Soalan Sebenar Stpm Sejarah 2005-2009

download Soalan Sebenar Stpm Sejarah 2005-2009

of 11

Transcript of Soalan Sebenar Stpm Sejarah 2005-2009

  • 7/31/2019 Soalan Sebenar Stpm Sejarah 2005-2009

    1/11

    SOALAN SOALAN STPM 2000 2009

    Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur, 1800-1963

    Tema 1 Sejarah Malaysia2001Huraikan perbezaan antara Adat Perpatih dengan Adat Temenggung yang

    diamalkan oleh masyarakat Melayu pada abad ke-19.Terangkan bagaimana kuasa raja-raja Melayu diperkukuhkan sebagai kuasa yang tertinggi dalam sistem

    politik Melayu sebelum kedatangan kuasa Barat.2002Terangkan struktur sosial masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan British pada

    tahun 1874.

    Bincangkan Hukum Adat yang diamalkan di Tanah Melayu, Sabah danSarawak sebelum campur tangan British.

    2004Bincangkan jenis-jenis hamba dan kesan pemerintahan British terhadap

    sistem perhambaan di Tanah Melayu.

    2005Sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu, golongan pembesar

    Melayu mempunyai kuasa politik, ekonomi, dan sosial dalampemerintahan. bincangkan.

    2006Huraikan struktur masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum tahun 1874.

    Masyarakat Melayu sebelum kedatangan British bukanlah masyarakat pertanian semata-mata. Bincangkan.

    2007

    Bincangkan peranan adat dalam kehidupan masyarakat Melayu sebelum campurtangan British.

    2008

    Bincangkan peranan pembesar di Pahang sebelum campur tangan British.

    2009

    Bincangkan pengaruh Islam terhadap kehidupan masyarakat di Tanah Melayu sebelum campur tanganBritish pada tahun 1874.

  • 7/31/2019 Soalan Sebenar Stpm Sejarah 2005-2009

    2/11

    Tema 2 Sejarah Malaysia

    2000Bandingkan bentuk pentadbiran kolonial British di Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah dari

    tahun 1819 hingga tahun 1888.

    Bincangkan sebab-sebab perubahan daripada dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tanganBritish di negeri-negeri Melayu pada tahun 1874.

    2001Kemunculan masyarakat majmuk di Tanah Melayu dipengaruhi oleh faktor

    perkembangan perusahaan bijih timah dan getah. Bincangkan.Huraikan reaksi penduduk pribumi terhadap campur tangan British di Sabah

    atau Sarawak dari tahun 1850-an hingga tahun 1915.

    2002

    Jelaskan sebab-sebab penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896.

    Kestabilan politik di Tanah Melayu telah mendorong orang Cina dan Indiaberhijrah ke negara ini pada abad ke-19. Bincangkan.

    2003Huraikan perubahan-perubahan yang berlaku dalam sistem pemerintahanberaja dan pembesar Melayu di Perak dari tahun 1874 hingga tahun 1909.

    Galurkan perkembangan sistem ekonomi masyarakat Malaysia sehingga akhir

    abad ke-19.

    Bandingkan keadaan politik antara Sungai Ujong dengan Selangor menjelangcampur tangan British pada pertengahan tahun 1870-an.

    Bincangkan sebab-sebab penentangan terhadap pemerintahan British diKelantan pada tahun 1915 dan di Terengganu pada tahun 1928.

    2004

    Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan bijih timah di Negeri-negeri Melayu

    dari tahun 1840-an hingga 1920-an.

    Huraikan kepentingan Perjanjian Persekutuan 1896 dari segi politik dan ekonomi.

    2005Bincangkan ekonomi bercorak komersil di Sarawak pada abad ke-19.

  • 7/31/2019 Soalan Sebenar Stpm Sejarah 2005-2009

    3/11

    Huraikan bagaimana keluarga Temenggung berkuasa sepenuhnya di Johor pada akhir abad ke-19.

    2006

    Jelaskan faktor-faktor yang mendorong penghijrahan kaum Cina ke Tanah Melayu dari pertengahan abad

    ke-19 hingga awal abad ke-20.

    2007

    Bincangkan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu hingga tahun 1941.

    Bincangkan reaksi masyarakat tempatan terhadap pentadbiran Brooke di Sarawak pada abad ke-19.

    2008

    Bincangkan kegiatan ekonomi komersil di Sabah pada abad ke-19 hingga awal abad ke-20.

    Bincangkan faktor campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada abad ke-19.

    Huraikan kesan sosioekonomi sebagai akibat kemasukan orang China dan orang India pada akhir abad

    ke-19 hingga awal abad ke-20.

    2009

    Huraikan bentuk pemerintahan baru yang diperkenalkan oleh Dinasti Brooke di Sarawak pada abad ke-

    19.

    Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh British untuk meluaskan pengaruhnya di Negeri-negeri

    Melayu Utara Tanah Melayu dari tahun 1897 hingga tahun 1909.

    Kemunculan masyarakat majmuk di Tanah Melayu dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi

    perdagangan pada awal abad ke-20. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?

    Tema 3 Sejarah Malaysia

    2000

    Pendudukan Jepun telah berjaya melahirkan satu kesedaran politik yang meluas,

    lebih tersusun dan bersatu di kalangan barbagai-bagai bangsa selepas tahun

    1945.Bincangkan pernyataan ini.

    Jelaskan kesan-kesan penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1905.

    Galurkan langkah-langkah yang membawa kepada pembentukan Malaysia

  • 7/31/2019 Soalan Sebenar Stpm Sejarah 2005-2009

    4/11

    2001

    Bincangkan tiga faktor yang membawa kepada pengisytiharan darurat pada tahun

    1948. Huraikan lima langkah yang diambil oleh pihak British untuk menamatkan

    darurat.

    2002

    Huraikan peranan dan sumbangan golongan intelektual dalam gerakan kesedaran di

    Tanah Melayu sehingga tahun 1930-an.

    2003

    Jelaskan mengapa pada peringkat awal Sabah dan Sarawak menolak Gagasan

    Malaysia.

    2004

    Bincangkan perjuangan Gerakan islah di Tanah Melayu dari tahun 1906 hingga tahun1938.

    Bincangkan kebangkitan gerakan anti-British yang berlaku di Tanah Melayu pada

    awal abad ke-20.

    Bincangkan alasan-alasan penentangan yang dikemukan oleh kerajaan Indonesia,

    Filipina dan Brunei berkaitan dengan penubuhan Malaysia.

    2005

    Bincangkan gerakan anti-Jepun di Malaysia antara tahun 1942 hingga tahun1945.

    Jelaskan usaha yang dilakukan oleh United Malays National Organisation(UMNO) dalam memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu sebelumkemerdekaan Tanah Melayu.

    2006Bincangkan kesan sosial dan ekonomi akibat pendudukan Jepun di TanahMelayu dari tahun 1942 hingga 1945.

    Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya Gerakan AntiPenyerahan Sarawak pada tahun 1946 dan faktor-faktor kegagalan gerakantersebut.

    2007Bincangkan faktor-faktor yang menyatukan orang Melayu untuk menentangMalayan Union pada tahun 1946.

  • 7/31/2019 Soalan Sebenar Stpm Sejarah 2005-2009

    5/11

    Bincangkan perkembangan dan peranan persatuan-persatuan Melayu daritahun 1926 hingga tahun 1937.

    2008

    Bincangkan usaha kerajaan

    meningkat penglibatan dan sokongan penduduk tempatan dalam membanterasancaman komunis dari tahun 1948 hingga tahun 1954.

    2009Bincangkan matlamat dan strategi perjuangan Kaum Muda di TanahMelayu dari tahun 1906 hingga tahun 1938.

    Tema 4 Sejarah Malaysia 2000Struktur ekonomi Tanah Melayu masih merupakan kesinambungan kepada sistem

    ekonomi colonial. Bincangkan perubahan-perubahan ekonomi yang dilakukan

    oleh kerajaan sehingga tahun 1963.

    2001

    Huraikan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau, Komanwel, dan

    antarabangsa dari tahun 1957 hingga tahun 1963.

    2002

    Huraikan sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hingga tahun 1963.

    2003Bincangkan dasar pendidikan di Tanah Melayu pada tahun 1957 hingga tahun 1963

    dalam usaha membina sebuah negara yang bersatu padu.

    2005

    Bincangkan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Asia Tenggara (ASA),

    Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dan Komanwel sejak tahun 1957.

    2006

    Bincangkan kekuatan dan kelemahan dasar luar pro-Barat dan anti-komunis yang

    diamalkan oleh Tanah Melayu selepas kemerdekaan.

    2007

    Sabah dan Sarawak mempunyai kedudukan istimewa dalam Persekutuan

    Malaysia.Jelaskan.

    2008

  • 7/31/2019 Soalan Sebenar Stpm Sejarah 2005-2009

    6/11

    Analisis perkembangan pendidikan di Malaysia dari tahun 1956 hingga tahun 1961.

    2009

    Bincangkan dasar ekonomi yang dijalankan di Tanah Melayu dari tahun 1956 hingga

    tahun 1963.

    Tema 1 Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur, 1800-1963

    2001

    Huraikan peranan golongan pembesar dalam sistem sosial Zaman Tokugawa dan

    Zaman

    Manchu pada abad ke-19.

    2002

    Terangkan sistem pemerintahan beraja di Thailand dan Myanmar (Burma) sebelum kedatangan Barat.

    Huraikan struktur masyarakat feudal yang terdapat di negara China dan Jepun sebelum pembukaan

    kedua-dua negara ini kepada kuasa-kuasa asing.

    2003

    Huraikan adat yang diamalkan oleh masyarakat China dan Jepun sebelum kedatangan Barat.

    Huraikan sistem ekonomi tradisional di Thailand dan di Filipina sebelum kedatangan Barat.

    2005

    Masyarakat di Asia Tenggara pada awal abad ke-19 berpegang teguh kepada kepercayaanagama. Bincangkan.

    2006

    Bandingkan susun lapis masyarakat Vietnam dengan susun lapis masyarakat Jepun

    pada abad ke-19.

    2007

    Bandingkan institusi pemerintahan kemaharajaan di China dengan institusi

    pemerintahan kemaharajaan di Jepun hingga abad ke-19.

    2008

    Huraikan sistem pemerintahan beraja di Thailand dan China sebelum pengibatan

    kuasa Barat.

    2009Bincangkan peranan pembesar di Thailand dan Vietnam sebelum peluasan pengaruh Barat.

  • 7/31/2019 Soalan Sebenar Stpm Sejarah 2005-2009

    7/11

    Bincangkan kegiatan pertanian sara diri di India dan Vietnam sebelum campur tangan Barat.

    Tema 2 Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur, 1800-1963

    2000

    Huraikan kesan sosial akibat campurtangan Barat terhadap kehidupan rakyat

    Indonesia dan Myammar ( Burma )

    Bandingkan tindakbalas china dan jepun dalam menghadapi persaingan kuasa barat

    dari pertengahan abad ke-19 hingga dekad pertama abad ke 20.

    Bandingkan pemodenan Thailand semasa pemerintahan Raja Chulalongkorn(1868-

    1910) dengan pemodenan Jepun semasa pemerintahan Meiji(1968-1912).

    2001Bincangkan perubahan-perubahan yang nyata akibat campur tangan British di India

    dan China sehingga mencetuskan Dahagi India pada tahun 1857 dan

    Pemberontakan Boxer pada tahun 1900.

    Bincangkan dasar pintu tertutup yang diamalkan oleh Thailand dan Vietnam pada

    abad ke-19.

    Bincangkan tindak balas masyarakat terhadap kuasa Barat di Filipina dan Indonesiapada abad ke-19.

    2002Huraikan ekonomi komersial di Indonesia dan Thailand selepas kedatangan Barat

    pada abad ke-19.

    Bincangkan reaksi masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat di Vietnam dan Filipina

    pada abad ke-19.

    2003Bincangkan dasar pengilhakan kuasa-kuasa Barat di Vietnam dan di India

    pada abad ke-19.

    2004Bandingkan faktor-faktor yang menyebabkan Thailand dapat mengekalkan kedualatannya daripada

    penjajahan kuasa Barat berbanding dengan negara China pada abad ke-19.

    Jelaskan faktor-faktor yang membantu perkembangan pesat ekonomi komersil di Jepun pada abad ke-19.

  • 7/31/2019 Soalan Sebenar Stpm Sejarah 2005-2009

    8/11

    2005Sejauh manakah ekonomi menjadi faktor terpenting campur tangan Barat dinegara China dan Jepun pada abad ke-19?

    Bandingkan tindak balas masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat diFilipina dan India pada abad ke-19.

    2006Bincangkan kesan kedatangan kuasa Barat terhadap perubahan ekonomi diIndonesia dan Filipina.

    Analisis kesan hegemoni kuasa Barat terhadap China dan Jepun pada abadke-19.

    2007Bincangkan kegiatan ekonomi di Indonesia dan Thailand hingga awal abadke-20.

    Pertembungan antara kebudayaan Barat dengan kebudayaan tempatan telahmengakibatkan meletusnya Perang Jawa (1825-1830) dan Dahagi India(1857).Bincangkan

    2008Bincangkan kewujudan masyarakat berbilang kaum di Myanmar danIndonesia pada abad ke-19.

    2009Bincangkan faktor yang mendorong meletusnya Perang Inggeris-Burma I(1824-1826) dan Perang Candu I (1839-1842).

    Tema 3 Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur, 1800-1963

    2000Bincangkan perkembangan-perkembangan di luar Asia Tenggara yang memberi kesan

    kepada gerakan nasionalisme di Asia Tenggara sebelum, tahun 1930an.

    Bandingkan pendekatan pemulihan kuasa memerintah antara Maharaja Tung Chih di

    China dengan Maharaja Meiji di Jepun.

  • 7/31/2019 Soalan Sebenar Stpm Sejarah 2005-2009

    9/11

    2001

    Huraikan gerakan anti-Jepun di Filipina dan Burma dari tahun 1942 hinggatahun 1945.

    2002Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada meletusnya Revolusi Chinapada tahun 1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932.

    2003Huraikan mengapa peranan dan pengaruh golongan agama dalam gerakannasionalisme di Myanmar (Burma) dan di Indonesia mengalami kemerosotanselepas pertengahan tahun 1930-an.

    Jelaskan mengapa kehadiran Jepun di Asia Tenggara telah membawa gerakanpolitik yang berbeza di Thailand dan di Myanmar(Burma).

    2004Huraikan perkembangan pendidikan Barat di Indonesia dan di Thailand daritahun 1850 hingga Perang Dunia Pertama.

    Bincangkan perkembangan organisasi gerakan nasionalisme di Vietnam daritahun 1913 hingga 1931.

    Huraikan corak perjuangan Dr. Sun Yat Sen dalam Revolusi China pada tahun1911 dan Mahatma Gandhi dalam gerakan nasionalisme di India sebelumtahun 1941.

    2005Bincangkan peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisme diIndonesia dan Myanmar (Burma) dari tahun 1900 hingga tahun 1941.

    Bincangkan langkah-langkah pemodenan yang dilakukan Raja Chulalongkorndi Thailand dan Raja Mindon Min di Myanmar (Burma).

    2006Bincangkan pengaruh agama terhadap kebangkitan semangat kebangsaan diIndonesia dan Myanmar pada awal abad ke-20.

  • 7/31/2019 Soalan Sebenar Stpm Sejarah 2005-2009

    10/11

    Bincangkan peristiwa sejak tahun 1940-an yang membawa kemerdekaanIndia dan Filipina.

    2007

    Bandingkan perubahan yang dilakukan oleh Raja Mongkut (1851-1868) diThailand dengan perubahan yang dilakukan oleh Raja Mindon Min (1853-1878) di Myanmar dalam mengekalkan kemerdekaan negara masing-masing.

    Bincangkan perjuangan bersenjata yang dilakukan oleh Parti Komunis China(PKC) dan Parti Komunis Indonesia (PKI) hingga pertengahan abad ke-20.

    2008Bincangkan perkembang sistem pendidikan di Filipina dan Jepun pada abadke-19.

    Bandingkan perjuangan antara Partai Nasional Indonesia dengan Kongress Kebangsaan Indiadalam gerakan nasionalisme hingga tahun 1941.

    Usaha pemodenan di Jepun pada pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-20 lebihberjaya berbanding dengan usaha pemodenan di China.Sejauh manakah anda bersetuju

    dengan penyataan ini?

    2009Sejauh manakah agama dan bahasa memainkan peranan dalam menyatukan bangsa Indonesia

    dan India pada abad ke-20?

    Bincangan perjuangan Jose Rizal dalam gerakan nasionalisme di Filipina dan Dr. Sun Yat

    Sen dalam Revolusi China pada tahun 1911.

    Tema 4 Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur, 1800-1963

    2000

    Bagaimanakah pertubuhan serantau dan antarabangsa membantu negara Asia

    Tenggara yang baru merdeka?

    2001 Bandingkan ciri pemerintahan republic antara China dengan Indonesia dari tahu

    1949 hingga tahun 1960.

    2002

    Bincangkan persamaan dan perbezaan dasar luar negara China dan India dari tahun

    1948 hingga tahun 1963.

    2003

  • 7/31/2019 Soalan Sebenar Stpm Sejarah 2005-2009

    11/11

    Jelaskan perkembangan politik yang berlaku di China dan Jepun, setelah tamatnya

    Perang Dunia Kedua.

    2004

    Bandingkan dasar luar Vietnam dengan dasar luar Indonesia dari tahun 1945

    hingga 1963.

    2005

    Huraikan bagaimana Amerika Syarikat berjaya mengukuhkan fahaman demokrasi

    dalam pentadbiran negara Filipina (1935-1946) dan Jepun (1945-1952).

    2006

    Bincangkan dasar luar Thailand dan dasar luar Indonesia selepas Perang Dunia

    Kedua.

    2007 Bincangkan dasar luar yang diamalkan oleh Pakistan dan China selepas Perang

    Dunia Kedua hingga tahun 1963.

    2008

    Bincangkan usaha pembangunan ekonomi dan sosial yang dilaksanakan di Filipina

    dan Vietnam dari tahun 1945 hingga tahun 1963.

    2009

    Bandingkan dasar luar Thailand dengan dasar luar Jepun selepas Perang Dunia

    Kedua hingga tahun 1963.