Soalan-Soalan · PDF fileSoalan-Soalan Lazim Kami di Koperasi Tentera (KT) senantiasa...

3
Soalan-Soalan Lazim Kami di Koperasi Tentera (KT) senantiasa bersedia memenuhi keperluan pelanggan dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik. Berikut ialah jawapan kepada beberapa soalan yang kerap dikemukakan. S: Berapa lamakah proses kelulusan permohonan pembiayaan (kecuali Pembiayaan Ekspres)? J: Ianya akan mengambil masa 5 hari bekerja untuk penerimaan borang di Ibu Pejabat manakala tambahan 2 hari bekerja bagi penerimaan borang di pejabat cawangan. S: Bagaimanakah cara untuk saya membuat semakan bagi status borang permohonan pembiayaan yang telah dihantar ke cawangan ataupun melalui pos? J: Anggota boleh menyemak status borang permohonan pembiayaan melalui talian 03-4027 2600. S: Apakah garis panduan semakan status dan permohonan bayaran bulanan pembiayaan bagi anggota bersara? J: Terdapat 3 cara: 1) Arahan bank kepada bank anggota – Anggota perlu mengambil borang di bank berkenaan, lengkapkan borang dan majukan kepada KATMB berserta duti setem RM10.00. KATMB akan mengisi jumlah yang perlu didebitkan dan menghantar borang tersebut ke bank yang berkenaan. 2) Bayaran secara tunai berkala – Anggota perlu hadir ke mana-mana kaunter KATMB dan seterusnya membuat bayaran tunai pendahuluan. 3) Buat pembayaran terus ke dalam akaun KATMB dan fakskan resit pembayaran ke KT.

Transcript of Soalan-Soalan · PDF fileSoalan-Soalan Lazim Kami di Koperasi Tentera (KT) senantiasa...

Page 1: Soalan-Soalan  · PDF fileSoalan-Soalan Lazim Kami di Koperasi Tentera (KT) senantiasa bersedia memenuhi keperluan pelanggan dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik

Soalan-Soalan Lazim

Kami di Koperasi Tentera (KT) senantiasa bersedia memenuhi keperluan pelanggan

dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik. Berikut ialah jawapan kepada beberapa

soalan yang kerap dikemukakan.

S: Berapa lamakah proses kelulusan permohonan pembiayaan (kecuali Pembiayaan

Ekspres)?

J: Ianya akan mengambil masa 5 hari bekerja untuk penerimaan borang di Ibu Pejabat

manakala tambahan 2 hari bekerja bagi penerimaan borang di pejabat cawangan.

S: Bagaimanakah cara untuk saya membuat semakan bagi status borang

permohonan pembiayaan yang telah dihantar ke cawangan ataupun melalui pos?

J: Anggota boleh menyemak status borang permohonan pembiayaan melalui talian

03-4027 2600.

S: Apakah garis panduan semakan status dan permohonan bayaran bulanan

pembiayaan bagi anggota bersara?

J: Terdapat 3 cara:

1) Arahan bank kepada bank anggota – Anggota perlu mengambil borang di bank

berkenaan, lengkapkan borang dan majukan kepada KATMB berserta duti setem

RM10.00. KATMB akan mengisi jumlah yang perlu didebitkan dan menghantar

borang tersebut ke bank yang berkenaan.

2) Bayaran secara tunai berkala – Anggota perlu hadir ke mana-mana kaunter KATMB

dan seterusnya membuat bayaran tunai pendahuluan.

3) Buat pembayaran terus ke dalam akaun KATMB dan fakskan resit pembayaran

ke KT.

Page 2: Soalan-Soalan  · PDF fileSoalan-Soalan Lazim Kami di Koperasi Tentera (KT) senantiasa bersedia memenuhi keperluan pelanggan dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik

S: Mengapakah semakan baki hutang saya semakin bertambah?

J: Berdasarkan prinisp perbankan patuh syariah, baki hutang adalah merujuk jumlah

amaun sebenar yang ditanggung oleh anggota iaitu harga pokok dan keuntungan. Tiada

sebarang peningkatan tempoh, jumlah mahupun ansuran bulanan yang terlibat.

S: Mengapa saya harus membayar keseluruhan jaminan sedangkan ada seorang lagi

penjamin?

J: Dalam sistem perbankan, penjamin mempunyai tanggungan yang sama seperti

peminjam. Penjamin bukan sekadar memberi rujukan yang baik mengenai peribadi

peminjam, akan tetapi penjamin juga terikat dari segi undang-undang untuk membayar

balik pinjaman jika peminjam tidak boleh atau enggan membuat pembayaran balik.

S: Bagaimana cara untuk membuat penukaran nombor telefon bimbit di dalam

Sistem SMS?

J: Taip KT TUKAR {jarak} No. Ahli {jarak} No. Tentera {jarak} No. Telefon Lama {jarak}

No. Telefon Baharu dan hantarkan ke 33310.

Contoh: KT TUKAR 123456 2345678 0193456789 0194567890.

S: Kenapa semakan baki akaun melalui SMS tidak mendapat sebarang jawapan?

J: Ada beberapa kemungkinan:

i. Kesalahan dalam menaip aturan permintaan; atau

ii. Kelewatan menerima jawapan berpunca daripada syarikat pengendali

talian; atau

iii. Baki kredit tidak mencukupi.

S: Kenapa setiap kali saya berurusan di kaunter Ibu Pejabat mahupun di cawangan

KT mengambil masa yang lama?

J: Proses permohonan kini dilakukan dengan lebih teliti dan terperinci mengikut garis

panduan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh SKM dan Bank Negara Malaysia.

Justeru itu, tempoh proses permohonan menjadi lebih lama daripada biasa sama seperti

waktu menunggu.

Page 3: Soalan-Soalan  · PDF fileSoalan-Soalan Lazim Kami di Koperasi Tentera (KT) senantiasa bersedia memenuhi keperluan pelanggan dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik

S: Kenapa panggilan telefon kerap kali tidak dijawab dan saya terpaksa menunggu

lama untuk panggilan telefon dijawab?

J: KATMB menerima jumlah panggilan telefon yang tinggi selepas sistem perbankan patuh

syariah diperkenalkan. Walau bagaimanapun, KATMB sentiasa cuba untuk memberikan

perkidmatan pelanggan yang terbaik. Justeru, kami telah mengambil inisiatif untuk

mengkhususkan talian telefon kami mengikut urusan anggota. Berikut adalah senarai staf

di bahagian tertentu untuk rujukan/pertanyaan.

AKAUN 03-4027 5528 En Syed Ahmad Azmi bin Syed Abd Wahab (Pertanyaan baki) 03-4027 2527 En Anuar bin Che Soh (Pertanyaan baki) 03-4027 2693 En Muhammad Iqbal Alif bin Sariman (Pertanyaan baki)

PEMBIAYAAN 03-4027 2619 En Mohamad Hafiz bin Nasir 03-4027 2647 Cik Nurul Sarimah bt Rahmat

KEANGGOTAAN 03-40272639 Pn Suriyati bt Mohamed 03-40272649 Pn Rosliza bt Mohamed

PEMULIHAN KREDIT 03-4027 2720 Pn Siti Rapemah bt Hj Taib (Pertanyaan hutang terbengkalai)