Soalan STPM 2000

download Soalan STPM 2000

of 23

Transcript of Soalan STPM 2000

Soalan STPM 2000 (Sistem Ekologi) soalan 7 a) Apakah dimaksudkan dengan rantaian makanan?(5 m) Rantaian makanan merujuk kepada pemindahan tenaga, elemen -elemen kimia dan beberapa jenis sebatian daripada satu organism kepada organism yang lain di sepanjang aliran itu berlaku. Rantaian makanan melibatkan aras trofik yang berbeza bermula daripada pengeluar kepada pengguna hinggalah kepada pengurai. b) Terangkan bagaimana tenaga dipindahkan dalam rantaian makanan bagi ekosistem hutan tropika? (10m) Tenaga dipindahkan dalam rantaian makanan bagi ekosistem hutan tropika melalui: - Tenaga dipindahkan dari matahari kepada tumbuh-tumbuhan untuk proses fotosintesisdisimpan dalam bentuk karbohidrat,protein,lemak dan asid tumbuhan - Tenaga kimia dan haba dipindahkan daripada pengeluar kepada pengguna primer apabila haiwan-haiwan herbivore memakan tumbuhan yang kaya dengan tenaga dan membebeaskan tenaga tersebut melalui respirasi. - Tenaga kimia dan haba dipindahkan daripada pengguna primer kepadapengguna sekunder apabila haiwan karnivor memakan herbivore. Tenaga ini terus diperoleh daripada molekul-molekul organik yang kaya dengan tenaga daripada haiwan herbivor. - Tenaga kimia dan haba daripada pengguna sekunder akan berpindah kepada pengguna tertier iaitu apabila haiwan karnivor memakan haiwan karnivor yang lain. - Organisma pengurai seperti bacteria dan kulat memperoleh tenaga kimia daripada molekul-molekul yang kaya dengan tenaga daripada tisu organism dan tumbuhan yang telah mati dan mereput. c) Jelaskan bagaimana rantaian makanan boleh diganggu dan huraikan kesan gangguan itu terhadap manusia?(10m) Cara-cara rantaian makanan diganggu Kebakaran hutan,pembersihan hutan dan pembalakan Perubahan cuaca dan iklim Serangan penyakit Bencana alam seperti gempa bumi,dan pergerakan jisim Pemburuan dan pemungut sumber hutan Penggunaan racun serangga Pembinaan empangan

Kesan gangguan terhadap manusia Kekurangan sumber maknan Kepupusan spesies-kekurangan sumber ekonomi Kemerosotan kesuburan tanih Kekurangan habitat bagi orang asli

Rajah 1

Soalan STPM 2001 Soalan 7 a) Dengan menggunakan Rajah 1, i) Labelkan aliran tenaga dalam siratan makanan dan(5m) ii) Huraikan proses aliran tenaga dalam siratan makanan tersebut.(10m) - Tenaga daripada matahari mengalir terus kepada tumbuh-tumbuhan hijau seperti lumut dan alga yang ada di permukaan rasik atau tebing tasik. Tumbuh-tumbuhan hijau ini memproses tenaga secara langsung daripada matahari. Tumbuhan-tumbuhan ini akan menyimpan tenaga kimia di dalam klorofilnya. Dalam konteks ini, tumbuh-tumbuhan hijau bertindak sebagai pengeluar. Justeru itu,matahari berfungsi membekalkan tenaga asas kepada semua hidupan di dalam tasik tersebut. - Tenaga kimia dalam zooplankton pula akan berpindah kepada pengguna sekunder seperti ikan kecil dan cacing apabila haiwan tersebut memakan zooplankton. Tenaga kimia yang dipindahkan itu digunakan untuk membesar,bergerak danmembiak. - Seterusnya tenaga kimia di dalam pengguna sekunder akan berpindah pula ke pengguna tertier seperti ikan yang lebih besar apabila ikan tersebut memakan ikan kecil dan cacing tanah. Sekali lagi, tenaga yang berpindah itu digunakan untuk bergerak, me mbesar dan membiak. - Akhirnya tenaga akan berpindah kepada pengurai yang terdiri daripada bakteria dan fungi apabila ia menguraikan segala pengguna yan mati dan reput seperti tumbuh tumbuhan dan haiwan. Bahan organic yang reput ini akan menambahkan nutrientdalam tasik tersebut yang seterusnya digunakan kembali oleh tumbuh-tumbuhan hijau untuk membesar. b) Jelaskan bagaimana manusia boleh mengganggu ekosistem tasik (10m) Ekosistem tasik boleh musnah atau kestabilannya diganggu menerusi pelbagai aktiviti manusia seperti: - Aktiviti penebusgunaan tasik. Tasik yang ada mungkin ditimbus atau ditebusguna untuk dijadikan pelbagai tapak bina seperti kawasan perumahan,industry, dan sebagainya. Apabila kawasan ini ditimbus bermakna memusnahkan segala ekosistem di dalamnya. - Aktivti perindustian. Ini termasuklah penyaluran dan pembuangan sisa toksik ke dalam tasik oleh sesetengah kilang seperti kilang memproses getah dan kelapa sawit,kilang membuat cat dan petrokimia yang secara langsung menyalirkan sisa ke tasik yang berdekatan. Air tasik akan tercemar,nilai BOD air dalam tasik meningkat dan ini akan memusnahkan segala hidupan di dalam tasik tersebut sekaligus keseluruhan ekosistem tasik akan musnah. - Aktivti pertanian dan penternakan Sisa pertanian seperti baja kimia dan racun serangga boleh dibawa oleh larian air permukaan atau dilarutresapkan oleh air hujan ke dalam tanah yang akhirnya diluahkan ke dalam tasik yang berdekatan. Kesan nya kualiti air tasik akan terjeas,nilai keasidan pHnya bertambah yang boleh mematikan hidupan seperi zooplankton dan tumbuhtumbuhan hijau yang lain.

-

-

Aktiviti pelancongan Meliputi pembuangan dan penyaliran sisa kumbahan daripada hotel,resort dan chalet ke kawasan tasik yang berdekatan. Ini akan meningkatkan kandungan bakteria E.Coli dalam tasik tersebut. Peningkatan kandungan bakteria ini mencerminkan kualiti air tasik kian merosot yang seterusnya boleh mematikan pelbagai sumber alga dan zooplankton yang menjadi pembekal makanan utama kepada seluruh hidupan akuatik dalam tasik tersebut. Aktiviti-aktiviti lain Seperti pembuangan sisa domestok oleh penduduk seperti pembuangan sampah sarap terus ke dalam tasik yang menyebabkan air tasik menjadi busuk dan tercemar yang seterusnya boleh mengganggu keseimbangan ekosistem tasik berkenaan. Selain itu,aktiviti seperti menuba ikan dan mengebom ikan di dalam tasik yang terlibat akan memusnahkan pelbagai peringkat pengguna dalam tasik tersebut.

Jawapan a)

STPM 2002

5.a)Apakah yang dimaksudkan dengan kitar nutrien dalam ekosistem.(5m) Kitaran bahan kimia yang ada dalam sesebuah ekosistem.Berlaku secara berterusan dan berkesinambungan dalam edaran yang lengkap dan sempurna.Misalnya kitar oksigen,kitaran nitrogen,kitaran fosforus,kitar hidrologi,dan sebagainya.Bahan-bahan yang ada di dalam sesebuah ekosistem akan berkitar bersama-sama dengan kitaran makanan.Ia boleh berubah bentuk dan posisi yang akhirnya kembali ke tempat asalnya.

b)Dengan bantuan gambar rajah,huraikan bagaimana kitar oksigen berlaku dalam ekosistem daratan.(10m) Kitar oksigen berlaku menerusi proses pernafasan atau respirasi haiwan dan manusia dengan proses fotosintesis oleh tumbuhan.

-oksigen dibekalkan terus dari atmosfera untuk pernafasan haiwan dan manusia akan membebaskan karbon dioksida ke atmosfera. -karbon dioksida yang dibebaskan oleh haiwan akan digunakan pula oleh tumbuhan hijau untuk melakukan proses fotosintesis. -menerusi fotosintesis tumbuhan pula akan membebaskan kembali oksigen ke atmosfera yang kelak digunakan pula oleh haiwa dan manusia. Proses ini berterusan dan berkitaran.Dalam keadaan semula jadi ianya berlaku dengan seimbang.

c)Jelaskan mengapa kitar oksigen dan kitar karbon selalunya digabungkan.(10m) -kitar oksigen berlaku menerusi proses pernafasan atau respirasi haiwan dan manusia dengan proses fotosintesis oleh tumbuhan.Oksigen dibekalkan terus dari atmosfera untuk pernafasan haiwan dan manusia.Proses pernafasan atau respirasi haiwan dan manusia akan membebaskan karbon dioksida ke atmosfera.Karbon dioksida ayng dibebaskan oleh haiwan akan digunakan pul oleh tumbuhan a hijau untuk melakukan proses fotosintesis.Menerusi fotosintesis tumbuhan pula akan membebaskan kembali oksigen ke atmosfera yang kelak digunakan pula oleh haiwan dan manusia.Proses ini berterusan dan berkitaran.Dalam keadaan semula jadi ianya berlaku dengan seimbang. -kitar oksigen dan kitar karbon dioksida tidak boleh dipisahkan kerana di dalam proses pernafasan dan fotosintesis ia melibatkab kedua-dua unsur tersebut yang sudah terikat dia antara satu sama lain dalam proses semula jadi.Pernafasan menggunakan oksigen dan membebaskan karbon dioksida.Karbon dioksida pula akan diguna oleh tumbuhan melakukan fotosintesis yang akan membebaskan semula oksigen. -oksigen terikat dalam karbon dioksida semasa pernafasan haiwan dan manusia. -dalam proses fotosintesis karbon dioksida pula diikat dan digunakan oleh tumbuhan untuk membebaskan oksigen. -oksigen juga digunakan dalam pembakaran bahan api fosil seperti penggunaan petroleum dalam kenderaan lalu membebaskan karbon dioksida.

STPM 2003 7.a)Nyatakan dua fasa kitar nutrien dalam sesuatu ekosistem.(5m) Fasa 1 :Fasa abiotik(bukan hidup) yang meliputi persekitaran fizikal sesebuah ekosistem seperti persekitaran air,udara,tanih,bahan kimia dan sebagainya. Fasa 2 :Fasa biotik(hidupan) yang ada dalam sesebuah ekosistem yang meliputi pengeluarpengguna-pengurai.

Namun begitu,kedua-dua fasa ini tidak terpidah malah saling bergantungan antara satu sama lain bagi menghasilkan ekosistem yang lengkap dan seimbang.

b)Dengan bantuan gambar rajah,huraikan proses yang berlaku dalam kitar nitrogen.(12m) -Nitrogen merupakan satu unsur kimia yang sangat bergunan kepada hidupan.Bekalan nitrogen di dalam atmosfera yang diperlukan oleh organisma hidup dalam sesebuah ekosistem datangn dari ya dua sumber penting iaitu bakteria dan alga pengikat nitrogen.Nitrogen dapat diperolehi dari najis dan buangan organisma hidup(perkumuhaan) seperti ammonia,urea,asid urik,sebatian bernitrogen dan daripada pereputan bangkai haiwan.Lazimnya gas nitrogen memasuki rantaian makanan melalui akar-akar tumbuhan dalam bentuk ammonia atau nitrat.Apabila berada dalam tumbuhan,nitrogen akan bertukar menjadi molekul-molekul organik seperti asid amino,protein,asid nukleik dan vitamin. -Terdapat beberapa peringkat dalam proses kitar nitrogen : i.Fasa atmosfera/udara.Bagi gas nitrogen yang ada dalam udara pula boleh ditukarkan kepada beberapa bentuk oksida melalui kilat.Apabila gas nitrogen terkena kilat ia akan bertukar menjadi nitrogen oksida dan nitrogen oksida ini pula boleh bercantum dengan air untuk menghasilkan nitrat.Satu perkara yang agak penting bagi kitaran nitrogen ialah peranan yang dimainkan oleh beberapa jenis bakteria,kulat dan alga biru-hijau.Mikroorganisma ini berkeupayaan untuk mendapatkan gas nitrogen dalam udara dan mencantumkannya dengan gas hidrogen untuk menghasilkan gas ammonia.Sebahagian kecil daripada gas ammonia ini akan dikumuhkan keluar oleh mikroorganisma berkenaan dan tertinggal dalam tanah.Ammonia dan nitrat yang ada di dalam tanah amat mudah dilarutkan di dalam air tanah dan mengalir bersama-sama aliran air bawah tanah menuju ke sungai,tasik,kolam dan sebagainya. ii.Fasa organisma.Tumbuhan menyerap larutan nitrat dalam tanah dan disimpan dalam bentuk sebatian nitrogen dalam tumbuhan yang kemudiannya akan digunakan pula oleh haiwan dan nitrogen tersebut disimpan dalam bentuk protein haiwan.Hasil perkumuhan haiwan yang mengandungi nitrogen boleh ditukarkan oleh organisma seni menjadi bentuk amino.Bentuk amino ini pula boleh diuraikan dari molekul-molekul organik lalu menghasilkan ammonia.Beberapa jenis bakteria khususnya Nitrosomonas boleh mengoksidakan ammonia menjadi nitrit.Tindakbalas ini boleh berlaku di mana-mana sahaja sama ada di dalam tanah atau di dalam air asalkan terdapat ammonia dan oksigen.Manakala bakteria jenis Nitrobacter boleh mencantumkan nitrit dengan oksigen lalu menghasilkan nitrat.

iii.Fasa tanih.Haiwan mati dan reput dalam tanih akan diuraikan oleh bakteria serta kulat.Secara semula jadinya nitrogen dalam tanah yang bertukar kepada nitrat akan dikeluarkan secara perlahanlahan hasil tindak balas mikroorganisma tertentu.Sebaik sahaja nitrat dikeluarkan ke dalam tanah maka ia akan digunakan oelh tumbuhan dan menukarkannya kepada protein.

c)Huraikan bagaimana manusia mempengaruhi kitar nitrogen.(8m) -pembakaran hutan atau tumbuhan.Nitrogen akan dibebaskan ke udara dalam bentuk gas nitrogen.Selain itu,pembakaran bahan api fosil seperti arang batu dan petroleum juga boleh menghasilkan dan menambahkan gas nitrogen oksida dalam fasa udara. -penggunaan baja kimia dalam sektor pertanian perladangan seperti baja NPK(Nitrogen,Fosforus dan Kalsium) serta baja nitrat.Kandungan nitrat dari baja kimia tersebut akan dilarutresapkan oleh air hujan ke dalam tanah atau dialirkan oleh larian air permukaan ke sungai,tasik,kolam dan sebagainya.Ini mempengaruhi kitar nitrogen dalam fasa tanah. -perkumuhan dari haiwan ternakan.Mengandungi nitrogen boleh ditukarkan oleh organisma seni menjadi bentuk amino.Bentuk amino ini pula boleh diuraikan dari molekul-molekul organik lalu menghasilkan ammonia. Beberapa jenis bakteria khususnya Nitrosomonas boleh mengoksidakan ammonia menjadi nitrit.Tindak balas ini boleh berlaku di dalam tanah atau di dalam air asalkan terdapat ammonia dan oksigen.Manakala bakteria jenis Nitrobacter boleh mencantumkan nitrit dengan oksigen lalu menghasilkan nitrat.Kesannya nitrogen dalam fasa organisma akan bertambah. -kumbahan domestik dan bandaran,sisa perkilangan(enfluen) yang dialirkan ke dingai,tasik,kolam,tanah dan sebagainya turut mempengaruhi kandungan nitrogen dalam fasa kitarannya.

STPM 2004 8.Berdasarkan kajian luar yang telah anda lakukan di suatu kawasan pinggir pantai, a)huraikan siratan makanan dalam ekosistem di kawasan tersebut.(7m) kawasan pinggir pantai yang dikaji ialah di Tanjung Gemuk,Kuala Rompin,Pahang.Ekosistem yang dikaji pula ialah ekosistem paya bakau.Siratan makanan bermaksud jaringan makanan yang lebih kompleks berbanding dengan rantaian makanan.Siratan makanan mempunyai pelbagai arah manakala rantaian makanan arahnya adalah sehala sahaja.Di dalam ekosistem ini,siratan makanan yang wujud ialah seperti berikut : -pengeluar seperti daun/pucuk,bunga,dan buah pokok bakau. -pengeluar dimakan oleh pengguna primer speri ulat beluncas dan juga haiwan prima seperti t monyet.Selain itu,pengguna primer juga terdiri daripada hidupan air payau seperti siput balitong,siput sedut tiram,kepah,ketam,udang dan ikan khususnya ikan belacak yang memakan daun-daun pokok bakau yang gurur dan reput dan telah diuraikan olehcacing.Pengguna primer yang hidup di dalam air payau ini juga memakan najis haiwan primat. -pengguna sekunder terdiri daripada burung seperti burung pucong dan jugaular misalnya ular air yang memakan pengguna primer seperti ulat beluncas,siput,udang dan ik an. -pengguna tertier pula terdiri daripada buaya yang memakan hampir kesemua peringkat pengguna yang lain.Sebagai haiwan dominan di dalam hutan paya bakau buaya akan makan ikan,burung,ular, dan juga monyet. -akhirnya apabila semua pengguna mati ia akan direput dan diuraikan oleh pengurai yang terdiri daripada cacing misalnya cacing polychaeta.

b)jelaskan bagaimana aktiviti manusia telah mengganggu ekosistem di kawasan tersebut dan,(10m) Terdapat beberapa aktiviti yang dikenal pasti telah mengganggu keseimbangan ekosistem paya bakau di Tanjung Gemuk,Kuala Rompin,Pahang.Antaranya ialah : -pembalakan di kawasan hutan bakau.Pokok bakau yang bermutu tinggi seperti bakau minyak dan bakau kurap telah ditebang secara berleluasa kerana nilai dagangan kayu bak yang au tinggi.Pemusnahan hutan ini telah merosakkan habitat pelbagai spesies dua alamnya. -aktiviti akuakultur.Di kawasan-kawasan tertentu,hutan bakau telah dimusnahkan untuk dijadikan kolam ternakan udang harimau dan juga ternakan ikan kerapu yang diusahakan secara komersial oleh penduduk tempatan.Selain daripada kemusnahan habitat asal,perubahan landskap juga berlaku. -pembuangan sisa kilang/penyaliran enfluen kilang ke sungai yang seterusnya sisa-sisa tersebut terkumpul di kawasan hutan bakau yang terletak di bahagian hilir sungai Rompin.Penyaliran sisa

toksik telah menyebabkan air sungai tercemar dan seterusnya mematikan pelbagai spesies ikan d an udang galah yang mendiami ekosistem hutan bakau berkenaan. -aktiviti pembinaan jeti pendaratan ikan.Kuala-kuala sungai yang kecil telah diperdalamkan manakala alur-alur sungai yang kecil yang dikelilingi oleh hutan bakau telah dilebarkan untuk memudahkan pedaratan bot-bot nelayan.Ini melibatkan kerja-kerja penebangan dan pembersihan hutan bakau yang berhampiran.Kesannya ekosistem hutan bakau juga turut terjejas.

c)huraikan bagaimana gangguan terhadap ekosistem di kawasan tersebut dapat dikawal oleh pihak berkuasa tempatan.(8m) -hutan bakau yang telah ditebang mestilah ditanam semula melalui pembangunan hutan yang sepadu.Pokok-pokok bakau yang bermutu tinggi mesti ditanam semula dan dijaga sentiasa(kaedah silvikultur) -hutan bakau juga perlu diwartakan sebagai hutan rizab kekal dari sebarang pencerobohan manusia.Kawasan hutan yang masih semula jadi dilindungi sebagai taman negara seperti di Taman Negara Endau-Rompin yang sebahagian besarnya diliputi oleh hutan paya bakau. -menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang ketat kepada individu atau syarikat yang menjalankan pembalakan haram ke atas hutan bakau.Antaranya hukuman denda yang tinggi,membatalkan lesen syarikat,hukuman penjara dan lain-lain lagi di bawah Akta Alam Sekitar 1974.

-kempen kesedaran kepada penduduk tentang pentingnya hutan bakau dijaga dan dipulihara dengan baik sebagai kawasan penampan hakisan ombak,penahan tsunami,kawasan habitat flora dan fauna yang cantik dan unik,kawasan sumber makanan semula jadi dan sebagainya.

SOALAN STPM TAHUN 2005 8(a) Nyatakan dua jenis dan dua komponen ekosistem. (5m)

Ekosistem daratan dan ekosistem air Contoh ekosistem daratan adalah belukar,gunung dan bukit. Contoh ekosistem air adalah air, tasik, kolam dan lautan Dua komponen ekosistem pula terdiri daripada komponen biotik dan abiotic Komponen biotik ialah benda hidup yang terdiri daripada haiwan,manusia dan tumbuh tumbuhan. yang terdiri daripada air,angin dan cahaya matahari. Komponen abiotik pula ialah benda bukan hidup

(b) Huraikan dua faktor iklim yang mempengaruhi pembentukan ekosistem. (10m) Suhu. Amat penting dalam mempengaruhi jenis flora yang terdapat di pelbagai ekosistem dunia seperti ekosistem daratan, gunung dan tasik. Suhu yang lebih sejuk akan menentukan jenis flora yang tahan dengan keadaan sedemikian. Begitu juga dengan suhu yang lebih panas akan mempunyai jenis flora yang tahan dengan keadaan panas. Suhu juga mempengaruhi proses fotoientesis, pepeluhan, pertumbuhan dan penghasilan bunga dan buah-buahan. Keadaan matahari yang terik dan suhu yang lebih tinggi menggalakkan proses fotosintesis , sebaliknya dengan keadaan sinaran matahari yang lemah akan menyebabkan suhu menjadi lebih rendah dan proses fotosintesis lambat berlaku. Menentukan pelbagai jenis flora dan fauna. Hal ini dibuktikan dengan perbezaan zon iklim di dunia yang menjadikan kawasan sejuk bersuhu rendah dan kawasan yang panas bersuhu tinggi. Sifat suhu yang berbeza ini menyebabkan kewujudan pelbagai jenis binatang yang sesuai dengan keadaan suhu persekitaran kawasan. Di samping itu, hujan yang menentukan jenis flora dan fauna pelbagai ekosistem di dunia. Hujan yang lebat menjadikan hutan hujan tropika tinggi dan tebal, manakala hujan yang sedikit menyebabkan hutan yang jarang dan berumput. Keadaan ini adalah berpunca drpd penyesuaian atau tindak balas flora dan fauna terhadap jumlah hujan yang diterima di sesuatu ekosistem tersebut. Contohnya,kawasan padang pasir yang kering hanya pokok kaktus yang paling sesuai kerana pokok ini mampu menyimpan air bagi keperluannya dalam tempoh kekurangan air yang amat panjang.

-

-

-

-

(c) Jelaskan kepentingan ekosistem hutan terhadap manusia. (10m) sumber ekonomi- terdapat pelbagai jenis pokkok dan binatang yang boleh dijadikan sumber atau hasil hutan. Contohnya kayu balak digunakan untuk membuat perabot dan rotan. Kawasan ekopelancogan- di dalam hutan, terdapat gua dan air terjun yang menjadi daya tarikan kepada pelancong tempatan dan juga pelancong dari luar negara. Membekalkan oksigen- Semasa proses fotosintesi gas karbon dioksida digunakan oleh Tumbuhan dan kemudian gas oksigen dibebaskan. Ia juga m jadikn persekitaran lebih sejuk berbanding kwsn kurang atau tiada hutan.

-

-

-

-

Sumber ubat-ubatan- Tongkat Ali,Kacip Fatimah dan herba-herba semula jadi yang lain. dikomersialkan sekiranya diusahakan secara sistematik. Bertindak mengawal proses hakisan dan kejadian tanah runtuh kerana akar -akar tumbuhan mampu memegang butiran tanih drpd menjadi longgar. Warisan Negara yang perlu dijaga- Dengan itu,usaha penyelidikan hutan dapat dilakukan Dengan mudah dan berkesan. Cth,Forest Research Institute Malaysia(FRIM) bertindak sbg pusat pnyelidikan hutan dan badan tersebut perlu memastikan ekosistem hutan dipulihara dan dipelihara dengan baik.

SOALAN STPM TAHUN 2006 Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di sesuatu kawasan hutan, (a)Nyatakan ciri-ciri hutan tersebut (7m)

Saya telah menjalankan satu kajian luar di kawasan hutan sekunder di Miri,Sarawak. Tujuan kajian Ini adalah untuk mengenalpasti ciri-ciri hutan tersebut. - sifat kepadatan tumbuhan yg membntk hutan sekuder tersebut. Didapati tumbuhan yg berbeza saiz dan bentuk. Sifat tumbuhan yg padat menyebabkan lantai hutan tersebut dipenuhi dgn pokok renek yg turut menyukarkan pergerakan. - Kepelbagaian flora dan fauna yg menghuni di situ. Terdapat pebagai jenis flora seperti pokok senduduk dan paku pakis. Di samping itu, hutan itu juga dihuni oleh pelbagai jenis fauna atauhaiwan spt tikus,monyet,katak,burung dan pelbagainya. - Bentuk silara tumbuh-tumbuhan yang terdapat di kawasan hutan sekunder tersebut. Bentuknya adalah tidak sekata kerana terdiri drpd pelbagai jenis flora. Silara di bahagian paling atas kelihatan bertompok-tompok,manakala di bhgn bawah lebih menampakkan bentuk silara yg padat dan kemas kerana dipenuhi dgn tumbuhan yg sama tin ggi. - Dari jenis tanah yang terdapat di kwsn tersebut, didapati kebanyakan tanah adalah terdiri daripada jenis laterit yang berwarna kuning kemerahan. Di bahagian sebelah atasnya terdiri drpd jenis top soil yg dibntk oleh daun-daun mati dan kaya dgn bahan humus. - Secara keseluruhannya, pokok-pokok yg membntk hutan sekunder ini tdklah tinggi. Ketinggian pokok yg membntk lapisan pertama hanyalah di sekitar 10 meter sahaja. -15 Lapisan bawah yg membentuk lapisan kedua pula berketinggian antara 5 meter. Lapisan -8 ketiga atau lapisan lantai pula terdiri drpd rumput-rumput dan pokok-pokok saprofit dan parasit. (b)Jelaskan empat aktivit manusia yang boleh menggangu kestabilan ekosistem tersebut. (8m) Aktiviti pertanian- Menyebabkan pokok-pokok renek dan rumput rampai yg terdapat disitu dibersihkan. Apabila aktiviti ini berlaku, mka pengguna primer seperti serangga akan berpindah ke tempat lain kerana gangguan rantaian makanan. Penebangan hutan- Pembinaan kawasan petempatan menyebabkan kestabilan ekosistem terganggu dan memusnahkan hutan. Habitat haiwan juga turut musnah menyebabkan haiwan-haiwan ini mencari habitat baru. Pembinaan kemudahan infrastruktur- Misalnya pembinaan jalan raya. Biasanya tebing Bukit dan kawasan berbukit akan ditarah,diteres dan Dipotong bagi menyediakan jalan raya dan tempat yg Sesuai utk pembinaan pusat perhubungan Pembakaran secara terbuka- Kebanyakan manusia sering mengadakan pembakaran secara terbuka bagi tujuan pertanian dan sebagainya. Perkara ini akan menyebabkan habitat flora dan fauna turut musnah.

-

-

-

(c) Cadangkan lima kaedah bagaimana hutan tersebut dapat diuruskan dengan baik untuk generasi yang akan datang. (10m) Penghutanan semula- Antara kaedah yg dapat dijalankan ialah projek ladang hutan. Spesies spesies balak yang sesuai seperti sentang, jati dan ramin ditanam secara ladang. Dengan kaedah ini, penebangan pokok-pokok balak di hutan asal dpt dikurangkan. Mewartakan hutan simpan- Bagi menjaga kepentingan hutan untuk dinikmati oleh generasi akan datang. Apabila ada akta mewartakan hutan simpan, maka tidak ada pihak yang sewenang-wenangnya boleh menceroboh. langkah ini boleh memelihara pelbagai jenis flora dan fauna yg terdapat dalam hutan tersebut. Kempen awam- Bagi memastikan hutan dapat dijaga dan dikawal. Kempen Cintailah Hutan dan Hijaukan Bumi boleh disampaikan kepada orang awam melalui media cetak seperti akhbar, majalah dan buku dan media elektronik seperti radio dan televisyen. Risalah yang menunjukkan pelbagai cara dan kaedah bagi memastikan hutan terkawal dan terpelihara. Melalui pendidikan- Bagi penuntut sekolah, mereka boleh diberikan pendidikan melalui matapelajaran Geografi tentang cara-cara memulihara dan memelihara hutan. Dengan adanya pendidikan ini,maka pelajar-pelajar dapat didedahkan kepada pelbagai cara kerosakan hutan berlaku,kaedah mengatasinya dan tindakan-tindakan lain yang boleh diambil bagi memastikan hutan terkawal dan terpelihara. Penebangan terpilih- Tindakan memilih pokok-pokok balak yang betul-betul matang perlu dilakukan bagi memastikan tidak ada pembaziran dan kerosakan kpd pokok-pokok balak yang lain. Oleh itu, undang-undang penebangan terpilih perlu dikuatkuasakan bagi memastikan kayu-kayu balak yang masih kecil terselamat daripada mati dan rosak. Hal ini dpt menjamin generasi akan datang mengenali pelbagai jenis flora dan fauna yang dalam hutan.

-

-

-

-

STPM 2007 CONTOH SOALAN:7

a) Berdasarkan gambar rajah di atas, nyatakan contoh pengguna di setiap aras trofik, iaitu aras trofik A,aras trofik B, dan aras trofik C dalam ekosistem X. (5m) Trofik A atau pengguna pertama yang tergolong dalam kumpulan herbivore terdiri daripada belalang, ulat dan lain-lain herbivor yang memakan tumbuhan hijau. Trofik B pula diklasifikasikan sebagai pengguna kedua,iaitu karnivor yang terdiri daripada burung yang memakan belalang dan ulat untuk mendapatkan tenaga. Trofik C pula dikategorikan sebagai pengguna ketiga, iaitu omnivore.Kumpulan ini terdiri daripada burung bangau yang memakan tumbuhan hijau dan juga ikan serta belalang. b) Jelaskan peranan tumbuh-tumbuhan dalam ekosistem X.(8m) Peranan utama tumbuh-tumbuhan dalam ekosistem X adalah sebagai pengeluar. Tumbuhan menjalankan proses fotosintesis, iaitu membuat makanan dengan mengambil gas karbon dioksida, manakala gas oksigen akan dibebaskan.Di samping itu, tumbuh-tumbuhan juga melakukan proses respirasi, iaitu menghasilkan gas karbon dioksida dan air. Tumbuhan juga menjadi sumber makanan kepada pengguna termasuklah manusia. Tumbuhan dimakan bagi mendapatkan tenaga untuk bergerak dan melakukan aktivitiaktiviti seharian.Selain itu, tumbuhan penting sebagai agen menyederhanakan suhu.Proses

sejatan-peluhan melalui daun tumbuhan akan melembapkan udara. Dengan itu, suhu udara berkurangan. Tumbuhan turut menjadi tempat tinggal atau habitat haiwan seperti burung, monyet, harimau dan sebagainya. Tanpa tumbuhan, burung tidak mungkin boleh membuat sarang di atas pokok dan berlindung daripada haiwan pemangsa. Tumbuhan juga menjadi pelindung kepada haiwan yang sentiasa berada di atas permukaan bumi. Di samping itu, haiwan juga turut dilindungi daripada sinaran matahari. Apabila hujan berlebihan, tumbuhan boleh menjadi tempat simpanan air yang berkesan kerana akar tumbuhan boleh menyerap air tanah dan menyimpannya dengan kadar yang banyak. Tumbuhan yang banyak di kawasan tadahan menjadi sumber stok air yang penting.Ia akan menghalang proses sejatan tanah lalu mengekalkan kelembapan tanih. c) Jelaskan bagaimana keseimbangan kitar karbon diganggu oleh aktiviti manusia.(12m) Keseimbangan kitar karbon akan terganggu apabila manusia melakukan aktiviti penebangan hutan secara berleluasa. Aktiviti membersihkan hutan untuk tujuan perladangan, pembangunan bandar baru , petempatan , pembalakan dan sebagainya boleh menyebabkan kitar karbon terganggu. Gas karbon dioksida yang sepatutnya digunakan oleh tumbuhan untuk melakukan proses fotosintesis akan menjadi berlebihan di atmosfera. Di samping itu, keseimbangan kitar karbon turut terjejas apabila terlalu banyak kenderaan di atas jalan yang menyebabkan gas-gas karbon terbebas dengan banyaknya ke atmosfera. Konsentrasi karbon menjadi tidak normal menyebabkan keseimbangan kitar karbon tidak berlaku. Selain itu, aktiviti pembakaran terbuka yang dilakukan oleh manusia setiap hari boleh menyebabkan keseimbangan kitar karbon terjejas dengan ketara. Kandungan karbon akan meningkat di dalam atmosfera apabila berlaku kebakaran hutan, pembakaran sampah dengan banyak dan sebagainya. Kitar karbon boleh menjadi kurang apabila perlombongan arang batu dan petroleum dilakukan dengan berlebihan.Hal ini akan menyebabkan simpanan karbon di dalam bumi akan berkurangan dan ini tidak dapat diimbangi oleh karbon yang ada di dalam atmosfera. Aktiviti perkilangan seperti pembakaran arang batu, petroleum dan gas asli boleh mengganggu keseimbangan karbon.Apabila aktiviti perkilangan berjalan tanpa kawalan, maka konsentrasi gas karbon yang dibebaskan akan meningkat dengan ketara sehingga mengganggu keseimbangan karbon di atmosfera.

STPM 2008 CONTOH SOALAN:7a) Apakah yang dimaksudkan dengan kitar nutrient?(5m) Kitar nutrient bermaksud satu proses kitaran unsur-unsur kimia seperti nitrogen, karbon, kalsium dan sulfur dalam sesebuah ekosistem yang berlaku secara berterusan dalam tiga fasa yang lengkap, iaitu fasa atmosfera, biosfera dan tanih. b) Jelaskan kitar nitrogen dalam satu ekosistem di kawasan pertanian.(10m) Kitar nitrogen berlaku dalam tiga peringkat atau fasa, iaitu di dalam atmosfera, di dalam jasad hidupan(biosfera) dan di dalam tanah. Di dalam atmosfera, nitrogen adalah berbentuk gas yang terhasil daripada pembakaran hutan. Pembakaran hutan membebaskan kimia nitrogen ke dalam bentuk gas nitrogen. Pancaran kilat yang terkena gas nitrogen akan menghasilkan nitrogen oksida yang boleh bercantum dengan air yang membentuk nitrat. Di dalam jasad biosfera atau hidupan seperti tumbuhan, nitrogen masuk ke dalam tumbuhan melalui akar pokok. Akar pokok akan menyerap nitrat dan ammonia. Bahan kimia tersebut akan ditukarkan menjadi amino, protein dan vitamin melalui proses fotosintesis. Sementara itu, di dalam jasad manusia atau haiwan pula nitrogen dihasilkan melalui proses perkumuhan, iaitu nitrogen membentuk ammonia, urea, asid urik dan sebatian nitrogen. Proses pereputan organik seperti proses penghumusan juga dapat menghasilkan kimia nitrat. Di dalam tanih pula, nitrogen terhasil melalui proses pereputan bahan organik . Sel-sel organisma yang mati akan membentuk ammonia dan nitrat. Penggunaan baja nitrogen dalam pertanian pula akan diserap oleh akar tumbuhan. Hidupan bakteria dan alga di dalam tanah juga akan mengeluarkan nitrogen. c) Jelaskan bagaimana aktiviti pertanian boleh mengganggu proses kitar nitrogen.(10m) Kegiatan pertanian boleh mengganggu proses kitaran nitrogen. Sektor pertanian tertentu seperti tanaman sayuran dan buah-buahan jangka pendek memerlukan pen gairan yang banyak dan kerap. Hal ini akan meningkatkan jumlah dan kekerapan aliran air permukaan atau dalam tanah. Akibatnya,unsur nitrogen dalam tanah akan dipindahkan dan mengurangkan unsur nitrogen di kawasan asal. Pengkhususan tanaman yang cita nitrat juga boleh menjejaskan proses kitar nitrogen dalam tanah. Kadar kehilangan nitrat yang cepat disebabkan oleh terlalu banyak tanaman cita nitrat akan mengganggu proses kitarannya. Contohnya ,tanaman jenis kekacang seperti kacang tanah,kacang soya dan kacang kuda. Penggunaan baja kimia pula menyebabkan pertambahan nitrat dan ammonia dalam tanah. Hal ini akan menjejaskan keseimbangan nitrogen semula jadi dalam tanah.

Pembakaran sisa pertanian atau pembakaran hutan untuk kegiatan pertanian menyebabkan unsur nitrogen dibebaskan ke udara. Dalam hal ini, akan berlaku penambahan nitrogen dalam udara sementara tanah pula tidak lagi mendapat unsur nitrogen tersebut. Pereputan sisa tanaman seperti jerami dan batang jagung selepas dituai akan menggalakkan pembentukan nitrat melalui proses penghumusan. Oleh sebab kuantiti sisa tanaman yang banyak, maka proses kitar nitrogen menjadi lebih banyak daripada biasa. Ini mengganggu proses kitar nitrogen yang normal.

STPM 2009 CONTOH SOALAN:8a) Apakah yang dimaksudkan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem tanah lembap?(5m) Pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem tanah lembap bermaksud langkahlangkah menjaga dan memulihkan kawasan tanah berpaya atau lembah yang dapat mengekalkan keseimbangan alam sekitar. b) Huraikan bagaimana konsep pemeliharaan dan pemuliharaan ini dipraktikkan dalam pengurusan dan pengekalan hutan bakau.(10m) Konsep pemeliharaan hutan bakau bermaksud penjagaan kawasan hutan paya bakau yang masih ada. Antara kawasan hutan paya bakau yang masih kekal di Malaysia adalah di Pantai Remis dan Kuala Gula di Perak, Pantai Kuala Selangor di Selangor dan Pantai Kilim Geopark di Langkawi. Pemeliharaan hutan bakau ini dapat dilakukan dengan cara mewartakan kawasan hutan sebagai taman negara atau hutan simpan, contohnya, Taman Alam Kuala Selangor. Hutan paya bakau juga boleh diwartakan sebagai kawasan Rezab Perlindungan Burung seperti Rezab Perlindungan Burung Kuala Gula di Perak. Pemeliharaan hutan paya bakau juga boleh dilaksanakan melalui pendidikan dan kempen kesedaran kepentingan ekosistem hutan bakau. Contohnya, program pendidikan alam sekitar. Dalam pendidikan ini pelajar -pelajar disemai dengan semangat menjaga keaslian hutan bakau, mengkaji kepentingan dan potensi serta kesan kepupusan hutan bakau terhadap alam sekitar. Penguatkuasaan undang-undang berkaitan hutan bakau juga dapat memastikan pemeliharaan hutan bakau. Akta Perhutanan 1984, penubuhan Jabatan Perhutanan dan penubuhan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara(PE RHILITAN) berkait rapat dengan tanggungjawab menjaga hutan semula jadi negara termasuk hutan bakau. Pemuliharaan kawasan hutan paya bakau boleh dilakukan melalui program penghutanan semula kawasan bakau. Hutan bakau yang telah musnah akibat diteroka oleh manusia akan ditanam semula. Dalam konteks ini, Jabatan Perhutanan bertanggungjawab menyemai benih-benih bakau untuk tujuan penghutanan semula.

c) Jelaskan kesan pembinaan empangan terhadap alam sekitar fizikal di sesuatu kawasan.(10m) Pembinaan empangan akan memberikan kesan terhadap alam sekitar fizikal di sesuatu kawasan. Kawasan tadahan hujan juga akan musnah kerana ketiadaan hutan di kawasan tersebut. Penggondolan hutan akan meningkatkan kadar sejatan air tanah, menurunkan aras air jauh ke dalam tanah dan mengurangkan jumlah hujan. Kitaran hidrologi setempat juga terganggu. Pelupusan hutan yang meluas juga akan menyebabkan peningkatan suhu setempat. Proses sejat-peluhan yang melembapkan udara semakin kurang berlaku. Permukaan bumi akan terdedah kepada sinaran terus cahaya matahari sekaligus meningkatkan suhu setempat. Kadar balikan albedo bumi juga semakin tinggi kerana permukaan yang cerah berbanding kadar serapan yang tinggi jika berwarna hijau hutan. Di peringkat penggunaan empangan, takungan air yang luas akan membentuk tasik buatan yang luas. Hal ini akan menyebabkan keseluruhan ekosistem hutan tenggelam dan musnah. Habitat haiwan darat musnah dan tumbuhan mati mereput di dalam air. Ekosistem hutan juga bertukar kepada ekosistem tasik. Ekosistem hutan yang dipenuhi dengan hutan, hidupan liar darat, dan unggas akan digantikan dengan ekosistem air yang didiami oleh pelbagai spesies ikan, dan haiwan dua alam seperti biawak, kura-kura dan ular. Isi padu air sungai yang bersambung dengan empangan tersebut juga akan berubah-ubah mengikut fungsi empangan. Apabila empangan ditutup, isi padu air sungai akan berkurangan. Hal ini akan menyebabkan proses hakisan sungai merosot dan keupayaan sungai mengangkut bahan berkurangan. Apabila empangan dibuka, isi padu air sungai akan bertambah dan menyebabkan tenaga sungai menjadi kuat. Oleh itu, proses hakisan menjadi giat dan keupayaan sungai mengangkut bahan muatan semakin bertambah. Namun terdapat juga kesan positif pembinaan empangan. Antaranya manusia boleh mengawal pergerakan air. Aliran air ke kawasan rendah boleh ditambah atau disekat melalui kawalan pintar air tersusun yang dihubungkan ke empangan. Takungan air empangan pula akan menggalakkan sejatan bagi merangsang kejadian hujan. Sumber air semula jadi juga dapat dikekalkan di dalam takungan tasik empangan yang terbentuk.

SOALAN STPM TAHUN 2010 7(a) Apakah yang dimaksudkan dengan konsep aliran tenaga dalam ekosistem? (5m) Aliran tenaga merujuk kepada proses perpindahan tenaga dari satu aras trofik yang lain apabila berlakunya situasi makan dan dimakan dalam sesebuah ekosistem itu. Makanan adalah sumber tenaga utama untuk komponen hidupan dalam sesebuah ekosistem. Asas aliran tenaga mestilah bermula dari tenaga matahari yang seterusnya tenaga ini akan bergerak dean berubah bentuk dalam aras trofik yang berbeza. Tenaga yang disimpan dan mengalir dalam sesebuah ekosistem biasanya dalam bentuk tenaga kimia dan juga tenaga haba. Tenaga kimia akan disimpan manakala tenaga haba akan dibebaskan.

-

(b) Huraikan proses aliran tenaga dalam siratan makanan yang terdapat dalam ekosistem pertanian. (10m) Tenaga haba dipindahkan terus dari matahari kepada pengeluar seperti rumput untuk proses fotosintesis. Tenaga haba disimpan oleh tumbuh-tumbuhan berkenaan dalam bentuk karbohidrat, protein dan lemak dalam daun, bunga, buah, batang dan sebagainya. Tenaga kimia danhaba dipindahkan dari pengeluar ke pengguna primer iaitu belu ncas apabila haiwan ini memakan tumbuhan hijau tersebut yang kaya dengan karbohidrat, protein dan sebagainya. Beluncas ini seterusnya akan membebaskan tenaga haba melalui respirasi. Seterusnya, tenaga kimia dari beluncas akan dipindahkan ke pengguna sekund iaitu er burung pipit apabila haiwan karnivor ini memakan herbivor iaitu beluncas. Tenaga ini terus diperolehi daripada molikul-molikul organik yang kaya dengan tenaga daripada beluncas itu. Seterusnya tenaga kimia dari pengguna sekunder seperti burung pipit akan berpindah pula kepada pengguna tertier iaitu burung helang apabila haiwan karnivor ini memakan karnivor yang lain. Pada masa yang sama juga tenaga haba akan dibebaskan. Akhirnya, apabila semua pengeluar dan pengguna di atas mati dan mereput maka organisma pengurai seperti bakteria dan kulat pula memperolehi tenaga kimia daripada molikul-molikul yang kaya dengan tenaga daripada tisu tumbuhan yang telah mati dan reput itu. Pada peringkat ini, tenaga kimia akan tersimpandi dalam nutrient-nutrien tanah yang kelak akan diguna kembali oleh pengeluar iaitu tumbuhan hijau.

-

-

-

-

(c) Huraikan bagaimana aktiviti pertanian pindah mengganggu ekosistem hutan. (10m) Menjalankan kegiatan pertanian mereka secara tebang bakar. Petani yang menjalankan pertanian pindah akan sentiasa menjalankan aktiviti pembakaran hutan bagi tujuan pembinaan tempat tinggal dan seterusnya bagi menjalankan pertanian mereka. Pembakaran hutan. Melalui pembakaran pokok dalam hutan,nutrien yang terkandung dalam pokok ditukar ke bentuk abu. Pembakaran pokok ini adalah bertujuan bagi menjalankan

-

-

-

-

aktiviti pertanian mereka. Hal ini kerana aktiviti pertanian memerlukan kawasan yang amat luas,oleh itu pokok-pokok haruslah ditebang atau dibakar. Penyemburan racun serangga. Perkara ini akan dilakukan apabila penduduk ingin memperluaskan tanah di sesuatu kawasan dalam hutan. Hal ini adalah bagi memudahkan kerja mereka dalam menjalankan aktiviti penenbangan pokok-pokok yang terdapat dalam hutan bagi tujuan pembinaan dan sebagainya. Penebangan pokok-pokok. Penebangan ini harus dilakukan bagi tujuan pertanian. Namun ia telah memusnahkan habitat pelbagai jenis flora dan fauna yang terdapat di dalam hutan tersebut. Disebabkan hal ini,spesies flora dan fauna akan semakin pupus dan kehilangan habitat mereka. Pembalakan. Pembalakan akan dijalankan apabila para petani ingin menjalankan akitiviti pertanian.perkara ini akan memudahkan mereka dan akan memperoleh kawasanyang luas bagi tujuan pertanian mereka.