhadap kenyataan

ini.

22- Hikayat Hang Tuah tidak dapat dikecualikan daripada nilai-nilai sejarah.

Bincangkan.

23- Bandingkan perwatakan Hang Tuah dengan Hang Jebat.

24- ‘Hang Tuah penyelamat negeri Melaka’

‘Hang Tuah pahlawan yang berjasa’

‘Hang Tuah teman setia raja’

‘ Hang Tuah ketua diplomat’

‘Hang Tuah penegak imej Melaka’

Buktikan sokongan awda terhadap cogan kata-coga kata di atas.

Page 4: Soalan perbincangan

25- Dalam Hikayat Hang Tuah terdapat beberapa peristiwa yang berunsur alegori

(perlambangan). Jelaskan beberapa contoh peristiwa sedemikian.

26- Unsur-unsur berperikemanusiaan seringkali diketepikan dalam Hikayat Hang

Tuah. Bangkang pendapat ini.

27- Dalam Hikayat Hang Tuah terdapat beberapa episod pengarang

menggambarkan keluarbiasaan watak utamanya. Berdasarkan kepada beberapa

peristiwa di dalam Hikayat ini, jelaskan ‘keluarbiasaan’ watak Hang Tuah tersebut.

28- Di dalam Hikayat Hang Tuah tercatat bahawa kerajaan Melaka menjalin

hubungan dengan kerajaan Majapahit. Huraikan permulaan dan berakhirnya

hubungan anatara kedua-dua buah kerajaan tersebut.

29- Hang Tuah sangat setia kepada raja berbanding Hang Jebat. Berikan pendapat

kamu tentang hal ini dengan memberikan alas an-alasan yang konkrit.