soalanBAHAGIAN A kt 14.docx

25
BAHAGIAN A ARAHAN Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan. 1. Bezakan antara kajian kuantitatif dengan kajian kualitatif dari segi tujuan dan pendekatannya. PERBEZAAN CONTOH KAJIAN KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF Tujuan “Faktor- faktor yang Mempengaruhi Gejala Ponteng Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah” Menyelidik hubungan, sebab, dan kesan. Misalnya, kajian dijalan kan bagi menentukan hubungan antara gejala ponteng dengan pencapaian pelajar. Memahami fenomena sosial. Misalnya, kajian dijalankan bagi mengenalpasti faktor- faktor yangmempengaruhi gejala ponteng. Pendekatan Deduktif; menguji teori (Bergerak daripada umum kepada Induktif; menjana teori (Bergerak daripada spesifik kepada umum) 1

Transcript of soalanBAHAGIAN A kt 14.docx

Page 1: soalanBAHAGIAN A kt 14.docx

BAHAGIAN A

ARAHAN

Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

1.   Bezakan antara kajian kuantitatif dengan kajian kualitatif dari segi tujuan dan

pendekatannya.

PERBEZAAN CONTOH

KAJIAN

KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF

Tujuan “Faktor-faktor

yang

Mempengaruhi

Gejala Ponteng

Di Kalangan

Pelajar Sekolah

Menengah”

Menyelidik hubungan,

sebab, dan kesan.

Misalnya, kajian dijalan kan

bagi menentukan hubungan

antara gejala ponteng

dengan pencapaian pelajar.

Memahami fenomena sosial.

Misalnya, kajian dijalankan

bagi mengenalpasti faktor-

faktor yangmempengaruhi

gejala ponteng.

Pendekatan Deduktif; menguji teori

(Bergerak daripada umum

kepada spesifik)

Misalnya, pengkaji

mengumpul data

menggunakan soal-selidik

terhadap sampel/

responden.

Induktif; menjana teori

(Bergerak daripada spesifik

kepada umum)

Misalnya, pengkaji

menggunakan kaedah kajian

kes/tinjauan/ pemerhatian

bagi mengumpul data.

1

Page 2: soalanBAHAGIAN A kt 14.docx

2.    Nyatakan Dua ciri hipotesis. Berikan SATU contoh hipotesis nol (Ho) dan hipotesis

alternatif (Ha).

Ciri-ciri Hipotesis

a)    Suatu pernyataan yang diramal mempunyai jawapan yang bernilai kepada soalan kajian.

b)   Suatu jangkaan yang mempunyai hubungan antara beberapa variabel atau kesan antara

satu variabel terhadap variabel lain.

Ho (Hipotesis statistik / nol)

Contoh; “Tiada perbezaan skor min dalam Sains antara pelajar-pelajar Tingkatan 2A yang

mempelajarinya melalui kaedah Koperatif dengan skor min pelajar-pelajar Tingkatan 2B yang

mempelajarinya dengan kaedah Tradisional”.

Ha (Hipotesis kajian / alternatif)

Contoh; “Terdapat perbezaan skor min dalam Sains antara pelajar-pelajar Tingkatan 2A yang

mempelajarinya melalui kaedah Koperatif dengan skor min pelajar-pelajar Tingkatan 2B yang

mempelajarinya dengan kaedah Tradisional”.

3.    Nyatakan EMPAT jenis persampelan bukan kebarangkalian.

a)    Persampelan Mudah

Sampel dipilih berasaskan kepada subjek kajian yang  mudah diperolehi untuk kajian tertentu.

Contoh, biasanya guru menggunakan pelajar sendiri sebagai subjek kajian.

2

Page 3: soalanBAHAGIAN A kt 14.docx

b)    Persampelan Bertujuan

Sampel dipilih selepas pengkaji melakukan kajian lapangan terhadap kumpulan tertentu untuk

memastikan sesuatu ciri dapat digunakan dalam kajian yang dijalankan. Contoh, pengkaji

menggunakan pemonteng sekolah dalam kajian berkaitan ponteng sekolah.

c)    Persampelan snowball

Kumpulan sampel dipilih setelah dikenalpasti memiliki ciri-ciri tertentu, kemudiannya akan

memberi nama pelajar-pelajar lain yang mempunyai ciri yang sama. Contoh, dalam kajian

berkaitan penggunaan dadah, pengkaji mengenalpasti pelajar-pelajar yang mempunyai ciri-ciri

penggunaan dadah,  kemudiaan meminta mereka  menamakan pelajar-pelajar lain yang

menggunakan dadah.

d)    Persampelan Kuota

Sampel dipilih mengikut pembahagian ciri-ciri tertentu seperti jantina, umur, pendidikan, dan

atribut lain. Contoh, dalam kajian berkaitan isu keganasan antara pelajar sekolah dalam satu

daerah, pengkaji perlu menetapkan jadual yang melinatkan beberapa langkah.

Dalam langkah pertama, pengkaji mewujudkan kategori pelajar, misalnya 15 tahun ke atas dan

15 tahun ke bawah. Diikuti langkah kedua, membahagikan dan menentukan jumlah pelajar

mengikut kategori (umur, jantina, dan sebagainya). Disusuli langkah-langkah seterusnya.

4.    Nyatakan unsur-unsur yang terdapat dalam model pengajaran dan pembelajaran MURE.

a)    Motivasi

Contohnya; Guru memberi semangat supaya murid-murid rajin belajar untuk menyambung

pengajian dalam bidang tertentu seperti perubatan.

3

Page 4: soalanBAHAGIAN A kt 14.docx

b)    Pemahaman

Contohnya; Guru mengadakan kelas tambahan bagi murid-murid lemah.

c)    Pengukuhan

Contohnya; Guru membantu murid semasa membuat latihan.

d)    Kemahiran Peperiksaan

Contohnya; Guru memberi soalan peperiksaan bagi setiap topik sebagai kerja rumah dan

menyemak jawapan setiap murid.

5. Berikan dan jelaskan SATU kaedah pengajaran yang sesuai berpandukan pendekatan

penemuan berpandu.

Kaedah perbincangan ialah salah satu kaedah pengajaran pendekatan penemuan berpandu.

Dalam kaedah ini, guru akan memberi topik tertentu untuk dibincangkan oleh murid-murid.

Misalnya dalam mata pelajaran Kajian Tempatan, bagi topik “Kesan cuaca dan iklim kepada

aktiviti manusia”.  Guru perlu memberi topik-topik kecil untuk dibincangkan seperti (a) definisi

“cuaca dan iklim” dan “aktiviti manusia”, (b) “aktiviti hari/musim hujan”, (c) “aktiviti hari/musim

panas”. Sebelum perbincangan, guru perlu membimbing murid- murid untuk memahami

maksud “cuaca dan iklim” dan “aktiviti manusia”.  Setiap kumpulan membentangkan hasil

perbincangan dan guru perlu memberi komen. Guru juga perlu menyiapkan laporan akhir dan

memberikannya kepada pelajar sebagai hasil pengajaran.

4

Page 5: soalanBAHAGIAN A kt 14.docx

BAHAGIAN B

ARAHAN

Bahagian B mengandungi EMPAT soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

1.    Andaikan anda ingin menjalankan kajian bertopik “Hubungan antara motivasi dan minat

dengan pencapaian dalam ujian Bahasa Inggeris”.

a)    Jelaskan dengan ringkas kepentingan kajian ini.

Kajian ini dijalankan untuk memberi gambaran dan maklumat yang jelas sama ada proses

pencapaian dipengaruhi  oleh motivasi guru dan minat murid-murid semasa pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Inggeris. Hasil daripada kajian ini diharap dapat  membantu guru- guru

Bahasa Inggeris untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih

berkesan. Dapatan kajian ini juga diharapkan dapat membantu guru-guru untuk meningkatkan

dorongan dan minat murid dalam mata pelajaran ini.

b)    Senaraikan DUA soalan kajian yang berkaitan dengan variabel-variabel yang diberikan

dalam kajian ini.

i.      Adakah wujud hubungan antara motivasi belajar dengan pencapaian Bahasa Inggeris?

ii.    Adakah wujud hubungan antara minat dengan pencapaian Bahasa Inggeris?

iii.   Adakah wujud hubungan antara kaedah pengajaran guru dengan pencapaian Bahasa

Inggeris?

5

Page 6: soalanBAHAGIAN A kt 14.docx

c)    Nyatakan sedikit latar belakang kepada masalah kajian.

Bahasa Inggeris adalah mata pelajaran yang diwajibkan di semua peringkat persekolahan.

Namun pencapaian dalam mata pelajaran ini amat membimbangkan. Kajian ini diharapkan

dapat mencari sebab-sebab utama mengapa ramai murid lemah dalam mata pelajaran ini.

Dapatan-dapatan ini mungkin boleh dijadikan panduan kepada guru-guru Bahasa Inggeris.

d)    Cadangkan jenis-jenis maklumat yang diperlukan dalam tinjauan literatur untuk kajian ini.

Untuk topik kajian ini, kita perlu membaca dan memahami konsep-konsep motivasi dan minat.

Selain itu, kita perlu membaca dan memahami bagaimana motivasi (dorongan) dan minat,

kaedah pengajaran guru, bahan bantu mengajar, penggunaan bahasa Inggeris oleh guru

semasa pengajaran dan pembelajaran, mempunyai perkaitan dengan pencapaian murid.

2.             

a) Apakah yang dimaksudkan dengan reka bentuk kajian?

Reka bentuk kajian adalah strategi untuk menjalankan kajian yang melibatkan pemilihan

sampel, pembahagian sampel kepada beberapa kumpulan yang sesuai serta kaedah dan teknik

pengutipan data.

b)    Nyatakan DUA jenis reka bentuk kajian untuk setiap kajian berikut:

i.      Kajian Kuantitatif

6

Page 7: soalanBAHAGIAN A kt 14.docx

      a.    Reka bentuk Eksperimen

Reka bentuk ini biasanya dikenali sebagai “kajian bandingan kumpulan”.  Pengkaji akan

membandingkan kumpulan-kumpulan dari segi satu atau lebih hasil eksperimen. Ia juga disebut

“kajian ubahan” kerana variabel kajian diubah atau dimanipulasikan.

Kajian bentuk eksperimen ini boleh dijalankan oleh guru sesuatu mata pelajaran untuk

membuat perbandingan pencapaian murid-murid yang diajar kaedah baru dengan murid-murid

yang diajar kaedah biasa di dalam bilik darjah. Contohnya, membandingkan keberkesanan

kaedah pengajaran baru dengan kaedah biasa bagi konsep tertentu dalam Matematik.

b.    Reka bentuk Korelasi

Reka bentuk ini boleh digunakan dalam dua bentuk, iaitu untuk menjelaskan perkaitan antara

dua atau lebih variabel, atau membuat telahan sesuatu hasil.

Kajian bentuk kolerasi ini boleh dijalankan oleh seseorang guru untuk mengetahui sama ada

wujud hubungan antara pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran dengan pencapaian

murid dalam mata pelajaran lain. Contohnya, mengetahui sama ada benar atau salah andaian

murid-murid yang pandai Matematik akan pandai juga dalam Sains.

ii.    Kajian Kualitatif

      a.    Reka bentuk Kajian Teori Grounded

Kajian ini dibuat untuk mengkaji fenomena berdasarkan teori seseorang (pengkaji).  Contohnya,

guru yang berpengalaman 20 tahun mengajar mendapati latar belakang sosio-ekonomi murid-

murid mempengaruhi pencapaian mereka dalam pelajaran. Beliau membuat kajian berdasarkan

teori sendiri, iaitu murid-murid daripada keluarga bertahap sosio-ekonomi tinggi berpencapaian

tinggi, manakala murid-murid daripada keluarga bertahap sosio-ekonomi rendah berpencapaian

rendah.

b.    Reka bentuk Ethnografi

7

Page 8: soalanBAHAGIAN A kt 14.docx

Ethnografi atau ethonagraphy dari segi istilah bermaksud “menulis tentang kumpulan-kumpulan

orang” (LeCompte & Shensul, 1999). Reka bentuk ini adalah tatacara kajian kualitatif untuk

menghuraikan tingkah laku, kepercayaan dan bahasa yang telah lama dibina ahli-ahli kumpulan

tertentu.

Contohnya, seseorang pengkaji yang ingin mengetahui dan memahami kehidupan harian

pelajar-pelajar sekolah berasrama penuh. Dengan cara berada bersama mereka dalam jangka

masa tertentu, pengkaji dapat menggambarkan kehidupan pelajar-pelajar tersebut.

iii.   Gabungan Kuantitatif dan Kualitatif

      a.    Reka bentuk Kaedah Bercampur

Merupakan satu tatacara untuk mengutip data kuantitatif dan data kualitatif dalam satu kajian.

Sieber (1973), mengatakan sejak tahun 1930an, pengkaji-pengkaji bidang pendidikan dan sains

sosial telah menggabungkan beberapa kaedah kajian untuk mengutip data mereka.          

Reka bentuk kajian bercampur boleh dijalankan dalam kajian tentang tabiat belajar murid-murid

yang melibatkan kajian ethnografi dan kaedah pengumpulan data secara kuantitatif.

     

      b.    Reka bentuk Kajian Tindakan

Merupakan kajian yang cuba mencari penyelesaian kepada masalah atau isu spesifik berkaitan

amalan profesional harian kita. Kajian ini dijalankan berdasarkan data yang dikutip sama ada

secara kuantitatif atau kualitatif. Juga dijalankan sebagai satu cara untuk guru membuat refleksi

tentang pengajaran mereka di dalam kelas.

Contohnya, seorang guru membuat kajian untuk menyelesaikan masalah pencapaian murid

dalam mata pelajaran yang diajar. Hasil kajian digunakan untuk membantunya meningkatkan

penguasaan murid-murid.

           

8

Page 9: soalanBAHAGIAN A kt 14.docx

c)    Berikan SATU contoh topik kajian utuk setiap reka bentuk dalam jawapan anda di (b).

i.      Reka bentuk Eksperimen

Reka bentuk ini boleh digunakan oleh pengkaji untuk membandingkan keberkesanan kaedah

pengajaran baru dengan kaedah biasa bagi konsep tertentu dalam Matematik. Murid-murid

boleh dipilih secara rawak dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu; kumpulan eksperimen

dan kumpulan kawalan.

Kumpulan eksperimen diajar menggunakan kaedah baru, manakala kumpulan kawalan diajar

kaedah biasa. Ujian boleh digunakan sebagai alat kajian. Markah ujian sebelum dan selepas

pengajaran boleh diambil bagi mengukur hasil eksperimen.

Analisis statistik boleh digunakan untuk membanding pencapaian murid-murid dalam kedua-dua

kumpulan dan menjawab soalan kajian: “Adakah murid-murid yang diajar menggunakan kaedah

baru memperolehi pencapaian yang lebih tinggi dalam Matematik berbanding murid-murid yang

diajar menggunakan kaedah biasa?”

ii.    Reka bentuk Korelasi

Pengkaji boleh menggunakan reka bentuk ini untuk mengetahui betul atau salah andaian

bahawa murid-murid yang pandai Matematik akan pandai juga dalam Sains. Bagi

menentukannya, perbandingan keputusan murid-murid dalam kedua-dua mata pelajaran perlu

dibuat.

Jika murid-murid yang mendapat markah tinggi dalam Matematik juga mendapat markah tinggi

dalam Sains, dan sebaliknya; maka dapat disimpulkan bahawa wujud hubungan positif antara

pencapaian Matematik dengan pencapaian Sains. Sekiranya keputusan ini tekal dengan

dapatan-dapatan kajian lain, maka andaian ini adalah benar.

iii.   Reka bentuk Kajian Teori Grounded

9

Page 10: soalanBAHAGIAN A kt 14.docx

Seseorang guru boleh menggunakan pengalaman mengajarnya untuk menjalankan kajian.

Contohnya, seorang guru yang telah berpengalaman 20 tahun mengajar murid-murid dari

pelbagai latar belakang sosio-ekonomi, mendapati murid-murid berpencapaian tinggi biasanya

daripada keluarga bertahap sosio-ekonomi tinggi, dan kebanyakan murid-murid berpencapaian

rendah adalah daripada keluarga bertahap sosio-ekonomi rendah.

Guru ini membina “teori” sendiri, iaitu ibu bapa bertahap sosio-ekonomi tinggi lebih perihatin

terhadap gred pencapaian anak-anak. Mereka lebih menekankan disiplin dan banyak

membantu kerja rumah anak-anak, menyebabkan anak-anak mereka cemerlang dalam

akademik. 

Sebaliknya, kanak-kanak daripada keluarga bertahap sosio-ekonomi rendah didapati kurang

belajar, ibu bapa kurang mengawasi malah tidak membantu anak-anak semasa belajar. Dengan

persekitaran belajar yang tidak sesuai ini,kanak-kanak tidak berupaya untuk cemerlang dalam

akademik.

Guru ini boleh menguji hipotesisnya seperti “Murid-murid bertahap sosio-ekonomi tinggi lebih

banyak menggunakan masa untuk belajar” dan “Ibu bapa bertahap sosio-ekonomi tinggi

menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen”.

iv.   Reka bentuk Ethnografi

Satu contoh kajian bentuk ethnografi ialah kajian mengenai kehidupan pelajar-pelajar sekolah

berasrama penuh di Malaysia. Kajian ini memerlukan pengkaji mencerap pelajar-pelajar

sekolah berasrama dan membuat catatan tentang aktiviti-aktiviti harian mereka. Pelajar-pelajar

sekolah berasrama mempunyai bentuk tingkah laku tersendiri dan nilai-nilai bersama yang

berbeza daripada pelajar-pelajar sekolah tanpa asrama.

v.    Reka bentuk Kaedah Bercampur

10

Page 11: soalanBAHAGIAN A kt 14.docx

Pengkaji boleh menjalankan kajian tentang tabiat belajar perlu dibuat dengan meneliti

bagaimana murid-murid mengurus masa belajar dan cara mereka belajar. Dalam kajian ini, cara

murid belajar dikaji dengan menggunakan Kajian Ethnografi, manakala maklumat lain seperti

tempoh jam belajar, pendapatan keluarga, bilangan adik-beradik atau latar belakang akademik

dikutip menggunakan data kuantitatif.

vi.   Reka bentuk Kajian Tindakan

Seorang guru Bahasa Inggeris boleh menjalankan kajian tindakan setelah mendapati murid-

muridnya lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris berdasarkan markah ujian dan interaksi

dengan mereka.

Variabel-variabel seperti latar belakang sosio-ekonomi keluarga, bilangan buku bahasa Inggeris

yang dibaca, bahasa pertuturan ahli-ahli keluarga, dan sikap murid-murid terhadap bahasa

Inggeris boleh diukur secara kuantitatif dan kualitatif untuk menentukan faktor-faktor yang

mempengaruhi penguasaan bahasa Inggeris. Pengetahuan ini akan membantu guru

menyediakan program pemulihan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid-

muridnya.

3.    Andaikan anda ingin menjalankan satu kajian untuk memerhati tingkah laku pelajar-pelajar

anda dalam makmal komputer selama dua minggu. Sebagai seorang pengkaji, Jawab soalan-

soalan berikut:

a)    Cadangkan SATU tingkah laku yang ingin diperhatikan.

Tingkah laku yang ingin diperhatikan ialah tingkah laku lima orang pelajar dalam mematuhi

peraturan penggunaan makmal komputer.

b)    Jelaskan alat kajian yang boleh digunakan untuk memantau tingkah laku ini.

11

Page 12: soalanBAHAGIAN A kt 14.docx

Alat kajian yang boleh digunakan untuk memantau tingkah laku ini ialah pemerhatian

berstruktur. Tingkah laku pelajar-pelajar akan diperhatikan dari segi mematuhi peraturan

penggunaan makmal komputer seperti larangan-larangan makan atau minum, membuat bising,

merosakkan peralatan, mengubah setting pada desktop, dan mengubah kedudukan perabot.

Tingkah laku pelajar sama ada menggunakan komputer mengikut tatacara yang betul atau

sebaliknya juga akan diperhatikan.

c)    Jelaskan langkah-langkah untuk penganalisisan data untuk kajian ini.

Data kajian dianalisis seperti berikut:

i.      Tahap pra-analisis

Data pemerhatian setiap pelajar disemak, dilengkapkan dan disusun. Data dikodkan dan

dikenalpasti mengikut kategori tingkah laku dan tema.

ii.    Tahap kemasan data

Data dimasukkan ke dalam komputer dalam bentuk teks mengikut struktur pemerhatian. Data

yang telah ditranskripsikan dalam word processing dipermudahkan dan berfokus mengikut

persoalan kajian.

iii.   Tahap pameran data

Data dipamerkan dalam bentuk jadual, lembaran tanda dan rumusan. Tindakan tambahan

dibuat berdasarkan data yang telah dianalisis.

iv.   Tahap verifikasi data

Triangulasi data digunakan untuk verifikasi data pemerhatian sebelum kesimpulan dibuat.

Proses dokumentasi semua proses penyelidikan dinyatakan dengan tepat.

12

Page 13: soalanBAHAGIAN A kt 14.docx

v.    Tahap Dapatan

Menyemak maklumat yang diperolehi dan merumuskan dapatan kajian.

4.    Satu kajian telah dijalankan untuk menguji perhubungan antara jumlah jam membuat

latihan dengan pencapaian pelajar. Jadual berikut menunjukkan purata jumlah jam membuat

latihan seminggu dan pencapaian dalam ujian.

Masa (Jam) (x) 1 2 3 4 5 6

Pencapaian (y) 5 4 3 2 2 2

a)    Kira min dan sisihan piawai bagi setiap sel data ini.

b)    Kira pekali korelasi antara jumlah jam belajar dengan pencapaian. Berikan penjelasannya.

BAHAGIAN C

ARAHAN

Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

1.  Nyatakan SATU persoalan kajian. Cadangkan SATU reka bentuk kajian kuantitatif untuk

menyelidik persoalan kajian tersebut. Untuk reka bentuk yang dicadangkan:

13

Page 14: soalanBAHAGIAN A kt 14.docx

a)  Terangkan reka bentuk kajian tersebut secara terperinci dari segi perlaksanaannya untuk

menjawab persoalan kajian tersebut.

Persoalan kajian: “Adakah murid-murid yang diajar menggunakan kaedah pengajaran yang

baru memperolehi pencapaian yang lebih tinggi dalam Bahasa Inggeris berbanding murid-murid

yang diajar menggunakan kaedah biasa?”

Reka bentuk kajian yang sesuai bagai persoalan kajian ini ialah kajian eksperimen, iaitu kajian

yang melibatkan sekurang-kurangnya satu variabel tak bersandar, secara sengaja

dimanipulasikan oleh pengkaji. Kajian ini dibuat untuk menentukan sebab kepada sesuatu

kesan, iaitu seseorang murid memperolehi pencapaian cemerlang dalam Bahasa Inggeris

adakah disebabkan kaedah pengajaran gurunya?

Kajian eksperimen boleh dijalankan berdasarkan reka bentuk tak-berkumpulan-kawalan, dan 

reka bentuk berkumpulan-kawalan. Dalam reka bentuk tak-berkumpulan-kawalan, kajian

dijalankan ke atas satu kumpulan subjek kajian sahaja melibatkan “ujian pra-uji pos-satu

kumpulan” dan “siri masa”:

i.      Ujian pra-uji pos-satu kumpulan

Subjek kajian diberikan ujian pra sebelum rawatan, dan ujian pos selepas rawatan. Contohnya,

ujian(ujian pra) Bahasa Inggeris diberikan sebelum murid-murid diajar oleh guru dengan kaedah

tertentu(rawatan), dan ujian pos (menggunakan ujian pra yang sama) diberikan selepas guru

mengajar.

ii.    Siri masa

Data kajian dikutip daripada subjek kajian yang sama beberapa kali selepas rawatan diberikan.

Contohnya, selepas murid-murid diajar dengan menggunakan kaedah tertentu, mereka diberi

ujian bulanan selama enam bulan. Markah murid-murid ini dikutip dan dianalisis.

14

Page 15: soalanBAHAGIAN A kt 14.docx

b)    Huraikan kelebihan dan kelemahan reka bentuk kajian tersebut.

a.    Kelebihan

      i.  Reka bentuk ini boleh digunakan oleh pengkaji untuk membandingkan keberkesanan

kaedah pengajaran baru dengan kaedah biasa.

    ii.  Kajian ini membantu guru meningkatkan penggunaan kaedah pengajaran yang berkesan.

iii.    Program pengukuhan dan pemulihan dapat dijalankan untuk meningkatkan penguasaan

murid-murid.

b.    Kelemahan

Reka bentuk ini mungkin gagal membuktikan bahawa perubahan yang berlaku, misalnya

peningkatan markah murid-murid adalah disebabkan oleh rawatan, iaitu kaedah mengajar guru.

Terdapat faktor lain contohnya kelas tuisyen yang turut mempengaruhi kesan rawatan terhadap

murid-murid.

c)  Cadangkan bagaimana reka bentuk kajian tersebut boleh dijalankan untuk meningkatkan

kesahan dapatan kajian.

Reka bentuk crossover boleh dijalankan untuk mengatasi masalah bias dan meningkatkan

kesahan dapatan kajian. Subjek kajian menerima dua rawatan secara berurutan, iaitu rawatan

kedua diberikan selepas rawatan pertama. Rawatan pertama merupakan rawatan sebenar iaitu

kaedah mengajar, manakala rawatan kedua dianggap rawatan kawalan iaitu kelas tuisyen.

Hasil kedua-kedua rawatan ini diukur dan dibanding untuk menentukan kesan rawatan sebenar.

15

Page 16: soalanBAHAGIAN A kt 14.docx

Selain itu reka bentuk eksperimen berkumpulan-kawalan boleh juga digunakan. Subjek kajian

dibahagikan kepada dua kumpulan secara rawak, di mana satu kumpulan(kumpulan

eksperimen) diberikan rawatan sebenariaitu kaedah mengajar, manakala satu lagi

kumpulan(kumpulan kawalan) diberikan rawatan kawalan iaitu kelas tuisyen.

Ukuran terhadap variabel dibuat sebelum dan selepas rawatan diberikan. Perbezaan antara

ukuran subjek kumpulan eksperimen dan subjek kumpulan kawalan dibandingkan.  Subjek

kajian yang dibahagikan secara rawak, sama ada kepada kumpulan eksperimen atau kumpulan

kawalan, akan mengurangkan bias dan meningkatkan kesahan dapatan kajian.

2.  Para penyelidik kerap membahaskan tentang nilai kajian berbentuk kajian kuantitatif dan

kualitatif. Terdapat segolongan pengkaji menyokong bahawa kajian kualitatif lebih tinggi

daripada kajian kuantitatif. Apakah pendapat anda? Huraikan jawapan an

1. Jelaskan bagaimana kajian kualitatif dengan kuantitatif berbeza dari aspek berikut: (a) matlamat (b) alat kajian (c) persampelan (d) rekabentuk 

Kuantitatif Matlamat Menyelidik hubungan, sebab dan kesan. Reka Bentuk Dibentuk sebelum kajian dijalankan. Alat-alat Menggunakan alat-alat piawai. Sampel Menggunakan sampel besar. 

Kualitatif Matlama Memahami fenomena sosial. Reka Bentuk Dibentuk semasa kajian dijalankan.Alat-alat Menggunakan interaksi bersemuka.Sampe Menggunakan sampel-sampel kecil. 

2. Berikan EMPAT perkara penting bagi sesuatu cadangan penyelidikan. 

a. Menghasilkan hipotesis (jawapan yang diramalkan untuk soalan kajian, jika berkaitan);b. Membina metodologi kajian yang sepadan untuk menguji hipotesis atau untuk menjawab soalan-soalan kajian;c. Membina rekabentuk kajian dan teknik pengumpulan data yang sesuai; dand. Mengenalpasti prosedur analisis data yang sesuai dan justifikasinya.

16

Page 17: soalanBAHAGIAN A kt 14.docx

3. Apakah yang dimaksudkan dengan kerangka konsepsual? Kerangka konsepsual menerangkan hubungan antara variabel dalam kajian dan kesan perhubungan tersebut. Ada kalanya, ia dilihat sebagai proses input-output.

4. Apakah statistik yang digunakan dalam keadaan berikut: (a) perbezaan min lebih daripada dua populasi/kumpulan (b) perbezaan min untuk dua kumpulan 

5. Jelaskan EMPAT jenis triangulasi. a. Triangulasi data Mengguanakan berbagai sumber data seperti dokumen, arsip, hasil wawancara, hasil observasi atau juga dengan mewawancarai lebih dari satu subjek yang dianggap memeiliki sudut pandang yang berbeda.b. Triangulasi PengamatAdanya pengamat di luar peneliti yang turut memeriksa hasil pengumpulan data. Dalam penelitian ini, dosen pembimbing studi kasus bertindak Sebagai pengamat (expert judgement) yang memberikan masukan terhadap hasil pengumpulan data.c. Triangulasi TeoriPenggunaan berbagai teori yang berlaianan untuk memastikan bahwa data yang dikumpulkan sudah memasuki syarat.d. Triangulasi metodePenggunaan berbagai metode untuk meneliti suatu hal, seperti metode wawancara dan metode observasi. Dalam penelitian ini, peneliti melakukan metode wawancara yang ditunjang dengan metode observasi pada saat wawancara dilakukan.

BAHAGIAN B ARAHAN Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA. 1. Penyelidikan memberikan sumbangan yang amat besar kepada ilmu. (a) Huraikan alternatif kepada sumber ilmu selain daripada sains. 1. Autoriti - Pengetahuan yang diperoleh daripada ibu bapa, para guru dan pakar serta daripada buku dan media biasanya boleh diterima sebagai betul. 2. Tradisi - Pengetahuan yang berasaskan tradisi biasanya diterima sebagai betul disebabkan ia telah melalui ujian masa, dan justeru boleh dipercayai. 3. Pengetahuan Umum - Maklumat dan pengetahuan boleh juga didapati daripada apa yang diketahui oleh semua orang yang mempecayainya 4. Media Massa - Siaran TV, filem, surat kabar, majalah dan media lain adalah penting kepada kita sebagai sumber maklumat. 5. Pengalaman Peribadi - Sesuatu yang kita rasa benar, mungkin satu kesilapan atau persepsi/keputusan yang terpesong. 

(b) Bandingbezakan antara kajian asas dengan kajian gunaan. - Kjian asas: memajukn pgetahuan asas tntang dunia sosial. Mjadi sumber kpd kbanyakan idea saintifik & cara bfikir tntang dunia ini.

17

Page 18: soalanBAHAGIAN A kt 14.docx

- Kjian gunaan: hasil kjian digunakan utk mnyelesaikn masalah harian. 

2. Satu kajian yang baik mempunyai kriteria-kriteria tertentu. Ini termasuklah bahagian pengenalan, tinjauan literatur dan metodologi. (a) Bagaimanakah tinjauan literatur dapat membantu seseorang pengkaji? - pmahaman yg mdlm tntang konsep² pnting (mneliti banyak definisi, & pjelasan tntang konsep serta mbuat kesimpulan tntang definisi konsep)- mmahami teori² bkaitan secara mdlm- mmahami prinsip² ttentu yg boleh digunakn dlm kjian

(b) Jelaskan kriteria-kriteria kajian yang baik. 

a. Tujuan Kajian yang JelasSebab atau tujuan menjalankan kajian perlu dinyatakan dengan jelas untuk mengelakkan kekeliruan. Tujuannya mungkin untuk menguji sesuatu hipotesis, untuk menyelesaikan satu set masalah, atau untuk mencari prinsip-prinsip umum atau mentafsir tingkahlaku yang boleh digunakan untuk penjelasan, b. Penerangan yang Jelas tentang Proses KajianProses kajian perlu diterangkan secara terperinci supaya ia boleh diulang dan disahkan oleh penyelidik-penyelidik lain. Sumber literatur dan data, dan juga kaedah yang digunakan untuk mengutip data perlu dinyatakan secara eksplisit, c. Perancangan dan Pelaksanaan yang SistematikProses menjalankan kajian perlu dirancang dengan cermat untuk mengurangkan ralat (error). Sekiranya kita menggunakan data dasar (primary data), sampel kajian perlu dijelaskan dan bukti perwakilannya perlu ditunjuk. d. Piawai Etika yang TinggiSesuatu projek kajian yang memberi keutamaan kepada pengawalan para peserta kajian daripada prasangka atau bahaya. Pada masa yang sama dapat menghasilkan keputusan berkualiti, akan diberi nilai yang tinggi. e. Dapatan yang Dibincang dengan JelasPenyelidik perlu menggunakan kaedah menganalisis data yang sesuai, dan analisis ini perlu dibuat secara terperinci. Selain itu, kebolehpercayaan dan kesahan data perlu disemak dan disahkan; f. Batasan Kajian Dinyatakan dengan JelasOleh sebab setiap projek kajian menghadapi batasan tertentu, penyelidik perlu menyatakan batasan-batasan ini atau kesilapan yang berlaku semasa kajian dijalankan, yang boleh memberi kesan kepada dapatan kajian. 

3. Umumnya kajian mempunyai dua metodologi yang selalu digunakan iaitu kuantitatif dan kualitatif. (a) Jelaskan apakah fungsi kajian rintis? 

a. Mendapatkan maklum balas tentang kesahan aspek-aspek soal selidik.

18

Page 19: soalanBAHAGIAN A kt 14.docx

b. Mendapatkan maklum balas tentang kesesuaian aspek-aspek dan format jawapan.c. Mendapatkan maklum balas tentang kategori jawapan bagi item-item tertutup.d. Mendapatkan maklum balas tentang daya tarikan soal selidik.e. Menyemak masa yang diperlukan untuk menjawab soal selidik.f. Mengenal pasti aspek-aspek yang tidak berkaitan dalam soal selidik.g. Menyediakan kod untuk kemasukan data dalam fail data komputer.h. Menyemak kejelasan aspek-aspek, arahan dan dan susun atur (layout) soal selidik.

(b) “Alat kajian yang baik mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi”. Huraikan pernyataan tersebut. 

4. (a) Dengan besertakan contoh yang sesuai bagi setiap satu, jelaskan perkara-perkara berikut: (i) soal-selidik (ii) inventori (iii) skala likert (iv) placebo 

19