Soalan permahaman

8
SOALAN PERMAHAMAN Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dan gariskan kata hubung yang terdapat dalam petikan. Fahmi : Aku dah kata Malik, tapi kau tak ambil peduli. Malik : Tapi Fahmi, kalau aku tak gagahkan tulang empat kerat ini, siapa lagi yang hendak suapkan anak dan isteriku. Fahmi : Ya benar, tapi kau pun tahu sekarang musim angin monsun timur laut. Malik : Jangan kau nak bersyarah di depanku Fahmi. Selama ini ada saudaraku yang ambil tahu susah senang kami sekeluarga? Lagipun masa aku keluar keadaan laut tenang sahaja. Fahmi : Aku kan ada Malik, bukan kau tak kenal aku. Sejak dari dulu lagi aku anggap kau sekeluarga sebagai saudaraku. Jika ada apa-apa kepayahan, kenapa kau tidak beritahu aku? Malik : Sebenarnya aku sekeluarga telah banyak menyusahkan kau selama ini. Yuran pendaftaran anakku, Musa di universiti dulu pun kau yang sediakan. Takkan perbelanjaan hariannya pun aku nak minta daripada kau. Fahmi : Tapi Malik, aku telah anggap Musa sebagai anakku sendiri, lagipun aku tiada anak. Kau jangan bimbang, mulai sekarang segala perbelanjaan Musa di universiti biar aku yang tanggung. Kau uruskan tiga lagi anakmu yang bersekolah rendah dan menengah itu. Malik : Terima kasih Fahmi, kaulah saudaraku dunia dan akhirat. Fahmi : Mujur Pasukan Polis Marin mempunyai bot pemecah ombak, kalau tidak entah apa yang akan berlaku semalam. Ingat, lain kali kalau nak ke laut, bawa aku sekali. Malik : Baiklah Fahmi, terima kasih sekali lagi. 1. Apakah pekerjaan Fahmi dan Malik? A Polis Marin B Nelayan C Petani D Penuntut universiti

Transcript of Soalan permahaman

Page 1: Soalan permahaman

SOALAN PERMAHAMAN Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dan gariskan kata hubung yang terdapat dalam petikan.

Fahmi

:

Aku dah kata Malik, tapi kau tak ambil peduli.

Malik : Tapi Fahmi, kalau aku tak gagahkan tulang empat kerat ini, siapa lagi yang hendak

suapkan anak dan isteriku.

Fahmi

:

Ya benar, tapi kau pun tahu sekarang musim angin monsun timur laut.

Malik : Jangan kau nak bersyarah di depanku Fahmi. Selama ini ada saudaraku yang ambil

tahu susah senang kami sekeluarga? Lagipun masa aku keluar keadaan laut tenang

sahaja.

Fahmi

:

Aku kan ada Malik, bukan kau tak kenal aku. Sejak dari dulu lagi aku anggap kau

sekeluarga sebagai saudaraku. Jika ada apa-apa kepayahan, kenapa kau tidak

beritahu aku?

Malik : Sebenarnya aku sekeluarga telah banyak menyusahkan kau selama ini. Yuran

pendaftaran anakku, Musa di universiti dulu pun kau yang sediakan. Takkan

perbelanjaan hariannya pun aku nak minta daripada kau.

Fahmi

:

Tapi Malik, aku telah anggap Musa sebagai anakku sendiri, lagipun aku tiada anak.

Kau jangan bimbang, mulai sekarang segala perbelanjaan Musa di universiti biar aku

yang tanggung. Kau uruskan tiga lagi anakmu yang bersekolah rendah dan

menengah itu.

Malik : Terima kasih Fahmi, kaulah saudaraku dunia dan akhirat.

Fahmi

:

Mujur Pasukan Polis Marin mempunyai bot pemecah ombak, kalau tidak

entah apa yang akan berlaku semalam. Ingat, lain kali kalau nak ke laut,

bawa aku sekali.

Malik : Baiklah Fahmi, terima kasih sekali lagi.

1. Apakah pekerjaan Fahmi dan Malik?A Polis MarinB NelayanC PetaniD Penuntut universiti

2. Berapa orangkah ahli keluarga Malik?A Enam orangB Empat orangC Tujuh orangD Lima orang

3. Apakah yang berlaku kepada Malik sehari sebelum perbualan di atas?

Page 2: Soalan permahaman

A Malik ditimpa kemalangan jalan raya.B Malik dilanda ombak besar ketika menangkap ikan di laut.b Malik dihalau oleh saudara maranya.D Malik diserang jerung ketika di laut.

4. Pernyataan yang manakah sesuai bagi menggambarkan kehidupan keluarga Malik dan Fahmi? A Fahmi sangat kaya, manakala Malik sangat miskin. B Mereka berdua sangat miskin. C Mereka adalah nelayan laut dalam yang kaya.D Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

5. Pernyataan berikut benar tentang Fahmi, kecualiA Fahmi tidak mempunyai anak.B Fahmi ialah sahabat baik Malik.C Fahmi ialah seorang pemborong ikan.D Fahmi ialah seorang yang budiman.

Page 3: Soalan permahaman

SOALAN PEMAHAMAN

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dan gariskan kata hubung yang terdapat dalam petikan.

Aku meletakkan beg sekolahku di atas pangkin bawah pokok mangga di depan rumah.Keringat masih lagi mengalir di dahi.Aku perhatikan sekeliling rumahku, tapi kelibat ayah belum kunampak. Mungkin ayah belum pulang lagi dari sawah. Sejak pemergian ibu setahun yang lalu, kerja ayah menjadi dua kali ganda. Anak padi sudah besar, tiada siapa yang akan mencabutnya untuk dipindahkan ke petak sawah."Din, baru balik?" tiba-tiba sahaja suara ayah mengejutkan aku dari arah belakang. "Maafkan ayah, Din. Ayah belum masak lagi," kata ayah sambil menunjukkan dua ekor ikan keli di tangannya."Tak apalah, ayah. Ayah pergilah mandi dulu, biar saya masak," kataku sambil membawa ikan keli itu menuju ke pintu dapur.Lepas sembahyang Zuhur nanti tugasku bermula. Tinggal dua petak sawah lagi yang belum kubajak. Lepas itu, bolehlah aku mengambil upah membajak sawah Pak Megat, Pak Talib dan Pak Said. Itulah punca pendapatan sampingan aku bersama dengan jentera kubota berenjin diesel.Pernah suatu hari aku suarakan cadangan supaya ayah mencari pengganti ibu, namun aku ditengkingnya. Bagi ayah, tiada sesiapa yang dapat menggantikan tempat ibu.Aku bertekad untuk meneruskan cita-citaku untuk menjadi seorang peguam seperti yang telah aku katakan pada ibu. Ibu…

1. Perkataan ‘keringat’ dalam petikan di atas bermaksudA tahi lalatB darahC peluhD jerawat

2. Apakah pekerjaan ayah penulis? A PesawahB Pekebun sayurC Pembajak sawahD Penoreh getah

3. Apakah punca pendapatan sampingan keluarga penulis?A Hasil jualan kuih

Page 4: Soalan permahaman

B Hasil jualan buah manggaC Hasil jualan padiD Hasil upah membajak sawah

4. Berikut ialah sikap yang ada pada diri ayah penulis, kecualiA PenyayangB BertanggungjawabC PenyabarD Suka menengking

5. Berikut ialah pengajaran yang boleh didapati daripada petikan di atas, kecualiA Kita mestilah bersabar menghadapi dugaan.B Kita hendaklah sentiasa menolong ibu bapa kita.C Kita hendaklah bekerja sambil bersekolah.D Kita hendaklah mempunyai cita-cita yang tinggi.

Page 5: Soalan permahaman

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dan gariskan kata

hubung yang terdapat dalam petikan.

Haikal, John dan Leong bersahabat baik semenjak kecil lagi. Mereka hidup sekampung

dan bersekolah di sekolah yang sama. Ketiga-tiganya murid Tahun Enam. Mereka

sentiasa berlumba-lumba dalam pelajaran. Masing-masing ingin menduduki tempat

teratas dalam kelas. Dalam Peperiksaan Percubaan UPSR tempoh hari, ketiga-tiganya

mendapat 4A. Di dalam kelas mereka, John muncul pelajar terbaik bagi mata pelajaran

Bahasa Melayu, manakala Leong mendapat markah tertinggi bagi Bahasa Inggeris.

Haikal pula mendapat 100 peratus dalam Matematik. Guru kelas mereka sungguh

bangga dengan pencapaian ketiga -tiga muridnya yang juga menjadi anak emas

sekolah mereka itu. Walaupun mereka saling berlumba dalam pelajaran, mereka tidak

bermusuhan antara satu sama lain. Malah, mereka saling membantu dalam

menghadapi apa juga keadaan.

Mereka belajar bersama-sama, bermain bersama-sama dan jika timbul masalah,

mereka akan cuba menyelesaikannya secara muafakat. Di kampung, mereka terkenal

sebagai budak-budak yang ringan tulang. Orang kampung juga sangat suka kepada

mereka kerana mereka juga ringan mulut. Mereka rajin menolong

ibu bapa dan juga sentiasa bersedia membantu orang kampung. Apabila berselisih

dengan orang lain, mereka tidak pernah masam muka, sebaliknya menegur orang itu

dengan ramah.

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dan gariskan kata hubung yang terdapat dalam petikan.

Page 6: Soalan permahaman

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Puan Hajah Bibi Maria

Hussain, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan Selangor (SATU), guru-guru dan

rakansekalian. Selamat pagi diucapkan.Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan jutaan

terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan ucapan dalam majlis yang

mulia ini. Saya bagi pihak murid-muridsekolah ini mengucapkan “Selamat Hari Guru”

kepada semua guru di sekolah ini.

Hadirin sekalian,

Sempena dengan hari yang mulia ini, kami mengucapkan ribuan terima kasih

kepadaguru-guru yang telah banyak berjasa kepada kami. Kami amat menghargai jasa

yang telah dicurahkan oleh guru sekalian. Para gurulah yang telah mencelikkan kami

daripada dunia kejahilan. Guru bukan sahaja memberi ilmu pengetahuan kepada kami

malah telah membentuk peribadi kami supaya menjadi manusia yang berguna pada

masa hadapan. Bimbingan yang diberikan sememangnya tidak dapat dinilai dengan

wang ringgit.Berbekalkan didikan dan ilmu yang diberikan oleh guru itulah kami akan

menempuh liku-liku hidup pada masa depan. Kami tahu bahawa tidak mungkin semua

harapan yang disandangkan pada bahu kami akan menjadi realiti, namun kami berjanji

akan berusaha sedaya upaya. Ini untuk diri kami sendiri, sekolah, masyarakat dan juga

negara yang tercinta.

Hadirin sekalian,

Kami percaya guru-guru menghadapi pelbagai kesusahan atau kesulitan semasa

mengajardan mendidik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Maklum sahajalah

ada antara kami yang degil, nakal, malas dan bersikap tidak menghormati guru. Namun

Page 7: Soalan permahaman

begitu, guru terus mendidik kami dengan penuh kesabaran.Oleh itu, pada hari yang

mulia ini kami memohon kemaafan daripada guru-guru. Kami akan cuba belajar lebih

tekun dan mematuhi nasihat guru.Akhir kata, sekali lagi kami mengucapkan terima

kasih dan “Selamat Hari Guru”.Sekian.