Soalan Pmr 2008

6
1 SULIT 02/2 Bahagian A(i) – Ringkasan [20 markah] Berdasarkan petikan di bawah, tulis sebuah ringkasan tentang amalan- amalan baik dalam pemakanan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Makanan yang berkhasiat dan seimbang penting kepada semua orang. Hal ini demikian kerana kita memerlukan tenaga untuk aktiviti fizikal. Kita juga akan lebih cergas menjalani aktiviti harian. Amalan pemakanan dan kesihatan mempunyai kaitan yang rapat. Kesihatan tubuh badan bukan sahaja dipengaruhi oleh makanan yang seimbang dan berkhasiat semata-mata malah corak dan amalan pemakanan sehari-hari turut memberikan kesan yang besar. Makan dalam keadaan selesa dan tenang merupakan tabiat yang baik. Selain itu, kita perlu makan pada masa yang sesuai. Kegagalan berbuat demikian akan mempengaruhi kesihatan seseorang. Kebanyakan kita beranggapan bahawa aspek pengambilan makanan merupakan suatu perkara yang tidak penting. Sebenarnya, kita mesti memastikan bahawa jadual makan perlu teratur dan kita wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat. Kegemukan atau obesiti merupakan kesan daripada sikap tidak mengawal makan. Makan setelah kita berasa lapar seharusnya menjadi amalan. Ibu bapa harus menanam sikap tersebut ketika anak-anak masih kecil lagi. Kita perlu mengambil sayur-sayuran hijau dan buah- buahan untuk memastikan bahawa kita mengamalkan diet seimbang. Ada dalam kalangan kita pula yang menggemari makanan yang telah diproses seperti mi segera dan makanan dalam tin. Makanan seperti ini kurang zatnya kerana telah melalui tempoh masa yang lama dan juga mengandungi bahan 02/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT

Transcript of Soalan Pmr 2008

Page 1: Soalan Pmr 2008

1SULIT 02/2

Bahagian A(i) – Ringkasan[20 markah]

Berdasarkan petikan di bawah, tulis sebuah ringkasan tentang amalan-amalan baik dalam pemakanan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.

Makanan yang berkhasiat dan seimbang penting kepada semua orang. Hal ini demikian kerana kita memerlukan tenaga untuk aktiviti fizikal. Kita juga akan lebih cergas menjalani aktiviti harian. Amalan pemakanan dan kesihatan mempunyai kaitan yang rapat. Kesihatan tubuh badan bukan sahaja dipengaruhi oleh makanan yang seimbang dan berkhasiat semata-mata malah corak dan amalan pemakanan sehari-hari turut memberikan kesan yang besar. Makan dalam keadaan selesa dan tenang merupakan tabiat yang baik. Selain itu, kita perlu makan pada masa yang sesuai. Kegagalan berbuat demikian akan mempengaruhi kesihatan seseorang.

Kebanyakan kita beranggapan bahawa aspek pengambilan makanan merupakan suatu perkara yang tidak penting. Sebenarnya, kita mesti memastikan bahawa jadual makan perlu teratur dan kita wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat. Kegemukan atau obesiti merupakan kesan daripada sikap tidak mengawal makan. Makan setelah kita berasa lapar seharusnya menjadi amalan. Ibu bapa harus menanam sikap tersebut ketika anak-anak masih kecil lagi.

Kita perlu mengambil sayur-sayuran hijau dan buah-buahan untuk memastikan bahawa kita mengamalkan diet seimbang. Ada dalam kalangan kita pula yang menggemari makanan yang telah diproses seperti mi segera dan makanan dalam tin. Makanan seperti ini kurang zatnya kerana telah melalui tempoh masa yang lama dan juga mengandungi bahan kimia. Oleh itu, pengambilan makanan yang segar amat penting untuk memastikan makanan tersebut membekalkan zat yang diperlukan oleh tubuh badan.

Kita juga perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya. Kegagalan mengambil berat tentang tabiat makan yang tidak betul akan mengundang padah. Namun inilah yang menjadi masalah kebanyakan masyarakat kita. Mereka seolah-olah tidak menyedari bahawa makanan yang seimbang dapat mempengaruhi kehidupan kita.

Bahagian A(ii) – Pemahaman

02/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT

Page 2: Soalan Pmr 2008

2SULIT 02/2

[10 markah]

1. Berikan maksud mengundang padah dalam petikan.[ 2 markah]

2. Menurut pengarang, mengapakah kita perlu mengambil makanan yang seimbang?[4 markah]

3. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan pengambilan makanan seimbang?[4 markah]

Bahagian B[20 markah]

02/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT

Page 3: Soalan Pmr 2008

3SULIT 02/2

Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan banjir yang melanda sesuatu kawasan. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bahagian C[40 markah]

02/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT

KESAN BANJIR

Kemusnahan harta benda

Kerosakan sistem

perhubungan

Kehilangan punca

pendapatan

Gangguan aktiviti harian

Page 4: Soalan Pmr 2008

4SULIT 02/2

Soalan 1Anda akan menyertai pertandingan syarahan antara kelas. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah ‘Akademik dan Kokurikulum Penting untuk Melahirkan Pelajar Cemerlang’.Sediakan teks syarahan tersebut selengkapnya.

Soalan 2Ibu bapa mempunyai peranan penting memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak.Berikan pendapat anda.

Soalan 3

Jelaskan faedah-faedah yang diperoleh daripada amalan tersebut.

Soalan 4Kempen memerangi nyamuk aedes telah diadakan di tempat tinggal anda.Tulis pengalaman anda semasa menyertai kempen tersebut.

Soalan 5Peribahasa ’Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna’ sering digunakan untuk menasihati rakan supaya berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa ini.

BAHAGIAN D[10 markah]

02/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT

Amalan Berbudi Bahasa Banyak Faedahnya

Page 5: Soalan Pmr 2008

5SULIT 02/2

Berdasarkan sebuah novel dalam Tingkatan 3:

i. Panas Salju karya Talib Samadii. Merdeka! Merdeka! karya A.Rahman Hanafiah

iii. Ekspedisi karya Mohd Ghazali Tochehiv. Kanang Cerita Seorang Pahlawan karya Maznan Nordin

Berdasarkan satu daripada novel di atas, nyatakan tiga latar tempat. Bagi setiap latar tempat tersebut, berikan contoh peristiwa yang berlaku.

02/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT