Soalan_Ramalan_Kertas_3_2014-_[1]

19
Aspe k Perincian Catatan/Remarks 1 Latar Belakang demokrasi berparlimen 5 m 2 Maksud demokrasi berparlimen 3 Ciri-ciri demokrasi berparlimen 15 m 4 Kepentingan perlembagaan kepada negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen 15 m 5 Tujuan dan Kaedah Pindaan Perlembagaan 15 m 6 Bidang tugas Yang Di-Pertuan Agong 10 m 7 Konsep, Ciri-ciri dan fungsi badan-badan berikut : a. Badan Perundangan (Judisiari) b. Badan Pelaksanaan (Eksekutif) c. Badan Kehakiman (Legislatif) 30 m 8 Konsep pilihan raya dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia 10 m 9 Manfaat pilihan raya kepada negara 10 m 10 Konsep & bidang kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri 15 m 11 Kebaikan/kepentingan/faedah/ manfaat sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia 10 m 12 Kebaikan/ kepentingan pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri 10 m 13 Kejayaan yang Malaysia peroleh melalui amalan demokrasi berparlimen 10 m 14 Usaha memantapkan pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita @ Peranan warganegara 10 m Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan Malaysia telah diperkemas berasaskan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen.

description

SEKOLAH

Transcript of Soalan_Ramalan_Kertas_3_2014-_[1]

Page 1: Soalan_Ramalan_Kertas_3_2014-_[1]

Aspek Perincian Catatan/Remarks1 Latar Belakang demokrasi berparlimen 5 m2 Maksud demokrasi berparlimen3 Ciri-ciri demokrasi berparlimen 15 m4 Kepentingan perlembagaan kepada negara yang

mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen

15 m

5 Tujuan dan Kaedah Pindaan Perlembagaan 15 m6 Bidang tugas Yang Di-Pertuan Agong 10 m7 Konsep, Ciri-ciri dan fungsi badan-badan berikut :

a. Badan Perundangan (Judisiari)b. Badan Pelaksanaan (Eksekutif)c. Badan Kehakiman (Legislatif)

30 m

8 Konsep pilihan raya dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia

10 m

9 Manfaat pilihan raya kepada negara 10 m10 Konsep & bidang kuasa kerajaan persekutuan dan

kerajaan negeri15 m

11 Kebaikan/kepentingan/faedah/manfaat sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia

10 m

12 Kebaikan/ kepentingan pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

10 m

13 Kejayaan yang Malaysia peroleh melalui amalan demokrasi berparlimen

10 m

14 Usaha memantapkan pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita @ Peranan warganegara Malaysia menjayakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen

10 m

15 Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah mengatasi cabaran tersebut

10 m

16 Nilai-nilai murni dan iktibar daripada pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen

5 m

17 Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan :

a. Pengetahuan yang diperolehb. Iktibar kepada diri, bangsa dan Negarac. Harapan menjadikan bangsa dan Negara

Malaysia harmoni dan stabil

5 m

Soalan 1

Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan Malaysia telah diperkemas berasaskan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen.

Page 2: Soalan_Ramalan_Kertas_3_2014-_[1]

(Latar Belakang demokrasi berparlimen) (5 markah)

Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan

rakyat. Terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu Sistem Raja

Berperlembagaan dan Sistem Republik. Sistem Raja Berperlembagaan

mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi peringkat negara dan negeri.

Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri. Sistem Republik menolak institusi

beraja dan diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.

Soalan 2

(Maksud demokrasi berparlimen) (5 markah)

Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem

pemerintahan negara. Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.

Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen rakyat berpeluang

membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya.

Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang

sedia ada melalui pilihan raya.

Soalan 3

(Ciri-ciri demokrasi berparlimen) (15 markah)

Ciri-ciri demokrasi berparlimen ialah Yang di-Pertuan Agong pemerintah

tertinggi negara manakala di peringkat negeri ialah sultan atau raja. Yang di-

Pertuan Agong akan dibantu oleh Perdana Menteri manakala sultan oleh

Menteri Besar. Rakyat terlibat dalam pemerintahan dan Raja-Raja Melayu

menjadi lambang taat setia rakyat. Rakyat juga berpeluang membentuk

kerajaan dan bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Di samping itu,

rakyat juga berhak menyokong, mengekal dan menukar kerajaan melalui

pilihan raya. Pemerintahan dalam sistem demokrasi berparlimen berasaskan

perlembagaan dan membenarkan perlembagaan dipinda. Di samping itu,

menjaga hak kebebasan rakyat yang membenarkan parti-parti politik

dibentuk dan menyertai pilihan raya. Di samping itu, terdapat Parlimen yang

Page 3: Soalan_Ramalan_Kertas_3_2014-_[1]

terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Demokrasi berparlimen juga berasaskan konsep Raja Berperlembagaan.

Soalan 4

(Kepentingan Perlembagaan kepada negara yang mengamalkan sistem

pemerintahan demokrasi berparlimen) (15 markah)

Kepentingan perlembagaan kepada negara yang mengamalkan sistem

pemerintahan demokrasi berparlimen ialah menjamin kestabilan sesebuah

negara. Selain itu, perlembagaan menentukan bentuk kerajaan dan menjadi

panduan kepada kerajaan supaya pemerintahannya menepati kehendak

perlembagaan dan aspirasi rakyat. Perlembagaan menjamin taat setia rakyat

kepada negara. Perlembagaan juga menjamin hak asasi dan kebebasan

rakyat. Contohnya, hak kebebasan berpersatuan, beragama dan memiliki

harta. Kepentingan lain ialah perlembagaan memperuntukkan peranan Yang

di-pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa orang

Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak tanpa mengabaikan hak-hak

kaum lain. Perlembagaan menjamin kerjasama antara Kerajaan Persekutuan

dan Kerajaan Negeri. Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam

penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri dan dengan situasi ini,

pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa ada perbalahan.

Soalan 5

Page 4: Soalan_Ramalan_Kertas_3_2014-_[1]

(Tujuan dan kaedah pindaan perlembagaan oleh Parlimen Malaysia dalam sistem pemerintahan demokrasi berperlimen.) (15 markah)

Tujuan pindaan perlembagaan dibuat oleh Parlimen Malaysia adalah untuk melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara dan melicinkan urusan pentadbiran negara

Selain itu pindaan juga bertujuan supaya perlembagaan sentiasa relevan dan sesuai dengan keperluan semasa. Pindaan ini menjadikan perlembagaan sebagai undang- undang yang munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati

Terdapat empat kaedah pindaan perlembagaan oleh Parlimen. Kaedah pertama melibatkan persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga dewan parlimen dan persetujuan Majlis Raja- Raja. Perkara pindaan yang termasuk dalam kaedah ini ialah Tugas dan Kuasa Majlis Raja- Raja Melayu, kewarganegaraan dan perubahan sempadan negeri

Manakala kaedah kedua melibatkan persetujuan majoriti lebih dua pertiga dewan parlimen dan kelulusan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah. Perkara yang dipinda seperti keanggotaan dan bidang kuasa mahkamah tinggi di Sarawak dan Sabah.

Kaedah ketiga pula ialah melibatkan persetujuan lebih suara dua pertiga dewan parliman. Manakala, kaedah keempat pula melibatkan persetujuan lebih suara dewan parlimen. Antara pindaannya berkaitan dengan kewarganegaraan, bentuk sumpah, ikrar,pemilihan dan persaraan ahli dewan Negara serta persempadanan pilihanraya.

( 10 markah )

Soalan 6

(Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong) (10 Markah)

Yang di-Pertuan Agong ialah ketua negara Malaysia, baginda

berperanan mengetuai Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan

Kehakiman. Baginda bertindak mengikut perlembagaan Malaysia, di mana

baginda boleh memanggil dan membubarkan parlimen. Yang di-Pertuan

Agong juga merupakan Kuasa tertinggi dalam Angkatan Tentera. Baginda

boleh mengampun dan menangguhkan hukuman oleh Mahkamah Tentera.

Page 5: Soalan_Ramalan_Kertas_3_2014-_[1]

Bidang kuasa baginda yang lain menjaga, memelihara kedudukan dan hak

istimewa orang Melayu. Baginda berkuasa menitahkan Majlis Raja-Raja

Melayu bersidang. Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong juga merangkumi

Ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka,

Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak. Baginda juga berkuasa melantik

Perdana Menteri, memecat menteri dan timbalan menteri atas nasihat

Perdana Menteri.

Soalan 7

(Ciri/Fungsi Badan-badan Kerajaan)

a) Badan Perundangan/Legislatif

Perundangan merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan

perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsi badan

perundangan, menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan

kesejahteraan rakyat.

Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal

undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan

Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Dewan Negara merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan

negara kita. Ahli Dewan Negara digelar Senator yang mewakili setiap negeri.

Mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Seseorang senator memegang

jawatan bagi tempoh tiga tahun dan mestilah berumur sekurang-kurangnya 30

tahun. Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen dan boleh dilantik menjadi

ahli Jemaah Menteri.

b) Badan Pelaksanaan/Eksekutif

Badan Pelaksana terdiri daripada Jemaah Menteri atau Kabinet. Kabinet

merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri adalah

menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri

Page 6: Soalan_Ramalan_Kertas_3_2014-_[1]

meupakan Ketua Jemaah Menteri. Perdana Menteri atau Timbalan Perdana

Menteri mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian.

Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan.

Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan

Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik. Menteri yang tidak

diberkan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak

Berportfolio.

Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara.

Beliau bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan

kerajaan. Beliau dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai

pegawai perkhidmatan awam.

c) Badan Kehakiman/Judisiari

Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan

perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya

memerlukan afidavit. Perkara jenayah juga melibatkan kanun keseksaan. Badan

Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh

badan perundangan dan pihak badan pelaksana. Badan Kehakiman juga

berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.

Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat

Perdana Menteri. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik

supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik untuk menjamin keadilan

dan kesaksamaan undang-undang.

Penasihat undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara yang

berperanan sebagai Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan dan

dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman.

Page 7: Soalan_Ramalan_Kertas_3_2014-_[1]

Soalan 8.

(Konsep pilihan raya dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen)

Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat sama ada di peringkat

negeri atau persekutuan. Terdapat dua jenis pilihan raya di Malaysia iaitu

Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil yang diadakan untuk memilih Ahli

Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Rakyat. Pilihan Raya Umum

diadakan serentak di seluruh Malaysia kecuali di Sabah dan Sarawak yang

menjalankan pilihan raya berasingan bagi memilih Ahli Dewan Rakyat dan Ahli

Dewan Undangan Negeri mereka. Pilihan Raya Kecil diadakan apabila berlaku

kekosongan pada mana-mana kerusi parlimen atau DUN hasil daripada

kematian, perletakan jawatan dan perlucutan jawatan dan biasanya diadakan

dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan

Sarawak. Kesemua proses pilihan raya ini dijalankan secara sulit dengan

menggunakan prosedur telus dan teratur. Proses pengiraan undi dibuat secara

terbuka dan direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira sebagai

pemenang.

Soalan 9

(Manfaat pilihan raya kepada rakyat dan negara)

Pilihan raya mendidik pemimpin bertanggung jawab apabila diberi

mandat, dan akan hilang mandat jika tidak bertanggung jawab. Melalui pilihan

raya akan berlaku persaingan sihat di kalangan ahli politik untuk membantu

rakyat. Pilihan raya juga menjadikan rakyat bertanggung jawab untuk memilih

pemimpin. Rakyat berpeluang memilih parti politik yang baik untuk

membentuk kerajaan. Saya juga berpendapat melalui pilihan raya, mana-mana

individu berpeluang untuk menjadi calon. Idea-idea baharu dapat

dipraktikkan oleh pemimpin-pemimpin baharu. Pilihan raya memberi peluang

rakyat untuk sama ada mengekalkan atau menukarkan kerajaan. Saya juga

berpendapat pilihan raya memberi peluang parti politik menyediakan

manifesto atau akur janji untuk rakyat. Akhirnya, pilihan raya mendidik rakyat

Page 8: Soalan_Ramalan_Kertas_3_2014-_[1]

untuk mengambil tahu perkembangan politik semasa yang berlaku di negara

kita, dan menentukan corak pemerintahan demokrasi yang tulin melalui

pilihan raya.

Soalan 10

(Konsep dan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri)

(15 markah)

Malaysia merupakan sebuah Negara Persekutuan. Persekutuan

bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah

Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri. Kedua-dua

kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam

Perlembagaan Malaysia.

Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam pentadbiran negara meliputi

aspek ekonomi, sosial, keselamatan dan pendidikan. Kuasa eksekutif bagi

Kerajaan Persekutuan terletak pada Yang di-Pertuan Agong. Jemaah Menteri

pula menjalankan kuasa bagi pihak Yang di-Pertuan Agong yang diketuai oleh

Perdana Menteri.

Kerajaan Negeri berkuasa dalam pentadbiran negeri. Badan Pelaksana

Negeri terletak pada Sultan atau Yang Dipertua Negeri. Majlis Mesyuarat

Kerajaan menjalankan pentadbiran bagi pihak Sultan atau Yang Dipertua

Negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Majlis Tertinggi dan Kabinet diketuai

oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri. Menteri Besar atau Ketua Menteri

dilantik oleh Sultan atau YDP Negeri.

Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan mengikut Senarai Persekutuan

meliputi Hal Ehwal Luar Negeri, Pertahanan, Keselamatan Dalam Negeri dan

lain-lain. Manakala bidang kuasa Kerajaan Negeri pula mengikut Senarai Negeri

merangkumi Undang-Undang Islam, Tanah dan sebagainya.

Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengikut Senarai

Bersama merangkumi Kebajikan Sosial, Biasiswa, Taman Negara dan lain-

lain.

Page 9: Soalan_Ramalan_Kertas_3_2014-_[1]

Soalan 11

(Kebaikan/Kepentingan/Faedah/Manfaat sistem demokrasi berparlimen)

(10 markah)

Sistem demokrasi Berparlimen banyak memberi kebaikan kepada negara

dan rakyat. Negara akan menjadi aman dan terhindar dari berlakunya

perpecahan kaum. Hal ini akan menarik ramai pelabur asing dan mereka

akan menanam modal di negara kita. Melalui Sistem demokrasi berparlimen

juga rakyat bebas bersuara. Mereka bebas memilih pemimpin dan ini akan

menjamin kestabilan politik dalam negara. Ramai pelancong asing akan

datang dan hal ini akan menaikkan imej negara . Malaysia akan dapat

bersaing di peringkat antarabangsa dalam semua bidang.

Soalan 12

(Kebaikan/kepentingan pengagihan kuasa antara kerajaan persekutuan

dengan kerajaan negeri.) (10 markah)

Kebaikan pengagihan kuasa antara kerajaan persekutuan dengan

kerajaan negeri mewujudkan keadaan politik yang lebih stabil. Di samping itu,

akan mewujudkan pentadbiran yang seragam. Seterusnya, pengagihan kuasa

juga akan menyebabkan pentadbiran menjadi lebih cekap. Pembangunan

antara negeri akan menjadi lebih mantap. Selain itu, perpaduan akan

menjadi lebih erat di kalangan rakyat. Pengagihan kuasa kerajaan persekutuan

dan kerajaan negeri juga akan menyebabkan program pembangunan menjadi

lebih lancar. Hal ini juga dapat memupuk semangat taat setia kepada negara.

Keamanan negara akan dapat dikekalkan. Seterusnya, keharmonian

masyarakat tetap terpelihara. Akhir sekali, pengagihan ini dapat

mengurangkan beban kerajaan pusat.

Page 10: Soalan_Ramalan_Kertas_3_2014-_[1]

Soalan 13

(Kejayaan yang diperoleh Malaysia melalui amalan demokrasi berparlimen

sehingga Malaysia dihormati di persada antarabangsa.)

(10 markah)

Amalan demokrasi berparlimen dapat mewujudkan kestabilan politik

yang menyebabkan negara kita dapat mengamalkan dasar berkecuali. Amalan

sistem pemerintahan demokrasi berparlimen telah menjadikan Malaysia pusat

tumpuan pelaburan antarabangsa akibat kemakmuran ekonomi negara.

Amalan sistem demokrasi yang mementingkan perpaduan kaum telah

menjadikan Malaysia dihormati sebagai negara aman dan damai. Selain itu,

amalan pilihan raya yang telus berjaya melahirkan pemimpin yang berwibawa

dan terserlah sebagai tokoh dihormati di peringkat antarabangsa. Sistem

pemerintahan demokrasi yang berjaya membangunkan bidang sosial dan

pendidikan telah menyebabkan Malaysia menjadi hub pendidikan

antarabangsa. . Amalan demokrasi berparlimen yang berjaya meningkatkan

ekonomi telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk Negara Dunia

Ketiga.. Amalan demokrasi berparlimen yang berjaya membentuk identiti

Malaysia menyebabkan Malaysia dianggap sebagai Negara berbilang kaum

yang paling unik.. Amalan memberikan kebebasan telah melahirkan

masyarakat berminda kelas pertama.

Soalan 14

(Usaha memantapkan perlaksanaan sistem demokrasi berparlimen)

@

(Peranan warganegara Malaysia menjayakan sistem pemerintahan

demokrasi berparlimen)

(10 markah)

Usaha bagi memantapkan pelaksanaan demokrasi berparlimen di negara

kita ialah senantiasa menghormati keluhuran perlembagaan negara. Selain

itu, kita haruslah mempertahankan kedaulatan negara dari diceroboh.

Page 11: Soalan_Ramalan_Kertas_3_2014-_[1]

Seterusnya mengadakan kempen kesedaran mengenai kepentingan daripada

pengamalan demokrasi berparlimen di negara kita. Kita juga seharusnya

menyemai semangat cinta akan negara di kalangan rakyat. Semangat

perpaduan diperkukuhkan di kalangan masyarakat agar kedaulatan negara

terpelihara. Kita dilarang menimbulkan isu-isu sensitif dan sentiasa

berpegang teguh dengan nilai sejagat. Pengenalan dakwat kekal semasa

pilihan raya juga merupakan usaha kerajaan dalam memantapkan pelaksanaan

demokrasi berparlimen. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas

perlu dilaksanakan untuk membanteras golongan pelampau dalam negara.

Peranan yang perlu ada dalam diri setiap warganegara bagi menjayakan

sistem pemerintahan demokrasi berparlimen adalah dengan mematuhi segala

undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Selain itu, kita juga

haruslah menyokong dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Seterusnya, kita mestilah meningkatkan semangat jati diri agar tidak

terpengaruh dengan gejala negatif. Setiap warganegara perlu menghormati

pemimpin negara dan mengamalkan semangat toleransi serta

meningkatkan ilmu pengetahuan. Kita haruslah berusaha meningkatkan

taraf hidup. Akhir sekali, mewujudkan perpaduan antara kaum dan

mengutamakan rundingan dalam menyelesaikan masalah.

Soalan 15

(Cabaran Malaysia hadapi dalam pelaksanaan sistem pemerintahan

demokrasi berparlimen dan langkah-langkah mengatasi cabaran tersebut)

(10 markah)

Cabaran yang dihadapi ialah berlakunya masalah rasuah dalam proses

pemilihan pemimpin. Rakyat juga tidak diberi kebebasan bersuara secara

mutlak. Pilihan raya juga tercemar dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang

sering mengadakan protes atau demonstrasi jalanan. Rakyat juga mudah

terpengaruh dengan idea media sosial baru. Selain itu,institusi beraja akan

Page 12: Soalan_Ramalan_Kertas_3_2014-_[1]

turut dipersendakan dan perpaduan kaum akan sukar dicapai. Segelintir

rakyat juga kurang menghayati semangat patriotik.

Untuk mengatasi cabaran di atas pihak SPRM mestilah

menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas untuk membendung

masalah rasuah. Selain itu, akta baru perlu digubal bagi membendung hak

kebebasan bersuara yang melampau. Peranan SPR perlu dimantapkan lagi,

bagi menjamin pilihanraya yang lebih adil. Pihak polis perlu memperketatkan

pemberian permit dan mengambil tindakan yang lebih tegas kepada penganjur

yang mengadakan perhimpunan. Rakyat pula perlu diberi ilmu keagamaan yang

secukupnya supaya dapat menilai baik buruk bahan yang terdapat dalam media

sosial terkini. Manakala pihak-pihak yang mempersendakan institusi beraja

perlulah menerima hukuman setimpal. Seluruh rakyat perlu mengamalkan

konsep 1 Malaysia dan mengamalkan penghayatan Rukun Negara secara

mendalam.

Soalan 16

(Nilai-nilai murni & Iktibar daripada pelaksanaan sistem pemerintahan

demokrasi berparlimen) (5 markah)

Nilai-nilai dan iktibar yang boleh diambil daripada pelaksanaan sistem

pemerintahan demokrasi berparlimen ialah memilih pemimpin yang benar-

benar layak untuk memimpin negara. Setiap warganegara bertanggungjawab

memilih pemimpin yang jujur,dan amanah agar dapat membina negara yang

berintegriti. Setiap rakyat mesti menghormati pemimpin negara agar

pentadbiran negara berjalan dengan lancar. Kita mesti memikul tanggungjawab

mengekalkan keamanan negara supaya keadaan politik negara menjadi stabil.

Kita mestilah menghormati hak asasi dan kebebasan individu supaya setiap

rakyat dapat membuat keputusan untuk mengekalkan kerajaan berwibawa. Kita

hendaklah mematuhi undang-undang negara agar keselamatan negara

terjamin. Sebagai warganegara yang baik, kita mestilah menghormati agama

dan budaya kaum lain agar konsep 1 Malaysia dapat dihayati oleh setiap

warganegara.

Page 13: Soalan_Ramalan_Kertas_3_2014-_[1]

SOALAN 17 : KESIMPULAN

(Kesimpulan keseluruhan isi yang dibincangkan) (5 markah)

a. Pengetahuan yang diperoleh

Pengetahuan yang diperoleh ialah sistem ini merupakan satu sistem

pemerintahan yang membolehkan rakyat memilih pemimpin dan kerajaan

melalui pilihan raya. Kerajaan yang memerintah perlu menunaikan

tanggungjawab terhadap rakyat. Di samping itu, rakyat berpeluang

membentuk sebuah kerajaan yang teguh.

b. Iktibar kepada diri bangsa dan negara

Nilai murni dan patriotisme yang diperoleh dengan memupuk semangat

cinta akan negara. Kestabilan negara bergantung kepada permuafakatan

antara rakyat dengan kerajaan. Di samping itu, negara terus dihormati kerana

kestabilan politik. Kita hendaklah berganding bahu untuk memajukan negara

dan bangsa.

c. Harapan menjadi bangsa dan negara Malaysia harmoni dan stabil

Saya berharap agar negara akan terus aman dan makmur. Selain itu,

kerajaan yang adil dapat dikekalkan hasil kerjasama dalam kalangan rakyat.

Perasaan setia dan bangga perlu diteruskan oleh generasi akan datang.