Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2

31
SOLAT DARIPADA PERSPEKTIF SAINS

Transcript of Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2

Page 1: Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2

SOLAT DARIPADA PERSPEKTIF

SAINS

Page 2: Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2

AKUJANJI SOLAT

•Katakanlah sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.(Surah al-An’am 6:162)

Page 3: Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2

PERINTAH SOLAT

• Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu. Bahkan kami yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.(Surah Taha 80 :132)

Page 4: Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2

•Solat yang disebut sebanyak 95 kali di dalam 41 surah daripada Al-Quran sudah tentu adalah perkara yang amat penting dalam hidup.

Page 5: Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2

WAKTU SUBUHHormon kartison ini berfungsi untuk mengurangkan keradangan dan kesakitan serta bengkak di tempat yang terdapat kecederaan. Oleh itu manusia akan menjadi lebih aktif selepas subuh. Waktu selepas subuh ini adalah waktu yang sesuai untuk melakukan segala kerja-kerja. Ozon yang diketahui mempunyai kesan yang menyegarkan juga mencapai tahap maksimum pada ketika itu

Page 6: Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2

WAKTU ZOHORWaktu zohor adalah waktu untuk memulihkan jantung dan badan manusia setara dengan satu jam rehatWaktu zohor menerbitkan warna alam yang menguning dan ini akan mempengaruhi hati, perut dan sistem pencernaan secara keseluruhannya. Warna menguning ini juga selalu dikaitkan dengan keceriaan manusia. Individu yang selalu melewatkan solat zohor atau meninggalkannya akan menghadapi masalah penghadaman dan kurang ceria

Page 7: Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2

WAKTU ASARsolat untuk menyegarkan badan. Hormon adrenalin bertambah di dalam darah dan badan pada ketika ini. Penambahan secara mendadak ini boleh memberi kesan yang buruk kepada pesakit jantung. Pensyariatan solat Asar pada waktu ini akan menyebabkan jantung berada di dalam keadaan yang lebih baikJelaslah ada hikmah di sebalik arahan melaksanakan solat Asar kerana kekhusyukan di dalam solat akan memudahkan jantung berdenyut dalam keadaan normalwaktu Asar ditetapkan dengan suasana warna oren. Warna oren ini dikaitkan dengan daya kreativiti. Mereka yang lewat atau tidak mengerjakan solat Asar akan turun daya kreativitinya. Disamping itu, organ pembiakan juga akan kehilangan tenaga positif daripada warna alam itu

Page 8: Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2

WAKTU MAGHRIBPerembesan kortison berkurang dan aktiviti badan akan beransur-ansur berkurang juga. Dengan perubahan daripada siang ke malam, melatonin akan bertambah menyebabkan manusia berasa relaks dan tidur. Solat adalah sebagai sebagai transisiWarna alam akan berubah kepada merah selepas masuk waktu maghrib. Daripada kajian sains, frekuensi warna ketika ini adalah sama dengan frekuensi jin dan iblis. Pada waktu ini, jin dan iblis sangat bertenaga kerana mereka bergema dan bergetar bersama dengan warna alam. Mereka yang berada di dalam perjalanan sebaik-baiknya berhenti seketika dan mengerjakan solat maghrib terlebih dahulu. Dengan itu, keselamatan lebih terjaga kerana pada waktu ini, banyak inferens atau tumpang tindihnya dua gelombang yang berfrekuensi sama atau hampir sama. Ini boleh menimbulkan fatamorgana yang menyumbang kepada risiko kerosakan mata.

Page 9: Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2

WAKTU ISYAKBadan yang sebelum ini berada di dalam keadaan bergerak akan berubah kepada keinginan untuk tidur. Oleh itu, solat pada waktunya adalah jalan terbaik untuk menjamin keseimbangan badan. Ia juga akan menyebabkan badan boleh berfungsi dengan baik

Page 10: Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2

TAKBIRATUL IHRAM

• Perlakuan takbiratul ihram ini akan meratakan tulang belikat yang berada di punggung. Kesannya, risiko menjadi bongkok pada bahu dan punggung dapat dikurangkan. Perbuatan ini juga dapat melapangkan rongga dada, menambahkan isi padu oksigen di dalam darah. Perbuatan meluruskan jari-jari tangan pula dapat melancarkan perjalanan darah jika dilakukan paling minimum tiga kali bagi setiap rakaat.

Page 11: Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2

POSISI SOLAT- BERDIRI BETUL

• dalam posisi ini, sendi siku dan sendi pergelangan tangan serta otot-otot dari kedua-dua belah tangan dalam keadaan rehat penuh. Ini akan mengelakkan daripada timbulnya penyakit sendi seperti kekakuan sendi

Page 12: Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2

RUKUK

• Ketika di dalam posisi ini, ruas tulang belakang yang terdiri daripada tulang punggung, tulang leher dan tulang pinggang. Gerakan rukuk ini dapat menghindar penyakit yang biasa menyerang ruas tulang belakang seperti sengal pinggang yang mendadak, sakit pinggang, radang tulang rawan, radang tulang bahu dan sengal otot

• Posisi rukuk ini juga, menurut kajian yang lain, akan mengecutkan otot bahagian hadapan badan seperti otot dada, perut dan bahagian hadapan kaki. Pada masa yang sama, otot tubuh bahagian belakang tubuh akan mengendur secara perlahan, seperti otot punggung, bahagian belakang kaki, dan bahagian belakang pinggul. Keadaan ini dapat memanjangkan dan menambahkan kelenturan sehingga membolehkan seseorang itu dapat berjalan dengan lebih baik dan cepat.

Page 13: Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2

RUKUK

• Posisi rukuk yang betul juga menambahkan pengaliran bendalir dalam badan yang akan melembutkan pergerakan sendi. Ini menjadi terapi bagi penyakit artritis dan sakit belakang

Page 14: Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2

IKTIDAL•

• Ictidal adalah gerakan daripada rukuk dan kembali berdiri. Gerakan berturut-turut daripada rukuk, diikuti ictidal dan kemudian sujud adalah gerakan yang sangat baik untuk sistem pencernaan. Ini kerana organ-organ pencernaan mengalami pengembangan serta pelonggaran secara berganti-ganti. Kesan daripada ini, sistem pencernaan menjadi lebih lancar

Page 15: Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2

SUJUD

• Kepala yang dipenuhi darah ketika posisi sujud juga dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai penyakit seperti sakit kepala, tekanan darah rendah (hipotensi), kurang darah (anemia), lemah jantung dan pelbagai penyakit yang berkaitan dengan kekurangan oksigen dan zat makanan ke otak melalui darah.

Page 16: Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2

SUJUD Pergerakan sujud di dalam solat dimulai dengan meletakkan tangan dan lutut di lantai, kemudian diikuti kedua-dua hujung jari (jari-jari kaki yang dibengkokkan) di permukaan lantai dan juga dahi juga di lantai. Dalam keadaan ini saluran-saluran darah (arteri dan vena) dan limfa terurut menyebabkan aliran darah dan limfa lebih lancar. Ini akan menghindarkan pengecilan dinding-dinding pembuluh darah (arteriosklerosis

Page 17: Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2

SUJUD

• Posisi sujud juga dapat mencegah daripada penyakit urat simpul (Vena varikos). Urat simpul ini berlaku di bahagian kaki kerana tekanan semasa berdiri. Mereka yang berdiri terlalu lama terdedah kepada risiko ini kerana kaki terpaksa menampung berat badan yang berlebihan. Di dalam posisi sujud, darah daripada badan bergerak ke jantung mengikut tarikan graviti. Proses ini mengurangkan tekanan pada vena seterusnya mengurangkan risiko mendapat urat simpul.

Page 18: Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2

• Duduk antara dua sujud• Duduk antara dua sujud yang juga dinamakan

sebagai duduk iftirash, ialah keadaan duduk dengan tapak kaki kiri diduduki dan menjadi seperti ala (firash). Tapak kaki sebelah kanan ditegakkan di atas lantai, sementara jari kaki menghadap (duduk bersimpuh). Di dalam keadaan ini, tumit menekan otot-otot pangkal paha yang besar di mana posisi ini dapat melancarkan pengaliran darah ke jantung. Selain daripada itu, posisi ini dapat menjadi penawar penyakit saraf pangkal paha.

Page 19: Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2

• Membengkokkan jari ketika sujud dan duduk Antara dua sujud menyeimbangkan komposisi dalam badan. Ini kerana kolesterol dan lemak pada badan dapat diturunkan. Secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok. Jika seseorang itu tidak membengkokkan hujung jari kaki semasa sujud dan duduk di Antara dua sujud, jisim lemak badan akan bertambah. Ini menyebabkan tisu 0tot mengecut. Tisu otot yang mengecut ini akan menyebabkan terkumpulnya gumpalan lemak badan seterusnya mendedahkan kepada risiko penyakit jantung, strok dan obesiti

Page 20: Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2

• Membengkokkan jari ketika sujud dan duduk Antara dua sujud menyeimbangkan komposisi dalam badan. Ini kerana kolesterol dan lemak pada badan dapat diturunkan. Secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.

Page 21: Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2

• Posisi ini juga sangat baik bagi lelaki kerana tumit kaki menekan uretra (salur kencing), kelenjar kelamin (lelaki) dan juga saluran vas deferens. Jika posisi ini dilakukan dengan betul, ia dapat mencegah kemandulan. Bagi wanita pula, posisi ini akan menekan bahagian perineum. Tekanan tumit kaki kiri ke bahagian ini akan memperbaiki organ reproduksi

Page 22: Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2

SOLAT DAN KESAKITAN

• Secara keseluruhannya, bagi mereka yang menghadapi radang sendi atau lebih dikenali sebagai osteoatrithis, senaman secara berterusan dapat mengurangkan kesakitan atau keradangan sendi. Ini dapat dilakukan dengan melakukan solat 5 kali sehari seperti yang telah ditetapkan oleh Allah kepada umat Islam. Hal ini demikian, kerana ketika solat, hormon endorphin dirangsang keluar yang berfungsi mengurangkan deria sakit.

Page 23: Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2

SOLAT DAN MEDITASI

• Meditasi dapat menyingkirkan pemikiran yang tidak relevan, pemikiran yang bukan-bukan melalui latihan penumpuan. Ini juga berlaku di dalam solat dan berada di dalam keadaan gelombang alfa. Gelombang theta terhasil apabila seseorang berada di dalam keadaan meditasi yang mendalam manakala di dalam solat, ianya dikenali sebagai khusyuk. Apabila ini dicapai, kadar autonomik seperti penurunan tekanan darah, kadar denyutan nadi serta kadar pernafasan. Pada masa ini juga, berlaku peningkatan daya tahan pada kulit manusia. Endokrin yang bersangkutan dengan stress akan menurun ini mengurangkan tekanan perasaan.

Page 24: Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2

SOLAT DAN GERAKAN DALAM SOLAT

• Regangan yang dilakukan secara berterusan ini dapat mengurangkan ketegangan otot, mencegah kecederaan, meningkatkan gerakan sendi, memantapkan koordinasi otot, meningkatkan peredaran darah dan seterusnya akan meningkatkan prestasi tubuh.

Page 25: Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2

SOLAT BERJAMAAH

• Daripada kajian sains pula, solat berjemaah dapat meningkatkan keupayaan sel-sel hidup mengkonduksi cas-cas elektrik. Tisu hidup di dalam badan manusia terdiri daripada ion-ion positif dan ion-ion negatif. Apabila anggota badan jemaah merapatkan barisan sehingga bersentuhan antara bahu dan tumit kaki (bagi jemaah lelaki), berlaku pengaliran cas-cas positif dan negatif. Pengaliran cas-cas ini akan menyeimbangkan cas di anggota badan dan seterusnya akan menyebabkan seseorang itu lebih bertenaga untuk melakukan kerja seharian. Pesakit demam panas adalah Antara pesakit yang digalakkan untuk solat berjemaah supaya cas-cas dalam badannya.

Page 26: Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2

SOLAT DAN PUASA

• Kajian yang dilakukan di Universiti Malaya mendapati, solat tarawih yang dilakukan selama 140 minit seminggu bersama dengan berpuasa pada siang hari bersamaan dengan melakukan senaman selama 150 minit seminggu bersama dengan pengambilan diet yang seimbang. Solat tarawih bersama dengan puasa ini ternyata dapat mengurangkan nilai glukosa dan meningkatkan kandungan air di dalam sel badan.

Page 27: Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2

SOLAT WANITA HAMIL

• Menguatkan pelbagai sel otot dan pembuluh darah, membentuk ruas-ruas tulang belakang sehingga ia dapat menguatkan tubuh badan. Ia sangat penting ketika proses mengandung dan bersalin. Solat yang antara lain melancarkan perjalanan darah akan memudahkan janin di dalam rahim mendapat makanan yang dibawa oleh darah.

• Kajian yang dilakukan oleh Dr Najwa Ibrahim al Said pula mendapati antara sebab rasa mual dan loya yang dialami oleh ibu mengandung adalah disebabkan oleh sistem pencernaan yang terganggu. Gerakan-gerakan di dalam solat dapat membantu melancarkan perjalanan darah dan ianya dapat mengurangkan alahan yang dialami oleh ibu mengandung.

Page 28: Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2

SOLAT SUNAT DAN QIAMULLAIL

• Solat sunat yang dilakukan sekurang-kurangnya 30 minit (bersamaan 12 rakaat) dan dilakukan sekurang-kurangnya 3 malam setiap minggu, dapat meningkatkan jumlah ereksi, tempoh ereksi dan penambahan isi padu zakar bagi pesakit yang mengidap kencing manis dan darah tinggi

Page 29: Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2

ZIKIR SELEPAS SOLAT

• Seseorang itu akan berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah seperti Subhanallah, Alhamdulillah mahupun Allahu Akbar. Perlakuan ini akan mengaktifkan saraf-saraf otak. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang aktif ini akan mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk sama aktif. Dengan itu, otak akan aktif secara keseluruhan.

Page 30: Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2

HIKMAH SOLAT• Tingkat perasaan ubudiah – rendah diri• Bertaubat – hapus dosa• Makanan Akidah – konsisten memperkuatnya • Pengurusan masa – disiplin diri• Bersihkan diri – membersihkan lahiriah , wuduk/tayamum• Kesihatan fizikal – pergerakan solat , senaman• Latihan kepimpinan – Lahirkan sifat taat, jemaah• Menutup aurat – disiplin tutup aurat akan latih di luar solat

Page 31: Solat Daripada Perspektif Sains Ver 2