Soalan PosLaju

download Soalan PosLaju

of 4

description

prabayar

Transcript of Soalan PosLaju

  • FAQ Prepaid

    1

    FAQ

    Produk : PosLaju Prabayar Sampul/Kotak

    Bil. Soalan/Jawapan

    Q1 Apakah PosLaju Prabayar Sampul/Kotak?

    PosLaju Prabayar Sampul/Kotak ialah produk yang berkonsepkan "bayar, pek dan pos" di mana

    pelanggan boleh membelinya terlebih dahulu, kemudian masukkan item ke dalamnya dan pos di

    kaunter PosLaju. PosLaju Prabayar Sampul/Kotak memberi kemudahan kepada pelanggan serta dapat

    menjimatkan kos untuk pengeposan item dalam Malaysia dengan pelbagai had berat antara 500g

    sehingga 10kg. Terdapat 2 jenis PosLaju Prabayar Sampul/Kotak seperti di bawah:

    Jenis mengikut

    Warna Zon Kawasan Liputan

    1. Oren Zon 1

    Zon 2

    Penghantaran dalam negeri

    Dalam Semenanjung, Dalam Sarawak and Dalam Sabah

    2. Biru Zon 3

    Zon 4

    Zon 5

    Antara Sabah & Sarawak

    Antara Peninsular Malaysia & Sarawak

    Antara Peninsular Malaysia & Sabah

    Q2 Berapakah harga, had berat dan kawasan penghantaraan bagi PosLaju Prabayar

    Sampul/Kotak?

    Prabayar

    Warna Oren Sampul - S Sampul - L Kotak - S Kotak - M Kotak - L

    Harga (RM) 6.00 9.00 13.00 20.00 30.00

    Anggaran berat

    isi kandungan

    (kg)

    500g 1kg 2kg 5kg 10kg

    Kawasan

    Liputan

    Penghantaran

    Dari Destinasi

    Peninsular Malaysia Peninsular Malaysia

    Sabah Sabah

    Sarawak Sarawak

    Prabayar

    Warna Biru Sampul - S Sampul - L Kotak - S Kotak - M Kotak - L

    Harga (RM) 10.00 15.00 25.00 55.00 95.00

    Anggaran berat

    isi kandungan

    (kg)

    500g 1kg 2kg 5kg 10kg

    Kawasan

    Liputan

    Penghantaran

    Dari Destinasi

    Peninsular Malaysia Sabah/Sarawak

    Sabah/Sarawak Peninsular Malaysia

    Sabah Sarawak

    Sarawak Sabah

  • FAQ Prepaid

    2

    Bil. Soalan/Jawapan

    Q3 Apakah saiz dan ukuran bagi PosLaju Prabayar Sampul/Kotak?

    Nama Produk Saiz Ukuran

    Prepaid Box S : 80mm x 250mm x 340mm

    Prepaid Box M : 150mm x 250mm x 340mm

    Prepaid Box L : 200mm x 320mm x 380mm

    Prepaid Envelope S : 200mm x 280mm

    Prepaid Envelope L : 320mm x 380mm

    Q4 Apakah kelebihan menggunakan PosLaju Prabayar Sampul/Kotak?

    PosLaju Prabayar Sampul/Kotak menawarkan penjimatan dari segi kos pembungkusan dan harga dan

    serta menjadikan proses pengeposan melalui PosLaju lebih mudah dan cepat.

    Q5 Bolehkah saya menggunakan PosLaju Prabayar Sampul/Kotak Warna Biru (Dari

    Semenanjung Malaysia ke Sabah Sarawak, Vice Versa) untuk penghantaran dalam

    Semenanjung Malaysia?

    Ya boleh. Harga Prabayar Warna Biru adalah lebih mahal berbanding Prabayar Warna Oren, oleh itu

    Prabayar Warna Biru boleh dihantar dalam kawasan liputan penghantaran bagi Prabayar Warna

    Oren. Tetapi Prabayar Warna Oren tidak boleh dihantar ke kawasan liputan penghantaran Prabayar

    Warna Biru.

    *Nota :

    Prabayar Warna Oren : Dalam Semenanjung, Dalam Sarawak and Dalam Sabah

    Prabayar Warna Biru : Antara Sabah & Sarawak, Antara Peninsular Malaysia & Sarawak, Antara

    Peninsular Malaysia & Sabah

    Q6 Dimanakah Pelanggan dapat membeli PosLaju Prabayar Sampul/Kotak?

    PosLaju Prabayar Sampul/Kotak boleh dibeli di Pusat PosLaju, Pejabat Pos, Kiosk PosLaju, Pusat

    Perkhidmatan PosLaju, Ejen Jualan PosLaju (eg MBE, Proton Edar), PosLaju Go2u dan PosLaju e-

    Store.

    Q7 Bagaimana menggunakan PosLaju Prabayar Sampul/Kotak?

    1. Beli PosLaju Prabayar Sampul/Kotak dan pastikan Prabayar tersebut adalah mengikut keperluan (destinasi, saiz, ukuran)

    2. Masukkan isi kandungan ke dalam PosLaju Prabayar Sampul/Kotak dan lekatkan penutup dengan kemas dan ketat.

    3. Isi Borang Kiriman Domestik dan masukkan ke dalam poket plastik yang disediakan

    4. Hantar item ke kaunter PosLaju terdekat atau hubungi On Demand Pick-up Hotline 1 300 22 5258 dan buat bayaran surcaj.

    Q8 Adakah terdapat sebarang caj untuk Khidmat Pungutan PosLaju Prabayar

    Sampul/Kotak?

    Ya. RM5.00 dicaj untuk setiap pungutan. Tiada had kuantiti ditetapkan bagi setiap pungutan.

    Q9 Adakah PosLaju akan menerima PosLaju Prabayar Sampul/Kotak jika berat isi

    kandungan melebihi berat yang ditetapkan?

    Ya. Pihak PosLaju akan menerima PosLaju Prabayar Sampul/Kotak selagi bentuknya tidak berubah

    atau terkoyak. Bagaimanapun, pihak PosLaju tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang

    kerosakan dan kehilangan barang yang disebabkan oleh isi kandungan melebihi had berat yang

    ditetapkan.

  • FAQ Prepaid

    3

    Bil. Soalan/Jawapan

    Q10 Bolehkah saya gunakan PosLaju Prabayar Sampul/Kotak untuk menghantar item ke

    luar negara?

    PosLaju Prabayar Sampul/Kotak hanya boleh digunakan dalam negara Malaysia sahaja.

    Q11 Bolehkah saya gunakan PosLaju Prabayar Sampul/Kotak untuk Time Certain Service

    (TCS)?

    PosLaju Prabayar Sampul/Kotak hanyalah untuk Next Day Delivery dan tidak boleh digunakan untuk

    perkhidmatan premium PosLaju yang lain seperti Same Day Delivery, Time Certain Service atau

    Putrajaya Ekspres.

    Q12 Adakah pengiraan volumetrik digunapakai untuk PosLaju Prabayar Sampul/Kotak?

    Pengiraan volumetrik tidak digunapakai untuk PosLaju Prabayar Sampul/Kotak.

    Q13 Bolehkah pelanggan kontrak membeli PosLaju Prabayar Sampul/Kotak?

    Boleh. Pelanggan kontrak boleh membeli PosLaju Prabayar Sampul/Kotak.

    Q14 Adakah PosLaju Flyers Pack sama dengan PosLaju Prabayar Sampul/Kotak?

    Tidak sama kerana harga PosLaju Flyers tidak termasuk dengan harga pengeposan.

    Q15 Jika saya menggunakan PosLaju Prabayar Sampul/Kotak, bolehkah saya mengambil

    perlindungan insurans dengan PosLaju?

    Boleh. Pembelian insurans ditawarkan untuk semua produk PosLaju.

    Q16 Adakah saya boleh menuntut gantirugi sekiranya isi kandungan didapati rosak apabila

    dimasukkan ke dalam PosLaju Prabayar Sampul/Kotak?

    Boleh. Dengan syarat kerosakan itu disahkan berlaku akibat kecuaian PosLaju.

    PosLaju tidak akan bertanggungjawab jika kerosakan disebabkan PosLaju Prabayar Sampul/Kotak

    tidak dapat menampung berat isi kandungan. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab

    Pelanggan untuk memastikan pembungkusan yang sesuai dengan isi kandungan yang ingin diposkan

    sekiranya mendapati PosLaju Prabayar Sampul/Kotak tidak sesuai dengan isi kandungan tersebut.

    Q17 Adakah pengendalian item saya berbeza jika saya menggunakan PosLaju Prabayar

    Sampul/Kotak?

    Kendalian item adalah seperti amalan biasa.

    Q18 Adakah terdapat nombor rujukan untuk menjejaki PosLaju Prabayar Sampul/Kotak

    yang telah dihantar?

    Ya. Anda boleh menjejaki PosLaju Prabayar Sampul/Kotak berdasarkan nombor rujukan yang

    tertera di atas Borang Kiriman Domestik

    Q19 Bagaimana saya ingin menjejaki item yang telah dihantar menggunakan PosLaju

    Prabayar Sampul/Kotak?

    Item yang telah dihantar boleh dijejaki di laman web www.poslaju.com.my dan www.pos.com.my

    atau boleh hubungi 1-300-300-300

  • FAQ Prepaid

    4

    Bil. Soalan/Jawapan

    Q20 Adakah PosLaju Prabayar Sampul/Kotak menyediakan bukti penerimaan &

    penghantaran (POD)?

    Ya. Terdapat bukti penghantaran dan penerimaan untuk PosLaju Prabayar Sampul/Kotak dan ia boleh

    diperolehi di laman web www.poslaju.com.my and www.pos.com.my.

    Q21 Apakah yang akan berlaku sekiranya PosLaju Prabayar Sampul/Kotak gagal dihantar

    kepada penerima pada keesokan hari? Adakah saya dapat menuntut ganti rugi?

    PosLaju akan membuat penghantaran mengikut kaedah standard dalam tempoh masa yang

    ditetapkan. Bagaimanapun, tuntutan kelewatan boleh dengan pemulangan semula 50% dari nilai harga

    PosLaju Prabayar Sampul/Kotak namun tuntutan kelewatan adalah tertakluk kepada serahan di dalam

    liputan PosLaju sahaja.

    Q22 Adakah PosLaju akan memberi pampasan sekiranya isi kandungan di dalam PosLaju

    Prabayar Sampul/Kotak rosak atau hilang?

    PosLaju akan memberi pampasan sekiranya isi kandungan hilang atau rosak tertakluk kepada Terma

    dan Syarat seperti yang tertera di belakang Borang Kiriman Domestik.

    Selain daripada yang di atas, pampasan tidak akan diberikan sekiranya terbukti isi kandungan rosak

    atau hilang kerana melebihi had berat yang ditetapkan.

    Q23 Jika saya terhilangkan Borang Kiriman Domestik, di manakah saya boleh dapatkan

    borang baru?

    Borang Kiriman Domestik boleh didapati di mana-mana kaunter PosLaju.

    Q24 Saya telah membeli PosLaju Prabayar Sampul/Kotak di kaunter PosLaju, tetapi saya

    dapati ia terkoyak apabila telah sampai di rumah. Bolehkah saya mendapatkan gantian

    PosLaju Prabayar Sampul/Kotak yang baru?

    PosLaju Prabayar Sampul/Kotak yang telah dijual adalah dalam keadaan yang baik. Oleh itu Pelanggan

    adalah dinasihatkan supaya memeriksa keadaan PosLaju Prabayar Sampul/Kotak sebelum

    meninggalkan kaunter.

    Q25 Saya menerima PosLaju Prabayar Sampul/Kotak daripada kawan saya, bolehkah saya

    menggunakannya semula untuk penghantaran baru?

    Semua PosLaju Prabayar Sampul/Kotak yang telah digunakan akan dicop semasa penghantaran

    sebagai bukti. Oleh itu PosLaju Prabayar Sampul/Kotak yang telah dicop atau telah dikoyakkan tidak

    akan diterima untuk penghantaran baru.

    Q26 Apakah kelebihan PosLaju Prabayar Sampul/Kotak berbanding Pos Ekspres?

    1. PosLaju Prabayar Sampul/Kotak mempunyai bukti serahan kepada penerima manakala serahan Pos Ekspres adalah dengan memasukkan ke dalam peti surat penerima.

    2. PosLaju juga menawarkan penghantaran kali kedua bagi PosLaju Prabayar Sampul/Kotak.

    3. Perkhidmatan Pungutan disediakan untuk PosLaju Prabayar Sampul/Kotak dengan surcaj RM5.

    4. PosLaju akan memberi pampasan sekiranya hilang atau rosak tertakluk kepada Terma dan Syarat seperti yang tertera di belakang Borang Kiriman Domestik manakala gantian sampul Pos Ekspress

    dengan nilai yang sama jika berlaku kelewatan dan kehilangan sahaja.