Soalan Quiz 2

2
Soalan: Nyatakan andaian-andaian yang perlu dipenuhi untuk menjalan analisis korelasi Pearson dan ujian Khi Kuasa Dua. (a) Analisis Korelasi Pearson Untuk menganalisis data dengan menggunakan korelasi Pearson ini, sebahagian daripada prosesnya melibatkan memeriksa untuk memastikan bahawa data yang hendak dianalisis sebenarnya boleh dianalisis dengan menggunakan korelasi Pearson ini. Tindakan tersebut perlu dilakukan kerana ia hanya sesuai menggunakan korelasi Pearson jika data yang dikumpul memenuhi empat andaian yang diperlukan untuk memberi hasil yang sah. Berikut adalah andaian-anadaian yang perlu dipenuhi untuk menjalankan analisis korelasi Pearson. Andaian pertama : Perlu menyatakan perhubungan antara variabel- variabel dengan menggunakan skala selang dan nisbah. Contoh variabel yang memenuhi kriteria ini termasuk kebijaksanaan yang diukur dengan menggunakan skor IQ, prestasi peperiksaan yang diukur dari 0 hingga 100 dan sebagainya. Andaian kedua : Perlu adanya hubungan yang linear antara dua variabel. Untuk menyemak perhubungan antara variabel, boleh dikaji dengan menggunakan SPSS. Andaian ketiga: Variabel perlulah bertaburan normal. Untuk menilai kepentingan statistik korelasi Pearson, data itu perlulah mempunyai normal bivariat. Tetapi andaian ini sukar untuk dinilai. Kaedah yang lebih mudah adalah lebih biasa digunakan. Ia dikenali sebagai ujian Shapiro Wilk bagi menguji normaliti. Ia mudah diuji untuk menggunakan SPSS. Andaian keempat : Kes-kes yang mewakili suatu sampel rawak daripada populasi dan nilai bagi variabel untuk suatu kes adalah bebas daripada nilai bagi variabel bagi kes-kes lain. Kita boleh memeriksa andaian kedua, ketiga dan keempat dengan menggunakan SPSS dalam turutan yang betul. Jika gagal berbuat demikian maka hasil bagi Korelasi Pearson mungkin tidak sah. (b) Ujian Khi Kuasa Dua

description

quiz

Transcript of Soalan Quiz 2

Soalan: Nyatakan andaian-andaian yang perlu dipenuhi untuk menjalan analisis korelasi Pearson dan ujian Khi Kuasa Dua.

(a) Analisis Korelasi PearsonUntuk menganalisis data dengan menggunakan korelasi Pearson ini, sebahagian daripada prosesnya melibatkan memeriksa untuk memastikan bahawa data yang hendak dianalisis sebenarnya boleh dianalisis dengan menggunakan korelasi Pearson ini. Tindakan tersebut perlu dilakukan kerana ia hanya sesuai menggunakan korelasi Pearson jika data yang dikumpul memenuhi empat andaian yang diperlukan untuk memberi hasil yang sah. Berikut adalah andaian-anadaian yang perlu dipenuhi untuk menjalankan analisis korelasi Pearson.

Andaian pertama : Perlu menyatakan perhubungan antara variabel-variabel dengan menggunakan skala selang dan nisbah. Contoh variabel yang memenuhi kriteria ini termasuk kebijaksanaan yang diukur dengan menggunakan skor IQ, prestasi peperiksaan yang diukur dari 0 hingga 100 dan sebagainya.

Andaian kedua : Perlu adanya hubungan yang linear antara dua variabel. Untuk menyemak perhubungan antara variabel, boleh dikaji dengan menggunakan SPSS.

Andaian ketiga: Variabel perlulah bertaburan normal. Untuk menilai kepentingan statistik korelasi Pearson, data itu perlulah mempunyai normal bivariat. Tetapi andaian ini sukar untuk dinilai. Kaedah yang lebih mudah adalah lebih biasa digunakan. Ia dikenali sebagai ujian Shapiro Wilk bagi menguji normaliti. Ia mudah diuji untuk menggunakan SPSS.

Andaian keempat : Kes-kes yang mewakili suatu sampel rawak daripada populasi dan nilai bagi variabel untuk suatu kes adalah bebas daripada nilai bagi variabel bagi kes-kes lain.

Kita boleh memeriksa andaian kedua, ketiga dan keempat dengan menggunakan SPSS dalam turutan yang betul. Jika gagal berbuat demikian maka hasil bagi Korelasi Pearson mungkin tidak sah.

(b) Ujian Khi Kuasa DuaUjian Khi Kuasa Dua untuk kebagusan diaplikasi untuk menganalisis perbezaan kategori-kategori bebas dalam suatu variabel, manakala ujian Khi Kuasa Dua untuk kebebasan digunakan untuk menganalisis perhubungan antara dua atau lebih kategori dalam dua variabel. Ujian khi Kuasa Dua perlu memenuhi empat andaian yang diperlukan dimana ia perlu diperiksa melalui SPSS untuk memberikan hasil yang tepat. Berikut adalah empat andaian yang perlu dikenalpasti:

Andaian pertama : Mesti ada sekurang-kurangnya 5 frekuensi diharapkan dalam setiap kumpulan variabel.

Andaian kedua : harus mempunyai kebebasan pemerhatian, dimana ia bermaksud tidak ada hubungan antara salah satu kes. Setiap pemerhatian perlu dibuat ke atas subjek yang berasingan, iaitu tiada subjek yang dikira lebih daripada sekali.

Andaian ketiga: skala pengukuran nominal atau ordinal. Data yang dikumpul daripada sampel mengandungi kategori-kategir berasingan seperti kategori lelaki dan kategori perempuan yang dikira dalam bilangan atau frekuensi.

Andaian keempat: Persampelan secara rawak dibuat. Setiap subjek dalam sampel dipilih daripada populasi secara rawak.