SOKONGAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN … OSH... · UBBL : Undang -Undang Kecil Bangunan Seragam PPE :...
Transcript of SOKONGAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN … OSH... · UBBL : Undang -Undang Kecil Bangunan Seragam PPE :...
NO. SEMAKAN : 01 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 11/08/2015 1 drp. 5
1. TUJUAN
Garis panduan ini disediakan bagi tujuan menjelaskan tentang spesifikasi yang perlu dipenuhi untuk sebuah Pusat Pengumpulan Sisa Terjadual UPM berdasarkan keperluan minima sepertimana yang dinyatakan dalam Guideline for Packaging, Labelling and Storage of Scheduled Waste in Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia pada Januari 2014
2. TANGGUNGJAWAB
2.1. Ketua Seksyen Operasi dan Perkhidmatan PPKKP bertanggungjawab untuk
memastikan setiap PPST yang dipilih memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan dengan merujuk garis panduan ini.
2.2. Sesiapa yang terlibat dalam pengurusan setiap PPST ini hendaklah memastikan spesifikasi ini sentiasa dipenuhi.
3. TERMINOLOGI/DEFINISI
UPM : Universiti Putra Malaysia PPKKP : Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PPST : Pusat Pengumpulan Sisa Terjadual UBBL : Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam PPE : Personal Protective Equipment
4. PANDUAN
4.1. Spesifikasi untuk sesebuah PPST adalah mengikut kehendak Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL 1984) serta ianya hendaklah mempunyai kemudahan dan peralatan kecemasan.
SOKONGAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
PEJABAT NAIB CANSELOR
Kod Dokumen: SOK/OSH/GP06/PPST
GARIS PANDUAN SPESIFIKASI PUSAT PENGUMPULAN SISA TERJADUAL
NO. SEMAKAN : 01 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 11/08/2015 2 drp. 5
4.2. Spesifikasi Pusat Pengumpulan Sisa Terjadual UPM
Jenis Spesifikasi
Sisa Kimia i. Tempat penstoran tidak terdedah kepada cahaya matahari
secara terus atau pun berdekatan dengan sumber
haba/pencucuhan.
ii. Ianya hendaklah berkunci untuk mengelakkan individu yang
tidak berkaitan dari menceroboh masuk.
iii. Mempunyai sistem peredaran udara yang baik seperti
dipasangkan exhaust fan
iv. Mempunyai tembok penghadang/ bendul (bunding) di
hadapan pintu masuk bilik atau spill tray.
v. Mempunyai sistem pencahayaan yang cukup.
vi. Mempunyai sistem perparitan yang berasingan dari longkang
umum.
vii. Mempunyai rak kayu simpanan sisa yang bersifat tahan bahan
kimia dan setiap rak mempunyai sisi tepi setinggi 2 inci.
viii. Setiap rak dilabel dengan menggunakan label yang telah
ditetapkan di dalam Jadual Ketiga (Peraturan 10) di dalam
Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan
Terjadual) 2005.
ix. Menyediakan alat perlindungan diri (PPE) yang mencukupi
seperti gogal, topeng mulut dan hidung (mask) dan sarung
tangan yang bersesuaian.
x. Menyediakan alat pencegahan kebakaran dan kecemasan
yang mencukupi (Peti Pertolongan Cemas, Alat Pemadam
Kebakaran, Spillage Kit dan Eye Wash Station/Emergency
Shower)
xi. Memasang sistem penggera kecemasan kebakaran.
xii. Dipasangkan dengan jelas simbol/tanda amaran, nombor-
nombor untuk dihubungi apabila berlaku kecemasan dan
rekod terkini penyimpanan sisa terjadual di pintu-pintu bilik
pelupusan sementara.
NO. SEMAKAN : 01 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 11/08/2015 3 drp. 5
Sisa Klinikal
i. Pusat Pengumpulan Sisa Terjadual hendaklah berjauhan dari
laluan orang ramai.
ii. Ianya hendaklah berkunci untuk mengelakkan individu yang
tidak berkaitan dari menceroboh masuk.
iii. Mempunyai sistem peredaran udara yang baik seperti
dipasangkan exhaust fan
iv. Mempunyai sistem pencahayaan yang cukup.
v. Dilengkapi dengan tong sampah (kuning) yang mencukupi dan
disediakan bakul khas (bekas benda tajam) untuk
menempatkan picagari, jarum-jarum dan benda tajam yang
hendak dilupuskan.
vi. Menyediakan alat perlindungan diri (PPE) seperti gogal,
topeng mulut dan hidung (mask) dan sarung tangan yang
bersesuaian.
vii. Menyediakan alat pencegahan kebakaran dan kecemasan
yang mencukupi (Peti Pertolongan Cemas, Alat Pemadam
Kebakaran, Spillage Kit dan Eye Wash Station/Emergency
Shower)
viii. Memasang sistem penggera kecemasan kebakaran.
ix. Dilabelkan dengan jelas simbol/tanda amaran, nombor untuk
dihubungi dan rekod terkini penyimpanan sisa klinikal di
pintu-pintu bilik pelupusan sementara.
4.3. Setiap pegawai yang bertanggungjawab dalam pengurusan PPST tersebut hendaklah
memastikan setiap alat kelengkapan kecemasan yang berada di PPST sentiasa berada di dalam keadaan baik.
NO. SEMAKAN : 01 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 11/08/2015 4 drp. 5
4.4. Pelan Lantai Pusat Pengumpulan Sisa Terjadual UPM
a) Sisa Kimia
Petunjuk :
Alat Pemadam Kebakaran
Alat Perlindungan Diri (PPE)
Peti Pertolongan Cemas (First Aid)
Pintu dan Bendul (bunding)
Eye Wash Station/Emergency Shower
Rak Sisa Terjadual
Spill Kit
NO. SEMAKAN : 01 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 11/08/2015 5 drp. 5
b) Sisa Klinikal
Petunjuk :
Alat Pemadam Kebakaran
Alat Perlindungan Diri (PPE)
Peti Pertolongan Cemas (First Aid)
Pintu dan Bendul (bunding)
Tong Sisa Klinikal
Spill Kit