Soalan Sumatif Sem 2

13
Soalan 1 -18 Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. 1 Perdana Menteri akan mengadakan lawatan ke Indonesia. _________ ke sana selama dua hari A Dia C Mereka B Beliau D Baginda 2 “Bolehkan saya tolong ________ mengangkat barang-barang?” tanya pengawal keselamatan kepada gadis itu. A kami C saudara B puan D saudari Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah. 3 Pak Ali sedang __________ jalanya yang telah koyak dengan berhati-hati. A menyulam C menenun B menyirat D menekat 4. Budak itu menangis dengan kuat _______ ditinggalkan oleh ibunya. A dan C kecuali B tetapi D apabila

description

Peperiksaan Tahun 6 soalan sumatif 2

Transcript of Soalan Sumatif Sem 2

Page 1: Soalan Sumatif Sem 2

Soalan 1 -18

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

1 Perdana Menteri akan mengadakan lawatan ke Indonesia. _________ ke sana selama dua hari

A Dia C Mereka

B Beliau D Baginda

2 “Bolehkan saya tolong ________ mengangkat barang-barang?” tanya pengawal keselamatan kepada gadis itu.

A kami C saudara

B puan D saudari

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Pak Ali sedang __________ jalanya yang telah koyak dengan berhati-hati.

A menyulam C menenun

B menyirat D menekat

4. Budak itu menangis dengan kuat _______ ditinggalkan oleh ibunya.

A dan C kecuali

B tetapi D apabila

Soalan 5 – 6 berdasarkan gambar di bawah.

Page 2: Soalan Sumatif Sem 2

5 Jason terlelap sambal ________ pada sebatang pokok yang rendang.

A bersila C bersandar

B berbaring D bercangkung

6 Dia duduk _________ sehelai surat khabar.

A beralas C beralaskan

B beralasan D mengalaskan

7 _________, aku terlupa membawa buku teks Bahasa Malaysia hari ini!

A Oh C Aduh

B Cis D Aduhai

8 Nenek selalu bercerita __________ kepayahan hidup semasa mudanya kepada cucu-cucunya.

A demi C tentang

B dengan D terhadap

9 Mandy memandu kereta baharunya dengan _________ sekali untuk mengelakkan kemalangan.

A kemas C cemas

B cermat D pantas

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

Page 3: Soalan Sumatif Sem 2

10 Beberapa _______ papan dinding rumah telah direput dimakan anai-anai.

A bilah C keping

B helai D potong

11 Abang saya mengemaskan beg pakaiannya ________ dia akan berkursus di Ipoh.

A lalu C sambal

B kalau D kerana

12 Pemberian seribu ringgit kepada kakitangan kerajaan itu adalah ________ tanda penghargaan.

A oleh C demi

B seperti D sebagai

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13 _________ itu dipacakkan di sawah padi untuk menakutkan burung-burung yang hendak makan padi.

A Orang-orang C Patung- patung

B Budak-budak D Layang-layang

14 Siew Chin mengirim sekeping _________ hari jadi kepada kawannya di Sarawak.

A kad pintar C kad jaminan

B kad ucapan D kad pengenalan

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

Page 4: Soalan Sumatif Sem 2

15 Puan Ng mencelur se________ pucuk paku untuk dibuat ulam.

A ikat C gugus

B cekak D jambak

16 Sekolah saya __________ mengadakan pameran buku pada cuti sekolah yang lepas.

A akan C pernah

B belum D hendak

17 Bunyi __________ yang kuat dan nyaring itu membuatkan adik saya terjaga dan terus menangis.

A jejentik C lelabah

B reriang D lelabi

18 Peng Lei berjalan _________ kerana kakinya cedera akibat terpijak paku.

A terlonjak-lonjak C terhuyung-hayang

B terhincut-hincut D terumbang ambing

19 Peserta acara lontar peluru itu melontar bola besi dengan jarak yang agak jauh. Pilih perkataan seerti bagi melontar.

A meletak C membubuh

B membaling D menendang

20 Suasana di bandar amat bising dengan deruan kenderaan sepanjang masa. Pilih perkataan berlawan bagi bising.

A bisu C sunyi

B diam D tenang

Soalan 21 – 22

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

21 I Anak mata Janet berwarna biru.

Page 5: Soalan Sumatif Sem 2

II Bapa saya seorang bekas mata.

III Mata parang itu semakin tumpul kerana tidak diasah.

IV Pak Halim keluar mencari rezeki sebaik sahaja mata terbit.

A I dan III C II dan III

B I dan IV D D II dan IV

22 I Walaupun usia Pak Mat lanjut, namun dia masih kuat bekerja.

II Kakak akan lanjut pelajarannya ke universiti.

III Datuk terpaksa memakai cermin mata kerana penglihatannya sudah lanjut.

IV Keterangan lanjut boleh diperoleh melalui talian telefon yang diberi.

A I dan III C II dan IV

B I dan IV D III dan IV

23 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.

Apakah yang dimainkan oleh kanak-kanak masyarakat Cina pada Pesta Kuih Bulan?

A Kanak-kanak masyarakat Cina bermain tanglung pada Pesta Kuih Bulan.

B Masyarakat Cina meraikan Pesta Tanglung pada setiap tahun.

C Masyarakat Cina membuat pelbagai bentuk tanglung yang menarik.

D Pesta Kuih Bulan diraikan oleh masyarakat Cina dengan meriahnya.

24 Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Bapa Yoke Lan akan membawa keluarganya melancong ke luar negara pada cuti hujung tahun.

A Siapakah yang akan pergi melancong ke luar negara?

B Bilakah bapa Yoke Lan akan membawa keluarganya melancong ke luar negara.

Page 6: Soalan Sumatif Sem 2

C Berapa lamakah bapa Yoke Lan membawa keluarganya melancong ke luar negara.

D Adakah bapa Yoke Lan akan membawa keluarganya pergi melancong ke luar negara pada cuti hujung tahun?

Soalan 25 – 26

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25 “Bolehkan saya mencuba baju ini?” tanya Amin kepada jurujual itu.

A Amin meminta jurujual itu supaya mencuba baju itu.

B Jurujual itu membenarkan Amin mencuba baju itu.

C Amin meminta keizinan daripada jurujual itu untuk mencuba baju itu.

D Amin memberitahu jurujual itu bahawa dia ingin mencuba baju itu sebelum membelinya.

26 Pakaian yang kotor telah direndam oleh kakak di dalam mesin basuh baharu itu.

A Kakak telah merendam pakaian baharu ke dalam mesin basuh yang kotor itu.

B Kakak telah direndam pakaian yang kotor ke dalam mesin basuh yang baharu itu.

C Kakak telah merendam pakaian yang kotor itu ke dalam mesin basuh yang baharu itu.

D Mesin basuh yang kotor itu telah direndam oleh kakak ke dalam pakaian yang baharu.

Soalan 27 – 28

Pilih ayat yang betul.

27 A Tahniah, kamu berjaya ke peringkat akhir!

B Cis, senak betul perut saya!

C Wahai, indahnya pemandangan di sini!

D Aduhai, seronoknya aku dapat mengikuti lawatan ini.

Page 7: Soalan Sumatif Sem 2

28 I Ibu membeli setengah kilogram tepung untuk membuat kuih

II Wanita itu menjinjing sebakul sayur di atas kepalanya.

III Kereta yang besar itu bukan milik bapa Azman.

IV Tempo masa yang diberi untuk menyiapkan tugasan itu terlalu singkat.

A I dan II

B I dan III

C II dan III

D III dan IV

Soalan 29 – 30

Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.

Hasrul tidak sampai hati untuk meninggalkan ibunya di kampung halaman.

29 Simpulan bahasa yang paling sesuai bagi situasi di atas ialah _______.

A iri hati C buah hati

B berat hati D makan hati

30 Orang ramai terpaksa berteduh ________ kedai ketika hujan lebat.

A kaki lima C kaki bangku

B kaki ayam D kaki tunggang

Soalan 31 -35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kuala Lumpur, 8 September – Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) Lok Yuk telah dipilih sebagai johan sekolah indah dan bersih peringkat negeri Sabah bagi kategori sekolah rendah di bandar.

Konsep hidup bekeluarga dan falsafah cantik serta kemas ialah rahsia kejayaan sekolah ini. Menurut Guru besar SJKC Lok Yuk, Puan Esther Ong, 47, kejayaan yang dicapai oleh sekolah ini ialah berkat kerjasama guru-guru, murid-murid, ibu bapa serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu.

Page 8: Soalan Sumatif Sem 2

Beliau memberitahu bahawa sebaik sahaja sekolah itu ditubuhkan pada 24 Disember 1989, para guru, kakitangan sekolah dan pihak PIBG mengambil keputusan untuk mengindahkan kawasan sekolah. Langkah ini diambil kerana semua pihak yakin bahawa keindahan, kebersihan serta suasana nyaman akan membuatkan suasana belajar, mengajar dan bekerja lebih selesa.

Puan Esther Ong memuji sikap guru-guru sekolah yang bekerja tanpa mengira masa. Mereka bukan sahaja mendidik murid-murid tetapi juga berganding bahu untuk mencantikkan serta mengindahkan kawasan sekolah.

31 Apakah kejayaan yang dicapai oleh SJKC Lok Yuk?

A Johan bola sepak peringkat negeri Sabah.

B Johan pertandingan membaca peringkat negeri Sabah.

C Johan pertandingan syarahan peringkat negeri Sabah.

D Johan sekolah indah dan bersih peringkat negeri Sabah.

32 Apakah rahsia kejayaan SJKC Lok Yuk?

A Konsep hidup aman

B Konsep hidup bekeluarga

C Konsep hidup bermasyarakat

D Konsep bersih, cekap dan amanah

33 Bilakah SJKC Lok Yuk ditubuhkan?

A 8 September 1989

B 24 September 1989

C 8 Disember 1989

D 24 Disember 1989

34 Pihak-pihak berikut telah mengambil keputusan untuk mengindahkan kawasan sekolah kecuali

A PIBG

B guru-guru

Page 9: Soalan Sumatif Sem 2

C murid-murid

D kakitangan sekolah

35 Rangkai kata berganding bahu dalam petikan bermaksud

A bekerjasama C bertimbang rasa

B bertolak ansur D bertanggungjawab

Soalan 36 – 40

Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Halaman ditanam pokok bunga,

Harum bau nyaman udara;

Tuntutlah ilmu walai di mana,

Supaya senang di hari muka.

Pergi ke kedai membeli gula,

Singgah sebentar di rumah Asila;

Ikutlah nasihat ibu bapa,

Agar menjadi orang yang berguna.

Pokok rambutan lebat buahnya,

Dahannya rendah muda dicapai;

Jika kita rajin berusaha,

Segala impian pasti tercapai.

Budak-budak bermain bola,

Bola ditendang ke tepi kali;

Buat baik berpada-pada,

Buat jahat dengan sekali.

36 Apakah jenis pantun di atas?

A Pantun budi C Pantun nasihat

B Pantun jenaka D Pantun kasih saying

Page 10: Soalan Sumatif Sem 2

37 Mengapakah kita perlu menuntut ilmu?

A supaya tidak tersesat jalan

B supaya senang pada masa depan

C supaya kita mempunyai ramai kawan

D supaya kita mempunyai banyak harta

38 Nasihat ibu bapa perlu kita ikuti agar

A dapat hidup mewah

B mudah mendapat pekerjaan

C menjadi orang yang berguna

D mencapai kejayaan dalam pelajaran

39 Apakah faedahnya jika kita rajin berusaha?

A Kita akan dipandang mulia

B Kita akan dicontohi orang lain

C Kita akan mencapai segala impian

D Kita akan mencapai kepuasan hidup

40 Rangkai kata buat jahat jangan sekali dalam pantun bermaksud

A perbuatan jahat jangan sekali-kali dibuat

B perbuatan jahat boleh dilakukan lebih daripada sekali

C kita dibenarkan melakukan perbuatan jahat sekali-kali

D kita dibenarkan melakukan perbuatan jahat sekali sahaja

KERTAS SOALAN TAMAT

Page 11: Soalan Sumatif Sem 2
Page 12: Soalan Sumatif Sem 2