Solat Gerhana

2
Solat Gerhana Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi kerana kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika berlaku gerhana maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari) Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (matahari dan bulan mengalami gerhana), bersegeralah solat." (Hadis riwayat al-Bukhari dalam Kitab al-Jumu’ah) Solat sunat gerhana lebih utama dilakukan secara berjamaah di masjid, namun boleh juga dilakukan secara bersendirian di rumah. Waktu solat ialah apabila ternyata gerhana telah berlaku dan berakhir apabila hilang gerhana. Niat Solat Sunat Gerhana: “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari/bulan dua rakaat kerana Allah Taala.” Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Yang akmal (sempurna) dilakukan dengan dua kali qiyam/berdiri/baca fatihah dan dua kali ruku', pada setiap rakaat. Ringkasan cara solat sunat gerhana: 1. Takbiratul Ihram dan berniat. 2. Membaca doa iftitah. 3. Membaca surah al-Fatihah. 4. Membaca mana-mana surah. 5. Ruku’. 6. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca mana-mana surah. 7. Ruku'. 8. Iktidal. 9. Sujud.. 10. Duduk antara 2 sujud. 10. Sujud. 12. Berdiri rakaat kedua. Rakaat kedua. 1. Membaca surah al-Fatihah. 2. Membaca mana-mana surah. 3. Ruku’. 4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca mana-mana surah. 5. Ruku'.

description

solat

Transcript of Solat Gerhana

Solat GerhanaDari Aisyah radhiyallahu anha, Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda,Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi kerana kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika berlaku gerhana maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah. (HR. Bukhari)Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (matahari dan bulanmengalami gerhana), bersegeralah solat." (Hadis riwayat al-Bukhari dalam Kitab al-Jumuah)Solat sunat gerhana lebih utama dilakukan secara berjamaah di masjid, namun boleh juga dilakukan secara bersendirian di rumah.Waktu solat ialah apabila ternyata gerhana telah berlaku dan berakhir apabila hilang gerhana.

Niat Solat Sunat Gerhana: Sahaja aku solat sunat gerhana matahari/bulan dua rakaat kerana Allah Taala.Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa.Yang akmal (sempurna) dilakukan dengan dua kali qiyam/berdiri/baca fatihah dan dua kali ruku', pada setiap rakaat.

Ringkasan cara solat sunat gerhana:1. Takbiratul Ihram dan berniat.2. Membaca doa iftitah.3. Membaca surah al-Fatihah.4. Membaca mana-mana surah.5. Ruku.6. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca mana-mana surah.7. Ruku'.8. Iktidal.9. Sujud..10. Duduk antara 2 sujud.10. Sujud.12. Berdiri rakaat kedua.Rakaat kedua.1. Membaca surah al-Fatihah.2. Membaca mana-mana surah.3. Ruku.4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca mana-mana surah.5. Ruku'.6. Iktidal.7. Sujud..8. Duduk antara 2 sujud.9. Sujud.10. Membaca tasyahud akhir.11. Memberi salam.

Wallahu a'lam.