Soalan Utk Sk

15
Set Soalan Sekolah Kebangsaan Bahasa Melayu ( Pemahaman ) Soalan 1 hingga Soalan 20 Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. 1 " Bagaimanakah perkara itu boleh berlaku ? Katakanlah kepada _______ ” kata Hang Tuah kepada Bendahara Melaka. A kita B hamba C kami D patik Soalan 2 berdasarkan Gambar 1 Gambar 1 2 Kakak sedang ______________air di atas pokok bunga kertas yang baru ditanamnya itu. A merenjis B menuang C menyiram D menakung 3 Pak Tam sudah berusia lanjut. _____________, dia masih turun ke laut untuk menangkap ikan. A Namun demikian B Di samping itu C Tambahan pula D Walhal 4 Sawah padi di kawasan itu menjadi ___________________kerana musim kemarau yang 1

description

Cntoh Soalan

Transcript of Soalan Utk Sk

PAGE

Set Soalan Sekolah Kebangsaan

Bahasa Melayu ( Pemahaman )Soalan 1 hingga Soalan 20

Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 " Bagaimanakah perkara itu boleh berlaku ? Katakanlah kepada _______ kata Hang Tuah

kepada Bendahara Melaka.

A kita B hamba C kami

D patik

Soalan 2 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

2 Kakak sedang ______________air di atas pokok bunga kertas yang baru ditanamnya itu.

A merenjis

B menuang

C menyiram

D menakung

3 Pak Tam sudah berusia lanjut. _____________, dia masih turun ke laut untuk menangkap ikan.

A Namun demikian

B Di samping itu

C Tambahan pula

D Walhal

4 Sawah padi di kawasan itu menjadi ___________________kerana musim kemarau yang

berpanjangan.

A panas

B tohor

C keruh

D tandus

5 ____________ jenis sukan yang abang gemari ialah permainan badminton dan pingpong.

A Di antara

B Antara

C Seperti

D Umpama

6 Amboi, ________ tinggi sekali bangunan di atas puncak bukit itu ! kata Hisham.

A paling B terlalu

C nian D amat

7 __________ riangnya Nordin melihat kepulangan abangnya sekeluarga dari luar negara.

A Agak

B Sering

C Betapa

D Demikian

Soalan 8 berdasarkan Gambar 2.

Gambar 2

8 Encik Zainuddin hendak ________ bayaran bil elektrik dan bil astro di pejabat pos.

A jelas

B menjelas

C memperjelas

D menjelaskan

9 Azmi menyimpan ____________ daripada wang belanja sekolahnya untuk membeli

buku rujukan itu.

A sebahagian

B seluruh

C setiap

D semua

10 Ujian lisan diadakan untuk menguji _______________ murid-murid berkomunikasi.

A kepantasan

B kefasihan

C kemahiran

D kecepatan

Soalan 11 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

11Budak lelaki itu sedang ________ jambatan gantung di kawasan hutan rekreasi itu.

Amenjalani

Bmerentasi

C mendaki D mengharungiSoalan 12 berdasarkan gambar 4

Gambar 4

12 Muka adik yang ___________kerana terkena dakwat pen menyebabkan ayah tidak jadi

memarahinya. A coreng-moreng

B herot-berot

C calar-balar

D kusut-masai

13 Pihak sekolah akan mengadakan sesi ______________ untuk memilih pelajar sebagai

pengawas.

A temu duga

B ramah mesra

C tegur sapa

D temu bual

14 Kamariah mendapat kad undangan ke majlis hari jadi ____________ rakannya _________

minggu lepas.

A dari ... di

B dari ... pada

C daripada ... di

D daripada ... pada

15 Gadis itu tersenyum __________ berkata, Jemputlah makan kuih yang terhidang itu.

A lalu

B sambil

C dengan

D malahan

16 Semasa bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran sekolah, janganlah

pula ada yang mengambil kesempatan untuk __________.

A muka tembok B curi tulang

C mandi peluh D langkah kiri17 Penduduk di kampung itu saling bekerjasama apabila melakukan sesuatu pekerjaan

_____________________

A seperti kerbau dicucuk hidung

B seperti cincin dengan permata

C seperti isi dengan kuku

D seperti aur dengan tebing

18 Se ___________ durian mengandungi tiga ___________ isi sekurang-kurangnya.

A biji ... pangsa

B ulas ... pangsa C biji ... ketul

D buah ... biji

Soalan 19 dan Soalan 20 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5

19 Sungai itu telah ___________ akibat sikap segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab.19

A dicemar

B dicemarkan

C tercemar

D mencemarkan

20 Perkataan berlawan bagi situasi seperti gambar di atas ialah __________.

A lesu

B kotor

C indah

D bersih

Soalan 21 23

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

21A

Dia adalah Pengurus Projek Kondominium Mewah itu.

B

Kebakaran itu ialah berpunca daripada litar pintas elektrik.

C

Adalah dimaklumkan bahawa pejabat kami akan ditutup esok.

D

Permainan video itu ialah hadiah istimewa ayah kepada adik saya.

22 I Adakah awak mempercayai kewujudan makhluk asing ?

II Pelancong asing tertarik akan keindahan negara kita.

III Ibu membeli telur asing di kedai runcit itu.

IIV Haikal asing semasa berada di sana.

A I dan II sahaja

B II dan III sahaja

C I , II dan III sahaja

23D II, III dan IV sahaja

I Sikap kepala besar adalah punca dia disisih oleh rakan-rakannya.

II Duta Besar Mesir itu telah bertugas di Malaysia sejak dua tahun yang lalu.

III Kapur batu merupakan bahan utama untuk membuat batu marmar dan simen.

IV Pita suara itu merupakan satu daripada bahan bukti kes pecah amanah tersebut.

A I dan II sahaja

B II dan IV sahaja

C I , II dan III sahaja

D II, III dan IV sahaja

Soalan 24 berdasarkan Gambar 6

Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Gambar 6

24 A Di manakah Mak Cik Siti membeli kuih itu?

B Siapakah yang memberikan kuih itu kepada kamu?

C Bilakah Mak Cik Siti memberikan kuih itu kepada kamu?

D Mengapakah Mak Cik Siti memberikan kuih itu kepada kamu?

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.

25 Sudah berapa lamakah pak cik bergiat dalam bidang pertanian ini?

A Sudah lima tahun keluarga saya mendorong saya bergiat dalam bidang pertanian ini.

B Saya akan bergiat dalam bidang pertanian ini selama lima tahun lagi.

C Sejak dahulu lagi saya berminat dalam bidang pertanian ini.

D Sepanjang yang saya ingat, sudah hampir lima tahun.

Soalan 26 - 27

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

26 Lagu yang dinyanyikan oleh Saloma itu dicipta oleh Ramli.

A Ramli telah mencipta lagu nyanyian Saloma itu.

B Lagu ciptaan Saloma telah dinyanyikan oleh Ramli.

C Saloma telah merakamkan lagu yang dicipta oleh Ramli.

D Ramli telah mencipta Saloma sebagai penyanyi terkenal.

27

Nani, kalau awak ke pasar raya, belikan saya ubat gigi, kata Hasni kepada Nani.

ANani hendak ke pasar raya jika Hasni memesan ubat gigi.

BHasni hendak membeli ubat gigi jika Nani pergi ke pasar raya.

CHasni meminta Nani membelikannya ubat gigi jika dia ke pasar raya.

DNani meminta Hasni membelikannya ubat gigi jika dia pergi ke pasar raya.

Soalan 28 - 30

Pilih ayat yang betul.

28 I Ayah menghadiahkan seutas rantai emas kepada ibu.

II Pihak polis telah berjaya memberkas perompak itu.

III Undang-undang lalulintas patut dituruti oleh kita.

IV Pemuda itu hampir terjatuh apabila terpijak kulit pisang.

A I, II dan III sahaja.

B I, II dan IV sahaja

C I, III dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja

29 I Baju adik sesuai dipakai oleh saya.

II Ruang dapur rumah Faris akan diperluas.

III Siri kartun Keluang Man memang saya minati.

IV Kad jemputan ke majlis itu telah saya berikan pada Cikgu Azizah.

A I dan II sahaja

B I dan III sahaja

C II dan III sahaja

D III dan IV sahaja

30 I Siapa-siapa yang mengoyakkan buku cerita ini mestilah membayar ganti rugi.

II Banyak kuih-muih yang terhidang itu dibuat oleh Hasnah.

III Pohon kelapa itu tumbang lalu menghempap pondok itu.

IV Bila kami sampai di sana, kami pun terus berenang.

A I dan III sahaja

B I dan IV sahaja

C II dan III sahaja

D II, III dan IV sahaja.

Soalan 31 - 35

Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikut.

Terdengar loceng jam berdering, Khairul segera bangun. Dia terus mengemas bilik

tidur lantas membersihkan diri dan bersedia untuk solat. Di dapur, ibunya sedang

menyediakan sarapan untuk mereka sekeluarga. Semasa bersarapan, tiba-tiba Khairul

bertanya, Ibu, boleh Khairul membeli pakaian sukan yang baharu? Dia menoleh ke arah

ibu memohon persetujuan. Ibu fikir tak perlu, nak. Baju sukan tahun lepas masih elok lagi.

Kita perlu berhemah untuk berbelanja. Kita juga harus melihat kemampuan kita

dalam berbelanja, jelas ibunya.

Khairul akur dengan arahan ibunya. Dia terus melakukan tugasan rutinnya membantu ibu mengikat sayur-sayuran yang telah dipetik petang semalam. Selepas ini, dia akan menuntun basikal yang sarat dengan sayuran itu bersama ibunya ke pasar tani.

Puan Mariah sentiasa melatih anak-anaknya agar berdikari. Puan Mariah mahu

anak-anaknya faham erti kepayahan hidup. Walaupun bergelar ibu tunggal, Puan Mariah

tidak pernah menagih simpati daripada sesiapa. Ada sahaja kerja yang dilakukan untuk

menambah pendapatan keluarganya.

Ketiga-tiga anaknya ringan tulang dan sentiasa membantu ibu mereka. Beliau amattegas dalam mendidik anak-anak. Baginya, disiplin mampu membentuk keperibadian mereka. Kerja sekolah anak-anaknya sentiasa dipantau bagi memastikan mereka menyiapkannya.

Hasilnya, anak-anaknya sentiasa cemerlang dalam pelajaran. Puan Mariah bersyukur atas

rahmat kurniaan Allah ini.

31Ibu Khairul tidak bersetuju membeli baju sukan yang baharu kerana ____________.

AKhairul tidak cukup wang

Bbaju Khairul masih boleh digunakan

CPuan Mariah ibu yang berhemah tinggi

DKhairul suka membazirkan wang simpanan32Kita juga harus melihat kemampuan kita dalam berbelanja, jelas ibunya.

Petikan di atas bersesuaian dengan peribahasa ini.

ABagaimana acuan begitulah kuihnya.BSeperti ayam disambar helang.CUkur baju di badan sendiri.

DBagai api dalam sekam.

33Yang berikut ialah sikap ibu Khairul kecuali ___________________.

Ategas

Cberdikari

Bgarang

Dberdisiplin

34Perkataan rutin bermaksud_____________.

Alazim

Csesekali

Bharian

Dkeperluan

35Pernyataan berikut benar tentang anak-anak Puan Mariah.

AKesemua anaknya mementingkan diri sendiri.

BSentiasa menagih simpati dan bantuan orang ramai.

CRajin membantu untuk meringankan beban ibu mereka.

DGemar meminta sesuatu di luar kemampuan keluarganya.

Soalan 36 - 40

Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikut.

Selasa, 30 Mac 2010

8.30 pagi

Sebelum sesi latihan dimulakan, ketua jurulatih negara memberi taklimat untuk menaikkan semangat pemain-pemain negara. Latihan ini dimulakan dengan cara memanaskan badan seperti berjoging keliling gelanggang, tekan tubi, lari ulang-alik, dan lain-lain lagi.

9.00 pagi

Sesi latihan bermula. Pemain perseorangan dan pemain beregu diasingkan. Untuk pemain perseorangan latihan lebih diberikan kepada kepantasan membalas bola lawan. Latihan ini dikendalikan oleh jurulatih kebangsaan negara iaitu Misbun Sidek. Bagi pemain-pemain beregu pula, jurulatih kebangsaan memberi penekanan kepada corak permainan berpasukan. Pemain-pemain beregu diajar cara memukul bola bergilir-gilir. Hal ini perlu agar tidak berlaku kekeliruan semasa menghadapi pihak lawan nanti.

12.00 tengah hari

Pemain-pemain berhenti rehat dan makan tengah hari. Sebelum latihan diteruskan, kelemahan-kelemahan yang dilihat sewaktu latihan mendapat teguran daripada jurulatih.

2.00 petang

Latihan disambung semula. Latihan kali ini tertumpu kepada latihan menghadapi acara sebenar. Setiap pemain menjalani latihan antara satu sama lain. Latihan tamat pada jam 4.00 petang.36Siapakah Misbun Sidek?

APemain beregu negara.

BPemain perseorangan negara.

CJurulatih pemain beregu negara.

DJurulatih pemain perseorangan negara.

37Pemain-pemain diperuntukkan waktu rehat selama berapa lama?

A1 jam

C3 jam

B2 jam

D4 jam

38Sebelum sesi latihan bermula, pemain-pemain

Amendapat teguran jurulatih kerana kelemahan.

Bdiberi taklimat untuk menaikkan semangat.

Cmembuat latihan memanaskan badan.

Ddiberi taklimat oleh penolong jurulatih.

39Perkataan taklimat dalam petikan bermaksud

Apenerangan

Cpengumuman

Bpernyataan

Dpemberitahuan

40Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.

A Pemain beregu diberi penekanan kepada corak permainan.

BPemain perseorangan dan pemain beregu diasingkan sewaktu latihan

CPemain perseorangan diberi penekanan kepada latihan kepantasan membalas bola lawan.

DSelepas sesi latihan, Misbun Sidek memberikan taklimat untuk menaikkan semangat pemain-pemain negara.

- KERTAS SOALAN TAMAT SKEMA PEMARKAHAN PEMAHAMAN 1. B 11. B 21. D 31. B

2. C 12. A 22. A 32. C

3. A 13. A 23. B 33. B

4. D 14. D 24. B 34. A

5. B 15. A 25. D 35. C

6. D 16. B 26. A 36. D

7. C 17. D 27. C 37. B

8. D 18. A 28. B 38. B

9. A 19. C 29. C 39. A

10. C 20. D 30. A 40. D

Jadual Spesifikasi Ujian No.

Soal-an

KonstrukPengetahuanPemahamanAplikasiAnalisisJumlah

RSTRSTRSTRST

1KATA GANTI NAMA DIRI11

2KATA KERJA11

3PENANDA WACANA11

4KATA ADJEKTIF11

5KATA SENDI NAMA11

6KATA PENGUAT11

7KATA KETERANGAN11

8IMBUHAN11

9KATA ADJEKTIF 11

10IMBUHAN AWALAN DAN AKHIRAN 11

11KATA KERJA 11

12KATA GANDA 11

13KATA MAJMUK11

14KATA SENDI NAMA11

15KATA HUBUNG11

16SIMPULAN BAHASA11

17PRIBAHASA11

18PENJODOH BILANGAN11

19IMBUHAN11

20ANTONIM11

21KATA PEMERI11

22KATA BANYAK MAKNA11

23KATA MAJMUK11

24SOALAN YANG BETUL11

25JAWAPAN YANG BETUL11

26AYAT SAMA MAKSUD11

27AYAT SAMA MAKSUD11

28AYAT YANG BETUL11

29AYAT YANG BETUL11

30AYAT YANG BETUL11

31SOALAN PETIKAN 111

32SOALAN PETIKAN 111

33SOALAN PETIKAN 111

34SOALAN PETIKAN 111

35SOALAN PETIKAN 111

36SOALAN PETIKAN 211

37SOALAN PETIKAN 211

38SOALAN PETIKAN 211

39SOALAN PETIKAN 211

40SOALAN PETIKAN 211

JUMLAH168644240

11