Soalan-Soalan Lazim – Kenaikan Kadar Caruman (Syer ... · PDF fileSOALAN-SOALAN LAZIM...

3
1 SOALAN-SOALAN LAZIM KENAIKAN KADAR CARUMAN SYER MAJIKAN Bil. Soalan dan Jawapan 1. Golongan pekerja manakah yang terlibat dengan kenaikan kadar baru caruman syer majikan? Golongan pekerja yang terlibat dengan kenaikan kadar baru caruman syer majikan adalah pekerja-pekerja yang menerima upah/gaji bulanan RM5,000.00 dan ke bawah sebagaimana yang dinyatakan di Bahagian A dan Bahagian C dalam Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991. 2. Berapakah kadar baru caruman syer majikan yang dikenakan terhadap pekerja yang menerima upah/gaji bulanan RM5,000.00 dan ke bawah tersebut? Secara AMnya, kadar baru caruman syer majikan terbahagi kepada dua kategori iaitu: i) Bagi pekerja yang berumur kurang dari 55 tahun, kadar baru caruman syer majikan adalah 13% (kenaikan 1%); tertakluk kepada jumlah dalam Bahagian A, Jadual Ketiga. ii) Bagi pekerja yang berumur 55 tahun dan ke atas (sehingga 75 tahun), kadar baru caruman syer majikan adalah 6.5%; tertakluk kepada jumlah dalam Bahagian C, Jadual Ketiga. Sebagai rujukan selepas ini, kadar baru syer majikan 13% dan 6.5% seperti dinyatakan di para (i) dan (ii) akan dirujuk sebagai kadar baru caruman syer majikan. 3. Apakah yang dimaksudkan sebagai ‘upah’ ? Upah sepertimana yang didefinasikan di bawah Seksyen 2, Akta KWSP 1991 adalah: .....semua saraan dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada pekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisannya sama ada dipersetujui untuk dibayar secara bulanan, mingguan, harian atau selainnya. Ini termasuklah apa-apa bonus, komisen atau elaun yang kena dibayar oleh majikan kepada pekerja. 4. Bilakah kadar baru caruman syer majikan mula berkuatkuasa? Kadar baru caruman syer majikan berkuatkuasa mulai bulan Januari 2012, iaitu bagi upah/gaji yang diterima pekerja untuk bulan Januari 2012 (caruman KWSP bulan Februari 2012) dan seterusnya. 5. Berapa lamakah tempoh kadar baru caruman syer majikan akan berkuatkuasa? Tempohnya sehingga pengumuman rasmi dibuat sekiranya terdapat perubahan. 6. Adakah kadar baru caruman ini melibatkan syer pekerja? Tidak, kadar caruman berkanun syer pekerja kekal pada 11% (Bahagian A, Jadual Ketiga) dan 5.5% (Bahagian C, Jadual Ketiga). 7. Apakah rasional kenaikan kadar baru caruman syer majikan bagi pekerja yang menerima upah/gaji bulanan RM5,000.00 dan ke bawah? Ini adalah satu inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk menambah simpanan persaraan pekerja yang menerima upah bulanan RM5,000.00 dan ke bawah bagi membolehkan mereka mempunyai simpanan yang mencukupi apabila bersara kelak. Ini kerana tempoh persaraan semakin panjang kerana jangka hayat telah meningkat. Oleh itu, seseorang pekerja memerlukan jumlah simpanan yang lebih banyak untuk membiayai kehidupan apabila bersara.

Transcript of Soalan-Soalan Lazim – Kenaikan Kadar Caruman (Syer ... · PDF fileSOALAN-SOALAN LAZIM...

Page 1: Soalan-Soalan Lazim – Kenaikan Kadar Caruman (Syer ... · PDF fileSOALAN-SOALAN LAZIM ... Bagi pekerja yang berumur kurang dari 55 tahun, ... 5% melebihi kadar berkanun), maka kadar

1

SOALAN-SOALAN LAZIM KENAIKAN KADAR CARUMAN SYER MAJIKAN

Bil. Soalan dan Jawapan

1. Golongan pekerja manakah yang terlibat dengan kenaikan kadar baru caruman syer majikan?

Golongan pekerja yang terlibat dengan kenaikan kadar baru caruman syer majikan adalah pekerja-pekerja yang menerima upah/gaji bulanan RM5,000.00 dan ke bawah sebagaimana yang dinyatakan di Bahagian A dan Bahagian C dalam Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991.

2. Berapakah kadar baru caruman syer majikan yang dikenakan terhadap pekerja yang menerima upah/gaji bulanan RM5,000.00 dan ke bawah tersebut?

Secara AMnya, kadar baru caruman syer majikan terbahagi kepada dua kategori iaitu:

i) Bagi pekerja yang berumur kurang dari 55 tahun, kadar baru caruman syer majikan adalah 13% (kenaikan 1%); tertakluk kepada jumlah dalam Bahagian A, Jadual Ketiga.

ii) Bagi pekerja yang berumur 55 tahun dan ke atas (sehingga 75 tahun), kadar baru

caruman syer majikan adalah 6.5%; tertakluk kepada jumlah dalam Bahagian C, Jadual Ketiga.

Sebagai rujukan selepas ini, kadar baru syer majikan 13% dan 6.5% seperti dinyatakan di para (i) dan (ii) akan dirujuk sebagai kadar baru caruman syer majikan.

3. Apakah yang dimaksudkan sebagai ‘upah’ ?

Upah sepertimana yang didefinasikan di bawah Seksyen 2, Akta KWSP 1991 adalah:

.....semua saraan dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada pekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisannya sama ada dipersetujui untuk dibayar secara bulanan, mingguan, harian atau selainnya. Ini termasuklah apa-apa bonus, komisen atau elaun yang kena dibayar oleh majikan kepada pekerja.

4. Bilakah kadar baru caruman syer majikan mula berkuatkuasa?

Kadar baru caruman syer majikan berkuatkuasa mulai bulan Januari 2012, iaitu bagi upah/gaji yang diterima pekerja untuk bulan Januari 2012 (caruman KWSP bulan Februari 2012) dan seterusnya.

5. Berapa lamakah tempoh kadar baru caruman syer majikan akan berkuatkuasa?

Tempohnya sehingga pengumuman rasmi dibuat sekiranya terdapat perubahan.

6. Adakah kadar baru caruman ini melibatkan syer pekerja?

Tidak, kadar caruman berkanun syer pekerja kekal pada 11% (Bahagian A, Jadual Ketiga) dan 5.5% (Bahagian C, Jadual Ketiga).

7. Apakah rasional kenaikan kadar baru caruman syer majikan bagi pekerja yang menerima upah/gaji bulanan RM5,000.00 dan ke bawah?

Ini adalah satu inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk menambah simpanan persaraan pekerja yang menerima upah bulanan RM5,000.00 dan ke bawah bagi membolehkan mereka mempunyai simpanan yang mencukupi apabila bersara kelak. Ini kerana tempoh persaraan semakin panjang kerana jangka hayat telah meningkat. Oleh itu, seseorang pekerja memerlukan jumlah simpanan yang lebih banyak untuk membiayai kehidupan apabila bersara.

Page 2: Soalan-Soalan Lazim – Kenaikan Kadar Caruman (Syer ... · PDF fileSOALAN-SOALAN LAZIM ... Bagi pekerja yang berumur kurang dari 55 tahun, ... 5% melebihi kadar berkanun), maka kadar

2

8. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan maklumat berkaitan kadar baru caruman syer majikan?

Kadar baru caruman syer majikan boleh dirujuk dalam Bahagian A dan Bahagian C, Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991.

9. Di manakah rujukan kepada Jadual Ketiga berkaitan jumlah caruman boleh dibuat?

Sila klik di sini untuk merujuk Jadual Ketiga.

10. Adakah kadar baru caruman syer majikan turut terpakai bagi bonus yang dibayar kepada pekerja yang menerima upah/gaji bulanan RM5,000.00 dan ke bawah?

Ya, berdasarkan kategori pekerja sepertimana di soalan 2.

11. Berapakah kadar baru caruman syer majikan bagi bonus yang dibayar kepada pekerja melebihi RM5,000.00 sedangkan upah/gaji bulanan yang diterima adalah RM5,000.00 dan ke bawah?

Kadar baru caruman syer majikan bagi bonus yang dibayar melebihi RM5,000.00 kepada pekerja

yang menerima upah/gaji bulanan RM5,000.00 dan ke bawah secara AMnya, adalah terbahagi

kepada dua kategori seperti jawapan di soalan 2. Contoh kes berhubung kadar baru caruman syer

majikan yang melibatkan pembayaran bonus bagi dua kategori pekerja tersebut adalah seperti

berikut:

Contoh 1:

Pekerja berumur kurang dari 55 tahun, menerima upah/gaji bulanan RM3,000.00 dan bayaran

bonus RM6,000.00 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM9,000.00, kadar caruman syer

majikan yang dikenakan ke atas pekerja tersebut adalah 13%.

Contoh 2 :

Pekerja berumur 55 tahun dan ke atas (sehingga 75 tahun), menerima upah/gaji bulanan

RM4,000.00 dan bayaran bonus RM8,000.00 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM12,000.00,

kadar caruman syer majikan yang dikenakan ke atas pekerja tersebut adalah 6.5%.

12. Sekiranya sebelum ini majikan telah membuat pilihan untuk mencarum melebihi kadar berkanun bagi caruman syer majikan, apakah implikasi pelaksanaan kadar baru caruman syer majikan tersebut?

Ia bergantung kepada kandungan terma dan syarat perkhidmatan atau perjanjian perkhidmatan atau ‘collective agreement’ yang berkuatkuasa di antara pekerja dan majikan.

Senario 1 : Sekiranya di dalam terma perkhidmatan dinyatakan secara khusus kadar caruman syer majikan yang memang melebihi kadar berkanun baru (contoh: 17.5%), maka kadar tersebut hendaklah terus digunapakai. Bagaimanapun, penambahan kadar caruman syer majikan boleh dibuat ke atas kadar tersebut.

Senario 2 : Dalam keadaan terma perkhidmatan menyatakan kadar caruman syer majikan adalah sesuatu kadar yang melebihi kadar berkanun (contoh: 5% melebihi kadar berkanun), maka kadar baru caruman syer majikan hendaklah diambilkira dan berkuatkuasa (contoh: 13% + 5% = 18%).

Nota: Majikan boleh membuat pilihan untuk mencarum melebihi kadar berkanun dengan mengambil kira kadar baru caruman syer majikan. Majikan dingatkan untuk mengisi Borang Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun - KWSP 17 (Maj).

13. Bolehkah majikan membayar caruman syer majikan melebihi kadar berkanun yang baru?

Boleh, dengan melengkapkan Borang Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun - KWSP 17 (Maj).

Page 3: Soalan-Soalan Lazim – Kenaikan Kadar Caruman (Syer ... · PDF fileSOALAN-SOALAN LAZIM ... Bagi pekerja yang berumur kurang dari 55 tahun, ... 5% melebihi kadar berkanun), maka kadar

3

14. Adakah kadar baru caruman syer majikan dikenakan terhadap majikan yang membuat bayaran ke atas caruman tertunggak bagi upah/gaji pekerja sebelum Januari 2012?

Tidak, kadar baru caruman syer majikan ini tidak melibatkan bulan-bulan caruman yang terdahulu dan tertunggak (sebelum Januari 2012).

15. Sekiranya seseorang pekerja tidak bekerja sepenuhnya untuk sesuatu bulan dan menerima upah bulanan kurang daripada RM5,000.00, berapakah kadar baru caruman syer majikan yang dikenakan?

Kadar caruman syer majikan yang dikenakan adalah berdasarkan kadar baru caruman syer majikan sepertimana di soalan 2 (iaitu 13% atau 6.5% tertakluk kepada Jadual Ketiga).

16. Bagaimanakah aduan boleh dibuat sekiranya seseorang pekerja/ahli yang menerima upah/gaji bulanan RM5,000.00 dan ke bawah mendapati majikannya tidak membayar caruman pada kadar baru yang ditetapkan?

Seseorang pekerja/ahli boleh membuat aduan kepada KWSP melalui saluran berikut:

a. Maklum balas online melalui Enquiry b. Pusat Panggilan KWSP di talian 03-89226000 c. Mana-mana Pejabat KWSP