Soalan Periksa BM

11
SULIT 1 NAMA MURID : KELAS : SEKOLAH KEBANGSAAN TUAN SYED JAN AL-JAFFRI, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH. PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN TAHUN 5 30 Minit JANGAN BUKA MODUL INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas Soalan ini mengandungi 20 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu [ Lihat halaman sebelah] SULIT

description

ss

Transcript of Soalan Periksa BM

Page 1: Soalan Periksa BM

SULIT 1

NAMA MURID : KELAS :

SEKOLAH KEBANGSAAN TUAN SYED JAN AL-JAFFRI,

08000 SUNGAI PETANI,

KEDAH.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014

BAHASA MELAYU

PEMAHAMAN

TAHUN 5

30 Minit

JANGAN BUKA MODUL INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas Soalan ini mengandungi 20 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.

Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas

jawapan objektif yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.

Kemudian hitamkan jawapan yang baharu

Soalan 1 hingga 17

[ Lihat halaman sebelah]SULIT

Page 2: Soalan Periksa BM

SULIT 2

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Raja Iskandar bermusafir untuk mencari ilmu apabila baginda turun daripada ___________ dan mengisytiharkan diri baginda sebagai rakyat biasa.

A istana

B takhta

C mahligai

D balairung

2. “Zainab, tolong siapkan kerja ___________ dengan segera kerana ___________ perlu menghantarnya kepada cikgu hari ini juga,” kata Kassim.

A kamu … kita

B kami … saya

C kita … kami

D kalian … kamu

Soalan 3 berdasarkan gambar dibawah.

3. Batang joran yang digunakannya ___________ akibat tali pancing ditarik kuat oleh ikan.

A menegang

B melentok

C meliuk

D melentur

[ Lihat halaman sebelah]SULIT

Page 3: Soalan Periksa BM

SULIT 3

4. Pemain bola itu berjaya membuat tendangan yang ___________ gawang gol.

A melepasi

B melewati

C menepati

D membolosi

5. Fatin Nabihah dihormati oleh rakan-rakannya. ___________, dia ketua pengawas yang

berdedikasi

A Dengan itu

B Lebih-lebih lagi

C Oleh yang demikian

D Disamping itu

6. Abang melapangkan masa untuk membantu adiknya menyiapkan kerja sekolah.

Perkataan seerti bagi melapangkan ialah

A melepaskan

B meluangkan

C memberikan

D membesarkan

7. Daging kambing yang baru dikeluarkan dari peti sejuk itu masih beku.

Perkataan berlawanan bagi beku ialah

A likat

B lekat

C cair

D pekat

[ Lihat halaman sebelah]SULIT

Page 4: Soalan Periksa BM

SULIT 4

Soalan 8 dan 9

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

8. I “Cerah betul cuaca pada hari ini,” kata Azman.II Pemain yang berusia 20 tahun itu mempunyai masa depan yang cerah dalam sukan

bolingIII Kulit Farisha lebih cerah daripada kulit kakaknya.IV Air tasik itu kelihatan tenang dan cerah.

A II dan IIIB I, II, dan III

C II, III, dan IV

D I, II, III, dan IV

9. I Kita hendaklah membuka mata apabila mendengar nasihat orang lain.II Guru Besar membuka nasihat kepada murid-murid agar berusaha dengan tekun.III Beberapa orang anggota pengakap diminta supaya membuka simpulan yang telah

dibuat.IV Perusahaan yang dijalankan itu telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk

kampung yang belum bekerja.

A I dan IIB II dan III

C III dan IV

D I dan IV

10. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Mengapakah perlawanan badminton di dewan sekolah itu terpaksa ditunda?

A Perlawanan badminton itu ditangguhkan akibat gangguan bekalan elektrik.

B Perlawanan badminton yang dilangsungkan di dewan sekolah telah

ditamatkan.

C Perlawanan badminton itu diberhentikan sementara sehingga diberitahu kelak.

D Perlawanan badminton itu dilambatkan kerana dijalankan di dewan sekolah.

[ Lihat halaman sebelah]SULIT

Page 5: Soalan Periksa BM

SULIT 5

11. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Aini beransur-ansur pulih selepas dirawat di hospital pakar itu sejak sepuluh hari yang

lalu.

A Mengapakah Aini dirawat di hospital pakar itu?

B Bilakah Aini mula mendapatkan rawatan di hospital pakar itu?

C Bagaimanakah keadaan Aini selepas dirawat di hospital pakar itu?

D Apakah jenis penyakit yang dihadapi oleh Aini sehingga terpaksa dirawat di

hospital pakar?

Soalan 12 dan 13

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

12. Adi gembira mengikut Bahrim pulang ke kampungnya kerana dia berpeluang merasai

cara kehidupan kaum nelayan.

A Cara kehidupan kaum nelayan membuatkan Adi dan Bahrim gembira berada

di kampungnya.

B Adi gembira kerana berpeluang merasai cara hidup nelayan apabila mengikut

Bahrim pulang ke kampungnya.

C Adi gembira melihat kehidupan kaum nelayan di kampung Bahrim.

D Kaum nelayan berasa gembira mengikut Adi dan Bahrim pulang ke

kampungnya.

13. “Hujan lebat dan ribut petir dijangka berterusan hingga beberapa hari lagi,” kata

juruhebah radio itu.

A Juruhebah radio itu memberitahu bahawa hujan lebat dan ribut petir akan

berterusan hingga beberapa hari lagi.

B Juruhebah radio itu menyatakan bahawa hujan lebat dan ribut petir mungkin

akan berterusan hingga beberapa hari lagi.

C Juruhebah radio itu memaklumkan bahawa beberapa hari lagi hujan lebat dan

ribut petir akan berterusan.

D Juruhebah radio itu berterusan melaporkan bahawa hujan lebat dan rebut petir

akan melanda beberapa hari lagi.

[ Lihat halaman sebelah]SULIT

Page 6: Soalan Periksa BM

SULIT 6

Soalan 14 dan 15

Pilih ayat yang betul.

14. A Markah yang diberi oleh pengadil itu terlalu tinggi.

B Siti membaca majalah untuk mendengar radio.

C Lori yang membawa berguni beras itu terbabas.

D Nasi yang ditanak oleh kakak itu bukan hangit.

15. I Semua guru-guru sedang bermesyuarat di bilik guru.II Yang berbaju biru tua itu kakak ipar saya.III Nenek saying akan Shalin sepenuh-penuhnya.IV Pihak polis bergegas ke tempat itu apabila menerima panggilan telefon.

A I dan IIIB II, dan IV

C I, II, dan III

D II, III, dan IV

Soalan 16 dan 17

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai

16. Zainab amat disenangi oleh saudara-mara kerana ___________nya yang sopan.

A ramah mesra

B budi bicara

C air muka

D tutur kata

17. Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Kumaresan telah melupakan ibu

bapanya di kampung seperti _________________________.

A enau dalam belukar

B kacang lupakan kulit

C aur dengan tebing

D dakwat dengan kertas

[ Lihat halaman sebelah]SULIT

Page 7: Soalan Periksa BM

Matahari terlindung cuaca redup,

Budak bermain senangnya hati;

Ilmu itu pelita hidup,

Harus dicari sehingga mati.

Gembira sungguh di hari raya,

Tetamu datang tiada henti;

Kaya ada bermaca kaya,

Ilmu di dada paling bererti.

Segak mamu memakai kopiah,

Sambil tersenyum melayan tetamu;

Mencari ilmu bukannya payah,

Asalkan rajin tak kenal jemu.

Hati gembira apabila bertemu,Setelah lama asyik berjauhan;Membaca itu jambatan ilmu,Rajin bertanya luas pengetahuan.

SULIT 7

Soalan 18 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Dipetik dan diubah suaiDaripada laman sesawang

http://tatabahasabm.tripod.com/bank/set1.pdf

[ Lihat halaman sebelah]SULIT

Page 8: Soalan Periksa BM

SULIT 8

18. Apakah maksud baris ‘Ilmu itu pelita hidup’?

A ilmu dapat mencerahkan kehidupan manusia.

B pelita diperlukan semasa mencari ilmu.

C ilmu akan dibawa hingga ke mati.

D ilmu itu dapat menghidupkan pelita.

19. Menurut puisi di atas, sikap suka bertanya boleh

A menjadikan seseorang itu kaya dengan ilmu.

B membantu seseorang semasa membaca untuk mencari ilmu.

C menambah pengetahuan orang yang bertanya itu.

D menjadi jambatan ilmu kepada orang yang rajin membaca.

20. Tajuk yang paling sesuai bagi puisi di atas ialah

A Mari Berpuisi

B Faedah Ilmu

C Pantun Ilmu

D Ilmu Dalam Pantun

KERTAS SOALAN TAMAT

[ Lihat halaman sebelah]SULIT