SOALAN-SOALAN LAZIM - asnb.com.my · PDF fileSOALAN-SOALAN LAZIM . ... Bolehkah Penerima...

download SOALAN-SOALAN LAZIM - asnb.com.my · PDF fileSOALAN-SOALAN LAZIM . ... Bolehkah Penerima berumur 18 tahun ke bawah menerima Harta ? Ya, boleh. Penerima perlu: ... 5 Sekiranya Pemilik

If you can't read please download the document

Transcript of SOALAN-SOALAN LAZIM - asnb.com.my · PDF fileSOALAN-SOALAN LAZIM . ... Bolehkah Penerima...

  • 1

    SOALAN-SOALAN LAZIM

    PENGISYTIHARAN AMANAH DI ASNB [A] DEFINISI

    S1: Apakah yang dimaksudkan dengan Pengisytiharan Amanah?

    Pengisytiharan Amanah merupakan perlantikan beberapa orang sebagai penerima harta oleh Pemegang Unit (Pemilik Harta) semasa hayatnya melalui Suratikatan Pengisytiharan Amanah. Pembahagian dan pembayaran dilakukan selepas kematian Pemegang Unit (Pemilik Harta)

    S2: Apakah yang dimaksudkan dengan Harta-harta Amanah?

    Harta-harta Amanah adalah tabung unit amanah ASNB yang diamanahkan oleh Pemegang Unit (Pemilik Harta) pada masa hayat melalui Suratikatan Amanah:

    Melibatkan salah satu atau beberapa atau semua tabung unit amanah yang dimiliki. Setiap tabung mestilah diamanahkan kesemua unit atau 100% kepada Penerima . Baki unit pelaburan dalam setiap tabung yang diamanahkan mestilah berjumlah 1000 unit dan ke atas. Tabung unit amanah yang berpunca dari pinjaman atau cagaran seperti PPRT, ASB Bandar dan ASB

    Sejahtera tidak dibenarkan.

    [B] AM

    S1: Mengapa ASNB tidak mengadakan sistem penamaan yang lebih mudah seperti KWSP dan Tabung Haji?

    Berdasarkan undang-undang Malaysia, unit amanah dikategorikan sebagai harta persendirian seperti saham-saham syarikat. Oleh yang demikian, pewarisan unit amanah adalah tertakluk kepada undang-undang probet dan pentadbiran di mana pentadbir atau wasi yang dilantik oleh mahkamah sahaja yang boleh menuntut harta si mati.

    Situasi ini berlainan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Lembaga Tabung Haji, di mana

    kedua-dua organisasi tersebut ditubuhkan di bawah akta masing-masing yang mana akta-akta berkenaan mempunyai peruntukan khusus yang membenarkan penamaan dilakukan secara terus.

  • 2

    S2: Mengapa ASNB memilih Pengisytiharan Amanah sebagai kaedah alternatif kepada kaedah sedia ada

    Tanpa kaedah alternatif dan instrumen perancangan harta pusaka seperti Pengisytiharan Amanah, proses pengagihan harta adalah rumit dan memakan masa yang panjang. Keadaan akan bertambah rumit sekiranya terdapat tuntutan bertindih dan pertelingkahan di kalangan waris.

    Melalui Pengisytiharan Amanah, ianya boleh membantu para pemegang unit merancang dengan

    bagaimana pelaburan unit amanah dapat diagihkan kepada waris yang dikehendaki dengan lebih cepat setelah pemegang unit meninggal dunia.

    [C] KELAYAKAN PEMOHON/PEMILIK HARTA

    S3: Siapakah yang layak membuat Pengisytiharan Amanah?

    Pemegang unit tabung unit amanah ASNB. Berumur 18 tahun dan ke atas Tabung unit amanah Pemegang Unit mestilah berstatus aktif dan Normal, iaitu tidak mempunyai

    status penggantungan atau pembekuan urusniaga.

    S4: Jika Pemilik Harta muflis selepas Suratikatan Amanah dimeterai, apakah yang akan berlaku?

    Pengisytiharan Amanah terbatal secara automatik. Pembekuan tabung unit amanah Pemilik Harta akan dilaksanakan. Hak-hak Pemilik Harta akan ditentukan berdasarkan kepada undang-undang Kebankrapan, arahan

    Jabatan Insolvensi Malaysia dan sebagainya.

    S5: Apakah yang akan terjadi kepada sekiranya Pemilik Harta hilang upaya, koma atau gila?

    ASNB akan mengiktiraf Penjaga yang dilantik melalui Perintah Mahkamah. Penjaga yang dilantik berhak menjalankan urusniaga bagi pihak Pemilik Harta selagi Pemilik Harta

    masih hidup tertakluk kepada Perintah Mahkamah. [D] KELAYAKAN PENERIMA

    S6: Apakah kelayakan Penerima?

    Terbuka kepada Warganegara dan bukan Warganegara Tiada Had Umur Terhad kepada 10 orang bagi setiap Suratikatan Amanah.

  • 3

    Tidak bankrap Sekiranya bukan Pemegang Unit berdaftar ASNB, penerima digalakkan menjadi Pemegang Unit

    berdaftar ASNB

    S7: Bolehkah Penerima berumur 18 tahun ke bawah menerima Harta?

    Ya, boleh. Penerima perlu:

    Melantik Penjaga Sah yang berumur 18 tahun ke atas. Penjaga Sah mesti dikalangan:

    o Ibu/bapa o Datuk/Nenek o Abang/kakak o Penjaga berdaftar melalui Perintah Mahkamah.

    [E] PERMOHONAN

    S8: Dimanakah permohonan Pengisytiharan Amanah boleh dibuat?

    Permohonan boleh dibuat di mana-mana pejabat ASNB.

    S9: Apakah yang perlu dilakukan jika berminat untuk melakukan Pengisytiharan Amanah?

    Pemohon mesti mengemukakan Borang PH1B dan membayar yuran pendaftaran yang ditetapkan.

    S10: Adakah Penerima perlu mengesahkan persetujuan pembahagian amanah ini?

    Tidak perlu [F] TABUNG UNIT AMANAH YANG DIBENARKAN

    S11: Bolehkah Pemegang Unit menyertai atau menambah pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP ke atas tabung unit amanah yang diamanahkan?

    Boleh.

    S12: Bolehkah Pemegang Unit mengambil pinjaman atau cagaran ke atas tabung unit amanah yang diamanahkan?

  • 4

    Tidak boleh.

    S13: Apakah tabung yang telah diamanahkan boleh dibekukan/berubah status?

    Tabung unit amanah yang diamanahkan boleh dibekukan atau berubah status, sekiranya dibenarkan, tertakluk kepada syarat-syarat Pengisytiharan Amanah, Prospektus Induk, Suratikatan tabung unit amanah dan KWSP.

    S14: Kenapakah baki minima sebanyak 1000 unit diperlukan?

    Salah satu syarat sah Pengisytiharan Amanah adalah terdapatnya barang atau harta yang diamanahkan. Oleh yang demikian, baki minima sebanyak 1000 unit bagi setiap tabung yang diamanahkan adalah diperlukan bagi memastikan wujudnya harta amanah dalam bentuk unit amanah dalam tabung unit amanah apabila berlakunya kematian Pemilik Harta.

    S15: Adakah Pemilik Harta boleh menyenaraikan aset selain tabung unit amanah ASNB dalam perjanjian ini?

    Tidak boleh. Hanya tabung unit amanah ASNB sahaja yang boleh diamanahkan. [G] PEMBAHAGIAN HARTA-HARTA AMANAH

    S16: Bagaimanakah cara pembahagian Harta-harta Amanah?

    Dalam setiap tabung unit amanah mestilah diamanahkan kesemua unit (100%) kepada Penerima-penerima yang disenaraikan.

    Contoh: e Pemilik Harta mempunyai tabung unit amanah ASG. Pemilik Harta mestilah mengamanahkan 100% tabung unit amanah ASG tersebut kepada Penerima-penerima yang telah dinamakan, seperti berikut:-

    Penerima A - 20%

    Penerima B 30%

    Penerima C 50% [H] TUNTUTAN DAN PEMBAYARAN

    S17: Apakah yang berlaku jika kematian berlaku?

    ASG 100%

  • 5

    Sekiranya Pemilik Harta meninggal dunia terlebih dahulu daripada Penerima, maka Harta-Harta Amanah adalah menjadi hak mutlak sepenuhnya kepada Penerima. Sebaliknya, sekiranya mana-mana Penerima meninggal dunia terlebih dahulu daripada Pemilik Harta, maka Harta-Harta Amanah tersebut akan dikembalikan kepada Pemilik Harta.

  • 6

    [I] PEMBATALAN PENGISYTIHARAN AMANAH

    S18: Bolehkah saya membatalkan Pengisytiharan Amanah saya?

    Pengisytiharan Amanah boleh dibatalkan pada bila-bila masa.

    PENGISYTIHARAN AMANAH DI ASNB