Soalan Simpulan Bahasa Th 5

19
Pilih simpulan bahasa yang betul dan bulatkan jawapan yang diberikan. 1. Pak Jumat yang ________________ itu masih kuat mengusahakan kebun kelapanya. A bongkok sabut B manis mulut C kering hati 2. Abang terpaksa ber ________________ apabila tapak gerai yang dipohonnya jatuh ke tangan orang lain. A tikam lidah B gelap hati C putih mata 3. Farhana tidak gemar membeli pakaian di kedai itu kerana harganya ______________ . A atas pagar B paku belanda C naik angin 4. Sikap Yasin yang suka ________________ itu menyebabkan dia tidak disukai. A angkat mata B angkat kaki C angkat diri 5. Ros tidak berani mendekati mangsa kemalangan itu kerana dia mudah _______. A hutang darah B naik darah C mabuk darah 1

Transcript of Soalan Simpulan Bahasa Th 5

Page 1: Soalan Simpulan Bahasa Th 5

Pilih simpulan bahasa yang betul dan bulatkan jawapan yang

diberikan.

1.   Pak Jumat yang ________________ itu masih kuat mengusahakan kebun

kelapanya.

      A   bongkok sabut                B   manis mulut              C   kering hati               

2.   Abang terpaksa ber ________________ apabila tapak gerai yang dipohonnya jatuh

ke tangan orang lain.

      A   tikam lidah                     B   gelap hati                 C   putih mata               

3.   Farhana tidak gemar membeli pakaian di kedai itu kerana harganya

______________ .

      A   atas pagar                      B   paku belanda            C   naik angin               

4.   Sikap Yasin yang suka ________________ itu menyebabkan dia tidak disukai.

      A   angkat mata                   B   angkat kaki               C   angkat diri               

5.   Ros tidak berani mendekati mangsa kemalangan itu kerana dia mudah _______.

      A   hutang darah                  B   naik darah                C  mabuk darah

6.   Pak Zaman dapat hidup senang hasil _____________nya berbakti kepada tanah.

      A   titik peluh                       B   makan suap              C   ada jalan

7.   Pekerja itu __________________ menanggung kepayahan hidup di rantauan.

      A   besar hati                       B   ada hati                    C   cekal hati                

8.   Kecemerlangan Johari  dalam peperiksaan telah menjadi _______ orang

kampungnya.

      A   buah hati                        B   buah mulut               C   buah tangan            

9.   Ain mengambil sikap ______________ dengan tidak memihak kepada sesiapa pun

1

Page 2: Soalan Simpulan Bahasa Th 5

dalam perselisihan itu.

      A   atas pagar                      B   pilih kasih                 C   hentam

10. Pekerja itu sering ditipu oleh majikannya kerana dia _____________________.

      A   pekak badak                   B   pisau cukur               C   buta huruf

11. Aida suka membaca, maka dia digelar  ________________________.

      A   ulat buku                        B   intan terpilih C   puteri lilin                

12. Ali dan kawan-kawannya masih melepak di simpang jalan itu walaupun

______________

sudah turun.

      A   bunga dedap                   B   embun jantan           C   buaya tembaga        

13. Mira ________________. Dia suka membocorkan rahsia orang.

      A   mulut tempayan              B   telinga kuali              C   tangan panjang        

14. Datuk saya ______________ untuk menyiapkan perahu yang ditempah khas oleh

kerabat diraja Perak.

      A   bertegang urat                B   berputih tulang          C   bermandi peluh        

15. Berita penangkapan pegawai kerajaan yang  ________________itu disiarkan di

dalam

akhbar-akhbar utama.

      A   makan suap                    B   makan angin             C   makan tuan             

16. Ramlah mendapat  ____________apabila dipilih sebagai pemenang utama

peraduan itu .

      A   mata duitan                    B   buah tangan              C   durian runtuh

17. Datuk Zakaria telah dilantik menjadi  ______________ negara ke Sweeden .

      A   Guru Besar                     B   duta besar C Hakim Besar            

18. Pandangan golongan _____________ perlu diambil kira terlebih dahulu bagi

2

Page 3: Soalan Simpulan Bahasa Th 5

menggelakkan timbulnya masalah di kemudian hari.

      A  cerdik pandai                   B   gagah perkasa          C   kurus kering            

19. Mak Munah menggunakan bekas plastik untuk menakung _______ .

      A   air hujan                        B   air mata                   C   air terjun                 

20. Saya tidak bersetuju dengan sikap Encik Halim yang suka  _____________dalam

mengendalikan kerja-kerjanya  .

      A   panjang tangan               B   lepas tangan             C   ringan tangan

21. Kami terpaksa ____________kerana terdapat kejadian tanah runtuh yang

menghalang

perjalanan kami .

      A   berpatah balik                B   berpusing ligat          C   berubah hati            

22. Kerja-kerja  ________________ kapal tangki yang rosak itu sedang giat dijalankan .

      A   membaik pulih                B   mencari gali C   mengawal selia        

23. Setelah lima kali gagal dalam temu duga, Ong Wee Kiat ________hendak

mencuba lagi .

      A   sakit hati                        B   baik hati                   C   tawar hati                

24. Sudah hampir sepuluh tahun beliau  ____________ dengan syarikat di luar negara

itu .

      A   bercampur aduk B   berumah tangga        C   berurus niaga           

25. Nordin naik angin apabila Cikgu Zul  _____________ saja setelah mengesyaki

dirinya

terlibat dalam pergaduhan itu.

A   tangkap mata            B   tangkap muat           C   tangkap buta

26. Zainal _____________ kerana menolong Mak Siti Mengangkat bakul yang berat itu.

      A   ringan mulut                   B   ringan tulang           C   ringan lidah             

3

Page 4: Soalan Simpulan Bahasa Th 5

27. Pemuda itu sanggup  _______________ demi menyelamatkan budak yang hampir

dilanggar kereta itu.

      A   sakit hati                      B   samar muka              C   sabung nyawa

28. ______________ yang berlaku antara Wan dan Amir berpunca daripada salah

faham.

      A   Pilih kasih                       B   Perang mulut            C   Pilih bulu                 

29. Siti Aisyah  ___________________ apabila Cikgu Norhayati memujinya.

      A   senyum simpul               B   senyum tawar           C   senyum kambing      

30. Walaupun telah bermesyuarat selama empat jam, mereka masih belum

mendapat 

_______________ untuk mengatasi masalah yang rumit itu.

      A   jalan keluar                   B   jalan belakang          C  jalan tengah

31. Persembahan Zaki yang __________ itu memikat hati para juri untuk memilihnya

sebagai pemenang pertandingan mendeklamasikan sajak itu.

      A   ada akal                         B   ada gaya              C   atas pagar      

        

32. Tiada siapa yang menyangka Haslin yang ____________ itu dapat menyelesaikan

masalah yang rumit.

      A   bodoh sepat                   B   buaya tembaga         B   bintang terang

33. Setelah isterinya meninggal dunia, Karim  ___________ dan berkahwin pula

dengan

adik isterinya.

      A   patah kandar                 B   hilang akal              C   ganti tikar                

34. Pemuda-pemuda di desa itu ___________ di bawah cahaya matahari menyabit

padi

yang sudah masak di sawah.

      A   makan garam                 B   mandi kerbau            C   mandi peluh

4

Page 5: Soalan Simpulan Bahasa Th 5

35. Nenek Limah tinggal  ________________ di pondok buruknya itu.

      A   sekapur sirih                   B   isi perit                     C   sebatang kara          

36. Kudin yang telah menjadi _______ Jepun amat ditakuti oleh penduduk Kampung

Permai.

      A   tali barut                        B   tebal telinga             C   teluk rantau             

37. Ayah membayar  ______________ sebanyak RM10 000 untuk membeli kereta Gen-

2.

      A   buah pena                     B   hutang darah            C   wang muka

38. Malik menanam sayur di tanah yang luasnya hanya ____________ di hujung

kampung

untuk menyara hidupnya.

      A   dapat terpijak                 B   retak seribu             C   sekangkang kera      

39. Semasa zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka, kerajaan tersebut

mempunyai

____________ yang luas.

      A   tahi minyak                     B   teluk rantau C   isi perit    

                

40. Fuad _______ apabila Siva menuduhnya mengambil duit Persatuan Badminton

untuk

membeli raket baru.

      A   buruk siku                      B   hilang akal              C   hangat hati

41. Nelayan-nelayan di perkampungan itu kerap ditindas oleh ______________ itu.

      A   muka tembok                 B   lintah darat               C   pisau cukur              

42. Sekiranya kamu tidak pasti, jangan cuba  ____________ kerana buruk padahnya.

      A   sakit mata                     B   serkap jarang           C   ringan mulut

5

Page 6: Soalan Simpulan Bahasa Th 5

43. Masalah itu masih belum selesai kerana setiap rundingan sentiasa menemui

_______ .

      A   jauh hati                        B   jalan buntu               C   kera sumbang          

44. Untuk mengelakkan  ____________ daripada berlaku, Aziz merahsiakan perkara

itu

daripada Ainol.

      A   patah hati                       B   pasang kaki             C   perang mulut           

45. Sekiranya Sharul ada, tentu kita  _____________ kerana ada saja kelakar yang

dibuatnya.

      A   tak kering gusi                B   makan hati               C   telinga lintah           

46. Ayah dan ibu turun ke sawah sebaik sahaja ______________ .

      A   bintang terang               B   makan garam           C   fajar menyinsing      

47. Kerani bank itu menjadi __________ apabila melihat wang yang banyak di

hadapannya.

      A   jejak barat                     B   gelap mata              C   cupak hanyut           

48. Pembahas itu berhujah dengan memberikan contoh yang ___________ kepada

hadirin.

      A   panjang akal                 B   cari akal                   C   masuk akal              

49. Alim telah dipulaukan penduduk kampung kerana disyaki menjadi ________

pengganas.

      A   patah kandar                  B   mata petai                C   tali barut                 

50. Tidak usahlah kamu percaya akan ____________ Pak Busu yang sepanjang hari

hanya

berbual di kedai kopi itu.

6

Page 7: Soalan Simpulan Bahasa Th 5

      A   khabar angin                 B   omong kosong           C   hangat hati              

51.  Bakul-bakul ini adalah _______________ orang-orang yang cacat penglihatan.

       A   ringan tangan                B   bekas tangan            C   buah tangan

52. Tiba-tiba sahaja pemuda itu _______ lalu mengamuk di kawasan kampung.

       A   gelap hati                      B  mata durian              C   gelap fikiran

53.  Mereka mendapat  ___________ apabila syarikat mereka mencapai keuntungan

besar.

       A   tulang belakang             B   mata durian              C   durian runtuh           

54.  Rahsia kita telah dobocorkan oleh si ______________ itu.

       A   mulut murai                   B   mulut tempayan        C   mulut manis

55.  Sesiapa sahaja yang ______________ akan didakwa di mahkamah.

       A   makan suap                   B   makan hati               C   makan darah           

56.  Kami  _______________ kerana gagal memasuki perlawanan akhir bola sepak.

       A   putih hati                       B   ada hati                    C   putih mata              

57.  Liyana  merupakan ______________ pasukan bola jarring sekolahnya.

       A   tulang belakang             B   batu loncatan            C   senapang bambu      

58.  Jika tiada ______________ itu, sudah tentu mereka tidak bertelagah.

       A   batu lesung                    B   batu api          C   kepala batu            

59.  Kakak menjadi _______ apabila melihat pakaian-pakaian di pusat membeli belah

itu.

       A   rambang mata               B   mata keranjang        C   mata hati                

60.  “Berhati-hatilah ketika bergurau dengannya. Dia itu _____________,” kata Malek.

7

Page 8: Soalan Simpulan Bahasa Th 5

       A   ada angin               B   mulut murai              C   senapang bamboo

61.  Kadar _____________ di kalangan penduduk luar bandar sudah jauh berkurangan.

       A   buta ayam                     B   buta huruf                C   buta perut               

62. Banyak syarikat bumiputera terpaksa  _______ akibat kelembapan ekonomi

negara.

       A   gulung tikar                 B   balik gagang             C   hutang darah           

63.  Encik Idrus  gemar mendengar muzik klasik sebagai _______ pada masa

senggang.

       A   halwa telinga                 B   buah pena                C   bidan terjun

64.  Daud terkenal sebagai  ___________ di kampong itu kerana suka duduk di

simpang

jalan hingga larut malam.

       A   kepala batu                   B  kutu embun             C   kera sumbang

65.  Pengadil perlawanan akhir itu ditegur oleh pihak media massa kerana bersikap

___________.

       A   baik sangka                   B   buruk siku                 C   pilih kasih

66.  Pemuda yang kurang siuman itu tersengih-sengih seperti ____________ apabila

lalu

di hadapan gadis itu.

       A   cacing kepanasan           B   kerang busuk            C   sampah masyarakat  

67.  “Usahlah memandang saya seperti  __________. Saya juga berhak bersuara di

Negara

yang mengamalkan sistem demokrasi ini,” kata Juah kepada penduduk

kampung.

       A   anjing kurap                 B   pisau cukur               C  penyapu baharu

8

Page 9: Soalan Simpulan Bahasa Th 5

68.  Ana dan Ani yang mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR itu

merupakan  _____________ Encik Abu dan Puan Zaini.

       A  buah pena                      B   anak emas              C   nyiur gading             

69.  Usahlah kamu berharap Encik Hasan yang terkenal dengan gelaran _________

itu akan

menghulurkan derma kepada anak-anak yatim.

       A   tangkai jering                    B   ketam batu               C   buaya tembaga        

70.  Peragawati itu berjalan melenggang-lengguk seperti  _______ semasa

memperagakan

fesyen pakaian ini.

       A   bongkok sabut               B   patah kandar            C   cupak hanyut

71.  Tuk Penghulu menasihati ________ nya supaya sentiasa hidup bantu-membantu

antara

satu sama lain.

       A   anak emas                     B   anak buah                C   angak angkat           

72.  Ah Lim tidak disukai oleh kawan-kawannya kerana sikapnya yang  _______ .

       A   hidung tinggi                  B   buah mulut               C   bulat hati                

73.  Pak long dan mak ngah sanggup ber __________ hanya kerana berebut harta

pusaka.

       A   hisap darah                    B   patah arang              C   paling tadah            

74.  Dia  _______________ dengan sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab.

       A   makan diri                     B   makan gaji               C   makan hati            

75.  Cikgu Dayani terpaksa  _______ dalam hal murid-muridnya itu.

       A   baik sangka        B   buruk siku                 C   campur tangan         

76.  Karim terpaksa ______________ kerana belum mendapat gaji lagi.

       A   ikat perut                  B   mulut tempayan        C   pekak badak            

9

Page 10: Soalan Simpulan Bahasa Th 5

77.  Najwa selalu bergaduh dengan abangnya kerana dia  _____________.

      A   kacang hantu                  B   pisau cukur               C   anjing kurap            

78.  Sikap Ana yang  ____________ semasa bekerja tidak disenangi oleh majikannya.

       A  buah pena                      B   berat tulang              C   nyiur gading             

79.  Segala permintaannya dituruti kerana ia _______________ keluarganya.

       A   bongkok sabut               B   patah kandar            C   anak emas

80.  Walaupun telah bersara Ustaz Asharin tetap berasa bangga kerana ramai

_______

nya telah berjaya.

       A   anak angkat                  B   anak buah                C   anak tut                 

81.  Amin dapat mengendalikan rancangan jenaka itu dengan baik walaupun

tugasnya

hanya  ____________.

       A   lepas tangan                  B   bidan terjun              C   baik hati                 

82.  Jangan bersikap  ______________ketika mengadili sesuatu permainan.

       A   buruk sangka                 B   berat sebelah            C   baik hati                 

83.  Adila geram dengan sikap pemuda yang sengaja __________ ketika terpandang

akan

dirinya.

       A   senyum kambing            B   kacang hantu            C   batuk kambing         

84.  Jangan dilayan sangat pemuda yang duduk di pondok bas itu kerana dia

___________.

       A   gila bahasa                    B   alim kucing               C   buruk siku              

85.  Ana yang __________ itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami

pelajaran

Sains yang diajar oleh Cik Zul.

10

Page 11: Soalan Simpulan Bahasa Th 5

       A  ada hati                          B   cekal hati                 C   terang hati               

86.  Kerajaan Melaka mempunyai _______________ yang luas sehingga ke Sumatera.

       A   nyiur gading                   B   anak gahara             C  teluk rantau

87.  Banci penduduk 2013 telah dijalankan untuk mengetahui jumlah

_______________ di

seluruh negara.

       A   isi rumah                       B   isi perut                    C   isi hati                    

88.  Banyak peniaga menjual ubat-ubatan tradisional di ___________ Jalan Masjid

India.

       A   kaki bangku                   B   kaki lima                  C   kaki ayam               

89.  Bapa menyekolahkan anak-anaknya hingga ke universiti hasil daripada

_________ nya

di sawah.

       A   panjang akal                 B   titik peluh           C   ringan tulang   

        

90.  Sejak Anuar berpisah dengan  ___________ nya dia asyik termenung sahaja.

       A   puteri lilin                      B   anak buah                C    mata air

91.  Orang tua itu seorang yang kaya raya di kampong, tetapi dia seorang  _______ .

       A  kaki bangku                    B   tangkai jering           C   bulat hati                

92.  Salmi tidak sombong orangnya, tetapi dia hanya ______________.

       A   hisap darah                    B   patah arang              C   berat mulut

93.  Rencana yang disiarkan di akhbar-akhbar tempatan itu telah _____________

banyak

pihak tentang masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung itu.

       A   membuka mata              B   membuka peluang     C   membuka tembelang

11

Page 12: Soalan Simpulan Bahasa Th 5

94.  Datuk Murad telah memberi _________ kepada Ramasamy sama ada mahu

meneruskan

kerja atau diberhentikan kerja .

       A  kata putus                      B   kata dua                   C   kata sepakat            

95. Seorang pelatih skuad bola sepak negara terpaksa _________ daripada latihan

pusat

kerana ibunya meninggal  dunia.

       A   menarik diri                   B   membawa diri           C   menyerah diri          

96. Azli tidak_____________ membiarkan pengemis itu kelaparan.

A ada hati B sampai hati C kecil hati

97. Nabila murid yang cemerlang. Namun begitu, di sentiasa _________________.

A rendah diri B tawar hati C ringan mulut

98. Hassan baru sahaja ________________ dengan sebuah syarikat swasta di Perak.

A makan suap B makan hati C makan gaji

99. “Jangan ______________, kawan-kawan. Bukan saya yang pecahkan pasu itu,”

kata

Arif kepada kawan-kawannya.

A panjang tangan B campur tangan C serkap jarang

100. Kakak telah meluahkan _____________nya untuk menyambung pelajaran di

peringkat

yang lebih tinggi kepada ayah dan ibu.

A ambil hati B isi hati C ada hati

12