Soalan Struktur

download Soalan Struktur

of 2

description

dnd a

Transcript of Soalan Struktur

Soalan Struktur 1) Jelaskan maksud dan konsep integrasi nasional serta nyatakan dua usaha kerajaan ke arah memantapkan proses integrasi nasional di Sabah dan Sarawak.

Integrasi nasioanal merupakan satu isu penting yang diberikan perhatian yang serius oleh kerajaan, terutamanya integrasi nasional di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Konsep integrasi nasional bermaksud proses menyatupadukan berbagai-bagai kumpulan yang mempunyai perbezaan kebudayaan dan sosial ke dalam satu wilayah bagi mewujudkan identiti nasional. Definisi ini juga menekankan atau mendorong ke arah usaha-usaha untuk mewujudkan identiti wilayah dan mengurangkan serta menghapuskan jurang yang menyekat perkembangan integrasi nasional. Konsep integrase nasional bagi sesebuah negara membangun seperti Malaysia bermaksud mewujudkan kerjasama dan nilai-nilai harmoni antara penduduk semenanjung Malaysia dengan penduduk Sabah dan Sarawak.Oleh kerana Sabah dan Sarawak dipisahkan oleh Laut Cina Selatan maka kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha yang efektif bagi mewujudkan integrasi nasional di antara dua wilayah ini. Pertama ialah mengurangkan perbezaan psikologi di antara penduduk-penduduk dalam kedua-dua wilayah berkenaan. Yang kedua ialah mewujudkan identiti bersama menerusi kesetiaan dan iltizam terhadap konsep nasionalisme Malaysia. Seterusnya, kerajaan Persekutuan dengan kerjasama Sabah dan Sarawak telah melaksanakan beberapa langkah bagi memperluaskan konsep integrasi nasional seperti integrasi wilayah dan juga integrasi ekonomi.

2) Jelaskan tentang integrasi wilayah dan integrasi ekonomi.

Integrasi wilayah bermakna persefahaman antara rakyat tanpa mengira wilayah atau kawasan asal mereka. Apabila Malaysia ditubuhkan, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching telah dijadikan sebagai pusat pentadbiran dan ekonomi yang penting. Tambahan, kerajaan telah menyatukan perkhidmatan awam di antara kedua-dua wilayah ini. Menerusi proses ini, ramai kakitangan perkhidmatan awam dari Semenanjung dihantar untuk bertugas ke Sabah dan Sarawak. Manakala kakitangan perkhidmatan awam di Sabah dan Sarawak telah dihantar bertugas di Semenanjung. Langkah jangka panjang dan bersepadu ini telah menghasilkan Perpaduan Nasional di antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur.Yang seterusnya adalah integrasi ekonomi. Sebagai sebuah negara yang membangun, setiap wilayah dalam Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk membantu pelaksanaan proses pembangunan wilayah-wilayah lain supaya kemakmuran ekonomi dapat dinikmati bersama. Sabah dan Sarawak merupakan dua wilayah yang kaya dengan sumber ekonomi. Proses ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan menerusi integrasi ekonomi dimana ia merupakan satu bidang yang penting. Melalui integrasi ekonomi di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia pelbagai kemajuan telah dicapai. Antaranya ialah pengaliran buruh antara wilayah, perancangan ekonomi dan pembangunan menjadi lebih sistematik dan penyatuan sistem kewangan dan modal antara wilayah. Bukan itu sahaja, integrasi perdagangan dan perkembangan, program kemajuan prasarana serta sistem perhubungan antara wilayah turut berkembang pesat.