SOALAN RAMALAN UPSR 2019 BAHASA MELAYU · BAHASA MELAYU Kertas 1 - Pemahaman Satu jam lima belas...

14
1 Ramalan UPSR © 2019 [Lihat halaman sebelah SULIT BAHASA MELAYU Kertas 1 - Pemahaman 011 September 2019 1 jam SOALAN RAMALAN UPSR 2019 Nama : ……………………………………………………… Kelas : ……………………… BAHASA MELAYU Kertas 1 - Pemahaman Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu. Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak

Transcript of SOALAN RAMALAN UPSR 2019 BAHASA MELAYU · BAHASA MELAYU Kertas 1 - Pemahaman Satu jam lima belas...

Page 1: SOALAN RAMALAN UPSR 2019 BAHASA MELAYU · BAHASA MELAYU Kertas 1 - Pemahaman Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi

1

Ramalan UPSR © 2019 [Lihat halaman sebelah

SULIT

BAHASA MELAYU

Kertas 1 - Pemahaman

011

September

2019

1𝟏𝟒 jam

SOALAN RAMALAN UPSR

2019

Nama : ……………………………………………………… Kelas : ………………………

BAHASA MELAYU Kertas 1 - Pemahaman

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B,

C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan

kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.

Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak

Page 2: SOALAN RAMALAN UPSR 2019 BAHASA MELAYU · BAHASA MELAYU Kertas 1 - Pemahaman Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi

2

Ramalan UPSR © 2019 [Lihat halaman sebelah

BAHAGIAN A

[20 markah]

Soalan 1 hingga 8

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “Ampunkan ______________, tuanku,” kata Tun Ali kepada Sultan Abu Bakar.

A. patik C. beta

B. saya D. baginda

2. Beg yang berat itu tidak _______________ olehnya.

A. bergalas C. tergalas

B. penggalas D. menggalas

3. Sambutan orang ramai terhadap telefon pintar keluaran terbaharu itu sangat

_________________.

A. lesu C. hambar

B. meriah D. bosan

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. Encik Fairus melayan tetamu yang hadir ke rumahnya dengan penuh

_________________.

A. kagum C. indah

B. bahagia D. mesra

Page 3: SOALAN RAMALAN UPSR 2019 BAHASA MELAYU · BAHASA MELAYU Kertas 1 - Pemahaman Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi

3

Ramalan UPSR © 2019 [Lihat halaman sebelah

5. Bola jaring adalah __________________ permainan yang amat digemari di

negara kita.

A. antara C. seperti

B. bagi D. umpama

6. “Kita telah _______________ pelbagai cabaran dan _______________ banyak

kejayaan,” kata jurulatih hoki kepada semua pemain.

A. melalui … menceburi C. mendepani … melalui B. melalui … mendapati D. menghadapi … mengecapi

7. Belakangan ini, badannya semakin _______________ kerana hilang selera

makan.

A. nipis C. kecil

B. susut D. kempis

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8. Suresh _______________ gitar manakala Anthony pula meniup trompet.

A. memukul C. memetik

B. menepuk D. menjentik

9. Janganlah membuat tuduhan secara ___________________________ sebelum

kita mendapat bukti yang kukuh.

A. separuh tiang C. bidan terjun

B. serkap jarang D. khabar angin

Page 4: SOALAN RAMALAN UPSR 2019 BAHASA MELAYU · BAHASA MELAYU Kertas 1 - Pemahaman Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi

4

Ramalan UPSR © 2019 [Lihat halaman sebelah

10. Pertunjukan pakaian beragam murid tahun dua baru sahaja habis.

Pilih perkataan sinonim bagi habis.

A. selesai C. tiada

B. berlabuh D. hilang

11. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I. Adik saya, Aidill memang panjang akal orangnya.

II. Zulhelmi ternyata seorang pelari jarak dekat yang panjang.

III. Fairuzi tidak terangkat guni yang berisi kentang itu kerana panjang.

IV. Perjalanan pulang ke kampung kami mengambil masa yang panjang.

A. I dan II C. I dan IV

B. II dan III D. III dan IV

12. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Sejak akhir-akhir ini, Datuk Rahim selalu termenung kerana mengenangkan

syarikatnya yang hampir muflis.

A. Mengapakah Datuk Rahim selalu termenung sejak akhir-akhir ini?

B. Bilakah syarikat Datuk Rahim menjadi hampir muflis?

C. Bagaimanakah keadaan syarikat Datuk Rahim sejak akhir-akhir ini?

D. Apakah yang selalu dilakukan oleh Datuk Rahim sejak akhir-akhir ini?

13. Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.

Apakah yang dipertandingkan semasa Minggu Karnival Robotik peringkat

kebangsaan?

A. Pertandingan reka cipta tidak dipertandingkan semasa Minggu

Karnival Robotik peringkat kebangsaan.

B. Kamu boleh menyertai pertandingan robotik semasa Minggu Karnival

Robotik peringkat kebangsaan.

C. Pelbagai jenis robotik yang dipertandingkan semasa Minggu Karnival

Robotik peringkat kebangsaan.

D. Minggu Karnival Robotik peringkat kebangsaan mempamerkan

pelbagai jenis robotik dari luar negara.

Page 5: SOALAN RAMALAN UPSR 2019 BAHASA MELAYU · BAHASA MELAYU Kertas 1 - Pemahaman Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi

5

Ramalan UPSR © 2019 [Lihat halaman sebelah

14. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

“Hanya awak yang mampu mengubah masa depan awak sendiri dan

bukan orang lain sekiranya awak berusaha,” kata Doraemon kepada Nobita.

A. Masa depan Nobita dan orang lain akan diubah oleh Doraemon.

B. Nobita akan dapat mengubah takdir hidupnya dengan usahanya

sendiri, bukan orang lain.

C. Tanpa bantuan sesiapa, Nobita pasti akan mampu mengenal arah

tuju hidupnya, sekiranya Nobita sering membantu ibunya.

D. Hanya Nobita sahaja yang mampu mengubah masa depannya

sendiri dan orang lain.

15. Pilih ayat yang betul.

A. Buku-buku nota Bahasa Inggeris itu tebal-tebal belaka.

B. Adik sedang memegang sebatang bunga ros merah.

C. Segerombolan polis berpakaian seragam mengadakan rondaan di

kawasan perumahan kami pada minggu lepas.

D. Kita akan mendapat banyak pengetahuan sekiranya kita rajin ke

perpustakaan.

Page 6: SOALAN RAMALAN UPSR 2019 BAHASA MELAYU · BAHASA MELAYU Kertas 1 - Pemahaman Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi

6

Ramalan UPSR © 2019 [Lihat halaman sebelah

Soalan 16 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

16. Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas Shell telah berakhir pada

A. 4 Julai . C. 6 Julai.

B. 5 Julai . D. 7 Julai.

17. Menteri Besar Johor dijemput hadir ke majlis penutup pertandingan tersebut

sebagai

A. penerima hadiah. C. peserta pertandingan.

B. penyampai hadiah. D. penganjur pertandingan.

18. Semua pernyataan di bawah mengenai kontinjen tuan rumah yang menjadi

johan keseluruhan, kecuali

A. menerima wang tunai sebanyak RM9 000.

B. menjuarai kategori sekolah menengah.

C. naib johan kategori sekolah rendah.

D. dianggotai oleh 600 orang murid.

Page 7: SOALAN RAMALAN UPSR 2019 BAHASA MELAYU · BAHASA MELAYU Kertas 1 - Pemahaman Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi

7

Ramalan UPSR © 2019 [Lihat halaman sebelah

19. Pilih pernyataan yang benar tentang Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas

Shell tersebut.

A. Pertandingan disertai oleh murid-murid sekolah menengah seluruh

negeri Johor.

B. Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas Shell tersebut merupakan kali

yang ke-20.

C. Matlamat pertandingan agar peserta prihatin terhadap aspek

keselamatan semasa di jalan raya.

D. Pertandingan dianjurkan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan

Kementerian Pendidikan.

20. Maksud rangkai kata tuan rumah dalam petikan ialah

A. negeri yang mengadakan pertandingan.

B. pertandingan yang dilaksanakan.

C. peserta yang mewakili setiap negeri.

D. penganjur yang mengadakan pertandingan.

Page 8: SOALAN RAMALAN UPSR 2019 BAHASA MELAYU · BAHASA MELAYU Kertas 1 - Pemahaman Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi

8

Ramalan UPSR © 2019 [Lihat halaman sebelah

BAHAGIAN B

[30 markah]

Soalan 21

(a) Pilih perkataan paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat-

ayat di bawah.

(i) Kejayaan Thaqif mencipta mesin pengupas kelapa telah mendapat

________________________ daripada guru-gurunya.

(ii) ________________________ Deris untuk membuka bengkel motosikal dibantah

oleh abangnya.

(iii) Program Larian Amal 2019 itu mendapat _______________________ daripada

warga kota.

(iv) ________________________ pemandangan di Tasik Jitra menjadi tarikan para

pelancong.

[4 markah]

(b) Nyatakan betul atau salah bagi ayat-ayat di bawah.

(i) Lelaki berbadan tegap itu sedang memikulkan seguni padi.

(ii) Beberapa orang pendatang asing tidur beralaskan kotak.

(iii) Bungkusan yang berwarna hitam itu telah diserahkan kepada

Cikgu Shima.

(iv) Dedaun pokok getah itu berterbangan apabila ditiup angin.

[4 markah]

kenalan kejayaan keindahan impian

pujian anjuran sambutan cadangan

Page 9: SOALAN RAMALAN UPSR 2019 BAHASA MELAYU · BAHASA MELAYU Kertas 1 - Pemahaman Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi

9

Ramalan UPSR © 2019 [Lihat halaman sebelah

Soalan 22

(a) Tandakan ( √ ) bagi penjodoh bilangan yang paling sesuai.

(i)

(ii)

[2 markah]

(b) Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar dan pernyataan di

bawah.

Kebanyakan peniaga tidak berani untuk mengambil risiko untuk

mengeluarkan modal yang besar seperti kata peribahasa

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[2 markah]

ulas

ruas

butir

segulung

segelung

serelung

Page 10: SOALAN RAMALAN UPSR 2019 BAHASA MELAYU · BAHASA MELAYU Kertas 1 - Pemahaman Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi

10

Ramalan UPSR © 2019 [Lihat halaman sebelah

Soalan 23

Teliti maklumat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan

menggunakan ayat yang lengkap.

(a) Nyatakan acara yang dipertandingkan di Sekolah Kebangsaan Taman

Indah,Selangor.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[2 markah]

(b) Murid-murid yang bertanding permainan tradisional hendaklah ke __________

___________________________________________________________________________

[1 markah]

(c) Pada pendapat kamu, mengapakah kuiz Bahasa Melayu diadakan?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[3 markah]

Page 11: SOALAN RAMALAN UPSR 2019 BAHASA MELAYU · BAHASA MELAYU Kertas 1 - Pemahaman Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi

11

Ramalan UPSR © 2019 [Lihat halaman sebelah

Soalan 24

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan

menggunakan ayat yang lengkap.

(a) Bagaimanakah ulser mulut terjadi?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[2 markah]

(b) Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang

salah.

[2 markah]

(c) Pada pendapat kamu, bagaimanakah untuk mengelakkan diri daripada

terkena ulser mulut ini?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[3 markah]

Ulser ini terjadi kerana cukup tidur dan berehat.

Ulser mulut ini disebabkan oleh kecederaan pada lapisan

nipis dalam mulut.

Page 12: SOALAN RAMALAN UPSR 2019 BAHASA MELAYU · BAHASA MELAYU Kertas 1 - Pemahaman Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi

12

Ramalan UPSR © 2019 [Lihat halaman sebelah

Soalan 25

Baca maklumat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan

menggunakan ayat yang lengkap.

(a) Nyatakan kuantiti air yang perlu diminum oleh setiap orang sehari?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[1 markah]

(b) Bagaimanakah kekurangan air boleh menyebabkan masalah buah

pinggang?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[2 markah]

(c) Apakah cara untuk memastikan kamu meminum secukupnya air semasa di

sekolah?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[2 markah]

Kertas soalan tamat

Page 13: SOALAN RAMALAN UPSR 2019 BAHASA MELAYU · BAHASA MELAYU Kertas 1 - Pemahaman Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi

13

Ramalan UPSR © 2019 [Lihat halaman sebelah

SKEMA JAWAPAN

Bahagian A

1. A

2. C

3. B

4. D

5. A

6. D

7. B

8. C

9. B

10. A

11. C

12. A

13. C

14. B

15. D

16. A

17. B

18. D

19. C

20. A

Bahagian B

Soalan 21

(a) (i) pujian (ii) Cadangan (iii) sambutan (iv) Keindahan

(b) (i) salah (ii) betul (iii) betul (iv) betul

Soalan 22

(a) (i) ulas (ii) segulung

(b) andai takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Soalan 23

(a) Acara yang dipertandingkan ialah pertandingan mendeklamasikan sajak,

syarahan dan melafazkan puisi Melayu serta kuiz bahasa Melayu.

(b) Sekolah Kebangsaan Megah Perdana.

(c) Pada pendapat saya, kuiz bahasa Melayu diadakan supaya murid

menguasai bahasa Melayu dengan lebih mendalam lagi.

Page 14: SOALAN RAMALAN UPSR 2019 BAHASA MELAYU · BAHASA MELAYU Kertas 1 - Pemahaman Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi

14

Ramalan UPSR © 2019 [Lihat halaman sebelah

Soalan 24

(a) Ulser mulut terjadi apabila terdapat sejenis kudis di tempat-tempat yang

lembut di dalam mulut seperti lidah, gusi dan bahagian dalam pipi.

(b) X

(c) Cara untuk mengelakkan diri daripada terkena ulser mulut ialah sentiasa

mengambil makanan yang berzat, cukup tidur dan menjaga kebersihan

mulut.

Soalan 25

(a) Kuantiti air yang perlu diminum setiap hari ialah enam hingga lapan gelas.

(b) Apabila badan kekurangan air, toksik dalam badan akan berkumpul dan

membentuk batu karang dalam buah pinggang.

(c) Saya akan membawa air minuman di dalam bekas air atau botol yang besar

dan menghabiskannya untuk memastikan saya minum air yang secukupnya

semasa di sekolah.